Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Showing posts with label Kitab Fatwa. Show all posts
Showing posts with label Kitab Fatwa. Show all posts

Monday, August 8, 2016

Majmu Al-Fatawa oleh Ibnu Taimiyyah (Edisi Terjemahan Lengkap 28 Jilid)

Majmu’ Al-Fatawa, Edisi Terjemahan Lengkap
(Kumpulan Fatwa Ibnu Taimiyyah)



Judul: Majmu’ Al-Fatawa (Kumpulan Fatwa Ibnu Taimiyyah) | Judul Asal ('Arab): Majmu’ Al-Fatawa Syaikh Al-Islam | Penulis: Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) | Tahqiq: Amir Al-Jazzar & Anwar Al-Bazz | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 37kg | Muka Surat: Lengkap 28 Jilid. (Hard cover)

Ini adalah terjemahan kitab Majmu’ Al-Fatawa dari himpunan fatwa dan karya Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H). Sebuah khazanah ilmu yang ulung dalam dunia Islam ahlus sunnah wal-jama’ah. Di dalamnya tersimpan jutaan mutiara berharga ilmu-ilmu penjelasan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Buku ini telah diterjemahkan dan siap menjadi 28 jilid lengkap semuanya. Padanya memuat perbahasan ilmiyah mencakup pelbagai lapangan ilmu-ilmu Islam.
______________________________
Kepada yang berminat, boleh hubungi kami di 012-6887715 (sms/whatsapp/call) untuk maklumat/pesanan.

Penghantaran secara pos juga boleh diuruskan.

Atau boleh juga kunjungi kedai buku kami di:

Atsar | Online Bookstore,
No. 23-1, Jalan Selasih J U12/J,
Taman Cahaya Alam Seksyen U12,
40170 Shah Alam, Selangor.

6 minit dari UiTM/Jakel Seksyen 7 Shah Alam.

Tel » +(60)12-688-7715

Map » http://bit.ly/29XLbJc

Channel » telegram.me/ilmusunnah

Website » www.atsar.ilmusunnah.com

Waze/google» Atsar Online Bookstore

Sunday, December 7, 2014

Al-Masail Tanya Jawab Bersama Syaikh Muqbil bin Hadi rahimahullah

Al-Masail Tanya Jawab Bersama Syaikh Muqbil bin Hadi rahimahullah


Lihat sinopsis dan dapatkan buku ini di website kami » http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=759

Atau sms/whatsapp kami di 012-6887715.

Friday, December 5, 2014

Anda Bertanya Rasulullah Menjawab

Anda Bertanya Rasulullah Menjawab


Dapatkan kitab ini di website kami » http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=742

Atau sms/whatsapp kami di 0126887715.

Saturday, May 18, 2013

811 - Fatwa-fatwa Pilihan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah

Fatwa-fatwa Pilihan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah


Judul Buku:
Fatwa-fatwa Pilihan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah
Judul Asal: Al-Muntakhab min Kutub Syaikhul Islam Ibn Taimiyah

Penulis:
Disusun dan dikumpulkan oleh: Syaikh ‘Alawi ‘Abdul Qadir As-Saqqaf

Penerbit:
Griya Ilmu

Harga:
RM34

Berat:

800g

Keterangan Buku:

Syaikh al-Islam Taqiyuddin Ahmad B. ‘Abdul Halim B. Taimiyah, atau lebih dikenali dengan nama Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) adalah seorang ulama ulung pada zamannya yang tidak dapat disangkal lagi.

Beliau adalah ilmuan, imam, samudera ilmu, purnama para ulama, bintang yang berkilauan, rujukan umat, dan tokoh terbilang di masanya sehingga ke hari ini.

Namanya harum, dan karyanya bertimbun memenuhi perpustakaan dengan tebal berjilid-jilid.

Kitab-kitab tinggalan beliau memiliki kandungan ilmiyah yang mantap, padat, dan olahan yang tuntas. Perbahasannya luas, methodologinya lurus, bentangannya menarik, paparannya memuaskan, bahasannya cukup kuat, hujahnya tidak tersangkal. Faedah dan lambakkan manfaat terhimpun dalam karya-karya beliau dan sering menjadi rujukan para ilmuan terkemudian. Karyanya meliputi pelbagai bidang baik ‘aqidah, hadis, fiqh, tafsir, sirah, rudud, firaq, dan selainnya. Ini semua menggambarkan betapa samudera ilmu yang Allah kurniakan ke atas beliau.

Sebahagian besar dari kitab-kitab tinggalan beliau tersebut telah pun dicetak kemas zaman ini sehingga mencecah lebih dari 100 jilid.

