Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, September 29, 2009

165 - Islam & Parti Politik (Membedah Sistem Politik dan Demokrasi)

Islam & Parti Politik


Title:
Islam & Parti Politik
(Membedah Sistem Politik dan Demokrasi)
Judul Asli/Arab: al-Ahzab al-Siyasah fi al-Islam

Author:
Syaikh Syafiyurrahman al-Mubarakfuri

Publisher:
Pustaka at-Tazkia

Price:
RM14

Weight:
100g

Description:

Secara bahasa, parti politik adalah sekumpulan manusia yang dikumpulkan oleh suatu kepentingan bersama, yang didasari kepada ikatan keyakinan atau pun keimanan. Atas dasar kekufuran, kefasikan, dan kemaksiatan. Atas dasar ikatan bangsa, negara, kabilah/suku, dan nasab tertentu, atau kerana ikatan pekerjaan dan bahasa. Atau apa sahaja bentuknya dari pelbagai ikatan mahu pun sifat kepentingan yang mengharuskan berhimpunnya manusia dan mendukungnya.

Terlalu banyak kata-kata indah yang diungkapkan ke atas sebuah sistem bernama demokrasi. Namun, bagaimana pula dari sudut kegagalannya? Buku yang ditulis oleh Syaikh Syafiyurrahman al-Mubarakfuri, seorang ulama dari India ini, mengajak anda untuk membongkar pelbagai kerapuhan sistem demokrasi. Beliau membawakan suatu bentuk penilaian berdasarkan dalil-dalil al-Qur'an dan as-Sunnah, aspek sejarah, serta aspek realiti politik masa kini.

Buku ini membentangkan bagaimana sebenarnya pandangan Islam terhadap sistem demokrasi, hak kebebasan bersuara, kewujudan pelbagai parti politik dalam sesebuah negara, dan adab-adab terhadap sesebuah pentadbiran sesebuah negara.

Total Pages:
144

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

164 - Prinsip-prinsip Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah

Prinsip-prinsip Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah


Title:
Prinsip-prinsip Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah

Author:
Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Pustaka at-Taqwa

Price:
RM36

Weight:
400g

Description:

'Aqidah yang benar adalah perkara yang sangat penting dan kewajiban yang paling besar yang perlu diketahui oleh setiap muslim. Amal seseorang akan diterima apabila 'aqidahnya benar dan ikhlas kerana Allah. Berpegang teguh kepada 'aqidah yang benar adalah syarat mutlak yang mesti dipenuhi bagi orang-orang yang mengharap kebahagiaan di dunia dan di akhirat. 'Aqidah yang benar adalah aqidah Ahlus Sunnah, 'aqidah yang telah diyakini, diimani, difahami, dan diamalkan oleh para Sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Para Sahabat radhiyallahu 'anhum telah dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk mendampingi (menemani) Nabi-Nya Shallallahu 'alaihi wa Sallam, generasi yang mendapat jaminan (dan pengiktirafan) sebagai umat terbaik dari kalangan umat Islam ini, generasi yang Allah Subhanahu wa Ta'ala abadikan dengan keredhaan-Nya, dan generasi yang mendapat jaminan Syurga. Persoalannya sekarang, bagaimana mereka berkeyakinan, beriman, memahami, dan mengamalkan 'aqidah ini? InsyaAllah, jawabannya akan anda temui melalui buku ini.

Total Pages:
200

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

163 - Birrul Walidain, Berbakti Kepada Kedua Orang Tua

Birrul Walidain
- Berbakti Kepada Kedua Orang Tua -


Title:
Birrul Walidain
Berbakti Kepada Kedua Orang Tua

Author:
Yazid Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Pustaka at-Taqwa

Price:
RM16

Weight:
180g

Description:

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

“Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat ihsan (berbuat sebaik-baiknya) kepada kedua ibu-bapa.” (Surah an-Nisaa’, 4: 36)

Ayat ini bersama beberapa lagi ayat-ayat yang lain yang seumpama menjelaskan gandingan perintah berbuat baik kepada ibu-bapa dengan perintah mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dalam susunan kata yang lain, setelah diperintahkan kepada kita untuk mentauhidkan-Nya, iaitu dengan mengesakan-Nya dalam peribadahan, Allah memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada kedua ibu-bapa. Ini menjadi ukuran pertama tentang betapa besar kedudukan ibu-bapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka. Seandainya kedudukan dan tuntutan ini adalah “biasa-biasa” sahaja, nescaya Allah tidak akan meletakkannya di tangga kedua setelah perintah mentauhidkan-Nya.

