Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Monday, January 17, 2011

381 - Celakalah Orang-orang Yang Solat, Iaitu orang-orang yang lalai

Celakalah Orang-orang Yang Shalat!
Iaitu orang-orang yang menyia-nyiakan Shalatnya...


Title:
Celakalah Orang-orang Yang Solat, Iaitu Orang-orang Yang Menyia-nyiakan Shalatnya
Judul Asal (Arab): Shalatul Jama'ah Hukmuha wa Ahkamuha wat Tanbih 'Alaa maa Yaqa'u fiiha min Bida' wa Akhtha'

Author:
Syaikh Ahmad B. Sholeh az-zuhraniy
Syaikh Dr. Sholeh B. Ghanim as-Sadlan

Publisher:
Pustaka aT-Tibyan

Price:
RM32

Weight:
700g

Description:

Demikianlah sikap sebahagian kaum muslimin apabila diseru untuk memenuhi tuntutan dan panggilan Allah, Rabb yang telah memberikan rezeki dan kehidupan kepadanya. Mereka lebih terkesan untuk memilih seruan syaitan dan manusia. Serta lebih memilih untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Semoga Allah melindungi kita semua dari hal tersebut.

Jadi, wajarkah kita terus ditipu dan tertipu dengan seruan-seruan serta ajakan-ajakan yang palsu tersebut, adakah kita sampai hati membiarkan masjid-masjid kosong dari orang-orang yang solat? Relakah kita membiarkan diri kita terus lalai dalam perlaksanaan solat kita sendiri? Tidak pernahkah kita merasa rugi apabila meremehkan solat-solat yang diwajibkan ke atas diri kita? Atau jahilkah sebenarnya kita ini sampai tidak mengetahui kewajiban dan tatacara solat berjama'ah? Banggakah kita dengan kejahilan dan kelalaian kita ini, sehingga orang-orang yang soleh menjadi tetamu ar-Rahman manakala kita pula menjadi tetamu syaitan dan hawa nafsu?

Beleklah dan bacalah buku ini. Di dalamnya berisi keutamaan, bimbingan, panduan, dan pedoman dalam melaksanakan solat fardhu secara berjama'ah. Semoga dengan sedikit waktu yang kita peruntukkan untuk menela'ahnya mampu mengubah pandangan hidup kita yang selama ini tidak pernah kita ambil penting. InsyaAllah...

Total Pages:

288 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

380 - Para Sahabat Menurut Akidah Ahli Sunnah wal-Jama'ah

Para Sahabat Menurut Akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah


Title:
Para Sahabat Menurut Akidah Ahli Sunnah wal-Jama'ah
Judul Asal (Arab): I'tiqad Ahlus Sunnah fii ash-Shahabah Radhiyallahu 'anhum

Author:
Syaikh Dr. Muhammad B. 'Abdullah al-Wahibiy

Publisher:
Jahabersa

Price:
RM8.90

Weight:
250g

Description:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam ada menyatakan satu kelompak yang selamat dari tujuh puluh tiga kelompok di kalangan kaum muslimin yang sesat dan diancam api neraka.

Baginda Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda,

"
Iaitu (golongan) yang berpegang pada apa yang aku bawa hari ini dan apa yang ada pada para sahabatku"

al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah berkata, "Semua sahabat adalah adil menurut Ahli sunnah Wal-Jamaah kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memuji perilaku dan akhlak mereka. Mereka telah mengorbankan harta dan jiwa raga mereka di hadapan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan mereka hanya mengharap pahala yang baik dari Allah."

Buku kecil ini akan menjelaskan kepada kita betapa mulianya kedudukan para sahabat radhiyallahu 'anhum dan sikap yang seharusnya diambil oleh kita semua, selaku orang-orang yang menisbatkan diri kepada Ahli Sunnah Wal-Jamaah terhadap mereka.