Adapun buku ini, Syaikh Alawi ‘Abdul Qadir As-Saqqaf hafidzahullah berusaha mengeluarkan, menukilkan, dan menghimpunkan sebahagian dari apa yang terkandung dalam timbunan karya-karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah yang menggunung dari hal-hal yang bermanfaat lagi berfaedah buat kalangan awam. Allah Suhanahu wa Ta’ala telah memberi taufiq kepada penulis untuk membaca dan memahami kitab-kitab Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah khasnya kitab Majmu’ Al-Fatawa, lalu beliau pun merangkumnya menjadi 160 persoalan pilihan dalam sebuah kitab bernama Al-Muntakhab min Kutub Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah (Intisari dari kitab-kitab Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah).

Rangkaian tema-tema utama lagi terpilih yang terkandung di dalam buku ini berkisar pada permasalahan-permasalahan yang terkadang luput dari perhatian para penuntut ilmu, sama ada dari segi ilmiyah mahupun amaliyah. Juga berkaitan masalah-masalah penting bagi ahli ilmu, da’i, mahupun para pembimbing, khususnya saat ini di mana dominasi hawa nafsu dan fitnah cukup bergelojak sekali, serta pelbagai masalah-masalah penting lainnya.

Secara umumnya, Syaikh Alawi membahagikan buku ini kepada lima tema utama, iaitu tauhid dan aqidah, kemudian ilmu, jihad, dan politik syari’i, ketiganya beliau meletakkan tema khilaf, rudud (bantahan-bantahan), firaq (pepercahan), bid’ah, mashlahat, mafsadat, dan inshaf. Ke-empat, penulis meletakkan tema untuk perbahasan ushul dalam as-sunnah, meninggalkan bid’ah, dan taqlid. Pada tema ke-limanya, beliau meletakkan pelbagai masalah umum secara selektif.

Setiap bab-bab di setiap tema, beliau letakkan judul-judul yang bersesuaian mengikuti apa yang diutarakan oleh Syaikhul Islam Ibn Taimiyah. Manakala beberapa bentuk catatan tambahan, takhrij hadis, dan komentar ringkas, penulis letakkan pada nota kaki setiap bahasan jika diperlukan.

Semoga apa yang disarikan oleh penulis (Syaikh Alawi) dari karya-karya Ibnu Taimiyah ini mampu menjadi bekal ilmu bermanfaat buat para pembaca. Tidak mampu membuka lembaran-lembaran besar Syaikhul Islam, Alhamdulillah kini Allah memudahkan kita menela’ah sebahagian darinya. Semoga kita bijak memanfaatkannya dan tidak mensia-siakannya. [Disediakan oleh krew Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
379 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Thursday, August 30, 2012

604 - Fatwa-fatwa Penting Dalam Sehari-hari

Fatwa-fatwa Penting Dalam Sehari-hari
Himpunan Fatwa-fatwa Syaikh al-'Utsaimin


Judul Buku:
Fatwa-fatwa Penting Dalam Sehari-hari
Judul Asal: Al-Fataawaa al-Muhimmah

Penulis:
Abu Anas Shalahuddin Mahmud as-Sa'id

Penerbit:
Pustaka Qoba'il

Harga:
RM140

Berat Buku:
2.7kg

Keterangan Kandungan:

Secara umum dan ringkasnya, buku ini memuatkan dan menghimpunkan fatwa-fatwa berkaitan kepelbagaian permasalahan seharian oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah. Himpunanan fatwa-fatwa ini dikumpulkan dan dibukukan oleh Syaikh Abu Anas Shalahuddin Mahmud as-Sa'id. Fatwa-fatwa yang dibukukan ini merangkumi pelbagai permasalahan bermula dari isu-isu aqidah, iman, tauhid, perkara-perkara syirik, khurafat, kemudian asas-asas fiqh seperti thaharah, solat, puasa, zakat, sampailah kepada isu-isu rumit dan mu'amalah seharian. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
2 Jilid lengkap

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

Wednesday, August 8, 2012

590 - Fatwa-fatwa Tentang Wanita

Fatwa-fatwa Tentang Wanita


Judul Buku:
Fatwa-fatwa Tentang Wanita
Judul Asal: Al-Fatawa Al-Jami'ah lil Mar'ah al-Muslimah

Penyusun:
Syaikh Amin B. Yahya al-Wazan

Penerbit:
Darul Haq

Harga:
RM80

Berat Buku:
1.65kg

Keterangan Kandungan:

Para wanita dari kalangan muslimah khususnya memiliki hak yang sama dengan kaum lelaki dari kalangan muslimin dalam urusan meraih pahala dan janji Syurga atas amal-amal kebaikan yang mereka usahakan. Kaum wanita memiliki tanggungjawab yang sama dengan kaum lelaki untuk beriman dan beraqidah secara benar dan beramal dengan amal-amal yang sesuai dengan ajaran Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Walau pun begitu, di dalam Islam tetap ada amal-amal yang menjadi amalan khusus buat kaum wanita, demikian juga lelaki. Sebagai contoh, kaum wanita diwajibkan menutup seluruh tubuh mereka yang merupakan aurat mereka kecuali muka dan tapak tangan. Berbeza dengan aurat kaum lelaki. Kemudian, kaum wanita dituntut agar tetap mendiami rumah-rumah mereka dan tidak digalakkan bekerja melainkan dalam keadaan yang benar-benar memerlukan. Berbeza dengan kaum lelaki, tugas mereka dikhaskan di luar rumah berkerja, mencari nafkah, dan mentadbir masyarakat.

