Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, August 31, 2010

294 - Bimbingan Islam Untuk Peribadi & Masyarakat

Bimbingan Islam Untuk Peribadi & Masyarakat


Title:
Bimbingan Islam Untuk Peribadi & Masyarakat

Author:
Syaikh Muhammad B. Jamil Zainu

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM16

Weight:
200g

Description:

Buku ini bertujuan memperbaiki peribadi setiap muslim sehingga mampu melaksanakan Islam dengan sebaik-baiknya dan ia akan menjadi muslim yang bertaqwa kepada Allah. Buku ini membentangkan perkara-perkara penting yang wajar diketahui dan dipraktikkan oleh setiap muslim secara ringaks dan padat bersesuaian dengan apa yang diterangkan di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah sebagaimana yang difahami oleh para salaf (generasi umat Islam terdahulu) yang soleh. Para sahabat telah menjalankan Islam dengan sebaik-baiknya, maka mereka menjadi pemimpin dan orang-orang terhormat di muka bumi ini. Sebab itu ramai orang yang keluar dari kekufuran menuju Islam dan beralih dari penyembahan hamba (manusia) kepada penyembahan Tuhannya hamba, iaitu Allah - "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka." (Ar-Ra'd, 13: 11). Buku "BIMBINGAN ISLAM UNTUK PRIBADI DAN MASYARAKAT" ini telah diterjemahkan dan dicetak berulang-kali dalam pelbagai bahasa dan disebar-luaskan di pelbagai negara, seperti Saudi Arabia, Kuwait, Aljazair (Algeria), Jordan, Mesir, Lebanon, India, Pakistan dan Iain-lain. Dengan kata lain ini buku sangat dikenali oleh pelbagai lapisan masyarkat kerana perbahasannya ringkas tapi lengkap dan mudah difahami. Sangat sesuai untuk golongan pemula dan kanak-kanak serta dewasa yang mahu memulakan langkah ke arah kesyumulan Islam.

Total Pages:
174 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.

Saturday, August 28, 2010

293 - Meneladani Rasulullah Dalam Berpuasa & Berhari Raya

Meneladani Rasulullah Dalam Berpuasa & Berhari Raya


Title:
Meneladani Rasulullah Dalam Berpuasa & Berhari Raya

Author:
Syaikh 'Ali B. Hasan al-Halabi bersama Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM22

Weight:
250g

Description:

Betapa terujanya umat Islam dalam menyambut datangnya bulan Ramadhan dan Hari Raya ‘Iedul Fithri serta 'Iedul 'Adhha sememangnya wajar disyukuri. Namun demikian, yang perlu diperhalusi daripada mereka adalah munculnya sikap, sambutan, kebiasaan, dan amalan yang dilakukan pada hari-hari tersebut yang jauh dari realiti/hakikat sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Sehingga menjadikannya sebahagiannya bertentangan pula dengan ajaran Islam yang sebenar. Mereka melakukan semua itu hanya berdasarkan tradisi dan prasangka (anggapan baik dan ikut-ikutan) serta perkiraan perasaan semata-mata. Padahal, apa yang wajar dalam setiap urusan ibadah kepada Allah adalah kita wajib mengikuti contoh dan tauladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Yang mana melaluinyalah kita memahami hakikat puasa dan hari raya.

Buku di hadapan anda ini mengupas pelbagai persoalan Ramadhan, praktikal puasa, dan Hari Raya menurut kacamata syariat Islam, serta perbahasannya disajikan secara ilmiyah dengan sumber rujukan secara langsung lagi murni dari al-Qur'an dan as-Sunnah. Sebagaimana judulnya, buku ini mengajak kita untuk meneladani Rasulullah dalam berpuasa pada bulan Ramadhan, menyambut kedatangannya, dan menghidupkannya dengan ibadah-ibadah yang dicontohkan dan ditunjuk-ajarkan oleh beliau. Demikian pula, kita diajak untuk menyambut Hari Raya dan merayakannya bersesuaian dengan sunnah-sunnah beliau. Di antara yang dibahaskan melalui buku ini adalah Keutamaan Puasa dan bulan Ramadhan, sunnah-sunnah dalam berbuka dan bersahur, hukum-hakam puasa, menyambut ramadhan menurut as-Sunnah, niat puasa, perkara yang perlu ditinggalkan ketika berpuasa, persoalan imsak dan sahur, rukhsah bagi orang yang bermusafir dan sakit, perkara-perkara yang sahih dapat membatalkan puasa, qadha' puasa, kaffarat/denda, diyah, lailatul Qadr, i'tikaf, solat tarawih, hadis-hadis dhaif yang banyak tersebar dalam masyarakat, hari raya sebagai rahmat, mendengar nyanyian anak-anak kecil di hari raya, berhias di hari raya, sunnah-sunnah menuju tempat solat hari raya, lafaz-lafaz takbir hari yang yang sahih, tokok-tambah dalam hari raya (bid'ah), tata-cara solat 'Ied yang sahih dari Nabi, khutbah hari raya, bagaimana sekiranya hari raya jatuh pada hari jumaat, haiwan korban, dan beberapa lagi yang lain. Semuanya dibentangkan secara ilmiyah.

