Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Sunday, August 31, 2008

96 – Majalah as-Sunnah Edisi Bundle (Stok Terhad)

Majalah as-Sunnah Edisi Bundle (Stok Terhad)


Book Name:
Majalah as-Sunnah Edisi Bundle (Hard Cover)

Mengumpul pelbagai artikel dan tulisan dari kalangan ustaz-ustaz dari indonesia yang bermanhaj salaf (ahlus Sunnah) dan turut mengetengahkan tulisan-tulisan ulama timur tengah.

Publisher:
Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta

Price:
RM64 (Edisi Bundle, setiap bundle mengandungi 6 set majalah edisi terdahulu)

Description:

Pada asalnya, ia merupakan salah satu bentuk majalah bulanan. Diterbitkan dan diedarkan setiap bulan dengan artikel-artikel/tulisan-tulisan (pengisian) ilmiyah yang pelbagai bersumberkan manhaj ahlus sunnah wa l-Jama'ah. Setiap isu dan pengisian ditulis oleh Author dari kalangan ustaz dari Indonesia dan para ulama dari timur tengah (terjemahan Indonesia). Setiap perbahasan adalah cukup ilmiyah berdasarkan rujukan serta kajian para ulama salafus soleh atas rujukan al-Qur’an dan as-Sunnah.

Kini majalah bulanan ini telah mula diterbitkan semula dalam bentuk bundle bagi edisi-edisi terdahulu. Sekaligus, ia memberi peluang kepada mereka yang tertinggal edisi-edisi majalah ini pada masa yang telah lalu untuk mendapatkannya semula. Bagi setiap edisi bundle yang diterbitkan, ia mengandungi 6 set majalah. Ia di-bundlekan dalam bentuk hard-cover.

Pages:
Edisi bulanan biasa mengandungi 70 pages setiap isu. Maka, darabkan dengan 6 majalah.

Weight:
1.3kg (bagi setiap bundle)

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email:
dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:

Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Berikut adalah stok yang kami ada buat masa ini,

1 – Bundle Edisi Tahun ke-8, Bulan pertama-keenam (Tahun 2004),


2 – Bundle Edisi Tahun ke-8, Bulan ketujuh-ke dua belas (Tahun 2004-2005),


3 – Bundle Edisi Tahun ke-9, Bulan pertama-keenam (Tahun 2005),



4 – Bundle Edisi Tahun ke-9, Bulan ketujuh-ke dua belas (Tahun 2005-2006),



5 – Bundle Edisi Tahun ke-10, Bulan pertama-keenam (Tahun 2006),



6 – Bundle Edisi Tahun ke-10, Bulan ketujuh-ke dua belas (Tahun 2006-2007),



7 – Bundle Edisi Tahun ke-11, Bulan pertama-keenam (Tahun 2007),



8 - Bundle Edisi Tahun ke-11, Bulan ketujuh-ke dua belas (Tahun 2007-2008),



More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email:
dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:

Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Sunday, August 24, 2008

95 – al-I’tisham (Buku Induk Pembahasan Bid’ah & Sunnah)

al-I’tisham
Buku Induk Pembahasan Bid’ah & Sunnah


Book Name:
al-I’tisham (Buku Induk Pembahasan Bid’ah & Sunnah)

Author:
Imam asy-Syathibi

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM90

Weight:
1000 gram

Description:

Sebuah kitab besar karya al-Imam asy-Syathibi yang merupakan sebuah kitab yang membahaskan persoalan bid’ah dan asas-asas perpecahan umat dalam beragama dengan begitu lengkap dan jelas. Ia menjelaskan bermula dari maksud dan definisi bid’ah dengan begitu lengkap dan terperinci. Kemudian menjelaskan mengapa tercelanya bid’ah dan kesan-kesan buruk akibat bid’ah. Kemudiannya beliau membahaskan sekitar persoalan salah faham sebahagian besar umat Islam terhadap bid’ah idhafiyah, hakikiyah, bid’ah hasanah, masalih mursalah, dan beberapa-beberapa persoalan lain yang sering menjadi pertikaian.