Memang terdapat beberapa perincian lainnya lagi berhubung kaum wanita dalam Islam. Oleh sebab itulah pentingnya untuk menuntut ilmu bagi setiap individu muslim, baik lelaki atau pun wanita. Agar mereka tahu di mana posisi mereka dalam beramal dengan agama yang mulia ini seraya meraih ganjaran pahala dari sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Pada hari ini, permalasahan yang berhubung dengan kaum wanita memag begitu banyak sekali. Sama ada dalam urusan aqidah, ibadah, mu'amalah, pekerjaan, rumahtangga, isu-isu sosial, isu suami isteri, isu-isu remaja, isu pendidikan, politik, dan banyak lagi seumpamanya. Oleh sebab itulah, penjelasan dan bimbingan dari para ulama yang berautoriti memang amat-amat diperlukan. Setiap persoalan perlu disikapi dengan profesional dan ilmiyah di samping adab-adab yang benar. Agar setiap permasalahan dapat diberikan jalan solusi yang tepat dan tuntas berdasarkan prinsip agama yang benar berdalilkan al-Qur'an dan as-Sunnah. Agar setiap masalah dapat ditangani dengan murni, dan sebaliknya tidak menjadikannya bertambah rumit. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Maka, buku yang dipaparkan kepada anda ini adalah salah sebuah buku yang menghimpunkan pelbagai fatwa-fatwa dan bimbingan para ulama kontemporari ahli sunnah wal-jama'ah berhubung sekian banyak permasalahan kaum wanita akhir-akhir ini. Buku ini memiliki nilai yang unggul apabila di dalam setiap bimbingan dan jawaban yang dikemukakan disertakan dalil-dalilnya yang jelas dan tuntas. Dikemukakan pula oleh para ulama yang tidak asing lagi, yang memang dimaklumi kapasiti keilmuannya tentang al-Qur'an dan as-Sunnah. Di antara para ulama yang dihimpunkan fatwa-fatwanya dalam buku ini adalah:

1, Syaikh Muhammad B. Ibrahim asy-Syaikh.

2, Syaikh 'Abdullah B. Humaid.

3, Syaikh 'Abdurrahman as-Sa'di.

4, Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Bazz.

5, Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin.

6, Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman al-Jibrin.

7, Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan.

8, Lembaga kajian dan fatwa Saudi Arabia.

Semoga umat Islam yang sentiasa berusaha mengambil panduan agama yang terbaik dengan mendahulukan bimbingan para ulamanya yang benar akan terus berada dalam petunjuk dan rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala. Mereka tahu bagaimana setiap permasalahan harus didudukkan dan ditangani. Mereka tidak terburu-buru dan sentiasa berusaha mengeluarkan jalan solusi yang paling selamat dan paling dekat dengan kebenaran. Insyaallah. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
918 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

Tuesday, July 24, 2012

587 - Fatwa-fatwa Terkini

Fatwa-fatwa Terkini


Judul Buku:
Fatwa-fatwa Terkini
Judul Asal: Al-Fataawaa Asy-Syar’iyyah fiil Masaa’il Al-Ashriyyah min Fataawaa ‘Ulamaa’ Al-Bilaadil Haraam

Penulis:
Syaikh Khalid B. ‘Abdurrahman Al-Juraisy

Penerbit:
Darul Haq

Harga:
RM170

Berat Buku:
3.9kg

Keterangan Kandungan:

Ini adalah buku yang menghimpunkan fatwa-fatwa para ulama dari lembaga fatwa dan kajian "Lajnah Da'imah li al-Bughuts al-Ilmiyah wa al-Ifta'" Arab Saudi. Ia menghimpunkan fatwa-fatwa Lajnah Da'imah secara khusus dan sebahagian dari para anggotanya seperti:

Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Baz rahimahullah, Syaikh Al'-Utsaimin, Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman Al-Jibrin, dan Syaikh Dr. Sholeh B. Fauzan Al-Fauzan.

Ia memuatkan ratusan fatwa-fatwa dalam pelbagai isu merangkumi isu-isu kecil, asas, sehinggalah isu-isu global di peringkat dunia dan masyarakat. Sebagaimana maklum, lembaga fatwa Arab Saudi, fatwa-fatwa mereka menjadi rujukan dunia Islam secara umum kerana kajian mereka yang begitu ketat dan ilmiyah. Di samping dianggotai oleh para ulama yang konsisten, tegas, berilmu, dan lagi maklum berdiri teguh di atas panji-panji ahli sunnah wal-jama'ah sebagaimana diakui oleh dunia Islam.