Keistimewaan buku ini terletak pada kesimpulan setiap hukum dan fiqih dibahaskannya yang mengutamakan al-Qur'an dan as-Sunnah serta ijma' (kesepakatan) para Sahabat Nabi dan mengajak para pembaca membebaskan diri dari belenggu taksub kepada adat dan budaya yang tiada kena mengena dengan agama. Di dalamnya penulis juga menambahkan perbahasan tentang hadis-hadis dhaif yang tersebar pada bulan Ramadhan serta memaparkan kebiasaan-kebiasaan masyarakat yang menyimpang yang terjadi pada Hari Raya..

Total Pages:
271 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.

292 - Buku Putih Ihya 'Ulumuddin Imam al-Ghazali

Buku Putih Ihya 'Ulumuddin Imam al-Ghazali


Title:
Buku Putih Ihya 'Ulumuddin Imam al-Ghazali

Author:
Syaikh Jamaluddin al-Qasimi
Tahqiq: Mahmud Mahdi al-Istanbuli & Muhammad 'Ied al-Abbasi

Publisher:
Darul Falah

Price:
RM72

Weight:
1.2kg

Description:

Imam Al-Ghazali Rahimahullah telah menulis dengan tinta emasnya lautan mutiara hikmah tazkiyatun nafs dalam Ihya Ulumuddin. Buku yang ada di hadapan anda ini adalah Buku Putih Ihya Ulumuddin yang berbeza jauh dari buku-buku yang telah diterbitkan sebelumnya. Ini adalah kerana buku ini telah menghimpunkan semula mutiara berharga di dalam kitab Ihya Ulumuddin yang sebelumnya dicemari dengan pelbagai kerosakkan seperti bercampur-baur dengan hadis-hadis yang tidak sahih malah palsu dalam usaha menyucikan jiwa dan memperbaikinya, mengkaji pelbagai penyakit hati dan aib yang dengannya mencabut tunjang-tunjang keburukan dari dasarnya. Tentunya, setelah membersihkan kitab tersebut daripada hadis-hadis palsu dan lemah serta dari pelbagai bentuk kesalahan ilmiyah, kemudian memperbaikinya dengan menanamkan benih-benih kebaikan di dalamnya yang seiring dengan ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi yang sahih. Sejumlah syarah telah menambahkan khazanah berharga buku ini sehingga menjadi bekalan yang dapat membangkitkan semangat kepada jiwa-jiwa, melembutkan hati, memperkuatkan daya-usaha, dan membinasakan kesombongan yang menjadi tunjang segala bentuk keburukan dan dosa. Sekaligus buku ini mampu menjadi suatu perantara dalam merawati jiwa-jiwa yang sakit, selalu bersedih, selalu tertekan, dan tidak bermaya berdasarkan kandungannya yang begitu menyentuh. Insya Allah.

Di antara mutiara perbahasan yang terkandung di dalam buku ini adalah berkenaan aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama'ah, Rahsia thaharah (bersuci), Rahsia Zakat, Rahsia Puasa dan haji, Jihad di jalan Allah, Adab-adab membaca al-Qur'an, pelbagai adab-adab seharian yang sahih, Sifat dan Akhlak Nabi, Celaan kepada sikap marah, Celaan terhadap sifat cinta harta dan dunia, persoalan tawakkal, sabar, syukur, zuhud, ikhlas, muroqobah, tafakkur, mengingati kematian, dan banyak lagi selainnya...

Total Pages:
708 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.

