Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, January 16, 2008

13 - Sifat Solat Nabi (Edisi Revisi)

Sifat Solat Nabi
(Edisi Revisi)


Title:
Sifat Shalat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam
Judul Asli ('Arab): Shifatu Shalaatin-Nabiyyi Shallatu ‘alaihi wa Sallama min at-Takbiiri at-Tasliimi Ka-annaka Taraahaa

Author:
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H)

Publisher:
Media Hidayah

Price:
RM18

Weight:
300g

Description:

Buku ini merupakan terjemahan kitab “Shifatu Shalaati an-Nabiyyi shallatu ‘Alaihi wa Sallama min at-Takbiiri at-Tasliimi Ka-annaka Taraahaa”, karya/susunan Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah yang telah beliau semak/revisi (merupakan edisi terakhir semakan oleh beliau dan telah diringkaskan).

Boleh dikatakan bahawa buku ini amat penting dan perlu dimiliki oleh setiap umat Islam. Ia mengutarakan sebuah perbahasan ilmiyah lagi membuka mata. Olahannya yang baik dan jelas digarap berpandukan dalil-dalil yang sahih dari al-Qur'an dan as-Sunnah. Merupakan sebuah buku yang amat kukuh perbahasan dan methodologi pembentangannya. Setiap dalil-dalil hadisnya dijelaskan status kesahihannya secara ilmiyah (berpandukan methodologi ahli hadis) sehingga kita berasa yakin untuk mengamalkannya tanpa ragu-ragu.

Apa yang lebih menarik, Syaikh al-Albani memulakan bukunya ini dengan muqaddimah sepanjang hampir lebih 80 muka surat (merujuk kepada edisi terjemahan ini). Dalam muqaddimah tersebut beliau menjelaskan sekitar persoalan manhaj dan prinsip-prinsip beragama yang sangat penting. Beliau membawakan hadis-hadis nabi berserta fatwa-fatwa para imam-imam mazhab yang empat agar kita tidak taksub dengan mana-mana tokoh agama. Sebaliknya tetap istiqamah di atas hujah-hujah agama yang jelas dengan berkomitmen di atas dalil-dalil al-Qur'an dan as-Sunnah yang difahami dengan prinsip-prinsip ahlus sunnah wal-jama'ah.

Di antaranya beliau memetik dan mengulas perkataan Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) yang bermaksud, “Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)

Penjelasan dalam bab ini sekaligus membuka mata dan fikiran kita, "Sejauh manakah solat yang kita praktikkan pada hari ini menepati tatacara sifat solat Nabi dan para sahabatnya?" Adakah yang kita amalkan selama ini benar-benar menepati sunnah Rasulullah? Apa dalil dan landasannya? Kenapa adakalanya solat aku berbeza dengan tatacara solat orang yang lain? Ada yang begitu, dan ada yang tidak begini? Maka, buku ini bakal membantu anda merungkai persoalan tersebut secara tuntas dan ilmiyah, insyaAllah.

Selain itu, pada muqaddimah tersebut, beliau turut menjelaskan tentang adab-adab dan prinsip-prinsip yang harus dipegang dalam menghadapi pelbagai pandangan ulama yang saling berbeza pendapat. Turut dimuatkan oleh beliau adalah jawaban-jawaban ilmiyah sekitar isu-isu manhaj, syubhat-syubhatnya, dan kaedah menyikapinya.

Setelah itu barulah beliau memulakan kitabnya ini dengan bab perbahasan-perbahasan tatacara solat yang dilandasi dengan dalil-dalil yang jelas dari al-Qur'an dan al-hadis. Bukan sekadar ikut-ikutan dari tokoh si fulan, ulama si fulan, guru si fulan, atau cikgu si fulan semata-mata. Tetapi setiap apa yang diikut perlulah berdasarkan dalil-dalil yang jelas walau siapapun yang berkata.

Perbahasan yang beliau bentangkan bermula dari sekitar bab berdiri menghadap Kiblat, solat di atas perahu/kenderaan, solat orang yang sakit/udzur, solat dengan berkasut, kewajiban solat menghadap sutrah, kewajiban berniat, dan kemudian diteruskan dengan perbahasan gerakan/tatacara solat seperti tatacara takbir yang sahih, cara meletakkan tangan ketika berdiri, kaedah bersedekap yang betul, doa-doa istiftah yang sahih dari nabi, hukum membaca al-fatihah, diikuti dengan setiap tatacara-tatacara seterusnya sehinggalah salam. Setiap tatacara ini tidak dibahaskan secara kosong dan sambil lewa, tetapi dibentangkan dengan penuh nilai-nilai ilmu di mana setiap tatacara memiliki dalil-dalilnya yang jelas.