Jumlah Muka Surat:
3 Jilid lengkap.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

Wednesday, October 5, 2011

472 - Majmu' al-Fatawa (Kumpulan Fatwa Ibnu Taimiyyah)

Majmu' al-Fatawa
Kumpulan Fatwa Ibnu Taimiyyah


Title:
Majmu' al-Fatawa
(Kumpulan Fatwa Ibnu Taimiyyah)
Judul Asli: Majmu' al-Fatawa

Author:
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah (Wafat: 728H)

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
Jilid 1, RM110
Jilid 2, RM92
Jilid 3, RM120
Jilid 4, RM120
Jilid 5, RM110
Jilid 6, RM114

Weight:
Berata Purata, 1.3kg setiap jilid

Description:

Ini adalah terjemahan kitab Majmu' al-Fatawa Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Sebuah khazanah ilmu yang begitu hebat dalam dunia Islam ahlus sunnah wal-jama'ah. Di dalamnya tersimpan jutaan mutiara berharga ilmu-ilmu penjelasan al-Qur'an dan as-Sunnah. Buku ini telah diterjemahkan dan siap 6 jilid pertama. Perbahasan bagi setiap jilid adalah sebagaimana berikut:

Jilid 1 - Perbahasan Tauhid Uluhiyyah dan Rubbubiyyah.

Jilid 2 - Tauhid Asma' wa Shifat, al-Aqidah al-Wasithiyah.

Jilid 3 - Aqidah Salaf, Nama-nama dan Sifat Allah Ta'ala.

Jilid 4 - Nama-nama dan Sifat-sifat Allah Ta'ala.

Jilid 5 - Kitab al-Iman.

Jilid 6 - Kitab al-Iman dan Kekuasaan Allah Ta'ala.

Total Pages:
Telah siap terbit 6 Jilid pertama

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Monday, April 11, 2011

419 - Fatwa-fatwa Terlengkap seputar Terorisme, Jihad, & Mengkafirkan Muslim

Fatwa-fatwa Terlengkap
Seputar Terorisme, Jihad, & Mengkafirkan Muslim


Title:
Fatwa-fatwa Terlengkap Seputar Terorisme, Jihad, & Mengkafirkan Muslim
Judul Asal: al-Ulama al-Kibar fil Irhab wat Tadmir wa Dhawabith al-Jihad wat-Takfir

Author:
Fatwa-fatwa oleh Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Bazz, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Syaikh Muhammad Soleh al-'Utsaimin, Syaikh soleh B. 'Abdullah al-Fauzan, dan lain-lain...

Dikumpulkan oleh: Abul Asybal ahmad B. Salim al-Mishri

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM64

Weight:
1.4kg

Description:

Tidaklah sifat lemah lembut ada pada sesuatu melainkan niscaya akan menghiasinya, dan tidaklah sifat itu dicabut dari sesuatu kecuali niscaya akan memburukkannya... Demikianlah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda. Kelemah-lembutan adalah senjata hebat yang harus dimiliki setiap muslim dalam menyeru umat kepada syari’at Allah. Sifat lemah-lembut inilah yang telah menjadikan Islam dapat diterima di seluruh penjuru bumi.

Terorisme sama sekali tidak diajarkan oleh Islam. Tidak satu pun dari kalangan ulama Islam yang berilmu luas, yang dikenali kejujurannya dalam memperjuangkan Islam mengajarkan cara-cara yang ekstrim untuk mencapai suatu tujuan. Terorisme dalam pelbagai bentuknya; pengeboman, penculikan, sabotaj, bom dan peletupan, vandalisme, bom bunuh diri, adalah di antara kebatilan dan kezaliman walaupun ia diikrarkan oleh sejumlah orang sebagai jihad. Dengan dalih dan rasional apa pengeboman manusia (melainkan ketika peperangan) boleh dianggap sebagai suatu yang benar? Dan agama mana yang menganggap tindakan ekstrim dan terorisme sebagai jihad?

Benar, Jihad tetap berlangsung (valid) sehingga hari Kiamat, sebagaimana telah diperakui oleh ulama Ahlus Sunnah wal-Jama'ah dalam kitab-kitab ‘aqidah mereka. Akan tetapi perlulah di bawah bendera dan pimpinan amir kaum muslimin yang ditaati, begitu sambungan ungkapan tersebut.

Mentaati pemimpin adalah prinsip dasar lagi utama dalam sistem masyarakat Islam. Sesiapa keluar dari ketaatan terhadap pemimpin, bererti dia telah menanggalkan lehernya dari ikatan Islam. Jihad bukan tindakan perseorangan atau kelompok tertentu bawah tanah, bukan pula semangat buta untuk membasmi musuh.