Thursday, August 26, 2010

291 - Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah Sehari Semalam

Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah Sehari Semalam


Title:
Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah Sehari Semalam

Author:
Khalid al-Husainan

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM18

Weight:
150g

Description:

Sunnah tidak dapat dipisahkan daripada Islam. Kerana Islam adalah sunnah dan sunnah adalah Islam. Sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Barbahari Rahimahullah dalam Syarhus Sunnah:

“Fahamilah bahawasanya Islam adalah sunnah dan Sunnah adalah Islam; dan tidak akan berdiri salah satu daripada keduanya, kecuali yang lainnya juga akan didirikan”. Bahkan, Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berdo’a supaya diwafatkan di atas Sunnah: “Ya Allah, wafatkanlah kami di atas Islam dan Sunnah”.

Sesungguhnya, darajat seseorang Muslim tidak diukur dengan banyaknya harta yang dikumpulkan dan ketanpanan paras-rupanya. Akan tetapi, darjat seorang Muslim diukur dari kesungguhannya dalam mengikuti Rasulullah Shallallaahu 'alaihi was sallam.

Untuk itulah, buku berjudul Lebih dari 1000 Amalan Sunnah dalam Sehari Semalam ini kami terbitkan yang diterjemahkan dari risalah Aktsaru min Alfi Sunnatin fil Yaum wal Lailah. Risalah ini ditulis oleh Khalid al-Husainan, dengan tujuan supaya kaum Muslimin dapat menghidupkan Sunnah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dalam kesehariannya, sama ada yang berkaitan dengan ibadahnya, tidurnya, makannya, ataupun aktiviti lainnya. Jika sunnah-sunnah tersebut dilaksanakan, maka akan dapat kita lihat lebih dari seribu Sunnah dalam sehari semalam.

Total Pages:
492 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Wednesday, August 25, 2010

290 - Menyelisik Alam Malaikat

Menyelisik Alam Malaikat


Title:
Menyelisik Alam Malaikat

Author:
Syaikh Dr. Muhammad bin 'Abdul Wahhab al-'Aqil

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM68

Weight:
1 kg

Description:

Sedarkah kita bahawa setiap saat, di mana pun kita berada, akan sentiasa ada Makhluk yang hadir bersama kita. Makhluk yang satu ini diciptakan dari nur (cahaya) sehingga memiliki karektor yang berbeza dengan makhluk lain, iaitu manusia, jin, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan. Makhluk ini memiliki kelebihan yang banyak berbanding dengan makhluk lain, dan yang paling istimewa adalah mempercayai keberadaannya merupakan salah satu daripada rukun iman yang tanpanya, iman seseorang dianggap cacat (tidak sempurna). Makhluk itu adalah Malaikat.

Ironisnya, sehingga kini, pengetahuan umat Islam berkaitan Malaikat hanya berkutat kepada sepuluh nama Malaikat beserta tugas-tugas mereka. Padahal, pengetahuan tentang mereka secara lebih lengkap akan banyak memberikan kesan positif terhadap kehidupan seorang Mukmin. Dan ternyata, sekiranya kita teliti dengan baik, begitu banyak sekali informasi tentang mereka di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah yang belum kita ketahui.

Buku ini mengupas dan membongkar lebih jauh informasi tentang Malaikat dari sumber-sumber yang sahih daripada al-Qur'an dan as-Sunnah - berapakah jumlah mereka sebenarnya, apa tugas-tugas mereka, bagaimana sifat, sikap, dan karektor ciptaannya, dan banyak informasi lain serta kesan positif yang dihasilkan dengan banyak mengenal kehidupan mereka?

Penulis buku ini juga menambahkan informasi tentang pemahaman kelompok-kelompok lain (yang menyimpang) dari golongan ahli kalam (mantiq/falsafah) dalam teologi Islam, juga menurut keyakinan Yahudi, Nashrani, ahli Filsafat, kaum musyrikin Arab, Hindu, Budha, dan kaum paganisme serta yang selainnya. Ini bertujuan untuk menganalisa sekaligus membantah pemahaman mereka yang bertentangan dengan ‘aqidah Islam yang sahih menurut Ahlus Sunnah wal-Jama’ah..

Mudah-mudahan dengan membaca buku ini para pembaca akan bertambah keimanan, ilmu yang bermanfaat, bersemangat terhadap Islam dan mudah-mudahan Allah memberikan hidayah taufiq kepada kita untuk dapat melaksanakan syari'at Islam dnegan istiqamah (konsisten) di atas 'aqidah dan prinsip agama yang benar. Insya-Allah...


