Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Sunday, January 22, 2012

528 - Pasang Surut Keimanan

Pasang Surut Keimanan


Title:
Pasang Surut Keimanan
Judul Asal: Asbaabu Ziyadatil Iman wa Nuqshanihi

Author:
Syaikh 'Abdurrazzaq B. 'Abdul Muhsin al-'Abbad al-Badr

Publisher:
Pustaka Ibnu Katsir

Price:
RM16

Weight:
200g

Description:

Ibarat tanaman, iman perlu dijaga, dibaja, dan dipupuk agar tumbuh subur dan berkembang sihat. Seseorang perlu menyirami imannya dengan ketaatan dan memupuknya dengan amal-amal soleh, juga membersihkannya dari pelbagai debu kemaksiatan dan dosa yang dapat merosak bahkan membuatnya mati.

Seorang mukmin tidak seharusnya merasa aman dan puas dengan keadaan keimanannya, namun seharusnya sentiasa merasa bimbang akan ketentuan Allah yang sentiasa membolak-balikkan hati, sehingga dengan demikian dia selalu mengambil sikap waspada dan berusaha menjaga serta meningkatkan keimanannya.

Seorang mukmin wajib mengetahui faktor-faktor yang dapat membantunya dalam menjaga, mempertahankan, dan bahkan meningkatkan keimanannya, kemudian memastikan diri melakukan amal-amal tersebut sebagaimana dia juga perlu tahu apa jua faktor yang mampu mengancam, merongrong, meragut, bahkan membunuh keimanannya, sehingga dia dapat menghindarinya.

Buku di tangan pembaca ini merupakan buku yang sangat penting untuk ditelaah. Penulis membentangkan kepada kita rahsia-rahsia berharga tentang keimanan dan cara mempertahankannya bahkan meningkatkannya. Sebagaimana beliau juga menjelaskan kepada kita hal-hal yang dapat mengancam, merosakkan, bahkan membunuh iman kita.

Total Pages:
248 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

527 - Tauhid Jalan Kebahagiaan, Keselamatan, dan Keberkahan Dunia Akhirat

Tauhid Jalan Kebahagiaan, Keselamatan, dan Keberkahan Dunia Akhirat


Title:
Tauhid Jalan Kebahagiaan, Keselamatan, dan Keberkahan Dunia Akhirat

Author:
Yazid Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Media Tarbiyah

Price:
RM18

Weight:
300g

Description:

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:

“Pada setiap zaman, para rasul diutuskan untuk menyeru manusia beribadah hanya kepada Allah dan melarang beribadah kepada selain-Nya. Allah Ta’ala bertindak mengutus para Rasul kepada manusia dengan membawa misi ini semenjak terjadinya syirik dalam kalangan anak cucu Adam di zaman Nabi Nuh. Nuh ‘alaihissalam, diutus kepada mereka sebagai Rasul pertama yang diperintahkan oleh Allah Ta’ala kepada penduduk bumi sehingga Dia menutup mereka dengan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang dakwahnya mencakupi jin dan manusia di timur dan barat.” (Tafsir Ibnu Katsir, 4/570)

Demikianlah sunnah para Nabi dalam mengajak kepada keadilan. Iaitu dengan misi pemurnian tauhid yang dengannya keadilan sejagat ditegakkan. Dengan tauhid itulah dulunya generasi awal umat Islam berjaya membina kekuatan, kegemilangan, dan empayar yang diingati. Maka, sewajarnya begitu jugalah kita perlu mengajak manusia kepada keadilan yang diserukan oleh para Nabi, iaitu keadilan berteraskan tauhid.

Di antara bukti jelas yang dapat sama-sama kita lihat yang menunjukkan misi pemurnian tauhid ini tidak mendapat perhatian atau masih berada di tahap yang amat rendah dalam masyarakat hari ini adalah apabila berleluasanya amalan-amalan khurafat seperti perdukunan, perbomohan, penjualan dan kepercayaan terhadap tangkal, penjajaan air jampi, kepercayaan terhadap horoskop (ramalan bintang), filem-filem khurafat mendapat permintaan, perayaan kaum kuffar dirayakan oleh masyarakat muslim, mempercayai adanya hari dan bulan-bulan sial, bertawassul kepada orang mati dan kubur, menolak qadha dan qadar Allah, berlaku pelbagai bid’ah dan penyelewengan amalan agama, berleluasanya ajaran sesat dan pergolakkan kefahaman agama, berlaku fitnah perpecahan dalam kalangan umat Islam, serta meyakini bahawa sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah sesuatu yang jumud sehingga perlu ditinggalkan dan dilupakan.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’alatelah berjanji melalui firman-Nya:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan yang melaksanakan amal-amal soleh bahawa Dia benar-benar akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan adalah benar bahawa Dia akan memperkukuhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, setelah sebelumnya mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap mentauhidkan-Ku dengan tidak mensyirikkan Aku. Dan sesiapa yang ingkar setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (Surah an-Nuur, 24: 55)

