Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, December 30, 2009

207 - Fadhilah Selawat Kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Fadhilah Selawat Kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam


Title:
Fadhilah Selawat Kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Author:
Mubarak B. Mahfudh Bamuallim

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM20

Weight:
380g

Description:

Berselawat ke atas Nabi adalah salah satu ibadah yang disyari'atkan oleh Allah subhanahu wa Ta'ala melalui dalil al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi-Nya. Ini antaranya sebagaimana dalam salah satu firman-Nya:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab, 33: 56)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani rahimahullah mengatakan:

Makna selawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah pengagungan terhadap beliau. Maka, apabila kita mengucapkan:

“Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad”:

Maksudnya adalah agungkanlah beliau dan muliakanlah beliau di dunia dengan meninggikan namanya, memenangkan agamanya, dan mengekalkan syari’atnya. Muliakanlah beliau di akhirat dengan melipat-gandakan pahalanya, mengizinkannya untuk memberi syafa’at kepada umatnya, serta menampakkan fadhilatnya dengan memberikannya “al-Maqam al-Mahmud” (kedudukan dan tempat yang terpuji).

Dan atas sebab inilah, Allah berfirman (maksudnya):

“Berselawatlah kamu ke atasnya...” bermakna:

Mohonlah kepada Rabb kamu untuk mengagungkan dan memuliakan beliau. (Rujuk: Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 11/156)

Sebenarnya banyak sekali keutamaan dan fadhilat bagi sesiapa yang berselawat ke atas Nabi-Nya.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam berkata:

“Telah datang kepadaku (malaikat) dari Tuhan-ku, ia berkata:

“Sesiapa dari kalangan umatmu yang berselawat kepada engkau satu kali, nescaya Allah mencatat baginya sepuluh kebaikan, menghapuskan darinya sepuluh keburukkan (dosa), mengangkat baginya sepuluh darjat/kemuliaan, dan membalas kepadanya sebagaimana selawat tersebut.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 16352)

Cuma sayang, amalan ini banyak dilupakan oleh ramai orang pada hari ini. Manakala ada sebahagian lain, yang sungguh-sungguh dalam berselawat, tetapi mereka berlebih-lebihan pula dalam mengamalkannya. Bahkan ada yang berselawat tanpa ilmu sehingga amalan selawat itu menjadi semberono tidak keruan. Sehingga ada pula yang berselawat dengan selawat-selawat yang entah tidak diketahui dari mana datangnya sehingga awalnya ia menginginkan kebaikan, tetapi sebaliknya akhirnya menatijahkan kebid'ahan dan malah kesyirikan serta kesesatan.

Inilah antara yang berlaku kepada pengamal-pengamal selawat dari kalangan tarekat, tasawuf dan sufi. Mereka mereka-reka cipta selawat gaya baru meninggalkan sunnah-sunnah selawat yang diajarkan oleh Nabi. Ini jugalah yang berlaku kepada para pengamal selawat-selawat dari bentuk-bentuk selawat gaya baru seperti selawat nariyah dan selawat syifa'. Malah ada pula yang berselawat tetapi tidak melatakkan amalan selawat itu pada tempatnya. Sehingga mereka mengkhusus-khususkan amalan selawat yang asalnya berbentuk umum pada tempat-tempat yang tidak pernah dikhususkan oleh sunnah. Seperti contohnya ketika hendak minum mereka berselawat 3 kali, ketika hendak makan ubat mereka berselawat, dan seumpaamnya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Maka dari itulah, buku ini pun disusun yang sebenarnya berusaha menjelaskan hakikat selawat yang sebenar sebagaimana yang ditunjukkan oleh Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, kemudian yang diamalkan oleh generasi terbaik dari kalangan sahabat-sahabat beliau ridhwanullah 'alaihim ajma'in. Maka, fahamilah hakikat selawat ke atas nabi dengan cara yang benar, maksudnya yang benar, dan keutamaan-keutamaannya yang sahih sebagaimana terdapat dalam hadis-hadis nabi yang banyak. Iaitu bukan yang diada-adakan oleh golongan tidak bertanggungjawab dari kalangan pemanipulasi agama akhir zaman demi keuntungan dunia yang sedikit dan pencari kesesatan.

Buku ini ditulis/disusun oleh Ustaz Mubarak Mahfudh Bamuallim. Ia membahaskan sekitar tajuk-tajuk utama seperti:

1 - Fadhilat-fadhilat selawat kepada Nabi.

2 - Perintah/anjuran/sunnah Berselawat.

3 - Makna/definisi selawat dan salam/taslim.

4 - Kerugian orang-orang yang tidak berselawat.

5 - Tatacara berselawat berpandukan hadis-hadis yang sahih.

6 - Intipati selawat.

7 - Selawat ketika bertasyahhud.

8 - Waktu-waktu dianjurkan berselawat.

9 - Manfaat/ganjaran apabila berselawat.

10 - Selawat-selawat yang bid'ah dan syirik.

11 - Hadis-hadis dha'if dalam persoalan selawat.

12 - Penjernihan hadis dan kepercayaan kepada Nur Muhammad.

Semuanya dibahaskan berpandukan dalil-dalil dari al-Qur'an dan as-Sunnah dan kefahaman para ulama Salaf. Insya-Allah.

Total Pages:
186

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.