Total Pages:
492 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.

289 - Bersama Rasulullah Mendidik Generasi Idaman

Bersama Rasulullah Mendidik Generasi Idaman


Title:
Bersama Rasulullah Mendidik Generasi Idaman
(Judul asal: an-Nabiyyul Kariim Shallallahu 'alaihi wa Sallam Mu'allim)

Author:
Dr. Fadhl Ilahi

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM42

Weight:
800 g

Description:

Bercelarunya dunia pendidikan masa ini menandakan ada sesuatu yang salah di dalam sistem pendidikan kita. Kesalahan yang berlaku tidak semestinya merujuk kepada kurikulum, silibus, atau perilaku para pelajar, tetapi juga mungkin merujuk kepada para pendidik atau tenaga pengajarnya. Ini mungkin dapat dilihat kepada kaedah dan pola pengajaran yang dilaksanakan. Bukankah dalam masa yang sama ketika mengajar, para guru juga perlu menjadi suri tauladan atau contoh manusia yang baik bagi anak-anak didiknya.

Adakah guru berjaya melayani setiap persoalan yang diajukan oleh para pelajarnya? Adakah para pendidik berupaya membimbing para pelajarnya ke arah hala-tuju yang paling utama? Atau sekadar melepaskan tugas makan gaji tanpa mengambil penting tugas kaedah dan karektor seorang guru berkesan? Masih adakah guru yang sanggup mendidik para pelajarnya sehingga memakan waktu peribadinya demi kebaikan para pelajar tanpa imbuhan gaji?

Semua persoalan tersebut ada dibincangkan melalui buku ini. Mengambil contoh bagaimana Rasulullah mendidik para sahabatnya kepada agama dan perkara duniawi. Perhatikanlah melalui buku ini bagaimana Rasulullah memilih waktu yang tepat untuk mengajar dan mendidik, cara-cara Rasulullah menjawab pelbagai persoalan yang diterima, cara menyampaikan ilmu kepada pelbagai karektor sahabat, kaedah yang baik dalam memanfaatkan momentum masa dan peristiwa, memupuk minat belajar, sentuhan fizikal, cara berbicara dengan para pelajar, cara berinteraksi, kaedah penyampaian secara isyarat dan imaginasi (ilustrasi), contoh-contoh perumpamaan yang digunakan, kaedah bertanya, meneliti dan mengenal-pasti keistimewaan setiap pelajar yang berbeza, cara mengenal-pasti respon pelajar, malah banyak lagi yang dibahaskan melalui buku ini.

Ianya mengumpulkan sebanyak 45 pola dan kaedah pendidikan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam kepada para pelajarnya (para sahabat). Lihatlah methode tersebut, yang merupakan methode Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam...

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah." (Surah al-Ahzaab, 33: 21)

Total Pages:
409 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.

Tuesday, August 24, 2010

288 - Fikih Asma'ul Husna

Fikih Asma'ul Husna


Title:
Fikih Asma'ul Husna
Author:
Syaikh 'Abdurrazzaq B. 'Abdul Muhsin al-'Abbad al-Badr

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM70

Weight:
1.1 kg

Description:

Sesungguhnya memahami nama-nama Allah yang baik (Asma’ul Husna) adalah merupakan pintu ilmu yang mulia, malah ianya termasuk al-Fiqh al-Akbar (fikih yang paling agung) dan paling utama.

Mempelajari Asma al-Husna merupakan usaha termulia yang dilakukan oleh setiap jiwa dan sebaik-baiknya apa yang diraih oleh orang-orang yang memiliki petunjuk. Ilmu ini merupakan asas dan jalan menuju Allah Subahanhu wa Ta’ala. Kerana dengan mengenali nama-nama-Nya-lah kita mengenali Allah.

Sebagaimana bangunan memiliki tunjang dan sendi, maka sendi agama ini adalah iman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kepada nama-nama serta sifat-sifat-Nya. Jika tunjang ini kuat, maka ia akan mampu menopang bangunannya serta isi-isinya dengan kuat dan kukuh serta selamat dari pelbagai bentuk gegaran dan rintangan.

Di dalam memahami Asma’ul Husna, di sana terdapat kaedah-kaedahnya yang perlu difahami. Perkara inilah antara yang dibahaskan melalui buku ini berpandukan kepada kefahaman para ulama ahlus sunnah wal-Jama’ah generasi awal.