Syaikh ‘Abdurrahman as-Sa’di rahimahullah menjelaskan:

“Ayat ini termasuk di antara janji-janji Allah yang benar (lagi pasti), yang telah disaksikan kenyataannya dan kandungan beritanya. (Allah) telah berjanji kepada orang yang menegakkan iman dan beramal soleh dari kalangan umat ini bahawa Dia akan memberikan kepada mereka khilafah di muka bumi. Mereka akan menjadi para khalifah di atasnya, yang mengatur urusan-urusan mereka dan meneguhkan agama (yang diredhai) untuk mereka, iaitu agama Islam yang telah mengalahkan seluruh agama kerana keutamaan, kemuliaan dan kenikmatan Allah atasnya. Mereka bebas dalam menegakkannya dan menegakkan syari’at sama ada yang zahir dan yang batin sama ada untuk diri mereka atau pun selain mereka.” (Tafsir as-Sa’di, m/s. 573 – Mu’assasah ar-Risalah)

Perhatikanlah sirah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Hasil dakwah dan perjuangannya, tidaklah beliau meninggal dunia kecuali Allah telah memberikan kemenangan kepada umat Islam ketika itu dengan tunduknya kota Makkah, Khaibar, Bahrain, seluruh negeri ‘Arab dan seluruh negeri Yaman. Beliau memerintahkan pungutan jizyah dari bangsa Majusi di Hajar dan sebahagian daerah di sempadan Syam.

Herkulis (Raja Romawi) pula meminta perdamaian kepada beliau. Demikian pula penguasa Mesir dan penguasa Iskandariah yang digelar sebagai Muqauqis. Juga raja-raja Oman dan raja Najasyi, iaitu penguasa Habasyah yang menjadi raja setelah ‘Ashimah. Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meninggal, pemerintahan Islam diteruskan oleh para khalifah setelah beliau.

Abu Bakar ash-Shiddiq melanjutkan kekuasaan dan mengirim pasukan Islam ke Parsi, dipimpin Khalid B. al-Walid. Kaum muslimin menguasai sebahagian wilayah Parsi dan membunuh sebahagian tentera mereka. Pasukan lain yang dipimpin Abu Ubaidah dan para pemimpin lainnya bersamanya menuju Syam. Pasukan ketiga pimpinan ‘Amr B. al-‘Ash menuju Mesir. Allah memberikan kemenangan bagi pasukan yang menuju Syam dan berjaya menguasai Bashrah, Damsyik, dan beberapa yang lain.

Demikianlah seterusnya empayar Islam terus berkembang mencakupi timur dan barat hasil keutuhan pegangan aqidah mereka. Namun setelah lunturnya pegangan aqidah yang tulen dan banyaknya hukum-hakam agama mula mereka abaikan, umat Islam pun melemah sehingga berlakulah apa yang berlaku pada hari ini.

Maka, ayuhlah sama-sama kita kembali meraihkan jalan kebahagiaan, keselamatan, dan keberkahan yang pernah diraih oleh generasi awal umat Islam tersebut dengan kembali berpegang kepada tauhid yang benar...

Total Pages:
175 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

526 - Kedahsyatan Ayat Kursi

Kedahsyatan Ayat Kursi
Menguak Misteri Tersembunyi Di Balik Keagungan Ayat Kursi


Title:
Kedahsyatan Ayat Kursi
Judul Asal:

Author:
Syaikh 'Abdurrazzaq B. 'Abdul Muhsin al-'Abbad al-Badr

Publisher:
Darul Ilmi Publishing

Price:
RM12

Weight:
kurang 100 g

Description:

Ayat kursi adalah sebahagian dari ayat al-Qur'an dalam Surah al-Baqarah yang tidak asing lagi bagi setiap umat Islam. Ayat yang dikenali sebagai ayat pelindung dan ayat yang paling utama diturunkan kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Namun, apakah kandungan dan intisari ayat Kursi ini? Apa faedah dan rahsianya? Apa hikmah-hikmah di sebaliknya? Bagaimana mahu memetik kemuliaan ayat ini?