Jihad adalah pilihan terakhir dari sebuah proses Iqamatul Hujjah kepada manusia. Dan itu memiliki syarat-syarat yang wajib dipenuhi, di antaranya al-Istitha’ah (kemampuan). Kefahaman dan kemampuan dalam bertindak (merujuk soal al-Istitha’ah) ini sepenuhnya berada di tangan pemimpin. Bukan kita secara individu yang mendai-mandai melancarkan jihad membabi-buta.

Melalui buku ini, para pembaca mampu mendalami - Siapa yang wajar disebut sebagai ulama. Bagaimana dan setakat manakah kita harus mentaati pemerintah. Bagaimana harus kita mendengar dan mentaati pemimpin. Larangan memberontak kepada para pemimpin.

Ketahuilah bahawa Terorisme bukan Jihad. Fahamilah siapa dia Usamah bin Laden, Aiman azh-Zhawahiri, Ikhwanul Muslimin, dan selainnya yang seangkatan dengan mereka dari sudut pemikiran dan ideologi. Saksikan kebatilan dan penyimpangan gaya-fikir mereka dalam beragama.

Buku ini mengajak kita kembali berdiri teguh di atas manhaj ahlus Sunnah wal-Jama'ah dan meninggalkan ideologi-ideologi keganasan dan sikap tergesa-gesa yang menyimpang! Telusurilah fatwa-fatwa para ulama ahlus sunnah wal-jama'ah ini. Jangan tertipu dengan hebatnya slogan-slogan ahli bid'ah yang hanya mengobarkan semangat, tetapi miskin dari nilai-nilai ilmu yang benar...

Total Pages:

796 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Friday, December 10, 2010

350 - Ensiklopedia Bid'ah

Ensiklopedia Bid'ah



Title:
Ensiklopedia Bid'ah
Judul Asal (Arab): al-Bida' wal Muhdatsat wa ma La Ashla lahu

Author:
Kumpulan Fatwa Lajnah Daimmah lil Buhuts al-Ilmiyyah wa al-Ifta'
Syaikh 'Abdul Aziz B. Bazz
Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin
Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman al-Jibrin
Syaikh Soleh B. Fauzan al-Fauzan

Disusun dan dikumpulkan oleh: Syaikh Hammud B. 'Abdullah al-Mathar

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM54

Weight:
1kg

Description:

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ketika hayatnya banyak mengingatkan tentang bahayanya bid'ah, iaitu mengada-adakan sesuatu amalan baru dalam agama.

Kata beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

"Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan kami ini sesuatu urusan (amalan agama) yang baru, maka ianya tertolak." (Mutaafaq 'alaih: Shahih al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain, kata beliau:

"Sesiapa yang melaksanakan suatu amalan yang bukan dari urusan (atau perintah) kami, maka ianya tertolak." (Shahih Muslim, no. 1718)

Dalam hadis yang lain lagi:

"Hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa'ur Rasyidin yang mendapat petunjuk setelah peninggalanku. Pegang dan gigitlah ia walau dengan geraham kalian dengan sekuat-kuatnya, dan jauhilah hal-hal (amalan-amalan agama) yang baru (yang diada-adakan), kerana setiap amalan baru yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu adalah sesat." (Sunan Abu Daud, no. 4607)

Dalam salah satu khutbah Rasulullah, beliau menegaskan:

"Sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah (Al-Qur'an), dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (Shallallahu 'alaihi wa Sallam), dan seburuk-buruk perkara (dalam agama) adalah apa yang diada-adakan lalu disandarkan kepada agama (iaitu bid'ah), dan setiap bid'ah itu adalah kesesatan." (Shahih Muslim, no. 867)

Hadis-hadis ini semuanya memiliki isyarat yang menunjukkan betapa tercelanya bid'ah dan merupakan peringatan keras akan bahayanya bid'ah sehingga boleh membawa kesesatan.

Oleh itu, cukupkanlah diri kita dengan sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sahih sebagaimana difahami oleh para sahabat beliau ridhwanullah 'alaihim ajma'in. Dan jauhilah amalan-amalan baru yang diada-adakan (lagi direka-reka) yang disandarkan kepada agama secara dusta. Sedangkan Rasulullah dan para sahabatnya sendiri pun tidak pernah mengamalkannya, apatah lagi mengajarkannya untuk diamalkan.

Untuk lebih jelas lagi tentang apa itu bid'ah dan kepentingan berpegang kepada Sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sekaligus menjauhi bid'ah-bid'ah dalam agama, maka tela'ah dan semaklah buku berharga ini. Kandungannya sarat dengan ilmu dan penjelasan tentang keutamaan mengikuti sunnah-sunnah sahihah dan wajibnya meninggalkan bid'ah-bid'ah yang penuh bahaya.