Secara ringkasnya, melalui buku ini, penulis berusaha membahaskan setiap persoalan yang berkaitan dengan Asma’ul Husna dengan terperinci dan jelas. Penulis memulakannya dengan membentangkan kepentingan ilmu dan memahami Asma’ul Husna, kaedah-kaedah memahami nama-nama dan sifat-sifat Allah, dan seterusnya penulis membahaskan nama-nama yang sahih daripada nash al-Qur’an dan as-Sunnah satu demi satu secara terperinci dari segi sebutan, maksud dan cara memahami. Serta bagaimanakah cara kita bersikap terhadap nama-nama tersebut.

Semoga buku ini meberikan mafaat kepada kita semua...

Total Pages:
558 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.

Tuesday, August 10, 2010

287 - Prinsip Dasar Islam

Prinsip Dasar Islam
Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah Yang Sahih


Title:
Prinsip Dasar Islam

Author:
Ustaz Yazid B. 'Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM34

Weight:
500 kg

Description:

Setiap muslim yakin sepenuhnya bahawa kurniaan Allah yang terbesar di dunia ini adalah agama Islam. Maka wajib ke atas setiap muslim untuk bersyukur kepada Allah 'Azza wa Jalla dengan nikmat-Nya yang telah memberikan kepada kita hidayah sebagai muslim.

Sebagai bukti dan tanda syukur, seseorang muslim perlu redha Allah sebagai Rabb-nya, Islam sebagai agamanya dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sebagai Nabinya.

Apabila seseorang ingin menjadi muslim yang sejati, pengikut Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang setia, maka dia wajib meyakini Islam sebagai satu-satunya agama yang haq (benar), memepelajari agama Islam dengan bersungguh-sungguh dan mengamalkan Islam dengan ikhlas kerana Allah dan mengikuti petunjuk yang disampaikan oleh Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Melalui buku ini, penulis menjelaskan prinsip-prinsip asas dan utama dalam agama Islam yang wajib diketahui oleh setiap muslim dan muslimah. Buku ini sangat sesuai dan amat dicadangkan kepada mereka yang baru mula mahu mendekati Islam, yang mahu mengenal asas-asas Islam, kepada mereka baru memeluk agama Islam, serta kepada mereka yang baru mula sedar dan memiliki rasa ingin tahu tentang Islam dari asas-asas sendinya. Semoga dengan usaha dan semangat kalian semua untuk memahami agama Islam ini dirahmati Allah dan mendapat bimbingan petunjuk dari-Nya sekaligus memudahkan jalan menuju Syurga.

Kata Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

"Sesiapa yang berjalan menuntut ilmu, maka Allah akan mudahkan jalannya menuju Syurga. Sesungguhnya para Malaikat akan meletakkan (memayungi) sayapnya untuk para penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka usahakan." (Musnad Ahmad, no. 21715. Sunan Abu Daud, no. 3641)

Antara yang dibincangkan dalam buku ini adalah: Bagaimana mensyukuri nikmat Islam, pengertian Islam dan tahap-tahapnya, sifat-sifat Islam, Tauhid dan menjauhi syirik sebagai asas Islam, keutamaan Tauhid, beriman kepada Nabi, pengertian ibadah, keutamaan dan keindahan Islam, Islam sebagai agama yang mudah, Islam sebagai agama yang sempurna, sumber Islam adalah al-Qur'an dan as-Sunnah di atas kefahaman salafush-sholeh, Islam sebagai agama yang benar, sifat al-wala' wal-bara', dan yang terakhir adalah tentang kemuliaan akhlak ahlus sunnah wal-jama'ah.

Mudah-mudahan dengan membaca buku ini para pembaca akan terbuka hatinya, bertambah keimanan, ilmu yang bermanfaat, bersemangat terhadap Islam dan mudah-mudahan Allah memberikan hidayah taufiq kepada kita untuk dapat melaksanakan syari'at Islam dan istiqamah (konsisten) di atas 'aqidah dan prinsip agama yang benar. Insya-Allah... [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Total Pages:
262 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.