Selain itu, hendaklah kita tahu bahawa keredhaan Allah itu terletak di atas keredhaan ibu dan bapa. Ini sebagaimana Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الوَالِدِ، وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu-bapa, manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu-bapa.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 1899)

Terdapat sebuah kisah dikhabarkan di dalam hadis. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda (sebagaimana terdapat dalam Shahih Muslim):

“Pernah terdapat seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau banyak beribadah sehingga didirikan sebuah biara untuknya, dan dia tinggal di dalamnya. Suatu ketika ibunya datang pada saat dia sedang mendirikan solat.

Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Pada keesokan hari ibunya datang semula dan Juraij masih sedang bersolat.

Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Pada keesokan hari ibunya datang semula (untuk kali ketiga) dan Juraij masih sedang bersolat.

Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Lantas ibunya berdoa: “Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!”

Sejak saat itu, kaum Bani Israil mula berbincang berkenaan Juraij dan ibadahnya. Ada seorang pelacur yang berdandan cantik berkata: “Jika kalian kehendaki, aku akan menggodanya untuk kalian.”

Maka pelacur itu menawarkan diri kepada Juraij, tetapi Juraij sama sekali tidak mengendahkannya. Lalu pelacur tersebut mendatangi seorang pengembala kambing yang sedang berteduh di biara Juraij, menyerahkan diri kepadanya sehingga pengembala itu menyetubuhinya. Pelacur tersebut menjadi hamil. Ketika anak itu dilahirkan, pelacur tersebut mendakwa:

“Ini adalah anak Juraij.”

Maka orang ramai mendatangi Juraij, memaksanya keluar, menghancurkan biaranya dan memukulnya.

Juraij bertanya: “Kenapa kalian melakukan semua ini?” Mereka menjawab: “Engkau telah melacur dengan pelacur ini sehingga dia melahirkan anak kamu!”

Juraij bertanya: “Di manakah anak tersebut?”

Lalu bayi itu dibawa kepada Juraij. Dia berkata: “Biarkan aku, aku ingin bersolat terlebih dahulu.”

Maka Juraij bersolat. Setelah selesai, Juraij mendatangi bayi tersebut, memukul di perutnya, lalu bertanya: “Wahai bayi, siapakah ayah kamu?” Bayi itu menjawab: “Ayahku adalah seorang pengembala kambing.”

Tatkala mendengar jawapan tersebut, orang ramai kembali kepada Juraij, menyentuhnya dan menciumnya (kerana mereka telah bersalah dalam menuduhnya) dan berkata: “Kami akan membangunkan semula biara kamu yang kami hancurkan dengan emas.”

Juraij menjawab: “Tidak, tetapi bangunkanlah ia dengan tanah sebagaimana asalnya.” (Shahih Muslim, no. 2550)

Hadis di atas menunjukkan betapa besar kedudukan ibubapa ke atas seorang anak dan betapa pentingnya bagi seorang anak untuk berbuat baik kepada ibu-bapanya. Bayangkan, jika seorang anak yang sedang bersolat dianggap melakukan kesalahan kerana tidak mengendahkan hajat ibunya, bagaimana pula dengan kita yang sering leka mengejar kehidupan dunia sehingga tidak mengendahkan hajat ibu-bapa kita?

Melalui buku ini, insyaAllah penulis akan memaparkan ayat-ayat al-Qur’an serta hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sahih berkenaan kedudukan ibubapa dan tuntutan berbuat baik kepada mereka. Bagaimanakah seharusnya kita melayani mereka, berbuat baik terhadap mereka, memuliakan mereka, bermu’amalah dengan mereka, menjaga hati mereka, dan mendapatkan redha mereka.

