Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, August 19, 2009

151 - Bingkisan Istimewa Untuk Ibu Hamil

Bingkisan Istimewa Untuk Ibu Hamil
Tuntunan Praktis & Padat



Title:
Bingkisan Istimewa Untuk Ibu Hamil

Author:
Ibnu Muhammad Ibnu Sholeh Hasbullah

Publisher:
Pustaka Ibnu Umar

Price:
RM20

Weight:
200g

Description:

Buku istimewa untuk tatapan para ibu dan bakal ibu. Di antara kandungannya adalah menyentuh tentang amalan/maklumat para ibu di ketika sebelum dan semasa kehamilan, serta ketika melahirkan. Serta menyatakan serba sedikit apa yang harus dilaksanakan di ketika hamil dan setelah hamil kepada anak yang dikandung atau dilahirkan. Bagaimana cara penjagaan pemakanan, kesihatan dan yang berkaitan. turut dijelaskan sekitar persoalan aqiqah, doa-doa untuk ibu dan anak, persoalan khitan, juga sekitar permasalahan adat dan tokok-tambah amalan di dalam kelahiran.

Total Pages:
224

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

150 - Meneladani Shaum (Puasa) Rasulullah

Meneladani Shaum (Puasa) Rasulullah


Title:
Meneladani Shaum (Puasa) Rasulullah

Author:
Syaikh Salim 'Ied al-Hilali

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM20

Weight:
200g

Description:

Buku karya Syaikh Salim 'Ied al-Hilali ini kini telah diterjemahkan dengan Judul, Meneladani Shaum (Puasa) Rasulullah. Buku ini membawakan kepada anda sebuah penjelasan dan tatacara ibadah puasa yang tepat berdasarkan al-Qur'an dan as-sunnah yang sahih. Fakta-faktanya disampaikan dengan ilmiyah sekaligus menepis bentuk-bentuk ibadah puasa yang di luar sana sebahagiannya diamalkan dengan tokok tambah dan dihilangkan sebahagiannya yang lain.

Total Pages:
158

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

149 - Kisah Sahih Para Nabi

Kisah Sahih Para Nabi
(Shahih Qishahul Anbiya')


Title:
Kisah Sahih Para Nabi (Shahih Qishahul Anbiya')

Author:
Syaikh Salim 'Ied al-Hilali
(Dari Kitab asal: Qishahul Anbiya' Milik imam al-Hafiz Ibnu Katsir)

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM140 (2 Jilid)

Weight:
2kg

Description:

Sudah sampai masanya umat Islam melakukan sedikit penilaian dan pemilihan di dalam mengambil kisah-kisah para Nabi. Ini adalah kerana, terdapat terlalu banyak kisah-kisah para Nabi yang tersebar di luar sana kebanyakannya adalah tidak tepat, kurang tepat, malah ada yang direka-reka. Maka, buku berjudul, Kisah Sahih Para Nabi ini pun diterbitkan (diterjemahkan) utk tatapan para pembaca dan pengkaji ilmu di luar sana. Buku ini asalnya adalah karya susunan al-Hafiz Ibnu Katsir, yang kemudiannya diberi semakan oleh Syaikh Salim 'Ied al-Hilali bagi memastikan setiap fakta dari hadis-hadis dan atsar yang dibawakan di dalamnya terjamin sahih serta memiliki nilai yang tinggi. Kelebihan buku ini terletak pada cara pengungkapan sejarah para Nabi dan Rasul berdasarkan tema-tema kunci yang mewakili babak-babak sejarah para Nabi dan Rasul. Semua itu dilakukan dengan terlebih dahulu mengumpulkan semua ayat-ayat al-Qur'an yang berkaitan dengan Nabi dan Rasul-rasul tertentu, kemudian ia menjelaskan tambahan dan penguatnya dari hadis-hadis Nabi atau atsa-atsar yang sahih, sehingga darinya tergambarlah sejarah para Nabi dan Rasul yang sebenarnya. Buku ini emang tidak menitik-beratkan susunan/episod jalan cerita, tetapi ia meletakkannya berdasarkan tema-tema tertentu, kerana titik tentunya adalah bertujuan mengungkapkan sejarah para Nabi dan Rasul dari sumber-sumber yang sahih, bukan menceritakan para Nabi dan Rasul dengan kaedah jalan cerita sebuah novel atau cerita-cerita hikayat yang sebahagiannya mengandungi kisah-kisah rekaan tokok tambah semata-mata mahu menyambungkan sebuah kisah.