Buku ini tampil menyingkap pelbagai rahsia yang terkandung dalam ayat Kursi ini dari aspek tauhid dan sifat-sifat Allah Ta'ala. Ramai yang membaca ayat Kursi ini tetapi masih ramai juga yang tidak memahami maksud di sebalik kandungan yang dibawanya. Oleh itu, dapatkanlah buku ini sebagai medium bantuan mendapatkan lebih kefahaman dan manfaat dari ayat Kursi yang merupakan ayat yang besar keutamaannya ini.

Total Pages:
79 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

525 - Aqidah Ahlus Sunnah VS Ahlul Bid'ah Tentang Sahabat Nabi

Aqidah Ahlus Sunnah VS Ahlul Bid'ah Tentang Sahabat Nabi


Title:
Aqidah Ahlus Sunnah VS Ahlul Bid'ah Tentang Sahabat Nabi
Judul Asal: Madhul Ishabah fi Tahriri Aqidah Ahlis Sunnah wa Mukhaalifiihim fii ash-Shahaabah

Author:
Syaikh Dr. Ibrahim B. Amir ar-Ruhaily

Publisher:
Darul Ilmi Publishing

Price:
RM12

Weight:
100g

Description:

Aqidah merupakan perkara yang sangat penting lagi prinsip dalam bergama Islam ini. Ia menyentuh aspek keyakinan dan kepercayaan seseorang Muslim terhadap agamanya. Oleh sebab itulah para ulama ahli sunnah dari zaman ke zaman sentiasa memerangi ahli bid'ah yang banyak membuat kerosakan dalam agama

Golongan yang cenderung mengikuti hawa nafsu dari kalangan ahli bid'ah dan orang-orang jahil sentiasa berusaha mencari celah kelemahan umat Islam. Mereka mengamalkan dan menegakkan agama di atas kebutaan dan penyimpangan. Ahli bid'ah mengetahui sekiranya kaum muslimin lemah aqidahnya, maka dengan mudah mereka akan meninggalkan agamanya walaupun tidak dipaksa. Mereka yang tidak memahami aspek aqidah dengan benar, mereka akan cepat malas, mengeluh, timbul perasaan benci, dan enggan mempelajari agama ini dengan lebih tekun.

Maka hadirnya buku ini adalah dengan tujuan membongkar aqidah salah satu kelompok atau salah satu rangka bid'ah dalam Islam. Iaitu sebuah ideologi bid'ah dalam beritneraksi dengan para sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Kelompok ini bukan hanya wujud di masa silam, tetapi juga pada ketika ini di sekeliling kita. Ia terus tersebar dan mengambil kesempatan sempena kejahilan orang-orang awam.

Di antara kelompok bid'ah dalam bab ini ada yang berlebihan dalam mencintai para sahabat nabi seperti kaum sufi dan tarekat sehingga mempertuhankannya. Manakala sebahagian lain ada pula yang membenci, mencela, dan mengkafirkan sahabat-sahabat nabi, dan ini adalah sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Syi'ah.

Maka, awasilah ideologi pemikiran bid'ah ini agar anda tidak terpedaya dengan dakyah yang dibawa oleh mereka.

Total Pages:
87 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari -http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

524 - Ambillah Aqidahmu Dari al-Qur'an dan as-Sunnah

Ambillah Aqidahmu Dari al-Qur'an dan as-Sunnah Yang Shahih


Title:
Ambillah Aqidahmu Dari al-Qur'an dan as-Sunnah Yang Shahih
Judul Asal: Khoz 'Aqidatuka minal Qur'an was-Sunnah

Author:
Syaikh Muhammad Jamil Zainu

Publisher:
Pustaka Ibnu 'Umar

Price:
RM4.50

Weight:
kurang 100g

Description:

Umat ini tidak akan menjadi maju, menjadi gemilang dan mendapat kemenangan kecuali dengan cara yang telah memajukan generasi mereka terdahulu, yakni generasinya para Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tabi’in, dan tabi’ut tabi’in.

Generasi inilah generasi yang meraih kemuliaan kerana aqidah mereka yang lurus dan mereka teguh memegangnya. Namun sayang sekali sebahagian kaum muslimin di saat ini banyak yang tidak mengenal aqidahnya sendiri. Mereka kehilangan jejak orang-orang mulia mereka. Mereka tercari-cari yang mana satukah aqidah yang sahih yang patut dipegang? Mereka masih samar-samar tentang Allah, tentang syarat Syahadatain, tentang Nabi mereka, tentang syirik, syarat-syarat diterimanya amal, dan banyak lagi lainnya.

Oleh itu, ini adalah buku bersaiz poket yang amat baik berbentuk soal jawab. InsyaAllah, ia mampu membantu menjelaskan asas-asas aqidah muslim yang sahih. Ia kecil, mudah, ringkas, lengkap dengan dalil-dalil, dan amat sesuai untuk dihafal. Sesuai untuk bahan hadiah, sebaran umum, sedekah, dan sebagainya.