Kemudian diikuti pula dengan penjelasan dan penjabaran sekitar bid'ah-bid'ah yang begitu banyak berlegar dalam masyarakat kita hari ini dari seluruh dunia Islam dalam pelbagai skop/juzuk agama baik aqidah, akhlak, thaharah, solat, puasa, haji & umrah, sedekah, zakat, dakwah, perkahwinan, perayaan, dan banyak lagi lainnya. Turut sama dibahaskan adalah hal-hal yang dianggap bid'ah, sedangkan hakikatnya ia bukanlah bid'ah. [Hak milik Atsar Enterprise: www.atsar.ilmusunnah.com, dilarang membuat salinan tanpa kebenaran]

Kita tentu pernah mendengar nama Hudzaifah Ibn al-Yaman, seorang sahabat yang dikenali sebagai penjaga rahsia Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam - beliau berkata:

"Di saat ketika kebanyakan manusia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tentang kebaikan, aku pula bertanya kepadanya tentang keburukan, kerana aku takut/bimbang akan terjerumus ke dalamnya."

Maka, itu terbukti setelah pemergian Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, kita melihat banyak manusia terjatuh ke dalam jurang kesesatan, kerana mereka hanya belajar tentang pintu-pintu kebajikan semata-mata dan melupakan maklumat/pengetahuan tentang jurang-jurang kesesatan. Sehingga mereka jahil tentang perkara-perkara yang boleh menjatuhkan mereka ke dalam lembah maksiat dan syirik.

Lalu bagaimana dengan bid'ah yang keberadaannya bagaikan hembusan angin yang tidak tersekat oleh ruang dan waktu? Lebih-lebih lagi perbuatan bid'ah ini lebih disenangi dan dicintai oleh syaitan berbanding perbuatan maksiat dan dosa-dosa besar lainnya. Yang dengannya pelaku maksiat lebih mudah untuk bertaubat dan mengetahui bahawa maksiat yang sedang ia lakukan adalah perbuatan dosa.

Berbeza dengan pelaku bid'ah, ia sering terpesona dengan banyaknya manusia yang melakukan bid'ah tersebut sehingga ia beranggapan bahawa perbuatan tersebut adalah sebahagian dari kebenaran dan amalan kebaikan. Sungguh indah senandung syair yang berbunyi:

"Aku mengetahui keburukan bukan untuk melibatkan diri ke dalamnya, tetapi untuk menghindarkan diri darinya. Sesiapa yang tidak mengetahui/mengenal keburukan nescaya dia akan terjatuh ke dalamnya."

Buku ini tampil menjelaskan berkaitan selok-belok pelbagai bentuk bid'ah yang terjadi di pelbagai penjuru dan belahan bumi. Disusun dalam bentuk soal-jawab sehingga seolah-olah para pembaca sedang berdialog dengan seorang guru. Penjelasan seperti ini akan membantu para pembaca untuk memahami, mengetahui, dan mengenali kepelbagaian bentuk dan corak bid'ah agar kita tidak terjerumus ke dalamnya, bi idznillah.

Maka, berhati-hatilah dan jangan jadikan diri kita sebagai buruan yang masuk ke dalam perangkap syaitan yang terpedaya dengan amalan yang disangka amal-amal kebaikan rupanya amal kesesatan, sehingga anda akan menjadi teman setianya di neraka. Na'uzubillah...

Setiap kupasan dan himpunan fatwa-fatwa yang terkandung di dalam buku ini berkaitan dengan bid'ah diambil daripada kalangan ulama besar ahli sunnah kontemporari yang tidak asing lagi. Ini sebagaimana telah dijelaskan di atas. Semoga bermanfaat.

Total Pages:

540 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, August 10, 2010

285 - Fatwa-fatwa Jual Beli

Fatwa-fatwa Jual Beli


Title:
Fatwa-fatwa Jual Beli
Dari al-Lajnaj ad-Daa'immah Saudi 'Arabia
(Majlis Fatwa 'Arab Saudi)

Author:
Susunan oleh: Ahmad B. 'Abdurrazzaq ad-Duwaisy

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM75

Weight:
1.2 kg

Description:

Islam adalah agama yang sempurna yang menekankan setiap persoalan syara' dan kehidupan. Islam, selain menjelaskan persoalan sekitar aqidah, ibadah dan akhlak, Islam juga turut membahaskan berkaitan mu'amalah dan perniagaan dalam kehidupan manusia sehari-hari. Islam mengatur dan membimbing manusia dalam pelbagai perkara, termasuk persoalan ini. Maka, buku yang berada di hadapan anda ini adalah merupakan sebuah buku yang menghimpunkan fatwa-fatwa para ulama dari Majlis Tetap Penyelidikan Ilmiyah dan Fatwa (Lajnah ad-Daa'immah) 'Arab Saudi yang diketuai oleh Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Bazz rahimahullah. Fatwa-fatwa yang terkandung di dalam buku ini telah ditulis dan disusun semula secara sistematik dan teliti oleh Syaikh Ahmad B. 'Abdurrazzaq ad-Duwaisy, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk Fatwa soal-Jawab berkaitan persoalan seperti perniagaan, jual beli, perbankan, riba, pertukaran mata wang, saham, simpanan kewangan, kad kredit, dan pinjaman kewangan. Semoga apa yang disampaikan melalui buku ini mampu membantu kita semua dalam pelbagai urusan perniagaan dan jual-beli kita sehari-hari agar sentiasa berada di atas landasan agama yang benar.