Total Pages:

126 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

379 - Tauhid 3T: Penjelasan dan Pembelaan

Tauhid 3T: Penjelasan dan Pembelaan


Title:
Tauhid 3T: Penjelasan dan Pembelaan
Judul Asal (Arab): al-Qaul al-Sadid fii al-Radd 'ala min Inkar Taqsim at-Tauhid

Author:
Syaikh 'Abdurrazzaq B. 'Abdil Muhsin al-'Abbad al-Badr

Publisher:
Jahabersa

Price:
RM12

Weight:
300g

Description:

Subjek Tauhid 3T, iaitu Tauhid al-Rububiyah, Tauhid al-Uluhiyah dan Tauhid al-Asma wa al-Sifat sering menjadi perbahasan sebahagian tokoh agama dan masyarakat. Antara yang menjadi tumpuan mereka:

1 - Adakah Tauhid 3T memiliki dasar dari al-Qur'an dan al-Sunnah?
2 - Siapakah yang memulakan pembahagian tauhid seperti ini?
3 - Benarkah Tauhid 3T seperti aqidah Trinity agama Kristian yang membahagikan tuhan mereka kepada 3T?

Buku di tangan anda ini insya-Allah akan menjawab soalan-soalan di atas di samping menjelaskan banyak lagi persoalan lain. Berdasarkan jawapan, pembelaan, dan penjelasan ini, akan jelas kepada para pembaca sekalian kekeliruan sebahagian pihak yang menolak, meremeh serta menyesatkan Tauhid 3T. Selamat mengkaji!

Total Pages:

170 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

378 - Beginilah Islam Melindungi Wanita

Beginilah Islam Melindungi Wanita


Title:
Beginilah Islam Melindungi Wanita
Judul Asal (Arab): Dhamanatu Huquuqi al-Mar'ah az-Zauziyyah

Author:
Dr. Muhammad Ya'qub ad-Dahlawi

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM18

Weight:
400g

Description:

Satu kesalahan yang besar apabila ada yang berpendapat bahawa Islam menzalimi kaum wanita dengan tidak memberikan hak-hak mereka sebagaimana kaum lelaki. Adanya beberapa bentuk perundangan Islam yang meletakkan wanita sedikit berbeza dengan lelaki bukanlah ciri yang menunjukkan ketidak-adilan hukum-hukum Islam.

Bukankah kita tahu bahawa keadilan itu tidak berkadaran dengan kesamarataan oleh akal fikiran semata-mata?

Bukankah keadilan yang sebenar adalah keadilan yang memberikan hak-hak pada tempatnya bersesuaian dengan kapasiti masing-masing?

Islam memandang wanita berdasarkan kudrat dan fitrahnya yang diciptakan sedikit berbeza dengan kaum lelaki sama ada secara fisikal ataupun mental. Maka dari itu, agama ini membezakan wanita dengan kaum lelaki dalam hak dan kewajibannya. Kerana, memberikan hak-hak kepada wanita atau menuntut kewajiban darinya persis sebagaimana kaum lelaki juga sebenarnya adalah merupakan suatu ketidakadilan, bahkan perbuatan ini akan mengakibatkan terjadinya ketempangan dalam kehidupan sosial. Kerana Islam tidak sekali-kali membebankan sesuatu yang bukan pada tempatnya kepada kaum wanita di luar batas kemampuan serta fitrah mereka.

Buku ini berusaha menjelaskan keadilan Islam terhadap kaum wanita secara profesional dan ilmiah, iaitu dengan membentangkan hak-hak mereka yang telah ditetapkan melalui nash-nash syar’i dalam al-Qur'an dan as-Sunnah. Tidak kurang dari 27 hak wanita, terutama dalam keluarga, yang boleh dituntut oleh mereka jika dia tidak mendapatkannya.