Semoga Allah memudahkan kita untuk mempraktikkan ayat-ayat-Nya serta hadis-hadis Rasul-Nya berkenaan kedudukan ibu-bapa dan tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka.


Jumlah Muka/Surat:
121 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

162 - Bukan Salahnya Cinta

Bukan Salahnya Cinta


Title:
Bukan Salahnya Cinta
Author:
Muhammad B. Abdul Aziz al-Musnid

Publisher:
Pustaka Ausath

Price:
RM14

Weight:
100g

Description:

Ada pelbagai jenis cinta: sama ada yang wajib, yang harus (mubah), yang disukai, dan ada pula yang diharamkan (oleh Allah). Ada yang asalnya harus (mubah), namun, akhirnya bertukar menjadi haram. Wujud juga cinta yang mulanya suci, namun di dalam perjalanannya ia ternoda sehingga akhirnya menjadi penyebab manusia terhumban ke neraka.

Cinta merupakan sebuah perasaan indah, baik, suci dan agung yang diciptakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk para hamba-Nya, namun di ketika mana ia dinodai (dicemari) dengan perbuatan maksiat kepada Allah, ia pun berubah menjadi malapetaka dan derita. Berapa banyaknya pencinta yang telah kecundang dan mengakhiri kisah hidupnya dengan derita akibat dari sebuah cinta yang tidak berpedoman. Sesungguhnya cinta hanya akan menghasilkan buah bahagia dengan jauh dari noda maksiat dan larangan Allah.

Buku ini mengupas bentuk-bentuk cinta, kaedah mendapatkan cinta sejati, nasihat buat para gadis dan pemuda muslim, juga turut disertakan dengan kisah-kisah benar dari para pencinta yang berakhir dengan derita sebagai peringatan...

Total Pages:
100

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

161 - Engkau Istimewa Tetapi....

Engkau Istimewa Tetapi....


Title:
Engkau Istimewa Tetapi....

Author:
Syaikh Ali B. Shaleh al-Jabar

Publisher:
Pustaka Ausath

Price:
RM15

Weight:
100g

Description:

Menjadi istimewa bukanlah suatu perkara yang sukar. Ini adalah kerana setiap manusia itu telah dijadikan dengan masing-masing memiliki keistimewaan yang tersendiri. Manusia istimewa tidaklah semestinya memiliki harta yang banyak, berasal dari keturunan yang mulia, kebijaksanaan dalam berbicara, banyak memberi, memiliki keberanian dan kekuatan fizikal, bukan juga kerana berjaya dengan hasil perniagaan. Tetapi, keistimewaan mampu dicapai dengan mengetahui titik fokus tujuan diri, memiliki keikhlasan hati (tulus) dan usaha yang bersungguh-sungguh tanpa kepura-puraan. Di antara ciri-ciri manusia istimewa adalah: beriman kepada Allah, memanfaatkan garis panduan yang tersedia, mengikuti jejak langkah manusia yang istimewa, mampu mengenal pasti tujuan dengan baik/jelas, memiliki kesungguhan di dalam mencapai tujuan, meninggalkan perkara yang sia-sia, mampu memberi manfaat (berguna) kepada diri sendiri dan orang yang lain. Untuk perbahasan yang lebih terang, ia ada di dalam buku ini.

Total Pages:
176

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Sunday, September 27, 2009

160 - Fatwa-Fatwa Syaikh al-Albani

Fatwa-Fatwa Syaikh al-Albani


Title:
Fatwa-Fatwa Syaikh al-Albani

(Judul Asli: Majmu'ah al-Fatawa Madinah al-Munawwarah)

Author:
Disusun dari kumpulan Fatwa Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Publisher:
Media Hidayah

Price:
RM15

Weight:
100g

Description:

Buku ini adalah terjemahan daripada kitab Majmu'ah Fatawa al-Madinah al-Munawwarah, oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. Buku ini mengetengahkan fatwa-fatwa Syaikh al-Albani berkaitan pelbagai persoalan 'Aqidah, Ibadah, as-Sunnah, hadis (dan ilmu hadis), permasalahan umum, persoalan solat, wanita, soal kitab-kitab hadis dan beberapa yang lainnya.