286 - Larangan Solat Di MAsjid Yang Dibangun Di Atas Kubur

Larangan Solat Di Masjid Yang Dibangun Di Atas Kubur


Title:
Larangan Solat Di MAsjid Yang Dibangun Di Atas Kubur
(Judul asal: Tahdziirus Saajid min Ittikhaadzil Qubuur Masaajid)

Author:
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM20

Weight:
500 kg

Description:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah menjadikan makam Nabi-Nabi mereka dan orang-orang soleh di antara mereka sebagai masjid. Maka, janganlah kamu menjadikan perkuburan sebagai masjid. Sesungguhnya aku melarang kamu semua dari melakukan perkara tersebut." (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah, sanadnya sahih dengan syarat Muslim).

Dan masih banyak lagi nash atau hadis yang dengan tegas melarang menjadikan perkuburan sebagai tempat beribadah, termasuklah perkuburan beliau sendiri. Namun, apa yang kita saksikan pada ketika zaman ini, masih banyak orang yang berlebih-lebihan terhadap perkuburan orang-orang soleh dengan pelbagai jenis cara, termasuk beribadah di atas perkuburan tersebut dan menjadikannya sebagai wasilah (perantara) untuk memenuhi segala hajatnya. Berdasakan penjelasan tersebut, dalam rangka menjaga kemurnian tauhid dari unsur syirik dan tata cara ibadah yang menyesatkan dengan segala bentuknya, maka kami bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala yang hanya dengan izin-Nya dapat menerbitkan risalah yang berjudul "Larangan Solat di Masjid yang dibina (dibangunkan) di Atas Kubur," yang kami terjemahkan dari kitab Tahdziirus Saajid min Ittikhaadzil Qubuur Masaajid. Risalah ini ditulis oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani -rahimahullah-. Dalam risalah ini, beliau melengkapinya dengan penjelasan tentang pengertian menjadikan perkuburan sebagai masjid, hikmah dilarangnya dan berbagai syubhat serta jawabannya berdasarkan al-Qur-an dan as-Sunnah, juga disertai pendapat ulama-ulama Salaf tentang besarnya dosa orang-orang yang membangun masjid di atas kuburan.

Kami memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, semoga segala usaha ini menjadi amal soleh dan bermanfaat bagi kaum Muslimin dalam rangka mentaati Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan mengikuti jejak Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam sebagai jalan mulia itu telah ditempuh oleh para Sahabat, Tabi'in dan Tabi'ut Tabi'in.

Total Pages:
170 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.

285 - Fatwa-fatwa Jual Beli

Fatwa-fatwa Jual Beli


Title:
Fatwa-fatwa Jual Beli
Dari al-Lajnaj ad-Daa'immah Saudi 'Arabia
(Majlis Fatwa 'Arab Saudi)

Author:
Susunan oleh: Ahmad B. 'Abdurrazzaq ad-Duwaisy

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM75

Weight:
1.2 kg

Description:

Islam adalah agama yang sempurna yang menekankan setiap persoalan syara' dan kehidupan. Islam, selain menjelaskan persoalan sekitar aqidah, ibadah dan akhlak, Islam juga turut membahaskan berkaitan mu'amalah dan perniagaan dalam kehidupan manusia sehari-hari. Islam mengatur dan membimbing manusia dalam pelbagai perkara, termasuk persoalan ini. Maka, buku yang berada di hadapan anda ini adalah merupakan sebuah buku yang menghimpunkan fatwa-fatwa para ulama dari Majlis Tetap Penyelidikan Ilmiyah dan Fatwa (Lajnah ad-Daa'immah) 'Arab Saudi yang diketuai oleh Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Bazz rahimahullah. Fatwa-fatwa yang terkandung di dalam buku ini telah ditulis dan disusun semula secara sistematik dan teliti oleh Syaikh Ahmad B. 'Abdurrazzaq ad-Duwaisy, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk Fatwa soal-Jawab berkaitan persoalan seperti perniagaan, jual beli, perbankan, riba, pertukaran mata wang, saham, simpanan kewangan, kad kredit, dan pinjaman kewangan. Semoga apa yang disampaikan melalui buku ini mampu membantu kita semua dalam pelbagai urusan perniagaan dan jual-beli kita sehari-hari agar sentiasa berada di atas landasan agama yang benar.

Total Pages:
576 m/s.


More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.