Untuk edisi buku dengan perincian perbahasan status hadis yang lebih meyakinkan, boleh juga dapatkan edisi asal (edisi tulisan yang mula-mula disusun oleh Syaikh al-Albani) - dengan judul Ashlu Shifati Sholatin Nabi (Klik).

Total Pages:
251 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

12 - DEMOKRASI “Satu Kajian Menurut al-Qur’an & Sunnah

DEMOKRASI “Satu Kajian Menurut al-Qur’an & Sunnah

Nama Buku:
DEMOKRASI “Satu Kajian Menurut al-Qur’an & Sunnah

Penulis:
Ust. Rasul Bin Dahri

Terbitan:
Jahabersa

Harga:
RM5.00

Berkaitan Buku:
Membahasakan sekitar persoalan praktik demokrasi sama ada ianya suatu sistem yang dibenarkan syari’at atau sebenarnya ia adalah merupakan suatu bentuk sistem yang bertentangan dengan Islam sama sekali.

Jumlah Muka Surat:
67

11 - RINGKASAN SAHIH AL-BUKHARI

RINGKASAN SAHIH AL-BUKHARI


Nama Buku:
RINGKASAN SAHIH AL-BUKHARI

Penulis/Peringkas:
Sheikh al-'Alamah al-Muhaddith Muhammad Nashiruddin al-Albani

Terbitan:
Pustaka as-Sunnah

Harga:
RM98.00

Berkaitan Buku:
Merupakan keringkasan daripada kitab Hadis Sahih Bukhari oleh Sehikh al-Albani

Jumlah Muka Surat:
1083

Berat:
1000g

10 - SOLATLAH KAMU SEBAGAIMANA KAMU MELIHAT AKU (NABI S.A.W.) BERSOLAT

SOLATLAH KAMU SEBAGAIMANA KAMU MELIHAT AKU
(NABI S.A.W.) BERSOLAT




Nama Buku:
SOLATLAH KAMU SEBAGAIMANA KAMU MELIHAT AKU (NABI S.A.W.) BERSOLAT

Penulis:
Ust. Rasul Bin Dahri

Terbitan:
Syarikat Ummul Qura SDN. BHD.

Harga:
RM8.90

Berkaitan Buku:
Satu buku yang ringkas mengenai persoalan tatacara solat berdasarkan al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih. Sangat sesuai untuk pembaca secara umum.

Jumlah Muka Surat:
108

Tuesday, January 15, 2008

09 - BAHAYA TARIKAT SUFI/TASAWUF TERHADAP MASYARAKAT

BAHAYA TARIKAT SUFI/TASAWUF TERHADAP MASYARAKAT



Buku terkini:
BAHAYA TARIKAT SUFI/TASAWUF TERHADAP MASYARAKAT

Penulis:
Ust. Rasul Bin Dahri

Terbitan:
Jahabersa

Harga:
RM9.50

Berkaitan Buku:
Tarikat sufi/tasawuf bukanlah dari ajaran Islam tulin yang berlandaskan al-qur’an dan as-Sunnah, samaada dari segi aqidah atau ibadah. Sufi/tasawuf hanya ciptaan dari hasil pemikiran (ideologi) orang-orang kafir yang dipengaruhi falsafah metafizika. Sama ada dari pemikiran falsafah ciptaan para Yahudi, Nasrani, atau Majusi yang diserapkan (asimilasi) ke dalam masyrakat Islam oleh musuh-musuh Islam untuk menghancurkan aqidah Islamiyah dari dalam, meng-kucar-kacirkan ummah dan memecah-belahkan kesatuan sehingga mengakibatkan lemahnya masyrakat Islam dan jatuhnya Daulah Islamiyah. Inilah hakikat sebenar yang akan dibuktikan melalui tulisan di dalam buku ini.

08 - Shahih Tafsir Ibnu Katsir

Shahih Tafsir Ibnu Katsir
Harga Promosi!


Lihat Sinopsis atau Pesan kitab ini secara online di website kami, http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=77

Atau sms/whatsapp ke: 0126887715.



07 - Adakah Biji Tasbih Di Zaman Rasulullah?

Adakah Biji Tasbih Di Zaman Rasulullah?