Total Pages:

192 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

377 - Kecemburuan Wanita

Kecemburuan Wanita


Title:
Kecemburuan Wanita
Judul Asal (Arab): al-Ghiiratu 'Inda an-Nisaa'

Author:
Khaulah Darwis

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM18

Weight:
200g

Description:

Kecemburuan merupakan sifat fitrah yang wujud/hadir dalam diri setiap manusia. Namun, ketika kecemburuan ini muncul secara berlebihan sehingga merugikan diri sendiri dan orang lain, maka itu bukan lagi suatu yang fitrah, tetapi mungkin suatu yang tidak normal. Kebanyakan sifat cemburu melampau berlaku pada kaum wanita. Walau bagaimanapun. pelbagai sebab turut menyumbang kepada wujudnya kecemburuan tersebut.

Kecemburuan yang melampaui batas kewajaran adalah sangat berbahaya. Keburukan secara fisikal dan non-fisikal serta yang tidak harmoni adalah akibat yang paling jelas dari kepelbagaian bentuk kecemburuan seperti itu. Disebabkan sifat kecemburuan melampau, ada seorang isteri yang sampai hati membunuh suaminya sendiri, tanpa melakukan sebarang penjelasan terlebih dahulu. Kerana kecemburuan juga, ada seorang wanita yang membenci keluarga dan sanak-saudaranya, bahkan anaknya sendiri.

Sedangkan Islam hadir untuk menciptakan kehidupan yang harmoni, sama ada dalam ruang lingkup kekeluargaan ataupun kemasyarakatan. Kecemburuan yang memberi kesan buruk seperti itu jelas bukan perkara yang diharapkan oleh Islam. Buku ini membahaskan soal kecemburuan kaum wanita sekaligus memberikan petunjuk bagaimana langkah-langkah yang tepat untuk mencegah dan mengurus apabila kecemburuan muncul. Islam memandang dari sisi/faktor dalaman dan luaran (eksternal) yang mana kedua-duanya perlu diperhalusi dengan saksama.

Total Pages:

164 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

376 - Fikih Kecantikan Wanita

Fikih Kecantikan Wanita


Title:
Fikih Kecantikan Wanita
Judul Asal (Arab): Ahkaamu al-Jiraahaati at-Tajmiiliyyah

Author:
Dr. Muhammad Utsman Syabir

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM12

Weight:
100g

Description:

Bagi kaum lelaki, mereka beranggapan bahawa perhiasan tidak lebih sekadar tambahan dan pelengkap samata-mata. Tetapi tidak bagi kaum wanita, perhiasan adalah sebahagian dari keperluan. Tanpanya seseorang wanita akan merasa rendah diri dan gelisah. Oleh sebab itu, Allah telah memberikan kelonggaran bagi kaum wanita untuk berhias di hadapan suaminya. Kerana yang demikian akan mampu menjaga dan memenuhi kehendak seorang suami.

Seperti wajah, ia merupakan dasar kecantikan luaran seseorang wanita, tempat berpadu setiap pesona keindahannya, keelokannya menarik seorang suami untuk menikmatinya. Kerana itulah, Allah menciptakannya (wajah wanita) dalam bentuk yang menawan, bersih dan halus tanpa rambut yang menumbuhinya kecuali alis dan bulu mata yang menawan.

Tetapi perlu kita sedari bahawa wajah manusia berubah seiring dengan usianya. la akan mengalami perubahan sama ada kerana faktor penuaan, kesan sinar matahari atau kerana tekanan dalam kehidupan sehari-hari. Dan mungkin juga perubahan tersebut akibat dari kemalangan atau sakit yang rnenimpa.

Buku yang ada di tangan Anda ini akan mengupas pelbagai bentuk metode yang kerapkali digunakan dalam usaha untuk mengembalikan atau mengubah kecantikan seseorang. Penulis secara ringkas dan padat menghuraikan kepada para pembaca bagaimana islam memberikan jalan penyelesaian untuk tetap tampil cantik tanpa perlu melanggar dan melampaui batas-batas syari'at Allah yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.