284 - Kumpulan Khutbah Pilihan

Atlas Hadits


Title:
Kumpulan Khutbah Pilihan
Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin
(Judul asal: adh-Dhiya'u al-Laami min Khuthobi al-Jawami')

Author:
Syaikh Muhammad Soleh al'Utsaimin

Publisher:
al-Qowam

Price:
RM80

Weight:
1.2 kg

Description:

Buku kumpulan khutbah Pilihan ini adalah hasil tulisan/susunan daripada himpunan khutbah-khutbah milik Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin, salah seorang ulama besar dan anggota majlis Fatwa 'Arab Saudi. Di dalamnya mengandungi pelbagai mutiara ilmu bagi pelbagai topik perbahasan yang berbeza bermula dari skop perbahasan tentang persoalan aqidah dan asas-asasnya, ibadah, akhlak, mu'amalah, pendidikan anak-anak, pernikahan, menuntut ilmu, politik, hudud, qishash, amar ma'ruf nahi mungkar, keadaan hari kiamat, persoalan taqdir, jihad, wakaf dan wasiat, persoalan-persoalan umum, termasuklah khutbah-khutbah berkaitan ramadhan dan hari raya (termasuk 'Eidul Fitri dan 'Eidul 'Adha).

Setiap persoalan tersebut dijabarkan (dibentangkan) ke dalam format khutbah sehingga menjadi bentuk huraiannya ringkas dan padat serta praktikal bagi setiap penyampaian awam. Kumpulan khutbah ini sangat sesuai untuk dimiliki dan dihayati oleh para penuntut ilmu dan para pendakwah, kerana di dalamnya mengandungi sebuah kebijaksaan dan kaedah perkataan yang baik dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat awam. Lebih-lebih lagi ia adalah merupakan hasil dari tulisan dan perkataan seorang ulama yang tidak asing lagi bagi dunia Islam masa kini. InsyaAllah...

Total Pages:
795 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.

Monday, August 9, 2010

283 - Atlas Hadits

Atlas Hadits


Title:
Atlas Hadis

Author:
Dr. Syauqi Abu Khalil

Publisher:
Malmahira

Price:
RM160

Weight:
1.6 kg

Description:

Mungkin selama ini kita hanya membaca dan menghafal hadits-hadits Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tanpa memiliki rasa untuk mengetahui kewujudan adanya tempat-tempat, kaum, dan bangsa yang beliau sebutkan dalam hadis-hadisnya. Perkara ini didukung pula oleh kurangnya buku yang dapat dijadikan sebagai rujukan.

Oleh kerana itu, penyusun buku ini mengajak kita semua menyelusuri pelbagai kejadian, tempat, kaum, dan bangsa yang pernah disebut oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam melalui hadis-hadis beliau, seperti contohnya:

1 - Jalan atau jejak-jejak yang pernah dilalui oleh Rasulullah dan para sahabatnya di ketika hijrah dari Makkah ke Madinah?

2 - Di manakah Solat Jumaat pertama dan kedua kali dilakukan oleh Rasulullah?

3 - Di manakah kedudukan Laut Hijau yang dimaksudkan Rasulullah dalam sesebuah hadis-nya? Apakah laut tersebut benar-benar ada? Mungkinkah kita pernah mengunjungi laut yang beliau maksudkan tersebut?

4 - Demikian juga Majma'ul Bahram, titik pertemuan antara dua laut, laut apakah sebenarnya yang dimaksud?

5 - Gua apa sebenarnya yang dulu pernah dijadikan oleh Rasulullah bersembunyi ketika dikejar oleh orang-orang kafir?

6 - Di manakah letaknya ketiga-tiga masjid yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk kita berkunjung dan solat di sana?

7 - Dimanakah letak lokasi perang Badar, perang Hunain, perang Uhud, dan perang-perang lainnya yang diikuti atau pun tidak diikuti oleh Rasulullah?

8 - Di mana parit atau khandaq yang dibuat oleh Salman al-Farisi dan berapa panjangnya sehingga berjaya memenangi peperangan?

9 - Jejak mana dan benteng apa saja yang digunakan oleh para sahabat sehingga mereka berjaya membebaskan kota Khaibar?

10 - Dan pelbagai peristiwa penting lainnya yang disebutkan melalui hadis-hadis Rasulullah yang dapat kita perhatikan melalui peta dan juga melalui foto yang disertakan.

Selain itu, melalui buku ini juga kita berupaya mengetahui jejak-jejak perjalanan para perawi hadis dalam menimba ilmu dan mencari hadis.

Penulis buku ini berusaha menggambarkan semuanya itu melalui peta yang disertakan dengan beberapa foto yang menjadikannya semakin jelas dan mudah difahami.

