Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, February 28, 2012

538 - Kamus al-Munawir (Indonesia/Melayu-Arab)

Kamus al-Munawwir
(Edisi Indonesia/Melayu - Arab)


Title:
Kamus al-Munawwir
(Edisi Indonesia/Melayu - Arab)

Author:
A.W. Munawwir

Publisher:

Price:
RM88

Weight:
1.5kg

Description:

Kamus yang baik untuk para pelajar terutamanya. Menterjemahkan istilah-istilah dan perkataan-perkataan Indonesia/Melayu terlengkap ke bahasa Arab. Digunakan secara meluas oleh para pelajar, guru-guru, para pendidik, dan para pengkaji di pelbagai Ma'ahad, institusi pendidikan, dan pusat-pusat pengajian sekitar indonesia.

Untuk Edisi Arab - Indonesia/Melayu, sila klik di sini.

Total Pages:
1003 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/ .

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

537 - al-Mughni Ibnu Qudamah

al-Mughni Karya Ibnu Qudamah



Title:
al-Mughni Ibnu Qudamah
Judul Asal: al-Mughni

Author:
Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 629H)

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM100 bagi setiap Jilid
(telah siap 13 jilid pertama)

Weight:1.2kg (per jilid)

Description:

Kitab al-Mughni karya Ibnu Qudamah rahimahullah ini adalah di antara deretan khazanah agung ahli sunnah wal-jama'ah dalam bidang perbahasan fiqh Islam. Ia membawa method perbahasan fiqh perbandingan (muqorran) antara mazhab dengan menjadikan mazhab fiqh Imam Ahmad B. Hanbal sebagai keutamaan, di mana ia dilahirkan dari kalangan kelompok mazhab Imam Ahmad B. Hanbal.

Kitab ini sebaris dengan deretan karya-karya fiqh muqarran lainnya. Beliau mengemukakan perbahasan-perbahasan fiqh antara mazhab, dalil-dalilnya, dan kemudian menjelaskan kesimpulan yang paling tepat berdasarkan ijtihad beliau.

Beliau juga turut mengemukakan perbezaan pendapat yang berlaku dan berkembang di kalangan para ulama madzab Hanbali dalam pelbagai masalah berserta hujah-hujah dalilnya. Kemudian beliau bandingkan dengan pendapat-pendapat dari kalangan ulama mazhab yang lain sama ada mazhab Malik, Abu Hanifah, asy-Syafi'i, termasuklah beberapa mazhab para ulama yang jarang diketahui seperti mazhab Imam al-Hasan al-Basri, Atha', Sufyan at-Tsauri, serta beberapa yang lain. Termasuk juga di dalamnya mazhab para sahabat dan para tabi'in.

Tanpa dapat disangsikan lagi, bahawa Kitab al-Mughni ini adalah merupakan termasuk di antara ensiklopedi fiqh Islam dari zaman salaf yang terbaik yang telah disusun dalam format fiqh perbandingan yang mana pada ketika itu kitab-kitab seperti ini masih begitu jarang ditemui.

Oleh kerana itu, para ulama yang berasal dari pelbagai mazhab pun memandang kitab ini dengan pandangan penuh penghargaan, penelitian, dan dianggap sebagai salah satu rujukan ulung dalam bidangnya. Ini sekaligus memberi sumbangan berharga dalam menangani pelbagai isu-isu fanatik kepuakan dan mazhab.

Sebagaimana kitab-kitab fiqh lainnya, kitab ini dimulakan dengan perbahasan fiqh thaharah, wudhu', mandi, solat, solat-solat sunnah, pengurusan jenazah, haji dan umrah, zakat, puasa, sehinggalah kepada perbahasan-perbahasan lainnya yang lebih terperinci dalam pelbagai cabang fiqh seperti sembelihan, buruan, pernikahan, jual beli, wasiat, luqatah, hutang pituang, jihad, peperangan, jihad, pemerintahan, banyak lagi yang lainnya.

Pujian Ulama Terhadab Ibnu Qudamah dan karya beliau, Al-Mughni

Imam Ibnu Muflih rahimahullah (Wafat: 763H) berkata, "Muwaffaquddin Ibnu Qudamah telah menyibukkan dirinya bagi tujuan menyusun sebuah kitab tentang Islam. cita-cita beliau tersebut pun tercapai. Kitab beliau ini merupakan kitab yang sangat bagus dalam mazhab Hanbali. Beliau telah berjaya menyusun kitab tersebut dan telah melakukannya dengan baik sekali. Kitab beliau telah menghiasi Mazhab Hanbali dan telah dibaca oleh banyak orang (para ilmuan) di hadapannya." (lihat: Mukaddimah Pentahqiq)

