Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Friday, November 26, 2010

330 - Buku Poket Pedoman Safar (Adab-Adab Bermusafir)

Buku Poket Pedoman Safar
(Adab-adab Bermusafir)


Title:
Buku Poket Pedoman Safar
Doa bermusafir, Bimbingan Solat Jama' dan Qasar, serta Adab-adab dalam Perjalanan

Author:
Diringkaskan dari fatwa-fatwa Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Bazz, Dr. Sa'id al-Qahthani, dan Azhari Ahmad Mahmud.

Publisher:
Pustaka Ibnu 'Umar

Price:
RM2.00

Weight:
Kurang 100g

Description:

1 - Sebuah buku kecil bersize poket yang menjelaskan adab-adab bermusafir secara ringkas dan padat. Ia disusun berpandukan dalil-dalil dari al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi yang sahih berserta fatwa-fatwa para ulama secara ringkas dan mudah.

2 - Kandungan buku kecil ini dimulakan dengan doa-doa keluar bermusafir, definisi safar (perjalanan bagi musafir), menjamakk dan mengqasarkan solat serta tatacaranya, hukum solat sunnah rawatib dalam perjalanan, hukum-hakam bermukim, hukum-hakam solat orang musafir bersama imam setempat dan sebaliknya, seterusnya buku ini turut disertakan nota-nota berkaitan adab-adab dalam perjalanan seperti - istikharah, adab memulakan perjalanan, berwasiat/pesanan, keizinan ibu/bapa, dan beebrapa perkara yang lainnya yang berkaitan.

3 - Buku kecil bersaiz poket ini sesuai untuk sesiapa sahaja dari peringkat anak-anak sehinggalah kepada yang dewasa yang berminat memahami adab-adab safar dan solat jama' serta qasar. Buku ini amat sesuai dijadikan sebagai nota, cenderamata, hadiah, dan mudah dibawa ke mana-mana kerana sizenya yang kecil.

4 - Untuk edisi yang lain dalam size poket, boleh klik: Buku Poket

Total Pages:
28

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

329 - Buku Poket Solat Jenazah

Buku Poket Solat Jenazah


Title:
Buku Poket Solat Jenazah
Disertakan Tatacara Pengurusan Jenazah

Author:
Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman al-Jirin

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM2.00

Weight:
Kurang 100g

Description:

1 - Sebuah buku kecil bersize poket yang menjelaskan tatacara solat jenazah secara sempurna berserta tatacara pengurusan jenazah dari saat ia meninggal dunia, sehingga kepada urusan memandikan, mengkafankan, mensolatkan, dan mengebumikannya. Ia disusun berpandukan (dengan disertakan) dalil-dalil dari al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi yang sahih. Dilengkapi dengan gambar sebagai panduan.

2 - Sesuai untuk kanak-kanak dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari cara-cara tatacara pengurusan jenazah. Sesuai dijadikan sebagai nota (mudah dibawa), cenderamata, hadiah, sebaran umum, dan mudah di bawa ke mana-mana kerana sizenya yang kecil.

4 - Untuk edisi yang lain dalam size poket, boleh klik: Buku Poket

Total Pages:
64

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Thursday, November 25, 2010

328 - Hanya Untukmu anakku

Hanya Untukmu Anakku
Panduan Lengkap Pendidikan Anak Sejak Dalam Kandungan Hingga Dewasa


Title:
Hanya Untukmu Anakku
Panduan Lengkap Pendidikan Anak Sejak Dalam Kandungan Hingga Dewasa
Judul Asli: Tuhfatul Maudud bi Ahkamil Maulud

Author:
Imam Ibnul Qayyim (Wafat: 751H)
Tahqiq: Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM68

Weight:
kurang 1.0Kg

Description:

Anak adalah buah hati kita. Kehadirannya sentiasa didambakan oleh setiap pasangan yang berumah-tangga. Anak yang soleh adalah harapan setiap ibu/bapa. Tetapi, untuk mewujudkan impian dan harapan tersebut amat memerlukan komitmen dan ilmu yang benar berkaitan dunia kependidikan anak-anak agar tidak tersalah langkah dalam usaha-usaha mendidik. Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (691-751H) rahimahullaah, seorang ulama terkenal dalam dunia Islam, telah menyumbangkan hasil ilmunya mengenai dunia anak-anak dan pelbagai bentuk permasalahannya, yang ditinjau dari pelbagai aspek dan sisi, melalui sebuah karya emasnya berjudul Tuhfatul Mauduud bi Ahkaamil Mauluud.

Buku ini diperlukan oleh setiap mereka yang telah diberikan kurnia oleh Allah Ta'ala atau orang yang diamanahkan oleh-Nya untuk menjaga dan memberi pendidikan kepada anak-anak. Di dalamnya, penulis menyebutkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan kelahiran seorang anak manusia, dimulai dari masa kelahirannya sehinggalah ke alam dunia tempat persinggahan dan kemudian ke tempat menetap di alam akhirat. Kandungan-kandungan yang dibahaskan amat menarik dan begitu teliti. Penghujahannya ditegakkan dengan nash-nash al-Qur'an dan as-Sunnah. Beliau juga turut berhujjah dengan penelitian hasil kajian yang mendalam lagi teliti. Kemudian, buku ini diperkuatkan lagi dengan semakkan yang diberi oleh Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali hafizahullah. Di antara tajuk-tajuk perbahasan yang dibentangkan melalui buku ini oleh Ibnul Qayyim adalah:

1 - Anjuran memohon zuriyat.