Total Pages:
382 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

282 - Atlas al-Qur'an

Atlas al-Qur'an


Title:
Atlas al-Qur'an

Author:
Dr. Syauqi Abu Khalil

Publisher:
Malmahira

Price:
RM160

Weight:
1.6 kg

Description:

Dalam khazanah keilmuan Islam, buku ini merupakan sebuah karya baru di dalam bidangnya dan belum pernah ada sebelumnya. Buku ini membantu umat Islam untuk membuktikan kebenaran daripada pelbagai informasi sejarah dan kejadian serta keberadaan umat-umat terdahulu yang termaktub dalam al-Qur'an. Pembuktian ini diperkuatkan lagi oleh atlas yang memperjelaskan kedudukan tempat kejadian, tempat tinggal suatu kaum, dan pelbagai peristiwa penting lainnya. Di dalam atlas ini pembaca akan menemukan yang diantaranya sebagaimana berikut:

1) Tempat turunnya Adam dan Hawa dari syurga.

2) Tempat pembunuhan dan perkuburan Habil.

3) Daerah yang pernah dilanda banjirbesar dan memusnahkan kaum Nabi Nuh.

4) Negeri yang menjadi tempat kemusnahan kaum Nabi Luth.

5) Tempat Nabi Sulaiman mendengar percakapan sekawanan semut.

6) Laut yang pernah dibelah dengan tongkat Nabi Musa.

7) Kisah Ashabul Kahfi, Ashabul Jannah, Ashabul Fil, Iramadzatil Imad, Ashabul Ukhdud, Ashabul Rassi, dan rihlatasy syita'i wash shaif.

8) Kisah peperangan Rasulullah, perjalanan beliau, Haji Wada', sehingga ketika ajal menjemput beliau.

Selain itu, masih banyak lagi nama tempat, kaum, dan pelbagai kejadian penting lainnya yang disebutkan al-Qur'an, yang kemudiannya penulis berusaha memberikan penjelasan tentangnya. Setiap perbahasan dalam buku ini disertakan dengan peta dan foto bagi tujuan memperjelas sekaligus membuktikan bahawa sejarah yang disampaikan al-Qur'an itu bukan diada-adakan atau rekaan. Kaedah ini sengaja digunakan oleh Dr. Syauqi Abu Khalil (penyusun buku ini) untuk memudahkan para pembaca menemukan kedudukan geografi untuk sesebuah kejadian sekaligus mengenali nama-nama tempat monumental yang disebutkan di dalam al-Qur'an. Kami Yakin, Anda Memerlukan Buku Ini..

Total Pages:
362 m/s.
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Monday, August 2, 2010

281 - Ensiklopedi Fatwa Syaikh al-Albani

Ensiklopedi Fatwa Syaikh al-Albani


Title:
Ensiklopedi Fatwa Syaikh Albani

Author:
Disusun/dibukukan oleh Syaikh Mahmud Ahmad Rasyid dan Syaikh Abu Sanad Muhammad

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM100

Weight:
1.7 kg

Description:

Kehidupan masyarakat pada ketika ini sangat memerlukan penyelesaian yang tepat dan jelas secara syar'i dalam menyelesaikan persoalan dan permasalahan yang sering-kali timbul di tengah-tengah masyarakat. Maka dari itu, fatwa-fatwa para ulama' sangat memainkan peranan penting dalam memberikan arahan ataupun petunjuk dan akan sentiasa dicari serta dijadikan rujukan dalam mengatasi kepelbagaian dan kemajmukan permasalahan hidup ini. Kitab ini adalah sebuah ensiklopedia (himpunan) fatwa salah seorang Tokoh ulama bermanhaj Salaf yang sangat terkenal serta pakar hadis pada era ini. Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani (rahimahullah) yang telah membentangkan suatu kaedah penyelesaian yang mantap, tuntas dan syar'i kepada pelbagai jenis permasalahan dalam urusan Ibadah seperti Solat, Puasa, Mu'amalah, Zakat, Haji, Nikah, Jihad dan permasalahan lainnya termasuk isu aqidah dengan dalil-dalil yang diperakui lagi sahih dari al-Qur'an dan as-Sunnah as-Shahihah serta disajikan dengan format yang tegas, sistematik dan fokus kepada permasalahan yang dikehendaki. Semoga dengan pengumpulan, penyusunan, dan pembukuan himpunan fatwa-fatwa Syaikh al-Albani ini boleh dijadikan sebagai rujukan kita bersama.

Total Pages:
993 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.