Sehingga akhirnya beliau membahaskan perpecahan dan firqah-firqah sesat yang terbentuk kesan daripada perbuatan bid’ah yang berleluasa.

Total Pages:
895 pages

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:

Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran. Pastikan stok disahkan terlebih dahulu.

94 – Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam (Panduan Ilmu & Hikmah) Syarah Lengkap al-Arba’in an-Nawawi

Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam
Panduan Ilmu & Hikmah
Syarah Lengkap al-Arba’in an-Nawawi


Book Name:
Panduan Ilmu & Hikmah Syarah Lengkap al-Arba'in an-Nawawiyah
Judul Asal: Jami' al-'Ulum wa al-Hikam

Author:
Al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali Rahimahullah (Wafat: 795H)

Publisher:
Daul Falah

Price:
RM88

Weight:
1.6 Kg

Description:

Syaikhul Islam Taqiyuddin Abu Amr Utsman bin Musa asy-Syarzuki, atau lebih dikenali dengan nama Ibnu Sholah yang wafat pada tahun 643H, telah menghimpunkan hadis-hadis yang bersifat komprehensif ke dalam bukunya yang berjudul al-Ahaadith al-Kuliyyah, yang dikatakan bahawa paksi agama berputar di atasnya. Buku tersebut memuatkan sebanyak dua puluh enam hadis.

Kemudiannya, Abu Zakariya Yahya bin Syaraf an-Nawawi yang wafat pada 676H (Imam an-Nawawi), menyalin semua dua puluh enam hadis-hadis tersebut, serta menambahkan hadis-hadisnya sehingga berjumlah empat puluh dua hadis ke dalam bukunya al-Arba’in yang sangat terkenal, banyak menjadi hafalan, dan Allah menjadikannya begitu bermanfaat kerana keikhlasan penyusun dan kebaikan maksudnya.

Setelah itu, al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali rahimahullah menambahkan lapan buah hadis lagi dari hadis-hadis Jawami’ul Kalim (yang memiliki maksud yang luas) ke dalam buku al-Arba’in yang mencakupi begitu banyak ilmu dan hikmah, sehinggalah hadis-hadis tersebut terkumpul menjadi lima puluh hadis. Beliau melakukan istikharah kepada Allah untuk menyusun buku yang mengandungi syarah makna-makna dan hadis-hadis tersebut. Bersesuaian dengan kemudahan yang diberikan oleh Allah Ta’ala kepadanya dan menentukan kaedah hadis-hadis tersebut. Dalam syarah ini, al-Hafiz Ibnu Rejab membentangkan hadis-hadis Nabawiyah, menjelaskan kata-kata asing dan makna-maknanya, menerangkan hadis-hadis yang sejenis dengannya, menjelaskan hukum-hukumnya, fiqh, dan perbezaan pendapat ulama di dalamnya. Sehingga menjadikan buku Ibnu Rejab ini termasuk buku syarah hadis terbaik dari sekian pensyarah al-Arba’in yang lainnya.

Total Pages:
1029 pages

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

93 – Tamamul Minnah (Komentar Ilmiyah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Sayyid Sabiq)

Tamamul Minnah (Komentar Ilmiyah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Sayyid Sabiq)


Book Name:
Tamamul Minnah (Komentar Ilmiyah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Sayyid Sabiq)

Author:
Syaikh al-Muhaddith Muhammad Nashiruddin al-Albani

Publisher:
Pustaka Sumayyah

Price:
RM54

Weight:
850 gram

Description:

Seperti yang diketahui umum terutama dari kalangan para pengkaji dan para pelajar. Kitab Fiqhus Sunnah karya Sayyid Sabiq memang cukup dikenali dan dijadikan rujukan. Namun, apabila ianya dikaji dan diteliti semula, ternyata kitab tersebut banyak mengandungi kekeliruan dan kesalahan-kesalahan ilmiyah dari segi pengambilan dalil, penetapan hukum, penilaian seseorang perawi hadis, dan kesilapan dalam penukilan terhadap kata-kata ulama. Syaikh al-Muhaddith Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah telah melakukan penelitian dan kajian semula terhadap kitab tersebut. Dan beliau mendapati bahawa kitab tersebut perlu dilakukan banyak pembetulan secara ilmiyah. Maka, kemudian beliau rahimahullah segera menulis sebuah kitab khusus yang berjudul “Tamamul Minnah Fit Ta’liq ‘Ala Fiqhus Sunnah”. Syaikh al-Albani rahimahullah menulis kitab ini bukanlah kerana hasad, mencari-cari kesalahan, atau bahkan bukanlah untuk tujuan menjatuhkan nama baik Sayyid Sabiq sebagai penulisnya. Beliau rahimahullah berkata:

“Perlu saya sampaikan, bahawa saya mengulas dan mengungkap kekeliruan-kekeliruan di dalam kitab Fiqhus Sunnah, bukan bermaksud untuk merendahkan penulisnya sama sekali. Akan tetapi, saya bertujuan menolong kebenaran dengan kebenaran. Menjaga Fiqhus Sunnah dari kesalahan sekecil mungkin, sehingga menjadikan kitab tersebut dapat diterima dan bermanfaat bagi kaum muslimin.”


Total Pages:
469 pages

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email:


dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

92 – Al-Milal wa al-Nihal karya Imam asy-Syahrastani

Al-Milal wa al-Nihal
Aliran-Aliran Teologi Dalam Sejarah Umat Manusia
karya Imam asy-Syahrastani


Judul Buku:
Al-Milal wa al-Nihal
Karya Imam asy-Syahrastani

Penulis:
Muhammad B. ‘Abdul Karim asy-Syahrastani


Penerbit:
PT. Bina Ilmu

Harga:
RM80

Berat:
1.5kg

Keterangan Buku:

Buku al-Milal wa al-Nihal (Aliran-Aliran Teologi Dalam Sejarah Umat Manusia) karya Muhammad B. Abdul Karim asy-Syahrastani (Wafat: 548H) atau lebih dikenali dengan nama asy-Syahrastani ini banyak merakam sejarah panjang kelompok-kelompok pemikiran para ahli falsafah, teologi, dan ahli hikmah termasyhur dari pelbagai penjuru dunia, yang membentang luas sejak ribuan tahun silam, bermula dari para pemikir pra-Sokrates (mis. Thales, Phitagoras), Plato, Aristotles, Porphyry, sehinggalah kepada al-khawarij, Qadariyah, Jabbariyah, Syi'ah, sufi, muktazilah, ilmu kalam bawaan Ibnu Sina dan al-Farabi; dari tradisi pemikiran kuno seperti al-Sabiah, al-Hanifah, dan Stoic sehinggalah kepada aliran Tanasukh (Reinkarnasi), hulul, dan al-Kabilah (Pemuja Spiritualisme) juga turut dikupas.

Yang mana telah kita maklum bahawa tsabit dalam perkhabaran hadis bahawa umat Islam akan terpecah menjadi 73 kelompok aliran semuanya. Sebagaimana umat sebelumnya dari kalangan Yahudi dan Nashara terbahagi menjadi 71 dan 72 kelompok.