2 - Ucapan kepada mereka yang diberi khabar gembira dengan kelahiran cahaya mata.

3 - Azan di Telinga bayi sebaik kelahiran.

4 - Anjuran tahnik (memberi manisan kepada bayi).

5 - Sunnah Aqiqah.

6 - Mencukur rambut bayi.

7 - Hukum-hakam pemberian nama kepada bayi dan perbahasannya.

8 - Khitan dan aturannya.

9 - Hukum najis kanak-kanak.

10 - Dibolehkan membawa/mendukung kanak-kanak (bayi) ketika sedang solat.

11 - Kewajiban mendidik anak-anak dan berlaku adil kepada mereka.

12 - Kaedah-kaedah mengurus anak-anak dalam rangka mentarbiyah dan memanfaatkan masa kecil dan fasa-fasa tumbesaran.

13 - Perjalanan manusia sejak dari sperma sehingga ke akhirat.

14 - Fasa-fasa kehamilan, keadaan janin, faktor rupa-paras anak dan tumbesaran bayi dalam rahim.

15 - faktor-faktor kematian bayi dalam kandungan.

16 - Fasa-fasa penyusuan dan kelebihan penyusuan ibu.

Total Pages:
561m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

327 - Index al-Qur'an Dalam Shahih Tafsir Ibnu Katsir

Index al-Qur'an Dalam Shahih Tafsir Ibnu Katsir


Title:
Index al-Qur'an Dalam Shahih Tafsir Ibnu Katsir

Author:
Susunan dan hasil kerja Kumpulan Pustaka Ibnu Katsir

Publisher:
Pustaka Ibnu Katsir

Price:
RM62

Weight:
1.2Kg

Description:

Index al-Qur'an dalam Shahih Tafsir Ibnu Katsir merupakan buku yang sangat berharga dan menarik. Ia bertindak seolah-olah sebuah kamus dan search engine. Buku ini membantu dan memandu anda dalam menggali, menyemak dan membuat carian kandungan al-Qur'an yang begitu luas dan penting untuk anda ketahui. Ia juga turut memberikan kesempatan kepada kita yang dipenuhi dengan pelbagai bentuk pertanyaan, untuk menjelajahi alam al-Qur'an yang luas membentang.

Dengan berpandukan buku ini, anda dapat mencari dan melakukan capaian dengan lebih baik dan tepat terhadap keberadaan ayat-ayat al-Qur'an yang anda inginkan, menemukan ayat-ayat yang sesuai dengan tema yang anda kehendaki dan menemukan jawaban atas pelbagai pertanyaan yang selama ini memenuhi benak fikiran.

Di antara keistimewaan buku ini adalah:

A. Index disusun dalam dua bentuk,

1. Berdasarkan bab. Sehingga memudahkan proses penelitian, pembelajaran dan memahami tema-tema tertentu di dalam al-Qur'an secara utuh.

2. Berdasarkan abjad. Sehingga memberi kemudahan para penela'ah untuk menemukan fokus-fokus tertentu yang dikehendaki, dengan cara menelusurinya berpandukan akar katanya.

B. Disusun untuk dua tujuan sekaligus:

1. Mengesan keberadaan ayat-ayat al-Qur'an yang kita inginkan.

2. Mengesan hasil tafsiran ayat-ayat tersebut dalam set buku “Shahih Tafsir Ibnu Katsir” (Jilid 1- 9) yang juga merupakan terbitan Pustaka Ibnu Katsir.

C. Rujukan secara bersilang (berkait) yang sangat luas, mengarah kepada tema dan akar kata lain.

D. Dan pelbagai keistimewaan lainnya yang boleh anda teliti sendiri nanti.

Bagi anda yang memiliki al-Qur'an dan terjemahannya, buku ini adalah amat bermanfaat, kerana ia membantu dan memudahkan dalam mengesan ayat-ayat yang dikehendaki atau diperlukan, sekaligus terjemahan dan tafsirannya.

Terakhir - buku ini akan lebih bermanfaat dan lebih membantu kita dalam memahami al-Qur'an dengan lebih mendalam, jika kita turut melengkapinya bersama-sama dengan set buku “Shahih Tafsir Ibnu Katsir”.