Buku terkini:
Adakah Biji Tasbih Di Zaman Rasulullah?

Penulis:
Sheikh Bakr Bin Abdullah Abu Zaid

Terbitan:
Pustaka Ibnu Katsir

Harga:
RM13.00

Berkaitan Buku:
Suatu analisa berkaitan penggunaan biji tasbih di dalam berzikir/beribadat. Adakah ianya tsabit dari perbuatan Rasulullah atau para sahabat?

06 - Silsilah Hadis Dhaif & Maudhu’ (Jilid 1-4)

Silsilah Hadis Dhaif & Maudhu’ (Jilid 1-4)

Buku terkini:
Silsilah Hadis Dhaif & Maudhu’ (Jilid 1-4)

Penulis:
Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Terbitan:
Gema Insani Press

Harga:
Jilid 1 – RM44.00
Jilid 2 – RM44.00
Jilid 3 – RM74.50
Jilid 4 – RM44.00

Berkaitan Buku:

Membentangkan senarai Hadis-hadis Dhaif serta maudhu’ dan tahqiq/takhrijnya.

Friday, January 4, 2008

05 - Sejarah Hitam Khawarij



Buku terkini:
Sejarah Hitam Khawarij

Penulis:
Sheikh Nashir bin Abdul Karim al-‘Aql

Terbitan:
Darul Salam

Harga:
RM25.00

Berkaitan Buku:
Membahaskan persoalan firqah kumpulan Khawarij, sejarah khawarij, siapa khawarij, dan sifat-sifatnya?

04 - STUDI KRITIS PERAYAAN MAULID NABI S.A.W.

STUDI KRITIS PERAYAAN MAULID NABI S.A.W.


Buku terkini:
STUDI KRITIS PERAYAAN MAULID NABI S.A.W.

Penulis:
Sheikh Hammad Abu Mu’awiyyah

Terbitan:
Maktabah Latsariyyah

Harga:
RM21.00

Berkaitan Buku:

Membahaskan persoalan Maulid Nabi, adakah ia disyariatkan, disunnahkan, atau pun adakah ia-nya merupakan bid’ah?

Jumlah Muka Surat:
318

Wednesday, January 2, 2008

03 - Ikhwanul Muslimin atau Ikhwanul Muflisin?

Ikhwanul Muslimin atau Ikhwanul Muflisin?




Buku terkini:
Ikhwanul Muslimin, Atau Ikhwanul Muflisin

Terbitan:
Syarikat Ummul Qura SDN. BHD.

Harga:
RM45.00

Berkaitan Buku:
Sebuah buku yang memaparkan satu kajian yang dilakukan oleh penulis terhadap pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Pelbagai penyimpangan dan kesalahan yang tidak terjangka telah dibongkar melalui kajian tersebut. Ketebalan lebih 400 muka surat.

02 - Terjemahan Bulughul Maram

Bulughul Maram


Tajuk Buku:
Bulughul Maram
Karya al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani

Terbitan:
Pustaka as-Sunnah

Harga:
RM80.00

Berkaitan Buku:

Kitab ini disusun oleh Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani. Kitab ini memuatkan susunan hadis-hadis penting di dalam persoalan fiqh/ibadah seharian. Di dalam terhimpun sekitar seribu lima ratus hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Hadis-hadis ini disusun berdasarkan urutan dari soal bersuci/thaharah, tayammum, wudhu', mandi, adzan, solat, zakat, puasa, jenazah, haji/umrah, jual beli, pernikahan, hukum hakam jenayah, hudud, jihad, bab makan dan minum, sumpah dan nadzar, sehinggalah kepada persoalan adab dan akhlak. Setiap hadis-hadis yang dibawa dijelaskan darjat kesahihannya pada nota kaki. Ini bagi memudahkan para pembaca untuk menyemak dan mengamalkannya dengan yakin.

Adapun untuk lebih jelas tentang huraian dan perbahasan setiap hadis secara terperinci, para pembaca boleh juga mendapat kitab syarah bagi hadis-hadis dalam kitab ini melalui kitabTaudhihul Ahkam dan Subulus Salam.

Jumlah Muka Surat:

765 m/s.

Maklumat Lanjut:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Pembayaran:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama penuh, alamat lengkap anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

01 - Tafsir Ibnu Katsir Edisi Lux

Tafsir Ibnu Katsir (Edisi Lux)





Pesan kitab ini secara online di website kami, http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=61

Atau sms/whatsapp ke: 0126887715.