Total Pages:
176

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Monday, September 14, 2009

159 - Perjalanan Hidup Empat Khalifah Rasul Yang Agung

Perjalanan Hidup Empat Khalifah Rasul Yang Agung


Title:
Perjalanan Hidup Empat Khalifah Rasul Yang Agung

Author:
al-Hafiz Imam Ibnu Katsir
(Disusun semula dari al-Bidayah wa an-Nihayah)

Publisher:
Darul Falah
Terjemahan oleh: Ustaz Abu Ihsan al-Atsary

Price:
RM73

Weight:
1.3kg

Description:

Sebuah buku yang hebat yang memaparkan sejarah kehidupan empat khalifah yang agung di dalam sejarah umat Islam. Membawakan kisah-kisah yang terjamin kesahihannya. Buku ini juga menjawab beberapa salah faham yang ditimbulkan untuk memburuk-burukkan peribadi khalifah yang empat tersebut.

Tulisan ini asalnya terdapat dalam kitab al-Bidayah wa an-Nihayah karya al-Hafiz Ibnu Katsir. Kemudian dikeluarkan pada bahagian kisah sejarah para Khalifa' ar-Rasyidin untuk dijadikan sebagai satu buku berasingan. Dan inilah hasilnya. Ini membentangkan kisah-kisah sejarah di zaman khalifah yang empat oleh al-Hafiz Ibnu Katsir, tentang pemerintahan, politik, peristiwa-peristiwa penting yang berlaku, rentetan sejarah, pergolakan, kisah-kisah peperangan dan penaklukan, dan kisah-kisah tauladan dari para khalifah.

Total Pages:
736 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

158 - Madarijus Salikin

Madarijus Salikin


Title:
Madarijus Salikin

Author:
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah

Publisher:
Pustaka al-Kautsar

Price:
RM54

Weight:
1kg

Description:

Seorang musafir yang menempuh sebuah perjalanan menuju ke sebuah tempat yang jauh, sudah tentu memerlukan sejumlah bekalan dan kelengkapan yang baik dan mencukupi. Begitulah juga dengan sebuah perjalanan manusia menuju sebuah pertemuan yang paling agung, iaitu pertemuan dengan Tuhannya. Kehidupan di dunia ini hanyalah sebuah perjalanan, yang mana penghujungnya adalah pulang kepada Allah. Setiap hembusan nafas, setiap pergerakkan, setiap aktiviti, setiap lintasan hati, dan segala-galanya, pasti akan diperhitungkan.

Perjalanan menuju kepada Allah, memiliki fasa-fasanya yang sangat penting. Fasa yang paling utama, adalah fasa di dalam meletakkan prinsip sebuah perjalanan pada awalnya. Iaitulah fasa memahami 'Aqidah yang suci bersih. Mengerti dari mana kita datang, kenapa kita didatangkan, dan ke mana kelak kita akan dikembalikan.

Maka, buku ini pun diterjemahkan dan dipersembahkan ke hadapan anda. Buku yang menyentuh berkenaan persoalan asas-asas aqidah, akhlak di dalam beraqidah, sehinggalah kepada persoalan krisis salah faham di dalam memahami aqidah, juga mengulas isu kesesatan manusia di dalam aqidah disebabkan kejahilan. Ia menjabarkan maksud kalimah "Iyya kana'budu wa iyya kanas ta'in...". Hanya kepada Allah aku mengabdikan diri, dan hanya kepada Allah jualah aku memohon pertolongan.

Buku ini turut mengulas isu-isu tertentu yang banyak disalah fahami oleh kaum sufi, iaitu perbahasan berkenaan ilmu yaqin, ainul yaqin, haqqul yaqin, dan istilah-istilah lainnya yang banyak dipergunakan oileh golongan sesat dari ahli tarekat.

Buku karya imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah ini adalah satu karya yang agung, menjadi rujukan dalam ilmu aqidah. Sebuah buku yang membahaskan sekitar persoalan tauhid, ketuhanan, penghambaan manusia kepada Tuhannya, hakikat insan, zuhud, konsep tawakkal, dan banyak lagi. Buku ini asalanya terbahagi kepada tiga jilid berasingan. Tetapi ketiganya telah disatukan menjadi sebuah buku (3 in 1).