Total Pages:
694 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

326 - Aunul Ma'bud Syarah Sunan Abu Daud

Aunul Ma'bud Syarah Sunan Abu Daud


Title:
Aunul Ma'bud Syarah Sunan Abu Daud

Author:
Abu ath-Thayyib Muhammad Syamsul Haq al-'Adzim Abadi
Ta'liq: Imam Ibnul Qayyim (Wafat: 751H)
Tahqiq: Ishamuddin ash-Shababithi

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM88 bagi setiap jilid 1-4

Weight:
1.3 Kg (purata berat setiap jilid)

Description:

Kitab Sunan Abu Daud karya al-Imam Sulaiman B. al-Asy’Ats as-Sijistani (202-275 H) merupakan salah satu kitab dari beberapa kitab sunan yang memuatkan hadis-hadis Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Salam selain kitab hadis yang berorientasikan Musnad, majma’, Muwatha’, az-Zawaid, Mu’jam, Mushannaf, dan lainnya. Sunan adalah buku-buku hadis yang disusun berdasarkan bab-bab fiqh, dan hanya mencakupi hadis yang sampai sanadnya kepada Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Salam (Hadis marfu). Buku hadits jenis ini di kalangan ulama Ahlus Sunnah ada beberapa yang terkenal, di antaranya Sunan Abu Daud, at-Tirmidzi, Ibnu majah, an-Nasaa'i, ad-Darimi dan lainnya. Manakala apa yang hendak diketengahkan di sini adalah Sunan Abu Daud yang dibawakan berserta syarahan (penjelasannya)nya. Yang berupa penjelasan periwayatan, kesahihan, dan huraian serta kesimpulan faedah/hukum kepada hadis-hadis Sunan Abu Daud. Aunul Ma'bud adalah di antara kitab yang terkenal dalam membawakan maksud tersebut yang berupa penjelasan status hadis, penjelasan, huraian, dan kesimpulan faedah serta hukum yang terkandung dalam hadis-hadis yang dibentangkan dalam Sunan Abu Daud. Ia disusun oleh Imam Abu ath-Thayyib Muhammad Syamsul Haq al-'Azhim Abadi rahimahullah. Kemudian diberi semakan oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah.

Total Pages:

Purata 740 m/s. bagi setiap jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, November 24, 2010

325 - Ringkasan al-Bidayah wa an-Nihayah

Ringkasan Bidayah wa Nihayah


Title:
Ringkasan al-Bidayah wa an-Nihayah
Judul Asal: Mukhtashar al-Bidayah wa an-Nihayah

Author:
Dr. Ahmad al-Khani

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM90

Weight:
kurang 100g

Description:

Secara asalnya, sesebuah peristiwa yang berlaku merupakan suatu kejadian yang memiliki nilai-nilai tersendiri. Setiap epristiwa pasti memiliki latar-belakang, sama ada peperangan, bencana, atau lainnya. Setiap peristiwa tidak dapat tidak pasti memiliki hubung-kaitnya dengan tokoh-tokoh tertentu pada masanya yang menjadi pendukung dan penggerak. Yang dengannya, sejarah dilakar dan terbentuk dengan rangkaian kisah para tokoh dan peristiwanya di seluruh dunia. Meneliti dan memahami jejak-jejak sejarah adalah sebuah usaha yang sangat penting yang padanya mampu memberi motivasi kepada sebuah perjalanan kehidupan, perjuangan, meningkatkan keteguhan diri, dan memupuk kebijaksanaan dalam membuat pilihan/keputusan.

Buku ini merupakan sebuah buku yang diringkaskan dari karya besar seorang tokoh bernama Ibnu Katsir. Karyanya tersebut berjudul al-Bidayah wa an-Nihayah. Telah diringkaskan oleh tokoh masa kini bernama Dr. Ahmad B. 'Abdurrazzak al-Khani. Buku ini menghimpunkan ratusan rentetan peristiwa-peristiwa bersejarah, dimulakan dari awal terciptanya sesuatu (al-Qalam dan 'Arsy, penciptaan langit dan bumi, dll.), kemudian penciptaan manusia (Adam 'alaihis salam) sehinggalah kepada Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, kisah para sahabat yang 4 serta lainnya (Tabi'in dan Tabi' at-Tabi'in), kemudian diteruskan kepada sejarah pemerintahan Islam sehingga ke era tahun 768hijriyah. Dan sebagai akhir-akhir dari buku ini, dibentangkan pula peristiwa-peristiwa fitnah, pertempuran, dan tanda-tanda datangnya kiamat sebagaimana tsabit/sahih dalam dalil. Diikuti dengan ringkasan perbahasan tentang dajjal dan beberapa yang lainnya.

Total Pages:
928 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

324 - Wanita Pilihan Di Zaman Rasulullah

Wanita Pilihan Di Zaman Rasulullah


Title:
Wanita Pilihan Di Zaman Rasulullah
Judul Asal: Shahabiyyat Haula ar-Rasuul

Author:
Syaikh Muhammad Hassan

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM88

Weight:
1.4kg

Description:

Seorang penyair berkata: "Ibu bagaikan sebuah sekolah apabila engkau persiapkan maka engkau telah menyiapkan sebuah generasi yang baik sikapnya."

Di sebalik seorang tokoh besar pasti ada sebuah figure yang hebat, lembut lisan perkataan dan sikapnya, indah akhlaknya. Manakala di sebalik kelembutan itu tersimpan pula sebuah kekuatan besar yang sentiasa memberikan motivasi, dorongan dan galakkan yang bermanfaat bagi seseorang tokoh tersebut. Sejarah telah memperkenalkan kepada kita personaliti seperti 'Abdullah Ibnu 'Abbas, Abdullah ibnu Zubair dan Saad ibnu Muaz radhiyallahhu 'anhum - mereka adalah para ulama ahli hadis yang lahir dari personaliti para ibu yang kuat berpegang kepada nilai-nilai syari'at, penyabar, penyayang dan tidak pernah mengenal erti letih demi mencari redha Ilahi dan melahirkan para pejuang yang sentiasa bersiap-sedia dalam membela Agama Allah ini.