Total Pages:
2 Jilid (550 x 2)

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Sunday, August 16, 2009

148 - 1 Jam Belajar Mengurus Jenazah

1 Jam Belajar Mengurus Jenazah


Title:
1 Jam Belajar Mengurus Jenazah

Author:
Ustaz Arif Fathul Ulum

Publisher:
Pustaka Darul Ilmi

Price:
RM16

Weight:
200g

Description:


Sebuah buku yang padat dan penuh dengan dalil-dalil serta perbahasan tuntas memuatkan tatacara praktikal menguruskan jenazah. Jika anda mahukan cara yang selaras dengan al-Qur'an dan as-Sunnah tanpa tokok tambah dan pengurangan, maka, inilah bukunya yang mudah untuk difahami dan amat ringkas tetapi padat dengan fakta-fakta ilmiyah. Berapa ramai yang masih tidak mengetahui berkenaan tatacara menguruskan jenazah dengan betul. Dengan buku ini, insyaAllah, bukan lagi alasan untuk anda sendiri memahaminya dengan baik dan pantas.


Total Pages:
180

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

147 - al-Wajiz Ensiklopedi Fiqh Islam Dalam al-Qur'an & as-Sunnah

al-Wajiz Ensiklopedi Fiqh Islam Dalam al-Qur'an & as-Sunnah


Title:
al-Wajiz Ensiklopedi Fiqh Islam Dalam al-Qur'an & as-Sunnah
Judul 'Asal: al-Wajiz fi Fiqhis Sunnah wal Kitabil 'Aziz

Author:
Syaikh 'Abdul 'Azhim B. Badawi al-Khalafi

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM93

Weight:
1.6kg

Description:

Sebuah buku yang menghimpunkan hadis-hadis mengikut pembahagian bab perbahasan fiqh tertentu bermula dari bersuci (Thaharah), azan, solat, solat-solat sunnah, puasa, zakat, haji, jenazah, musafir, hari raya, ziarah, nikah, talak, zhihar, khulu', iddah, jual beli, riba, khiyar, ijarah, syirkah, bab gadaian, luqathah, hibah, wakalah, nazar, berburu, penyembelihan, aqiqah, kurban, hudud, qazaf, jihad, dan banyak lagi yang lain seterusnya.

Selain pembahagian perbahasan, ia turut diberi ulasan-ulasan yang ringkas dan padat. Pembahagian seperti ini sangat membantu di dalam memudahkan kefahaman dan di dalam urusan membuat semakan terhadap dalil-dalil yang menjadi hujjah bagi persoalan fiqh tertentu.

Buku ini dihimpunkan oleh Syaikh 'Abdul 'Azhim B. Badawi.

Total Pages:
954 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Saturday, August 15, 2009

146 - Ringkasan al-I'tisham (Membedah Selok Belok Bid'ah)

Ringkasan al-I'tisham
(Membedah Selok Belok Bid'ah)


Title:
Ringkasan al-I'tisham
Membedah Selok Belok Bid'ah

Author:
Syaikh Alawy Abdul Qadir as-Saqqaf

Publisher:
Media Hidayah

Price:
RM18

Weight:
200g

Description:

Buku ini adalah terjemahan kitab Mukhtashar al-I'tisham karya imam asy-Syatibi yang hidup di abad ke-8 Hijriyah. Buku ini membahaskan sekitar selok-belok bid'ah, bermula dari definisi, jenis dan sebab-sebab terjadinya bid'ah, sehinggalah kepada permasalahan hukuman dan akibat yang akan menimpa para pelaku bid'ah. Juga turut disertai perbahasan penting yang lainnya. Semoga buku ini bermanfaat.