Total Pages:

105 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, January 11, 2011

375 - Shahih Hadits Qudsi

Shahih Hadits Qudsi dan Syarahnya


Title:
Shahih Hadits Qudsi dan Syarahnya
Judul Asal (Arab): al-Ahadits al-Qudsiyyah ash-shahihah

Author:
Syaikh Zakariya 'Umairat

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM130

Weight:
2Kg

Description:

Hadis qudsi berbeza dengan hadis biasa yang lain. Bersesuaian dengan namanya, hadis qudsi bersumber dari Allah Yang Qudus, di mana disampaikan melalui redaksi/ucapan Nabi yang menyampaikannya. Hadis qudsi yang dihimpunkan ke dalam satu-satu karya khusus sebagaimana buku ini, ia merupakan suatu yang amat jarang dilakukan. Lebih-lebih lagi yang hadis-hadisnya telah dijelaskan dan dipilih berdasarkan nilai kesahihannya, sehingga para pembaca dapat terus menerimanya tanpa perlu ragu-ragu.

Buku yang berada di hadapan anda ini merupakan hasil terjemahan dari kitab berjudul al-
Ahaadiitsul Qudsiyyah ash-Shahiihah karya Syaikh Zakariya ‘Umairat. Beliau telah berusaha keras dalam menyiapkan buku ini secara tematik. Penjelasannya disampaikan secara analitis berbentuk dakwah yang memujuk, dan disertai takhrij pada setiap hadis yang dibahas.

Tidak berlebihan jika dikatakan bahawa buku ini merupakan bimbingan rohani bagi setiap manusia dari Rabb Yang Maha Mulia, setelah al-Qur-an al-Karim. Di ketika membaca buku Shahih Hadits Qudsi dan Syarahnya ini, seolah-olah kita sedang meneliti dialog di antara Rabb dengan makhluk-Nya. Apabila kita menghayati dan memahaminya, tentu kita akan merasa sebahagian dari orang-orang yang dimaksudkan di dalamnya. Dengan demikian, kita akan merasa rindu untuk terus-menerus mengharap redha-Nya, merasa takut akan ancaman dari siksa-Nya, dan merasa resah jika ditinggalkan-Nya.

Selamat menela'ah dan mengambil manfaat dari apa yang cuba disampaikan.

Total Pages:

2 Jilid lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Saturday, January 8, 2011

374 - al-Majmu' Syarah al-Muhadzdzab

al-Majmu' Syarah al-Muhadzdzab


Title:
al-Majmu' Syarah al-Muhadzdzab
Judul Asal (Arab): al-Majmu' Syarah al-Muhadzdzab

Author:
Imam an-Nawawi rahimahullah
Tahqiq/Ta'liq: Muhammad Najib al-Muthi'

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM92
(Bagi setiap jilid)

Weight:
1.2Kg

Description:

Kitab al-Majmu' Syarah al-Muhadzdzab karya Imam an-Nawawi merupakan rujukan fiqh terbesar madzhab asy-Syafi'i secara khusus dan fiqh Islam secara umum. Selain merupakan sebahagian dari khazanah klasik Islam yang yang memiliki nilai tinggi dalam bab fiqh perbandingan. Kitab yang sangat monumental ini memiliki karektor khusus yang menjadikannya berbeza dari segi methodologi ilmu yang akurat, sehingga ia berada di tempat yang tinggi berbanding ensklopedia-ensiklopedia fiqh lainnya, sama ada klasik ataupun kontemporeri.Tidak diragukan lagi, kitab al-Majmu' ini merupakan khazanah terbesar dalam bidang fiqh Islam yang isinya menjelaskan konsep-konsep dasar dari hukum Islam yang membuatkan para ulama setelahnya begitu kagum.