Dari itu, seperti apakah personaliti wanita pilihan yang dimaksudkan tersebut yang mana sejarahnya telah diukir dengan tinta emas oleh sejarawan Islam ini? Dengan itu, buku ini pun mengajak seluruh pembaca dan umat Islam khususnya membuka kembali lembaran-lembaran sejarah yang sangat luar biasa tersebut, penuh dengan suka dan cita serta memiliki hikmah yang bertaburan dan pelajaran hasanah yang boleh dipetik untuk menggarap kebangkitan semula semangat masyarakat yang telah mula pudar dan harapan yang kian sirna.

Di antara perbahasan yang tercakup dalam buku ini adalah: 1 - Keutamaan para wanita Quraisy, Anshar, dan Isteri-isteri Nabi. 2 - Kisah Khadijah Binti Khuwalid. 3 - Saudah Binti Zam'ah. 4 - 'Aisyah Binti Abu Bakr. 5 - Hafsh Binti 'Umar. 6 - Zainab Binti Khuzaimah. 7 - Ummu Salamah. 8 - Zainab Binti Jahsy. 9 - Juwairah Binti al-Harits. 10 - Ramlah Binti Abi Sufyan. 11 - Shafiyyah Binti Huyay. 12 - Maimunah Binti Harits. 13 - Fathimah Binti Rasulullah. 14 - Halimah as-Sa'adiyah. 15 - Ummu Aiman. 16 - Fathimah Binti Asad. 17 - Ummu Sulaim. 18 - Ummu Hisyam Binti Haritsah. 19 - Ummu Imarah. 20 - Asma' Binti Abu Bakr. 21 - Ummu Haram Binti Malhan. 22 - Kabsyah Binti Rafi'. 23 - Sumayyah Binti Khabath. 24 - Ummu Waraqah Binti Harit. 25 - Shafiyyah Binti 'Abdul Mutthalib. 26 - Atikah Binti Zaid. 27 - Asma' Binti Umais. 28 - Ummu Syarik. 29 - Umamah Binti Abil Ash. 30 - Rubayyi' Binti Mu'awwidz. 31 - Ummu Fadhl (Lubabah Binti Harits). 32 - Khansa'. 33 - Ummu Ma'bad al-Khaza'iyyah. 34 - Ummu Kultsum Binti Uqbah. 35 - Ummul Mundzir Binti Qais. 36 - Hindun Binti Utbah...

Total Pages:
808 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, November 23, 2010

323 - Syarah Hadis Hukum Bukhari Muslim

Syarah Hadis Hukum Bukhari Muslim
Taisiirul 'Allam Syarah 'Umdatul Ahkam


Title:
Syarah Hadis Hukum Bukhari Muslim
Judul Asal: Taisiirul 'Allam Syarah 'Umdatul Ahkam

Author:
Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman Alu Bassam

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM120

Weight:
2.2Kg

Description:

Hadis-hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam merupakan sumber hukum Islam kedua setelah al-Qur'an. Dan di antara tujuh kitab hadis yang paling popular/masyhur, adalah dua kitab sahih sebagaimana yang dinilai oleh para ulama ahli hadis, iaitu Shohih al-Bukhari yang disusun oleh Abu 'Abdillah Muhammad B. Isma'il B. Ibrahim al-Bukhari (Imam al-Bukhari), dan Shohih Muslim yang disusun oleh Muslim B. al-Hajjaj B. Muslim al-Qusyairi an-Naisaburi (Imam Muslim). Hadis-hadis sahih yang dikeluarkan oleh kedua tokoh ilmuan hadis ternama tersebut sering disebut-sebut dengan rowahul Bukhari wa Muslim (diriwayatkan oleh dua Imam - al-Bukhari dan Muslim) atau muttafaq 'alaihi. Sama ada Shohih al-Bukhari atau pun Shohih Muslim, ianya memuatkan ribuan hadis, yang sangat lengkap dengan sanad serta teks hadisnya, sehinggga ia menjadi begitu tebal dan berjilid-jilid. Keadaan ini telah menjadikan ianya cukup sukar bagi sebahagian umat Islam untuk mempelajari serta menghafalnya.

Oleh itu, kehadiran kitab 'Umdatul Ahkam yang ditulis oleh 'Abdullah B. Ahmad B. Muhammad B. Qudamah B. Miqdam B. Nashr B. 'Abdullah ini, sungguh bermanfaat. Kitab yang ditulis salah seorang tokoh mazhab Hanbali di abad ke-Enam Hijrah tersebut memuatkan himpunan riwayat-riwayat terpilih daripada hadis-hadis Nabi yang paling sahih yang terdapat dalam Shohih al-Bukhari dan Shohih Muslim.