Bersama kita sebarkan aqidah yang benar demi agama kita...

Total Pages:
64 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Saturday, January 21, 2012

523 - Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib

Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib


Title:
Panduan Shalat Sunnah Rawatib
Judul Asal (Dieptik dari buku): Shalatul Mukmin...

Author:
Abu Muhammad Ibnu Shalih B. Hasbullah

Publisher:
Pustaka Ibnu 'Umar

Price:
RM3

Weight:
kurang 100g

Description:

Buku bimbingan bersaiz poket ini adalah risalah panduan yang mudah dan ringkas. Ia memandu para pembaca bagaimana melaksanakan solat-solat sunnah rawatib. Ia menjelaskan kepelbagaian solat-solat sunnah rawatib, keutamaan, solat rawatib yang paling ditekankan, solat sunnah rawatib setelah Juma'at, waktu-waktu solat sunnah rawatib, mengqadha' solat sunnah rawatib, jarak di antara solat sunnah rawatib dengan solat fardhu, hukum solat sunnah sebaik iqamah dikumandangkan, hukum solat sunnah rawatib ketika sedang musafir, serta beberapa lagi yang lainnya termasuk adab dan tatacara perlansanaannya.

Buku bersaiz poket ini adalah di antara buku yang sangat praktikal, mudah, ringkas, padat, mudah dibawa ke mana-mana, mudah difahami, dan mudah dihafal. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin memanfaatkannya sebagai bekalan dan rujukan dalam perkara yang berkaitan dalam apa jua keadaan dan di mana-mana jua, insyaAllah.. Sesuai juga untuk dijadikan sebagai hadiah, cenderamata, dan risalah sebaran...

Untuk edisi yang lain dalam size poket, boleh klik: Buku Poket.

Total Pages:
64 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

522 - Fiqih Doa & Dzikir

FiQih Doa & Dzikir


Title:
Fiqih Doa & Dzikir
Judul Asal: Fiqh al-Ad'iyah wa al-Adzkar

Author:
Syaikh 'Abdurrazaq B. 'Abdul Muhsin al-'Abbad al-Badr

Publisher:
Griya Ilmu

Price:
RM120
(Hard Cover)

Weight:
2.4 kg
(2 Jilid lengkap)

Description:

Tidak dapat dinafikan berdoa dan berdzikir termasuk salah satu unsur ibadah yang paling utama. Namun, amat jarang bagi orang yang berdzikir pada hari ini memahami dan mengetahui fiqh dzikir yang mereka amalkan. Amat jarang orang-orang yang berdoa dan berdzikir pada hari ini mengambil berat tentang maksud di sebalik lafaz-lafaz dzikir/doa yang mereka dzikirkan.

Oleh itu, Syaikh 'Abdurrazaq hafizahullah pun berusaha menyusun sebuah buku khusus berkaitan ini. Buku ini tidak hanya sekadar menekankan kewajiban berdzikir dengan zikir-zikir atau doa-doa yang sahih dari anjuran Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Tetapi ia turut juga membahaskan intipati dan hakikat di sebalik dzikir itu sendiri sama ada dari aspek aqidah (tauhid), fiqh, makna, fadilat (ganjaran keutamaan), adab, tatacara, akhlak, dan beberapa aspek lainnya.

Total Pages:
2 Jilid Lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari -http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

521 - Fiqih Makanan

Fiqih Makanan


Title:
Fiqih Makanan
Judul Asal: al-Ath'imah wa Ahkamu ash-Shaid wa adz-Dzaba'ih

Author:
Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan

Publisher:
Griya Ilmu

Price:
RM30
(Hard Cover)

Weight:
0.8 kg

Description:

Salah satu faktor penting yang memberi pengaruh kepada kualiti jiwa dan perilaku manusia adalah pengambilan makanan untuk keperluan tubuh. Oleh kerana itulah, dalam al-Qur'an dan Sunnah, pengambilan makanan dengan cara yang betul amat-amat ditekankan antaranya dengan memilih yang halal dan benar-benar baik sahaja.

Walaupun begitu, skop pengambilan makanan yang halal dan meninggalkan apa yang haram masih belum difahami dengan baik atau disedari dalam kehidupan kita sehari-hari.