Orang yang pernah mengkaji kitab-kitab induk terbesar dalam fiqh Islam pelbagai mazhab, seperti al-Muhalla karya Ibnu Hazm, al-Umm karya asy-Syafi'i, al-Mughni karya Ibnu Qudamah dalam fikih mazhab Hanbali dan kitab al-Mabsuth karya as-Sarkhasi, akan menemui bahawa kitab al-Majmu' karya an-Nawawi merupakan salah satu rujukan terbesar yang penuh dengan pandangan-pandangan fiqh ke-empat-empat imam mazhab dan selainnya, sekalipun fokus pembahasannya di tingkat pertama khusus berkaitan fiqh asy-Syafi'i. Selain itu, sudut pentarjihannya juga mengkagumkan.

Dari pen-takkrij-an hadits-hadits hukum, penjelasan maknanya, penyebutan seluruh pendapat para imam dari kalangan ahli fiqh dan pentarjihan di antara pendapat-pendapat tersebut serta mazhab-mazhab mereka, penjelasan kecacatan hadits, status hadits dan biografi para perawinya, penafsiran kalimat-kalimat yang langka dari al-Qur'an dan hadits serta penjelasan kosa kata yang terdapat dalam redaksi kitab al-Muhadzdzab, menjadikan kitab al-Majmu' ini benar-benar merupakan ensiklopedi umum dalam bidang fiqh, hukum, tafsir ayat-ayat al-Qur'an dan hadits, keunikan bahasa serta biografi para ulama terkemuka dari kalangan perawi dan ahli hadits.

Namun, An-Nawawi -rahimahullah- meninggal sebelum menyelesaikan kajian ilmiyahnya dalam menghuraikan kitab al-Muhadzdzab pada abad ketujuh Hijriyah kerana ia meninggal dunia lebih awal pada tahun 676H setelah memenuhi dunia dengan ilmu dan karya tulis, maka selanjutnya tugas mulia ini diambil alih pula oleh salah seorang ulama terkemuka, iaitu Taqiyuddin as-Subki, seorang Syaikhul Islam di masanya. Ia dilahirkan di desa Subuk dari wilayah pedalaman yang penuh sibuk dengan ilmu di Monofia pada tahun 683H dan wafat pada tahun 756H.

An-Nawawi adalah kebanggaan ulama Syam. Begitu pula dengan as-Subki, beliau adalah kebanggaan bagi bangsa Mesir dan salah seorang ulamanya. Beliau menyelesaikan bahagian pertama Syarh al-Muhadzdzab dari akhir syarah an-Nawawi pada awal bab mu'amalat. Selain itu, beliau mengikuti methode pendahulunya dalam menjelaskan kitab al-Muhadzdzab karya asy-Syirazi. Beliau meninggal dunia lebih awal setelah menyelesaikan tiga jilid dari kitab al--Majmu' sehingga jumlah keseluruhannya menjadi 12 jilid. Setelah itu, warisan Islam ini selama hampir 6 abad tetap menjadi manuskrip-manuskrip arkeologi di perpustakaan umum Timur dan Barat. Sebahagiannya di Turki, sebahagiannya di Eropah dan sebahagian lainnya di perpustakaan Mesir. Kitab ini menjadi harta simpanan terpendam yang tidak mendapat perhatian para ahli fiqh selama 6 abad. Kecuali sedikit penjelasan (syarah) dari Ibnu ar-Rakbi atas isi al-Muhadzdzab.

Kemudian Allah 'Azza wa Jalla mengizinkan kitab ini terlepas dari "kurungan" perpustakaan dan menuju dunia penerbitan sehingga para Ahli Fiqh dapat memanfaatkannya dan para ahli hukum mampu mengambil/menganalisa isinya. Lalu Allah 'Azza wa Jalla mengirimkan beberapa ulama yang memiliki komitmen besar terhadap kekayaan peninggalan Islam untuk memberikan tahqiq dan ta'liq-nya.. Sehinggalah kini, ia mula diterjemahkan pula kepada anda...