Beliau menyusunnya berdasarkan urutan bab-bab fiqh yang terdapat dalam kitab-kitab furu' (cabang), dengan mengambil pelbagai persoalan berpandukan dalil-dalil yang sahih. Ini adalah kerana hadis-hadis sahih merupakan dasar dan sendi rujukan tertinggi, dan sebagai tangga yang dinaiki oleh para penuntut ilmu yang memulakan langkahnya dalam menuju khazanah Islam yang diwariskan oleh manusia terbaik (Rasulullah Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam). Lalu kemudiannya kitab kecil ini diberikan penjelasan/syarah terhadap hadis-hadisnya oleh Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman Alu Bassam sehingga ianya menjadi begitu bermanfaat dalam membahaskan persoalan-persoalan fiqh yang ringkas dan komprehensif. Dalam edisi terjemahan, buku ini diterbitkan dengan memiliki ketebalan sehingga 1271 halaman, 420 hadis, serta memuatkan 21 kitab (bab), seperti kitab thaharah (bersuci), solat, jenazah, zakat, puasa, dan haji. Selain itu, turut memuatkan kitab mu'amalah, jual beli, riba, nikah, thalaq, li'an, susuan, hudud, sumpah dan nadzar, minuman/makanan, pakaian, jihad, pembebasan hamba dan sebagainya.

Pola penyusunan buku ini sangat menarik, ia dimulakan dengan teks hadis (berserta terjemahan), kemudian dilanjutkan dengan penjelasan lafaz-lafaz hadis yang menjelaskan pengertian kata-kata kunci dalam hadis tersebut. Setelah itu, penjelasan umum berkaitan hadis tersebut, lalu diakhiri dengan manfaat hadis, faedah hadis serta kesimpulan (sama ada berkaitan hukum , adab, dan seumpamanya). Bagi sebahagian hadis, penulis turut membentangkan perbezaan pendapat yang terjadi di kalangan ulama (sama ada yang terdahulu atau pada masanya). Pembentangan kitab ini yang dilakukan secara ringkas dan padat tetap memiliki nilai-nilai ilmiyah yang sangat komprehensif (menyeluruh) sehingga ianya bertindak sangat membantu para pembaca untuk memahami makna-makna hadis yang dibawa berserta maksudnya. Semoga kitab ini mampu memberikan manfaat yang besar berserta faedah yang optimum sebagai salah satu bahan rujukan penting, pegangan dalam beramal sehari-hari, dan juga membantu dalam menyelesaikan pelbagai persoalan fiqh/hukum.

Total Pages:
1271 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

322 - Sirah Nabi Muhammad (Oleh Imam Ibnu Katsir)

Sirah Nabi Muhammad (Oleh Imam Ibnu Katsir)


Title:
Sirah Nabi Muhammad (Oleh Imam Ibnu Katsir)
Judul Asal: al-Fushul fii Siiratir Rasuul

Author:
al-Hafiz Ibnu Katsir (Wafat: 774H)
Tahqiq: Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM72

Weight:
1.2Kg

Description:

Salah satu buku yang wajib dibaca oleh umat Islam adalah buku sirah Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Alasannya adalah kerana sirah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam tersebut mengandungi pelbagai pelajaran tentang kehidupan dan tauladan daripada beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam secara terperinci, bermula dari A hingga Z, sehingga dengan membacanya kita akan mengetahui gambaran perjalanan Islam yang sebenar dan lengkap - yang dibentangkan secara nyata, hidup, berkembang, dan mudah difahami serta mampu diaplikasikan ke dalam kehidupan sehari-hari. Dengan kata lain, sirah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam adalah potret Islam yang hidup dan berjalan.

Kitab sirah yang ada di tangan pembaca ini adalah di antara kitab-kitab sirah terbaik dengan alasan: 1 - Penulisnya adalah al-Hafiz Imam Ibnu Katsir (Wafat: 774H), beliau merupakan seorang ahli sejarah yang sangat pakar dalam kajian terhadap peristiwa-peristiwa sejarah Islam. 2 -Penulisannya disusun berdasarkan kaedah muhadditsin (ahli hadis) yang sangat ketat terhadap penerimaan dan penyebaran berita. Bahkan pula, hadis-hadisnya telah di-tahqiq dan di-takhrij oleh Syaikh Salim bin ΄Ied al-Hilali hafizahullah sehingga dapat dibezakan dan difahami mana yang sewajarnya dijadikan sebagai hujjah dan mana yang tidak.

Selain itu, makna lafaz-lafaznya telah diperjelas sehingga dapat difahami dengan mudah. Dan yang istimewa, adanya tambahan perbahasan mengenai sifat fizikal Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, keadaan rumah tangga beliau, dan hukum-hukum yang Allah khususkan bagi Nabi-Nya ini, yang tidak di-miliki oleh Nabi-Nabi selainnya ataupun oleh umatnya. Demikianlah sebuah pembentangan dan maklumat yang sangat jarang diperolehi pada mana-mana buku Islam bertemakan sirah.