Buku ini adalah ringkasan (mukhtashar) kitab al-I'tisham oleh Imam asy-Syathibi.

Total Pages:
221

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

145 - Kamus al-Munawir (Arab-Indonesia (Melayu))

Kamus al-Munawwir
(Edisi Arab-Indonesia (Melayu))


Title:
Kamus al-Munawwir
(Edisi Arab-Indonesia (Melayu))

Author:
A.W. Munawwir

Publisher:

Price:
RM120

Weight:
2.2kg

Description:

Kamus yang baik untuk para pelajar terutamanya. Menterjemahkan istilah-istilah dan perkataan-perkataan Arab terlengkap ke bahasa Indonesia dan hampir kepada bahasa Melayu. Digunakan secara meluas oleh para pelajar, guru-guru, para pendidik, dan para pengkaji di pelbagai Ma'ahad, institusi pendidikan, dan pusat-pusat pengajian sekitar indonesia.

Untuk Edisi Indonesia/Melayu - Arab, sila klik di sini.

Total Pages:
1591 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/ .

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

144 - Habbatus Sauda (Dalam Bentuk Kapsul)

Habbatus Sauda (Dalam Bentuk Kapsul)



Title:
Habbatus Sauda (Dalam Bentuk Kapsul)
Scientific Name: Nigella Sativa

Author:
Dikeluarkan oleh Vicomas Internasional
(Diperakui oleh Majlis Ugama Islam Indonesia (MUI))

Publisher:
Dikeluarkan oleh Vicomas Internasional

Price:
RM36

Weight:
200g

Description:

Habbatus Sauda atau jintan hitam telah sedia dikenali dan merupakan salah satu makanan yang telah disebutkan oleh hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang mulia. Sekaligus ia merupakan salah satu makanan yang dianjurkan oleh sunnah. Mengamalkan pemakanan Habbatus Sauda antaranya melalui kajian yang dijalankan ia mampu meningkatkan daya tahan (immunisasi) tubuh, membantu mencegah pelbagai radang kepada sendi, melancarkan peredaran darah, merendahkan kadar serangan jantung serta gangguan radang ginjal, menstabilkan perjalanan dan penghadaman makanan dengan melancarkan proses enzim dalam tubuh. Ia juga mampu mengatasi dan mencegah keracunan bahan kimia asing dalam tubuh. Kini jintan hitam atau habbatus Sauda ini telah dihancurkan dan dikapsulkan bagi memudahkan proses pemasaran dan memakannya. Setiap kapsul mengandungi 600mg habbatus sauda hancur. Setiap botol mengandungi 210 kapsul. Di dalam hadis disebutkan: "Sesungguhnya di dalam Habbatus Sauda mengandungi penyembuh bagi pelbagai jenis penyakit, kecuali mati." (HR. al-Bukhari)

Total Pages:
Dibotolkan dalam bentuk kapsul, supaya tahan lebih lama.
Telah disemak oleh Majlis Ugama Islam Indonesia (MUI). Satu botol: 210 Kapsul. Setiap kapsul: 610mg.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

143 - Syarah Shahih Muslim

Syarah Shahih Muslim


Title:
Syarah Shahih Muslim

Author:
Imam an-Nawawi

Publisher:
Darus Sunnah

Price:

RM110 (seunit)
RM1190 (12 Jilid Lengkap)

Weight:

1.6kg bagi setiap jilid

Description:
Syarah Shahih Muslim susunan Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) ini adalah himpunan kitab yang mensyarahkan (menjelaskan/menghuraikan) maksud hadis-hadis yang terdapat dalam Kitab Shahih Muslim. Ia merupakan kitab yang masyhur di kalangan umat Islam dan menjadi rujukan dunia Islam Ahlus Sunnah waj-Jama'ah sama ada di peringkat pelajar (penuntut ilmu), pencinta ilmu, sarjana, mahupun ilmuan (ulama).