Buku ini adalah di antara buku yang membahaskan aspek pengambilan makanan berupa dari jenis-jenis haiwan sama ada haiwan darat mahupun air. Ia membahaskan aspek maksud sebenar makanan di sisi Islam, pembahagian makanan sama ada hasil haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Kemudian penulis membahaskan jenis-jenis haiwan yang halal dan haram dan kaedah pengambilannya serta hukum-hakamnya. Di antara lain, penulis membahaskan aspek penyembelihan dan kepentingannya. Penulis juga turut membahskan aspek darurat, ukuran pengambilan makanan haram ketika darurat, dan hukum menyimpan makanan haram ketika darurat. Di akhir perbahasan, Syaikh Dr. Soleh Fauzan menjelaskan keutamaan dan sifat kasih sayang Islam dalam menjaga pemakanan manusia yang amat jarang difahami dan disedari oleh sebahagian besar dari kita hari ini...

Semoga dengan membaca buku Ini dapat menambah pengetahuan kita semua berkaitan fiqh pemakanan dan dapat menghindarkan diri dari sikap hidup sambil lewa.

Selamat membaca....

Total Pages:
292 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari -http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

520 - Tafsir Ayat-ayat Hukum Imam asy-Syafii

Tafsir Ayat-ayat Hukum Imam Asy-Syafi'i


Kami telah memindahkan buku ini ke website baru kami di, http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=67

Friday, January 20, 2012

519 - Ighatsatul Lahfan, Menyelamatkan Hati Dari Tipu Daya Setan

Ighatsatul Lahfan
Menyelamatkan Hati Dari Tipu Daya Setan


Title:
Ighatsatul Lahfan
Menyelamatkan Diri Dari Tipu Daya Setan
Judul Asal: Ighatsatul Lahfan min Masho'idusy Syaithon

Author:
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (Wafat: 751H)

Publisher:
al-Qowam

Price:
RM100
(Hard Cover)

Weight:

1.8 kg

Description:

“Allah tidak menciptakan manusia dengan percuma, melainkan membebani mereka dengan kewajiban, perintah, dan larangan. Dia mewajibkan mereka untuk memahami, secara umum mahupun terperinci akan petunjuk yang telah dijelaskan oleh-Nya kepada mereka. Allah membahagikan mereka menjadi dua golongan, iaitu golongan yang celaka dan golongan yang berbahagia, setiap mereka masing-masing telah disediakan tempat sendiri-sendiri. Allah telah memberikan untuk mereka sarana-sarana untuk meraih ilmu dan beramal berupa hati, pendengaran, penglihatan, dan anggota badan, sebagai nikmat dan anugerah.

Sesiapa yang menggunakan sarana-sarana tersebut untuk melayani hawa nafsu tanpa mempedulikan hak Penciptanya, nescaya dia akan menyesal dan merasakan kesedihan yang berpanjangan ketika dimintakan pertanggungan jawab. Sungguh, perhitungan tentang setiap anggota badan tersebut pasti terjadi, tidak mungkin dapat dielakkan. Kerana allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

“...Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semua itu akan diminta bertanggungjawab.” (Surah al-Israa’, 17: 36)

Kerana di antara seluruh anggota badan, hati itu memiliki kedudukan seperti raja yang mengatur pasukan dengan kekuasaan mutlak, mengeluarkan arahan, dan menggunakan dengan kehendaknya, maka seluruh anggota badan tunduk kepada kekuasaannya. Dia menentukan apakah seluruh anggota badan istiqomah atau menyimpang. Dia yang menjadikan ikutan seluruh anggota badan, yang menguatkan tekad atau yang memudarkannya. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ

“Ketahuilah bahawa di dalam jasad ini terdapat segumpal daging, apabila baik maka seluruh jasad pun menjadi baik.” (Shahih al-Bukhari, no. 52. Muslim, no. 1599)

Jadi, hati adalah raja bagi seluruh anggota badan. Seluruh anggota badan akan melaksanakan perintahnya dan menerima pemberiannya. Tidak ada satu perbuatan yang dapat dilaksanakan dengan benar kecuali apabila terbit dari keinginan dan lubuk hati. Hati-lah yang bertanggungjawab terhadap seluruh anggota badan, kerana “Setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.”

Dari itu, memperbaiki dan meluruskan hati merupakan fokus utama orang-orang yang menempuh jalan menuju redha Allah. Meneliti pelbagai penyakit hati diikuti terapi rawatannya merupakan tindakan yang paling penting yang dilakukan oleh para ahli ibadah.

Iblis musuh Allah, ia mengetahui bahawa hati ibarat landasan dan tiang. Sebab itulah ia mensasarkan pelbagai godaan kepadanya, mendatanginya dengan membawa pelbagai bentuk tipu-daya yang menarik perhatian syahwat, menghiasi pelbagai sifat dan perbuatan yang dapat menghalanginya dari jalan yang benar, memberinya pelbagai sarana penyimpangan yang menghalang dari taufiq, serta memasang jerat dan perangkap yang seandainya tidak berjaya menjebaknya, paling tidak akan menghambat perjalanannya.