Membaca buku ini, selain dapat menyelami huraian kisah-kisah Nabi secara fakta dan ilmiyah, ia juga mampu memberikan motivasi dan meningkatkan semangat para pembaca dalam usaha-usahan mengikuti dan mencontohi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Total Pages:
577 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

321 - Mutiara Ahli Dzikir (Tuhfatudz Dzakirin)

Mutiara Ahli Dzikir (Tuhfatudz Dzakirin)


Title:
Mutiara Ahli Dzikir (Tuhfatudz Dzakirin)
Judul Asal: Tuhfah adz-Dzakirin bi 'Uddah al-Hishn al-Hashin min Kalam Sayyid al-Mursalin

Author:
Imam Ibnul Jaza'iri
Syarah: Imam asy-Syaukani. Tahqiq: Abu Sahal Najah 'Iwadh Shiyam

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM100

Weight:
1.5 kg

Description:

Hidup ini penuh dengan ujian dan cabaran, tidak semua yang dirancang akan berjaya dan tidak semua impian boleh diperolehi. Demikianlah warna-warna kehidupan yang dihadapi oleh manusia, di antara kebahagiaan dan kesedihan, kesusahan dan kesenangan, kemiskinan dan kekayaan, kesihatan dan sakit. Sekiranya perkara ini dapat kita hayati dan selami, maka sudah pasti kita akan mengerti, di sana ada Rabb, Tuhan Yang Maha pencipta dan menguasai. Kepada-Nya lah kita berdoa, berharap, dan memohon petunjuk. Kepada-Nya-lah kita bergantung dan sentiasa berdzikir.

Dengan mengingati-Nya, yang kaya tidak akan terlena, yang miskin tidak akan bersedih, yang duka tidak akan putus-asa, dan yang mendapat nikmat akan sentiasa bersyukur. Berdzikir bererti menghidupkan jasad, menenangkan jiwa, memotivasikan rohani, menjernihkan fikiran, menajamkan mata dan pandangan, mendekatkan diri kepada Allah, dan jalan meraih kedudukan yang mulia di sisi Allah.

Buku ini adalah di antara buku-buku yang memuatkan hadis-hadis berkaitan persoalan dzikir dan penjelasannya. Pelbagai konsep dzikir dan doa disentuh oleh buku ini. Termasuk di dalamnya adalah kepelbagaian lafaz-lafaz dzikir yang boleh diamalkan sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah kepada umat Islam. Kemudian buku ini memuatkan pula takhrij oleh imam asy-Syaukani yang menjadikan kita lebih yakin untuk beramal dengannya. Maka, semoga buku ini mampu menjadi pendamping buat kita dalam berdzikir dan berdoa.

Total Pages:
1016 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, November 3, 2010

320 - Lembutnya Dakwah Ahlus Sunnah

Lembutnya Dakwah Ahlus Sunnah


Title:
Lembutnya Dakwah Ahlus Sunnah
Judul Asal: Rifqan Ahlas Sunnah bi Ahlis Sunnah

Author:
Syaikh 'Abdul Muhsin al-Abbad al-Badr

Publisher:
Pustaka Darul Ilmi

Price:
RM12

Weight:
kurang 100g

Description:

Tidak dapat dinafikan lagi bahawasanya kewajiban Ahlus Sunnah di setiap zaman dan tempat adalah saling berlemah-lembut dan berkasih-sayang di antara satu sama lain, saling bantu-membantu dalam melaksanakan kebaikan dalam ketaqwaan.

Sesuatu yang amat menyedihkan pada masa ini adalah apa yang terjadi dalam kalangan sebahagian ahlus sunnah, iaitu adanya perselisihan dan perpecahan yang mengakibatkan sebahagian mereka sibuk mencela, mentahdzir (memberi peringatan dan amaran), serta menghajr (memulaukan) terhadap sebahagian yang lainnya. Semestinya segala usaha mereka tersebut ditujukan kepada selain mereka dari orang-orang kafir dan pelaku bid'ah yang sentiasa memusuhi Ahlus Sunnah.

Buku ini mengandungi beberapa untaian nasihat kepada Ahlus Sunnah supaya sentiasa menjalin perpaduan, kesatuan, dan kasih-sayang di antara satu sama lain, serta saling ingat mengingatkan di antara sebahagian mereka terhadap sebahagian yang lainnya dengan cara lemah-lembut.

Total Pages:
116 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Monday, November 1, 2010

319 - Adil Terhadap Para Isteri

Adil Terhadap Para Isteri


Title:
Adil Terhadap Para Istri
(Etika Berpoligami)

Author:
Ariij Binti 'Abdurrahman as-Sanan

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM20

Weight:
300g

Description:

Poligami adalah persoalan yang sangat sensitif dalam kalangan masyarakat terutamanya di negera kita ini. Apatah lagi ummat Islam sendiri telah jauh dari bimbingan sunnah Nabawiyah. Ketika isu ini diutarakan, maka muncullah pro/kontra dari pelbagai pihak, hal ini selain disebabkan adanya perbezaan dalam menafsirkan nash/dalil yang berkaitan dengan poligami, juga adanya perselisihan nalar di antara lelaki dengan perasaan wanita dalam menangani masalah ini. Meskipun Islam telah mengaturnya, namun seringkali timbul permasalahan dari sebahagian pihak yang berpoligami, di antaranya berkaitan dengan sikap adil sang suami. Allah 'Azza wa Jalla membolehkan lelaki untuk berpoligami selama tidak lebih dari empat isteri dan mampu untuk berlaku adil. Kewajiban untuk berlaku adil adalah memberikan hak yang sama kepada isteri-isterinya dalam batasan kemampuan manusiawi, bukan pada hal-hal yang tidak dia miliki. Buku ini membahaskan persoalan hukum syari'at yang berkaitan dengan sikap adil seorang suami terhadap para isterinya dalam perspektif ijtihad para Imam Mazhab fiqih. Di antara perbahasan dalam buku ini adalah:-

Pernikahan, deffinisi secara etimologi dan terminologi - Hikmah pernikahan, Landasan syariat pernikahan, Hukum pernikahan.