Perbahasan yang dibawakan oleh Imam an-Nawawi ini bersifat tematik (berdasarkan tajuk/bab) yang dengannya telah memudahkan para pengkaji dan pembaca dalam melakukan rujukan dan semakkan. Ulasan perbahasannya dilakukan secara ringkas dan padat dengan membawa perkataan para ulama mazhab berserta pentarjihan yang terkuat menurut pandangannya. Setiap perbahasan yang beliau bawakan menjadi pedoman dan panduan umat Islam seluruh dunia Islam, lebih-lebih lagi dari kalangan mereka yang berpegang dengan mazhab asy-Syafi'i kerana Imam an-Nawawi adalah di antara mujtahid besar Syafi'iyyah.

Alhamdulillah, kitab ini kini telah pun siap diterjemahkan sebanyak 12 jilid lengkap semuanya (bagi edisi terjemahan Darus Sunnah). Semoga dengan siapnya terjemahan ini, ia akan membantu kita semua hari ini untuk lebih mudah lagi memahami hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam terutamanya yang terkumpul melalui kitab Shahih Muslim. Sekaligus membantu umat Islam dalam memahami Islam dan sunnah itu sendiri.

Berikut adalah skop perbahasan kitab ini berdasarkan jilid:

1 - Jilid 1:
Bab Mukaddimah (Penting) & Kitab al-Iman.

2 - Jilid 2:
Kitab Iman, Kitab Thaharah (bersuci), dan Kitab Haidh.

3 - Jilid 3:
Kitab Solat, Kitab Masjid dan Tempat-tempat Solat.

4 - Jilid 4:
Kitab Masjid dan Tempat-tempat Solat, Kitab Solat Musafir, Kitab Solat Jumaat, Kitab Solat Dua Hari Raya, Kitab Solat al-Istisqa', Kitab solat al-Kusuf (gerhana), Kitab al-Jana'iz (Jenazah).

5 - Jilid 5:
Kitab al-Jana'iz, Kitab Zakat, Kitab Puasa, Kitab I'tikaf, dan Kitab Haji.

6 - Jilid 6:
Kitab Haji dan Kitab Nikah.

7 - Jilid 7:
Kitab Nikah, Kitab Penyusuan, Kitab Talak, Kitab Sumpah Li'an, Kitab Memerdekakan Hamba, Kitab Jual-Beli, Kitab Musaqah, Kitab Faraid.

8 - Jilid 8:
Kitab Hibah, Kitab Wasiat, Kitab Nadzar dan Sumpah, Kitab Qasamah, Kitab Kelompok Penyamun, Kitab Qishash dan Diyat, Kitab Hudud, Kitab Penghakiman, Kitab Luqathah, Kitab Jihad dan Ekspedisi Peperangan.

9 - Jilid 9:
Kitab Jihad dan Ekspedisi Peperangan, Kitab Pemerintahan, Kitab Haiwan Buruan, Kitab Sembelihan dan Haiwan Yang Halal Dimakan, Kitab Haiwan Korban, Kitab Minuman, Kitab Pakaian dan Perhiasan.

10 - Jilid 10:
Kitab Pakaian dan Perhiasan, Kitab Adab, Kitab Ucapan Salam, Kitab Lafaz-lafaz Yang Berkaitan dengan Etika, Kitab Sya'ir, Kitab Mimpi, Kitab Keutamaan Beberapa Perkara.

11 - Jilid 11:
Kitab Keutamaan Beberapa Perkara, Kitab Keutamaan Para Sahabat, Kitab Sopan-Santun, Silaturrahim, Kitab Adab, Kitab Takdir, Kitab Ilmu, Kitab Dzikir, doa, Taubat, dan Istighfar.

12 - Jilid 12:
Kitab Dzikir, Do'a, Taubat dan IStighfar, Kitab Sifat Orang Munafiq dan hukum tentang mereka, Kitab Sifat Hari Kiamat, Syurga dan Neraka, Kitab bentuk Kenikmatan Syurga dan para Penghuninya, Kitab Fitnah dan Tanda-tanda Hari Kiamat, Kitab Zuhud dan Kelembutan Hati, Kitab Tafsir.