Total Pages:
569

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Saturday, September 12, 2009

157 - Zaadul Ma'ad (زاد المعاد)

Zaadul Ma'ad (زاد المعاد)


Title:
Zaadul Ma'ad (زاد المعاد)

Author:
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah
Tahqiq: Muhammad B. Abdul Qadir Atha

Publisher:
Pustaka al-Kautsar

Price:
RM300

Weight:
4.5kg

Description:

Sebuah kitab yang sangat terkenal hasil karya tulisan imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. Sebuah kitab yang merangkumi pelbagai aspek persoalan agama, dari persoalan asas, hadis, aqidah (tauhid), ibadah, akhlak, adab, solat, haji, zakat, sedekah, sirah, haji, umrah, aqiqah, kurban, bahkan lebih luas lagi perbahasannya.

Total Pages:
6 Jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Friday, September 11, 2009

156 - Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya

Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya


Title:
Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya

Author:
Syaikh Ali Hasan al-Halabi al-Atsary

Publisher:
Pustaka Imam asy-syafi'i

Price:
RM12

Weight:
100g

Description:

Bertepatan dengan tajuk yang diberi. Buku/kitab ini mengajak umat Islam supaya meneladani Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam berhari raya, sama ada pada 'Iedulfitri mahu pun 'Iedul adha. Melalui buku ini, penulis memaparkan sunnah-sunnah dan tuntutan yang perlu dilakukan oleh umat Islam seluruhnya di ketika hari raya.

Pada hari ini, ramai sekali umat Islam yang berhari raya, namun hakikatnya, mereka amat jauh dari mengikuti Rasulullah dalam berhari raya tersebut. Di antara mereka ramai sekali yang meninggalkan sunnah-sunnah Rasulullah di dalam program-program hari raya mereka. Ibadah mereka di hari raya dicemari dengan kepelbagaian tokok-tambah dan pengubahsuaian. Jadi, oleh itulah, buku ini ditulis dan disampaikan kepada anda semua.

Penulis membawakan hujjah berpandukan kepada dalil-dalil yang jelas dari al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih berserta pendapat para ulama yang diiktiraf yang terkenal kuat berpegang dengan prinsip generasi awal.

Keistimewaan buku ini, ia menggunkan kaedan penyampaian yang ringkas tetapi padat dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat umat Islam. Semoga buku ini bermanfaat kepada kita semua dan penulis.

Total Pages:
600

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

155 - Hidup Sihat Dengan Habbatus Sauda'

Hidup Sihat Dengan Habbatus Sauda'


Title:
Hidup Sihat Dengan Habbatus Sauda'

Author:
Shubhi Sulaiman

Publisher:
al-Qowam

Price:
RM15

Weight:
100g

Description:

Di tengah-tengah menyebarnya kepelbagaian jenis penyakit, sebahagian kelompok manusia jenuh berusaha dan beguitu optimistik terhadap kehebatan ubat-ubatan kimia buatan. Sehingga muncullah pula pelbagai kesan sampingan. Kos ubat-ubatan kimia juga sangat tinggi.

Sehingga kemudiannya, timbullah pula sebuah usaha untuk menggali rahsia perubatan berasaskan herba lagi alami (natural). Pelbagai kajian dan penelitian dijalankan bagi menyingkap kandungan dan rahsia di sebalik pelbagai tanaman herba. Salah satu jenis herba yang berjaya disingkap rahsia kehebatan dan keberkesanannya adalah Habbatus Sauda' atau jintan/bijian hitam. Nama saintifiknya disebut sebagai Nigella sativa. Tanaman ini telah digunakan sebagai bahan perubatan sejak zaman peradaban Mesir kuno. Pada masa Islam, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pula telah memberikan pengiktirafan bahawa Habbatus Sauda' ini adalah merupakan ubat bagi pelbagai jenis penyakit. Setelah 14 abad lamanya, barulah penelitian-penelitian moden menemukan dan membuktikan adanya khasiat kesembuhan di dalam biji-bijian Habbatus Sauda'. Maka, terbuktilah mukjizat kesembuhan yang diperkatakan dan dicadangkan oleh baginda Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Untuk menyelaminya dengan lebih lanjut berkenaan dengannya, anda boleh menelitinya sendiri melalui buku ini.