Total Pages:
576 m/s.


More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.

Monday, August 2, 2010

281 - Ensiklopedi Fatwa Syaikh al-Albani

Ensiklopedi Fatwa Syaikh al-Albani


Title:
Ensiklopedi Fatwa Syaikh Albani

Author:
Disusun/dibukukan oleh Syaikh Mahmud Ahmad Rasyid dan Syaikh Abu Sanad Muhammad

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM100

Weight:
1.7 kg

Description:

Kehidupan masyarakat pada ketika ini sangat memerlukan penyelesaian yang tepat dan jelas secara syar'i dalam menyelesaikan persoalan dan permasalahan yang sering-kali timbul di tengah-tengah masyarakat. Maka dari itu, fatwa-fatwa para ulama' sangat memainkan peranan penting dalam memberikan arahan ataupun petunjuk dan akan sentiasa dicari serta dijadikan rujukan dalam mengatasi kepelbagaian dan kemajmukan permasalahan hidup ini. Kitab ini adalah sebuah ensiklopedia (himpunan) fatwa salah seorang Tokoh ulama bermanhaj Salaf yang sangat terkenal serta pakar hadis pada era ini. Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani (rahimahullah) yang telah membentangkan suatu kaedah penyelesaian yang mantap, tuntas dan syar'i kepada pelbagai jenis permasalahan dalam urusan Ibadah seperti Solat, Puasa, Mu'amalah, Zakat, Haji, Nikah, Jihad dan permasalahan lainnya termasuk isu aqidah dengan dalil-dalil yang diperakui lagi sahih dari al-Qur'an dan as-Sunnah as-Shahihah serta disajikan dengan format yang tegas, sistematik dan fokus kepada permasalahan yang dikehendaki. Semoga dengan pengumpulan, penyusunan, dan pembukuan himpunan fatwa-fatwa Syaikh al-Albani ini boleh dijadikan sebagai rujukan kita bersama.

Total Pages:
993 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Thursday, April 22, 2010

233 - Fatwa-fatwa Haji & Umrah

Fatwa-fatwa Haji & Umrah
3 'Ulama

Title:
Fatwa-fatwa Haji & Umrah

Author/Penyusun:
Muhammad B. 'Abdul 'Aziz al-Musnad

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM36

Weight:
0.6kg

Description:

Buku ini merupakan himpunan Fatwa berkaitan perlaksanaan ibadah haji dan 'umrah yang dikumpulkan dari fatwa-fatwa tiga tokoh yang tidak asing lagi di dunia Islam masa kini, iaitu Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz, Syaikh Muhammad bin Solih al-‘Utsaimin, dan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Jibrin.

Selain itu, buku ini juga turut menghimpunkan fatwa-fatwa daripada Dewan 'Ulama Besar dan Anggota Tetap Fatwa Arab Saudi . Fatwa-fatwa ini dibentangkan dalam bentuk soal-jawab supaya kandungannya menjadi lebih mesra pembaca dan praktikal yang mana dengan berdasarkan pengalaman situasi para penyoal.

Dari itu, semoga umat Islam yang berhasrat menunaikan ibadah haji, 'umrah, dan berziarah ke Masjid Nabawi mengetahui dan memahami keutamaan serta adab-adab ibadah yang mulia tersebut, sebagaimana diterangkan melalui risalah ini dengan bahasa yang mudah difahami. Dengan itu, semoga buku ini mudah untuk dihadam, dijadikan rujukan dan lebih bermanfaat.

Total Pages:
455 m/s (Tidak termasuk kulit/muqaddimah)

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, March 23, 2010

229 - Ensiklopedi Fatwa Syaikh 'Utsaimin

Ensiklopedi Fatwa Syaikh 'Utsaimin


Title:
Ensiklopedi Fatwa Syaikh 'Utsaimin

Author:
Disusun oleh Syaikh Sholah Mahmud as-Said

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM140 (2 Jilid)

Weight:
2.7kg

Description:

Kehidupan masyarakat pada ketika ini sangat memerlukan penyelesaian yang tepat dan jelas secara syar'i dalam menyelesaikan persoalan dan permasalahan yang sering kali timbul di tengah-tengah masyarakat. Maka dari itu, fatwa-fatwa para ulama' sangat memainkan peranan penting dalam memberikan arahan ataupun petunjuk dan akan selalu dicari serta dijadikan rujukan dalam mengatasi ke-anekaragaman dan kemajmukan permasalahan hidup ini. Kitab ini adalah sebuah ensiklopedi fatwa salah seorang Tokoh ulama bermanhaj Salaf yang sangat terkenal serta pakar hadis pada era ini. Syaikh Muhammad bin Sholeh al-'Utsaimin (rahimahullah) yang telah membentangkan jalan penyelesaian yang mantap, tuntas dan syar'i terhadap pelbagai jenis permasalahan bermula dari persoalan Aqidah, Ibadah, Puasa, Mu'amalah, Zakat, Haji, Nikah, Jihad dan permasalahan lainnya dengan dalil-dalil yang diperakui lagi sahih dari al-Qur'an dan as-Sunnah as-Shahihah serta disajikan dengan format yang tegas, sistematik dan fokus kepada permasalahan yang dikehendaki. Semoga dengan pengumpulan, penyusunan, dan pembukuan himpunan fatwa-fatwa Syaikh Muhammad B. Sholeh al-'Utsaimin ini boleh dijadikan sebagai rujukan kita bersama.

Total Pages:
895 m/s. (Jil. 1)
640 m/s. (Jil. 2)

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Monday, January 11, 2010

212 - Fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah

Fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah
Dalam Politik dan Pemerintahan


Title:
Fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah
(Dari buku asal: Majmu' al-Fatawa)

Author:
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H)

Publisher:
Pustaka Sahifa

Price:
RM72

Description:

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) adalah seorang tokoh ulama yang begitu besar nama dan keilmuannya di dalam dunia Islam. Begitu banyak perkataan para ulama lainnya sama ada yang sezaman dengan beliau atau selepasnya yang memuji dan mengagumi keilmuan yang ada pada diri Ibnu Taimiyah. Sumbangannya dalam bidang agama sangat tinggi merangkumi persoalan aqidah, manhaj, hadis dan fiqh. Berikut disertakan beberapa perkataan para ulama berkaitan diri beliau:

Menurut aku, beliau rahimahullah adalah seorang lelaki yang semua jenis disiplin ilmu terhampar di hadapannya; dia mampu mengambil dan meninggalkan apa yang diinginkannya. (al-Qadhi al-Imam Ibnu Daqiq al-'Id).

Apabila beliau rahimahullah ditanya dalam suatu disiplin ilmu, maka orang yang menyaksikan dan mendengar jawaban beliau akan mengira bahawa beliau hanya menguasai disiplin ilmu itu saja, dan menghukumi bahawa tidak seorang pun yang pengetahuannya luas seperti itu. (Imam Kamaluddin az-Zamlakani).

Imam Adz-Dzahabi menceritakan bahawa Syaikh Ibnu Daqiq al-Id pernah berkata kepada Syaikhul Islam rahimahullah di ketika beliau menghadiri majlisnya (majlis ilmu), "Aku tidak pernah menyangka bahawa Allah 'Azza wa Jalla masih menciptakan manusia seperti Anda ini." (Imam Ibnu Muflih).

Aku tidak pernah melihat seseorang seperti beliau, dan aku juga tidak pernah melihat orang yang lebih 'alim dari beliau tentang Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, dan tidak ada yang lebih teguh berpegang kepada keduanya dari beliau. (al-Hafizh Abu al-Hajjaj al-Mizzi).

Demi Allah, demi Allah, dan demi Allah, belum pernah ada di bawah kolong langit ini orang seperti Syaikh kalian, Ibnu Taimiyah rahimahullah; dari segi ilmu, amal, keperibadian, akhlak, keteguhan di dalam mengikuti Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, kedermawanan, dan kesungguhan di dalam membela kebenaran… Kami tidak pernah melihat orang di zaman kita ini yang dari ucapan dan amal perbuatannya terpancar peribadi kenabian Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam dan Sunnah-sunnah beliau kecuali pada orang ini. Hati yang sihat akan mempersaksikan bahawa inilah contoh manusia yang benar-benar mengikuti Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang hakiki. (Imam Imaduddin al-Wasithi).

Dan Majmu' al-Fatawa adalah salah satu bukti lautan ilmu yang terhampar di hati Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Sebahagian juzuk yang kami ambil (atau keluarkan) lalu kami terjemahkan dan terbitkan ini memuatkan pelbagai koleksi fatwa ilmiah beliau di dalam persoalan politik, pemberontakan, golongan yang menyimpang dari kebenaran, mahkamah, dan sebagainya. Ia amat mawar menjadi rujukan semua pihak. Juzuk ini Membahaskan sekitar persoalan:

1 - Khilafah Islamiyah
2 - Memerangi Pemberontak
3 - Hukum Murtad
4 - Pentadbiran sesebuah Negara
5 - Sumpah dan Nadzar
6 - Makanan Halal dan Haram.

Weight:
1.2kg

Total Pages:
398 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.