Total Pages:
12 Jilid lengkap semuanya
Purata helaian: 910m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian. Layari juga kami di 
www.atsar.ilmusunnah.com 

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

142 - Sistem Cepat Belajar Bahasa Arab

Sistem Cepat Belajar Bahasa Arab


Title:
Sistem Cepat Belajar Bahasa Arab

Author:
Dr. Muhammad Thalib

Publisher:
Media Hidayah

Price:
RM26

Weight:
450g

Description:

Bahasa Arab adalah merupakan bahasa al-Qur'an. Dan memahami al-Qur'an serta al-hadis (as-Sunnah) pula adalah merupakan sebuah kewajiban. Untuk memahami kedua sumber tersebut dengan cara yang lebih sempurna dan baik, maka ia memerlukan kepada pemahaman bahasa Arab dengan baik. Maka, buku ini dibawakan kepada anda bagi tujuan tersebut bermula dari asasnya. Buku sistem cepat belajar bahasa Arab ini disediakan dengan kaedah yang praktikal, disertai dengan contoh-contoh, huraian dan latihan, sehingga memudahkan dan mempercepatkan anda untuk mempelajari dan memahaminya. Maka, selamat menela'ah.

Total Pages:
311

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

141 - Ringkasan Shahih Bukhari

Ringkasan Shahih al-Bukhari


Title:
Ringkasan Shahih Bukhari
(Set Lengkap: 5 Jilid)

Author:
Imam al-Bukhari
Disemak dan Diringkaskan oleh Syaikh al-Albani

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM340

Weight:
5kg

Description:

Set 5 jilid kitab ini adalah merupakan ringkasan dari kitab Shahih al-Bukhary. Disemak dan diringkaskan oleh Syaikh al-Albani. Juga diberikan sedikit komentar pada catatan kakinya oleh Syaikh al-Albani. Semoga ianya bermanfaat.

‘Allamah Ibnu al-Solah dalam kitabnya Muqaddimah ada menyebutkan, bahawa jumlah hadis Shahih al-Bukhari sebanyak 7275 buah hadis, termasuk hadis-hadis yang disebutnya berulang kali atau dihitung sebanyak 4000 buah hadis tanpa pengulangan. Perhitungan ini diikuti oleh Syaikh Muhyiddin al-Nawawi dalam kitabnya, al-Taqrib.

Selain pendapat tersebut di atas, Ibn Hajar di dalam mukadimah kitabnya yang terunggul iaitu kitab Fath al-Bari merupakan kitab syarah Shahih Bukhari, ada menyebutkan bahawa semua hadis sahih yang terkandung di dalam Sahih Bukhari tanpa hadis yang disebut berulang sebanyak 2602 buah hadis.

Sedangkan matan hadis yang mu’allaq namun marfu’, iaitu hadis sahih namun tidak diwasalkan (tidak disebutkan sanadnya secara sambung menyambung) pada tempat yang lain sebanyak 159 hadis. Semua hadis Sahih Bukhari termasuk hadis yang disebutkan berulang-ulang sebanyak 7397 buah. Hadis yang mu’allaq berjumlah 1341 buah, hadis yang muttabi’ sebanyak 344 buah hadis.

Jadi, berdasarkan perhitungan ini dan termasuk yang berulang-ulang, jumlah keseluruhannya sebanyak 9082 buah hadis. Jumlah ini di luar lingkungan hadis mauquf yang terkait dengan sahabat dan (perkataan) yang diriwayatkan dari para tabiin serta ulama sesudah mereka.

Maka Syaikh Nashiruddin al-Albani menghasilkan sebuah ringkasan Shahih al-Bukhari ini dengan mengasingkan hadits-hadits yang berulang bagi mengelakkan para pembaca terutama dari kalangan awam merasa lelah, bosan, dan letih untuk mengkaji dan membaca hadits-hadits yang terkandung di dalamnya. Justeru terhasillah kitab ini untuk memudahkan para pembaca.

Total Pages:
5 Jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.