Total Pages:

1088 m/s. (Purata m/s. setiap jilid)

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

373 - Wanita Karier

Wanita Karir


Title:
Wanita Karier
Judul Asal (Arab): Hukmu 'Amal al-Mar'ah fii al-Fiqh al-Islami

Author:
Syaikh Adnan B. Dhaifullah Alu asy-Syawabikah

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM32

Weight:
500g

Description:

Dalam Islam, kaum wanita sangat dihomati dan dimuliakan kedudukannya. Kedatangan Islam sendiri di antara lain, memiliki misi mengangkat dan memuliakan martabat dan darjat kaum wanita yang pada ketika itu dianggap sebagai pemuas nafsu lelaki, terhina, tidak memiliki nilai di mata masyarakat, dianggap seperti hamba, sehingga dibunuh sebaik dilahirkan.

Seiring dengan beredarnya masa dan zaman, setelah darjat kaum wanita diangkat oleh Islam, persoalan dan permasalahan baru pula muncul. Kaum hawa ini menuntut pula persamaan hak dengan kaum lelaki di ruang umum. Mereka mahu menonjolkan diri sebagai golongan terpandang dan berkerjaya. Mereka juga mahu menjadi golongan wanita profesional dan terkenal.

Persoalannya, bagaimana persoalan tersebut dilihat dari perspektif Islam? Adakah Islam melarang wanita untuk keluar berkerja, melibatkan diri dengan politik, dan melarang menjadi seperti kebanyakan wanita-wanita barat di luar sana? Bagaimana pula dengan tugas mereka selaku seorang ibu, isteri dan gadis yang perlu sentiasa menjaga kehormatan mereka?

Maka, buku ini merungkai persoalan tersebut. Ia memulakan perbahasannya berkaitan Keutamaan dan Kedudukan wanita di sisi Islam, seterusnya perbahasan berkaitan keterlibatan wanita dalam dunia politik, perubatan, pendidikan, ternakan, perniagaan, pertanian, nyanyian, dan seumpamanya... Seterusnya, pembaca diajak untuk membezakan di antara pekerjaan yang dibolehkan diisi oleh wanita dan sebaliknya juga perbahasan pekerjaan yang tidak dibolehkan. Turut dibahaskan adalah sejauh mana dibolehkan wanita untuk keluar rumah untuk bekerja. Dari sudut tanggungjawab mereka sebagai wanita (isteri dan ibu), serta peribadi mereka sendiri (aurat dan keselamatan).

Total Pages:

338 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Friday, January 7, 2011

372 - Riyadhus Shalihin

Riyadhus Shalihin


Title:
Riyadhus Shalihin
Judul Asal (Arab): Riyadhus Shalihin min Kalam Sayyid al-Mursalin

Author:
Imam an-Nawawi rahimahullah
Disertakan Komentar Ringkas Syaikh al-Utsaimin
Takhrij hadis berdasarkan Takhrij Kitab-kitab Syaikh al-Albani

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM120

Weight:
2Kg

Description:

Kitab Riyadhus Shalihin karya Imam an-Nawawi rahimahullahu Ta'ala tentunya tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat umat Islam umumnya, khususnya Ahlus Sunnah wal-Jama'ah bermazhab asy-Syafi'i. Kitab ini memuatkan susunan mutiara hadis-hadis berharga lagi penting. Di antara keistimewaan naskhah ini adalah disertakan ta'liq (komentar) dua ulama ahli sunnah yang menjadi ikutan abad ini iaitu Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani dan Syaikh Muhammad bin Soleh al- Utsaimin rahimahumallahu Ta'ala pada bahagian nota kakinya.

Oleh kerana itu, bertambahlah keindahan, kebaikan, kesolehan, dan cakupan kitab ini. Atas kurniaan Allah, kitab ini mencakupi bab-bab adab, akhlak, doa, sabar, haji, jihad, ilmu, bab larangan-larangan syari'at, taubat dan ikhlas yang kesemuanya tidak boleh dilepaskan oleh seseorang muslim ataupun muslimah untuk mengetahuinya.

Selamat menela'ah dan mengambil mafaat dari sebuah kitab yang sangat bermanfaat ini..

Total Pages:

1245 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.