Buku ini memberi wawasan luas kepada para pembaca dan pengkaji berkenaan proses dialektika pemikiran dari manusia-manusia pemikir yang tidak mengenal penat lelah dalam pencarian soal kebenaran dan hakikat kehidupan, berkenaan tema-tema besar kemanusian, ruh, emosi, akal, libido, ego, malaikat, nabi, dan Tuhan, yang menjadi kajian ilmu-ilmu agama (teologi), falsafah, psikologi dan spiritual. Tidak dapat disangkal bahawa banyak tema-tema yang dibahaskan di dalam buku ini menjadi dasar dan landasan berfikir para manusia moden sekarang ini. Tidak menghairankan jika isu-isu moden sekarang seperti demokrasi, HAM (gerakkan hak asasi manusia), hak kebebasan bersuara, anti-kekerasan, dan gerakan spiritualisme adalah kelanjutan dari idea-idea besar dari para kelompok pemikir masa lalu.

Yang mengkagumkan daripada asy-Syahrastani adalah kebijakan (kegeniusan) beliau dalam mencerna hujah-hujah dan bantahan terhadap para ahli falsafah serta teologi yang kompleks dan rumit ke dalam bahasa yang sederhana dan kuat. Yang juga menarik adalah bahawa paparan sejarah pemikiran umat manusia ini selalu dikaitkan dengan teks-teks al-Qur’an. Asy-Syahrastani menggariskan kecemerlangan idea-idea para ahli falsafah dan hikmah-hikmah kehidupan serta melakukan kritikan secara logik yang dianggap menyimpang (dari aqidah Islam) dengan mengutip dan mendasarkan diri dengan ayat-ayat al-Qur’an berkenaan tema-tema yang berkaitan.

Buku ini telah terbukti sebagai suatu bentuk karya klasik yang diabadikan oleh para pengkaji dan ulama sebagai suatu hasil karya yang menawarkan kearifan dan pencerahan bagi para pembacanya. Ini adalah salah satu karya yang sangat masyhur dalam bidang perbandingan pemikiran dan aliran dalam Islam selain turut memuatkan perbandingan agama antara Islam dengan Yahudi, Nashara, dan juga Hindu.

Menurut asy-Syahrastani, di antara dasar pokok penyusunan buku ini adalah bagi memaprkan dan menjelaskan:

1, Mengapa terdapat pelbagai jenis kelompok manusia dalam berideologi dan beragama.

2, Faktor pendorong kepada munculnya pelbagai kelompok pemikiran dalam Islam.

3, Syubhat dalam memahami agama.

4, Muncul perbezaan pemikiran, puncanya, sumber ambilan fakta, dan kesan akibatnya.

5, Menjelaskan ciri-ciri dan kriteria setiap kelompok pemikrian yang wujud.

Penyusunan buku ini banyak mengambil sumber rujukan dari karya-karya para tokoh terdahulu semisal Maqalat al-Islaamiyyin oleh Abul Hasan al-Asy'ari rahimahullah (Wafat: 324H), Al-Fashl fi al-Milal wa an-Nihal oleh Ibnu Hazm rahimahullah (Wafat: 456H), dan Al-Farq bainal Firaq oleh 'Abdul Qahir al-Baghdadi rahimahullah (Wafat: 429H).

Selain menjadi rujukan umat Islam, buku ini juga turut menjadi rujukan penting di sisi para pengkaji orientalis dan barat kerana di dalamnya mengemukakan fakta-fakta penting yang akurat sekitar sejarah dan latar belakang pemikiran falsafah Yunani baik yang terdahulu atau yang terkemudian.

Asy-Syahrastani selain mengarang buku al-Milal wa an-Nihal ini, beliau turut menyusun buku-buku lain yang tidak kurang hebatnya dalam bidang yang hampir sama. Dan beliau turut terkenal sebagai tokoh yang banyak membuat kritikan terhadap ilmu kalam, aliran falsafah, dan tamadun Yunani yang sememangnya pada zaman beliau pemikiran tersebut berkembang pesat meracuni aqidah umat Islam. Hasil-hasil karya beliau banyak dimanfaatkan oleh ulama sesudahnya termasuklah Al-Hafiz Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H).


Jumlah Muka Surat:
600 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.