Bab 1: Poligami - Penjelasan poligami, Hukum poligami, Landasan syariat poligami, dan Hukum poligami serta Syarat-syarat poligami:

1. Jumlah maksima yang dibolehkan .2. Berlaku adil terhadap para isteri .3. Kemampuan memberikan nafkah.

Bab 2: Berlaku adil kepada para isteri, Pengertian berlaku adil, definisi adil, Definisi Zawjah (suami/isteri) .b. Perbedaan adil dengan al-Qosmu'/bahagian secara etimologi dan terminologi. Perbedaan antara adil dengan al-Isyrah bi al-Ma'ruuf (memperlakukan wanita dengan sewajarnya), Hukum berlaku adil terhadap para istri.

Bab 3: Rukun berlaku adil terhadap para Isteri. Suami yang diwaajibkan berlaku adil. Isteri yang berhak dan tidak berhak diperlakukan secara adil. Cakupan berlaku adil dan pembahasan lengkap lainnya..

Total Pages:
264 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

318 - Sumpah dan Nadzar

Sumpah dan Nadzar


Title:
Sumpah dan Nadzar

Author:
Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM18

Weight:
300g

Description:

Dalam kehidupan sehari-hari kita sering mendengar orang-orang saling mengucapkan sumpah atau nadzar untuk melakukan sesuatu, bahkan kita pun adakalanya melakukannya. Setiap sumpah dan nadzar yang diucapkan, tentu mempunyai makna dan tujuan. Biasanya sumpah dilakukan untuk mempertahankan hak, menjaga diri, mendapatkan pengakuan, atau boleh jadi sebagai pemanis kata belaka. Sedangkan nadzar diucapkan seseorang sebagai janji atas ke dirinya untuk melakukan sesuatu dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah apabila tercapai harapan dan tujuan, atau terbebas dari suatu musibah, atau mendapat suatu kenikmatan. Namun, begitu ramai yang tidak memahami pengertian sumpah dan nadzar secara tepat, hukumnya, serta kesan dan akibatnya jika seseorang melanggarnya. Buku ini adalah di antara yang lengkap, mudah, dan sistematik dalam membahaskan persoalan berkaitan sumpah dan nadzar. Perbahasan di dalamnya meliputi definisi, hukum, jenis dan perinciannya, serta beberapa perkara lain yang berhubung dengan keduanya.

Total Pages:
252 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

317 - Sifat Mandi Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Sifat Mandi Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam


Title:
Sifat Mandi Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Author:
Abu Sa'id Bal'id B. Ahmad

Publisher:
Pustaka Darul Ilmi

Price:
RM16

Weight:
250g

Description:

Buku yang sederhana ini merupakan tulisan yang membahaskan dan memperincikan tatacara mandi yang dicontohkan oleh Nabi kita Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam serta beberapa penjelasan yang berkaitan dengan jenis-jenis mandi dan hukum-hukumnya.

Pada ketika ini, begitu ramai dari kalangan umat Islam yang meremehkan mempelajari ilmu-ilmu seperti ini dan sedikit pula kelompok yang mahu mendidik masyarakat dalam persoalan-persoalan asas ibadah bersuci ini. Sedangkan ia adalah merupakan salah satu perkara ilmu dan praktikal yang asas lagi penting bagi diri seorang muslim. Lebih-lebih lagi, permasalahan bersuci ini sangat berhubung rapat dengan ibadah-ibadah besar lainnya seperti solat. Dan solat pula adalah rukun yang paling agung dalam Islam setelah pengakuan sebagai seorang muslim (syahadah). Maka hendaklah kita sentiasa berusaha memperbaiki diri dengan amalan-amalan kita. Adakah ianya bersesuaian dengan apa yang telah ditunjuk-ajarkan oleh Nabi, amalan para sahabat dan mereka yang berada di atas jalan kebenaran, atau sebaliknya. Jadi, untuk mengenal pasti semua itu, kita memerlukan ilmu yang diambil dari rujukan al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih. Semoga dengannya, akan mendekatkan diri kita kepada Allah sekaligus membawa kepada keredhaan-Nya.

Di antara tajuk-tajuk yang dibincangkan oleh buku ini adalah pengertian mandi, bagaimana mandi yang sebenarnya menurut syari'at, jenis-jenis mandi, hukum-hakamnya, mandi wanita dan mandi lelaki, mandi kerana haidh dan junub, mandi wanita mustahadah, mandi hari Juma'at, hukum mandi dengan wangian, mandi hari raya, mandi jenazah, mandi kerana mengebumikan, mandi kerana masuk Islam, mandi ihram, mandi kerana memasuki makkah, dan beberapa maklumat-maklumat perbahasan lainnya...