Tidak ada jalan untuk menyelamatkan diri dari jebakkan dan tipu daya Iblis melainkan dengan sentiasa memohon pertolongan Allah, menempuh jalan keredhaan-Nya, pasrah (tunduk), dan mempersembahkan hati kepada-Nya di dalam gerak mahupun diam, serta benar-benar tunduk beribadah kepada-Nya, di mana ketundukan ini merupakan pakaian pertama yang wajib dikenakan oleh manusia bagi tujuan meraih jaminan Allah.

“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka...” (Surah Al-Hijr, 15: 42)

Sifat ini pula yang memisahkan seorang hamba dari Syaitan. Ini juga merupakan jalan untuk emraih maqam ‘ubudiyyah kepada Rabb semesta alam, menumbuhkan keikhlasan beramal dan melestarikan keyakinan di hati. Apabila hati telah memiliki karektor ‘ubudiyyah dan keikhlasan, maka di sisi Allah ia termasuk dalam golongan orang-orang yang didekatkan (muqarabin), dan dalam pengecualian yang terdapat dalam firman Allah:

إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

“Kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka.” (Surah Shad, 38: 83)

Allah yang maha Mulia dengan ke-maha-luasan-Nya telah mengurniakan kepada saya ilmu (dari al-Qur’an dan as-Sunnah – pent.) tentang pelbagai bentuk penyakit hati, godaan Syaitan terhadapnya, perilaku yang disebabkan oleh godaan tersebut, dan pelbagai keadaan yang akan menimpa hati setelahnya.

Perbuatan buruk itu berpunca dari kehendak hati yang salah. Kemudian perbuatan yang buruk tersebut menjadikan hati membatu, sehingga penyakitnya semakin parah dan akhirnya mematikannya, tidak ada lagi kehidupan dan cahaya di dalamnya. Pangkal dari semua itu adalah kerana ia terikut-ikut ajakan (godaan) Syaitan dan cenderung kepada musuhnya, sedangkan dia tidak akan beruntung melainkan orang yang terang-terangan menantangnya.

Maka dari itu, saya menuliskan setiap persoalan tersebut dalam kitab ini agar menjadi catatan yang pada waktu-waktu mendatang dapat saya pelajari (sebagai ingatan) sambil mengakui kurniaan dari Allah di dalamnya dan agar dimanfaatkan oleh sesiapa yang membaca kita ini seraya mendoakan penulisnya agar mendapatkan keampunan, rahmat, dan redha Allah. Judul yang saya berikut untuk kitab ini adalah:

“Ighaatsatul Lahfaan min Mashaayidisy Syaithaan.” (Menyelamatkan hati dari tipu-daya Syaithan)

Saya menjadikan di dalamnya tiga belas bab (iaitu):

1, Pembahagian hati menjadi: Sihat, sakit, dan mati.

2, Hakikat penyakit hati.

3, Ubat penyakit hati secara fitrah dan syar’i.

4, Kehidupan dan cahaya pangkal kebaikan hati, kematian dan kegelapan pangkal keburukan dan bencana hati.

5, Hati hidup dan sihat hanya apabila ia berilmu, menghendaki, dan mengutamakan kebenaran.

6, Hati bahagia dan baik hanya apabila ia menjadikan Allah sebagai satu-satunya yang diibadahi, puncak keinginan dan yang paling dicintai.

7, Al-Qur’an mengandungi ubat seluruh penyakit.

8, Zakaatul Qalb (bertambah baiknya hati).

9, Kebersihan hati dari noda-noda najis.

10, Tanda-tanda hati yang sakit dan sihat.

11, Mengubati penyakit hati akibat dikuasai hawa nafsu.

12, Mengubati penyakit hati kerana tipu-daya Syaitan.

13, Tipu-daya Syaitan terhadap manusia. Dan bab ini adalah fokus penulisan kitab ini. Di dalamnya terdapat pasal-pasal yang mengandungi banyak manfaat dan kebaikan.

Semoga Allah menjadikan amalan ini ikhlas untuk menggapai redha-Nya, menghindarkan dari dikembalikan kepada suatu yang merugikan dan semoga Allah menjadikan buku ini bermanfaat kepada yang menyusunnya, menulis, seta yang membacanya, di dunia mahupun di akhirat. Sungguh, Dia maha Mendengar lagi maha Melihat. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah yang maha Tinggi lagi maha Agung.”