Total Pages:
118

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

154 - al-Qur'an Terjemahan (al-Kamil)

al-Qur'an Terjemahan (al-Kamil)


Title:
al-Qur'an Terjemahan (al-Kamil)

Author:
Diterjemahkan oleh Yayasan Penterjemahan al-Qur'an. Disempurnakan oleh: Lajnah Pentashih Mushaf al-Qur'an.

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM54

Weight:
500g

Description:

Terjemahan al-Qur'an bersize 15cm lebar x 21 cm panjang. Tersedia dengan beg penutup berzip. Disediakan dengan warna hijau dan coklat.

Total Pages:
638 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

153 - Surat Terbuka Untuk Suami

Surat Terbuka Untuk Suami



Title:
Surat Terbuka Untuk Suami

Author:
Ustaz Abu Ihsan al-Atsari & Ummu Ihsan

Publisher:
Pustaka Darul Ilmi

Price:
RM17

Weight:
150g

Description:

Setiap individu sudah pasti mengidamkan sebuah rumah tangga yang bahagia. Kita sangat menyedari bahawa terciptanya rumah tangga yang Islamic merupakan tonggak berdirinya masyarakat rabbani. Islam sebagai agama yang sempurna telah memberikan perhatian yang sangat besar terhadap persoalan ini. Islam telah meletakkan panduan dan pedoman berumahtangga bagi suami dan isteri. Dengan mengamalkan pedoman/panduan tersebut, kedua belah pihak dapat membina mahligai pernikahan yang kukuh. Kejayaan sesebuah rumahtangga adalah jaminan kebaikan bagi seseuab masyarakat. Dari situ pula, lahirlah masyarakat yang soleh dan solehah di masa-masa seterusnya.

Kepada para suami:

Kita sebagai pemimpi rumahtangga, perlu sedar bahawa Iblis bersama-sama bala tenteranya sentiasa terus berusaha mengganggu keutuhan sesebuah rumahtangga yang dibina. Mereka akan terus mengintai setiap celah dan sudut, mencari kesempatan yang mungkin boleh mereka pergunakan untuk memporak-perandakan kebahagiaan kita. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk mencapainya. Dan mereka akan bersuka-ria apabila berjaya memecah-belahkan hubungan cinta kasih sepasang suami isteri.

Maka dengan memohon pertolongan Allah Subhanahu wa Ta'ala, buku ini pun ditulis dan dipersembahkan kepada para pembaca. Semoga buku ini dapat memebri manfaat kepada penulisnya dan para pembaca. (Sebelumnya, dapatkan juga: Surat Terbuka Untuk Isteri)

Total Pages:
223

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Friday, September 4, 2009

152 - Tafsir Qur'an Per Kata (Dilengkapi Dengan Asbabun Nuzul)

Tafsir Qur'an Per Kata (Dilengkapi Dengan Asbabun Nuzul)



Title:
Tafsir Qur'an Per Kata (Dilengkapi Dengan Asbabun Nuzul)

Author:
Dr. Ahmad Hatta, MA (Penyusun)
Semakan oleh Majlis Ulama Indonesia

Publisher:
Maghfirah Pustaka

Price:
RM105

Weight:
200g

Description:

Spesifikasi Cover: Exclusive Hard Cover. Halaman: 624 halaman. Ukuran: A4 (21 x 29,7 cm). Terjemahan perkataan demi perkataan dan juga mengikut konteks ayat, yang disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an. Mudah dibaca dan difahami, sama ada secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara utuh ayat per ayat. Disusun dengan merujuk kepada kitab-kitab Tafsir yang mu’tabar (diakui). Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, yang memberikan informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat. Dilengkapi juga dengan terjemahan bahagian Agama. Percuma Beg berwarna hitam.

Total Pages:
180

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

- Keratan dalam -