Total Pages:
181 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

316 - Beginilah Keperibadian Seorang Muslim

Beginilah Keperibadian Seorang Muslim


Title:
Beginilah Kepribadian Seorang Muslim


Author:
Syaikh 'Ali Hasan al-Halabi

Publisher:
Pustaka Darul Ilmi

Price:
RM15

Weight:
kurang 200g

Description:

Buku ini berisi empat puluh hadis sahih (atau hasan) dari kumpulan sabda-sabda Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Penulis mengumpulkannya sebagai peringatan untuk diri/peribadi dan untuk saudara-saudara seiman. Buku ini mengandungi tarbiyah jiwa, pensucian hati, dan pembersihan akhlaq. Mata pena-ku ini tidak lain untuk menuliskan perkataan-perkataan sederhana bagi tujuan menjelaskan perkara yang kurang difahami dan menerangkan makna yang dibawa dengan tetap menekankan hubungan di antara hadis-hadis tersebut dengan bab-babnya berdasarkan komentar ringkas tentang hadis-hadis tersebut. Bukanlah rahsia bagi manusia, bahawa agama Islam yang mulia telah memberikan perhatian yang begitu besar di dalam banyak nash-nashnya, sama ada nash al-Qur'an mahupun as-Sunnah untuk membina keperibadian seseorang muslim, serta mengarahkannya dengan arahan yang sangat mendasar yang lahir dari intisari ajaran-ajaran Islam, juga dari pokok hukum-hukum dan syariat-syariatnya. Kami mengajak, supaya peribadi kita sentiasa diselimuti keindahan petunjuk Ilahi. Agar dunia yang pekat dan pedih ini, terasa sejuk lagi harum di setiap letih dan lelahnya langkah kaki. Semoga Allah menutup nafas kita, di ketika peribadi indah mempesona itu melekat di jiwa. 40 hadis yang dimaksudkan adalah sebagaimana berikut:

Hadits ke1: IKHLAS. Hadits ke-2: BERBEDA DARI YANG LAIN. Hadits ke-3: KEADILAN. Hadits ke-4: PENGORBANAN DIRI. Hadits ke-5: KELEMBUTAN. Hadits ke-6: KEMBALI KEPADA KEBENARAN. Hadits ke-8: SEORANG MUSLIM ADALAH PEMAAF. Hadits ke-9: SEORANG MUSLIM TIDAK IRI DENGKI. Hadits ke-10: RABBANIY. Hadits ke-11: SEORANG MUSLIM TIDAK MEMILIKl WAKTU KOSONG. Hadits ke-12:SIKAP WARA'. Hadits ke-13: SEORANG MUSLIM JUJUR Dl SELURUH URUSAN DUNIANYA. Hadits ke-14: ILMU UNTUK DIAMALKAN. Hadits ke-15: SEORANG MUKMIN ADALAH CERMIN BAGl SAUDARANYA. Hadits ke-16: PERGULATAN SEORANG MUSLIM DENGAN SETANNYA. Hadits ke-17: BERDZIKIR KEPADA ALLAH. Hadits ke-18: SEORANG MUSLIM TIDAK MELAKUKAN GHIBAH. Hadits ke-19: SEORANG MUSLIM TIDAK FUDHULIY. dan seterusnya...

Total Pages:
186 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

315 - Ensiklopedi Amalan Sunnah Di Bulan Hijriyah

Ensiklopedi Amalan Sunnah Di Bulan Hijriyah


Title:
Ensiklopedi Amalan Sunnah Di Bulan Hijriyah

Author:
Abu 'Ubaidah Yusuf as-Sidawi dan Abu 'Abdillah Syahrul Fatwa

Publisher:
Pustaka Darul Ilmi

Price:
RM17

Weight:
kurang 200g

Description:

Allah Subhanahu wa Ta'ala menciptakan waktu dalam bentuk tahun, musim, dan bulan yang diperuntukkan supaya seseorang insan meraih kebaikan dan harapan dengan mujahadah (bersungguh-sungguh) dalam ketaatan. Berusaha menghilangkan kekurangan dengan taubat dan muhasabah diri. Tidaklah Allah Subhanahu wa Ta'ala menciptakan musim-musim yang penuh dengan keutamaan melainkan Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyiapkan amalan-amalan ketaatan yang sarat dengan ganjaran besar yang sedia dipetik. Dari itu, orang yang bahagia adalah orang yang mampu memanfaatkan kesempatan emas iaitu pada bulan dan hari yang penuh dengan keistimewaan, khususnya amalan bagi bulan-bulan hijriyah dengan amalan ketaatan yang telah Allah Subhanahu wa Ta'ala anjurkan dan peruntukkan bagi seluruh hambanya. Buku ini mengupas untuk para pembaca berkaitan keutamaan dan keistimewaan bulan-bulan hijriyah, amalan-amalan sunnah yang dianjurkan padanya, beberapa salah faham yang berlaku tentang bulan-bulan hijrah tertentu seperti mengadakan amalan mandi bulan safar dan seumpamanya. Selamat membaca..

Total Pages:
173 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.