Al-Hafiz Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H)
Mukaddimah kitab Ighaatsatul Lahfaan min Mashaayidisy Syaithaan.

Total Pages:
769 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari www.atsar.ilmusunnah.com

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

518 - Shahih Sunan Ibnu Majah

Shahih Sunan Ibnu Majah



Title:
Shahih Sunan Ibnu Majah
Judul Asal: Shohih Sunan Ibnu Majah

Author:
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM200
(Hard Cover)

Weight:

2.8 kg

Description:


Penyusun bagi kitab hadis Sunan Ibnu Majah, yang merupakan salah satu dari deretan 6 kitab hadis utama dalam dunia kesarjanaan ilmu Islam adalah Abu 'Abdullah Muhammad B. Yazid B. Majah ar-Rabi’i al-Qazwini. Beliau berasal dari desa Qazwin, Iran. Lahir tahun 209H dan wafat tahun pada tahun 273H. Beliau adalah ahli hadis ulung dari Qazwin, mufassir (tokoh ahli tafsir) dan seorang 'alim (berilmu luas). Beliau rahimahullah memiliki beberapa karya di antaranya adalah Kitab as-Sunan (Sunan Ibnu Majah), Tafsir, dan Tarikh Ibnu Majah (kitab sirah). (Lihat: Siyar A'lam an-Nubala' oleh adz-Dzahabi)

Beliau melakukan perjalanan ke pelbagai kota untuk mengumpul dan menulis hadis. Antaranya seperti ke Bashrah, Kufah, Baghdad, Syam, Mesir dan Hijaz.

Beliau menerima hadis daripada ramai guru-gurunya. Abu Ya’la berkata, "Ibnu Majah seorang ahli ilmu hadits dan mempunyai banyak kitab". Kata Abu Ya'la al-Khalili juga, "Ibnu Majah adalah perwai terpercaya, tokoh terbilang, disepakati keilmuannya, dan dijadikan hujah (dalam ilmu agama), memiliki ilmu tentang hadis, dan kuat hafalannya. Pernah berjalan jauh untuk mencari dan menulis hadis ke Bashrah, Kufah, Makkah, Syam, Mesir, dan Rayah.

Beliau menyusun kitab Sunan-nya ini dengan susunan perbahasan atau sistematika hadis-hadis dan bab-bab fiqih, yang tersusun atas 32 kitab (juzu'), 1500 bab, dan jumlah hadis yang terkandung di dalamnya sekitar 4000 hadis. Syaikh Muhammad Fuad 'Abdul Baqi menghitung ada sebanyak 4241 hadis di dalamnya.

Sunan Ibnu Majah ini berisikan hadis-hadis yang sahih, hasan, dhaif (lemah), dan bahkan yang maudhu’ (palsu). Imam Abu al-Faraj Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) mengkritik ada hampir 30 hadis maudhu di dalam Sunan Ibnu Majah walaupun disanggah oleh as-Suyuthi. Demikian juga sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Abu Zur'ah ar-Razi rahimahullah.

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah berkata, "Ibnu Majah pengarang kitab Sunan, susunannya tersebut menunjukan keluasan ilmunya dalam bidang Ushul dan furu’, kitab beliau mengandungi 30 Kitab (juzu'/bahagian); 1500 bab, 4000 hadis, semuanya adalah baik kecuali sedikit saja."

Al-Imam al-Bushairi (Wafat: 840H) menulis ziadah (tambahan) hadis di dalam Sunan Ibnu Majah yang tidak terdapat di dalam kitabul khomsah (kitab hadis utama yang lima iaitu: Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan an-Nasaa’i, dan Sunan at-Tirmidzi) sebanyak 1552 hadis di dalam kitabnya Misbah az-Zujajah fi Zawa'id Ibni Majah serta menjelaskan sekali darjatnya sama ada sahih, hasan, dha'if, ataupun maudhu’. Oleh kerana itu, penelitian terhadap hadis-hadis di dalamnya amatlah perlu dan penting. Terutamanya apabila hendak disebarkan kepada masyarakat awam, lebih-lebih lagi memang ia merupakan antara kitab hadis yang utama lagi besar manfaatnya.

Atas dasar itu, maka hari ini kita dapat melihat antaranya hasil tahqiq dan penyaringan hadis-hadis dari Sunan Ibnu Majah oleh Syaikh Muhammad B. Nashiruddin al-Albani rahimahullah (Wafat: 120H). Beliau mentarkhrij, mentahqiq, menjelaskan, dan mengasingkan hadis-hadis dari Sunan Ibnu Majah antara yang sahih, hasan, dha'if, dan maudhu'.

Apa yang ada di hadapan pembaca ini adalah salah satu dari hasil tahqiq dan saringan yang dibuat oleh Syaikh al-Albani rahimahullah. Ia memuatkan hadis-hadis yang sahih dan hasan, iaitu hadis-hadis yang maqbul yang dijadikan hujah dalam agama. Terpisah dari hadis-hadis yang lemah dan palsu. Syaikh al-Albani menamakan kitab beliau ini sebagai Shahih Sunan Ibnu Majah dan dengan nama ini juga ia dikenali sehingga hari ini. Semoga ia memberi manfaat yang banyak untuk masyarakat awam secara umum.

Total Pages:
3 Jilid Lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga di - www.atsar.ilmusunnah.com

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

517 - Fiqhul Islami wa Adillatuhu karya Dr. Wahbah Zuhaily

Fiqih Islam wa Adillatuhu
Fiqh Islam dan Perundangannya


Title:
Fiqih Islam wa Adillatuhu
Judul Asal: al-Fiqhul Islami wa Adillatuhu

Author:
Dr. Wahbah az-Zuhaily

Publisher:
Gema Insani
Darul Fikir

Price:
RM850 Termasuk pos
(Hard Cover, 10 Jilid Lengkap)

Weight:
15 kg

Description:

Ini adalah terjemahan kitab Fiqhul Islami wa Adillatuhu karya Dr. Wahbah az-Zuhaily yang cukup di kenali dalam dunia fiqh kontemporari. Buku ini mengemukakan dan menghimpunkan perbahasan fiqh Islam empat mazhab ahli sunnah wal-jama'ah iaitu mazhab Abu Hanifah, Maliki, Syafi'i, dan Hanbali.

Perbahasan buku ini dimulakan dengan seluk-beluk fiqh Islam dan keistimewaannya, sejarah ringkas tokoh-tokoh mazhab, perpekstif perbezaan ijtihad fiqh dalam Islam, dan seterusnya dimulakan dengan perbahasan thaharah, solat, sehinggalah kepada perbahasan yang lebih kompleks lainnya.

Berikut kami sebutkan perbahasan keseluruhan buku ini berdasarkan jilid dan topik-topiknya:

JILID 1: Pengantar Ilmu Fiqih, Tokoh-tokoh Mazhab Fiqih, Niat, Thaharah, Solat

JILID 2: Solat Wajib, Solat Sunnah, Zikir Setelah Solat, Qunut dalam Solat, Solat Jama’ah, Solat Jama' dan Qasar.

JILID 3: Puasa, I'tikaf, Zakat, Haji dan Umrah.

JILID 4 Membahas : Sumpah, Nadzar, Hal-hal yang dibolehkan dan dilarang, Kurban dan Aqiqah, Teori-teori Fiqih.

JILID 5: Hukum Transaksi Kewaangan, Transaksi jual beli, insurans, Khiyar, Akad Jual Beli, Akad Ijarah.

JILID 6: Jaminan, Pengalihan hutang, Gadaian, Paksaan, Kepemilikan.

JILID 7: Sistem Ekonomi Islam, Pasar Kewangan, Hukum Hadd Zina, Qazaf, Pencurian.

JILID 8: Jihad, Pengadilan dan Mekanisme Mengambil Keputusan, Pemerintahan Dalam Islam.

JILId 9: Pernikahan, Talak, Khulu', Meng’illa Istri, Li’an, Zhihar, Masa 'Iddah.

JILID 10: Hak-hak Anak, Wasiat, Wakaf, dan Warisan.

Total Pages:
10 Jilid Lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Tuesday, January 3, 2012

516 - Shahih Sunan Nasa'i

Shahih Sunan Nasa'i


Title:
Shahih Sunan Nasa'i
Judul Asal: Shohih Sunan an-Nasaa'i

Author:
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM240
(Hard Cover)

Weight:
4.0 kg

Description:

Ini adalah terjemahan Shahih Sunan an-Nasaa'i susunan semula oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah. Kitab ini asalnya adalah karya Abu 'Abdurrahman Ahmad B. Syu'aib B. 'Ali al-Khurasani an-Nasaa'i atau lebih dikenali sebagai Imam an-Nasaa'i rahimahullah (Wafat: 303H). Kemudian, kitab karya an-Nasaa'i ini dibahagikan kepada dua bahagian oleh Syaikh al-Albani menjadi Shahih Sunan an-Nasaa'i dan Dhaif Sunan an-Nasaa'i bertujuan mengasingkan hadis-hadis di antara yang sahih dan dhaif (lemah).

Total Pages:
3 Jilid Lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - www.atsar.ilmusunnah.com

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.