Pengarang kitab Al-Wafi bi al-Wafayat, iaitu Imam Sholahuddin Shofdi rahimahullah (Wafat: 764H) mengatakan, "Beliau (Ibnu Qudamah) adalah orang nombor satu pada masanya. Beliau adalah imam yang sangat menguasai ilmu khilaf (perbezaan pendapat di kalangan ulama dan mazhab), Fara'idh, ushul fiqh, fiqh, nahwu, hisab, serta astronomi dan al-manak. Dalam tempoh masa tertentu, beliau telah menjadikan orang ramai ketika itu sibuk untuk mengkaji kitab al-Khiraqi, al-Hidayah, dan kemudian kitab Mukhtashar al-Hidayah. Setelah itu, beliau menjadikan orang ramai sibuk pula untuk mengkaji (mendalami) kitab-kitab hasil tulisannya." (lihat: Mukaddimah Pentahqiq)

Total Pages:
Telah siap diterjemahkan sebanyak 13 jilid pertama

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari -http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Wednesday, February 22, 2012

536 - Shahih Ibnu Hibban

Shahih Ibnu Hibban


Title:
Shahih Ibnu Hibban
Judul Asal: Shahih Ibnu Hibban
Tahqiq: Syu'aib al-Arnauth

Author:
Imam Ibnu Hibban rahimahullah (Wafat: 342H)

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM90 (per Jilid)

Weight:1.3kg (per jilid)

Description:

Shahih Ibnu Hibban disusun oleh Imam al-Hafiz al-‘Allamah Abu Hatim Muhammad B. Hibban at-Tamimi al-Busti as-Sijistani rahimahullah (Wafat: 354H).

Judul asal kitab ini adalah at-Taqashim wa al-Anwa’ dan ia memuatkan 7495 buah hadis.

Imam as-Sakhawi rahimahullah dalam kitabnya Fathul Mughits Syarah Alfiyah berkata, “Ada yang mengatakan bahawa buku yang paling shahih setelah Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim adalah Shahih Ibnu Khuzaimah dan Shahih Ibnu Hibban.”

Imam Ibnu Hajar dalam kitab an-Nukat ‘Ala Kitab Ibnu Sholah (1/291) berkata, “Hukum hadis-hadis yang ada dalam Kitab Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban adalah wajar dijadikan hujah, kerana di dalamnya membentangkan hadis sahih dan hasan, selagi mana pada salah satu darinya tidak ada yang mencelanya.”

Walaupun demikian, Shahih Ibnu Hibban ini belum disusun berdasarkan penyusunan bab yang sistematik dan musnad, sehingga sukar penelitian dibuat ke atas hadis-hadis yang ada di dalam kitab tersebut.

Kemudian oleh Imam Amir Alauddin Abu Hasan Ali B. Balban B. ‘Abdullah al-Farisi al-Misri al-Hanafi rahimahullah, Kitab at-Taqashim wa al-Anwa’ ditata atau disusun semula berdasarkan qism-qism dan nau’-nau’. Beliau menata Shahih Ibnu Hibban berdasarkan jilid atau bab-bab (pembahagian) tertentu. Usaha beliau yang mulia tersebut menjadikan para penuntut ilmu lebih mudah mengambil faedah dari kitab at-Taqashim wa al-Anwa’ ini, yang kemudian kitabnya diberi judul atau dikenali sebagai Shahih Ibnu Hibban bi Tartib Ibni Balban (Shahih Ibnu Hibban dengan susunan oleh Ibnu Balban).

Buku inilah yang kemudian diterjemahkan sebagai Shahih Ibnu Hibban. Bersama-sama terjemahan ini, disertakan dan diterjemahkan sama adalah tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth ke atas Shahih Ibnu Hibban pada nota kakinya. Sehingga status hadis-hadis yang dipersembahkan di dalamnya dapat diketahui dengan baik sama ada sahih atau tidak.

Total Pages:
Telah siap 7 Jilid Pertama

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

535 - al-Muhalla karya Ibnu Hazm

al-Muhalla Karya Ibnu Hazm


Title:
al-Muhalla karya Ibnu Hazm
Judul Asal: al-Muhalla

Author:
Imam Ibnu Hazm al-Andalusi rahimahullah (Wafat: 456H)
Tahqiq Syaikh Ahmad Syakir

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM68 (per Jilid)

Weight:
1.0kg (per jilid)

Description:

Inilah dia terjemahan hasil mahakarya hebat Imam Ibnu Hazm al-Andalusi rahimahullah (Wafat: 456H), yang juga dikenali sebagai imam dalam mazhab Zhahiri (literal). al-Muhalla merupakan sebuah karya besar dalam bidang fiqh yang terbilang masyhur namun jarang sekali dikenali masyarakat hari ini. Ibnu Hazm menghimpunkan dan menghuraikan pelbagai permasalahan dalam bidang fiqh melalui kitabnya yang cukup unik ini.

Ibnu Hazm memulakan perbahasannya dengan perbahasan Tauhid kemudian barulah dimulakan dengan memasuki perbahasan fiqh. Alahmdulillah, kitab ini telah mula lengkap diterjemahkan sehingga memasuki 7 jilid pertamanya sekitar bab zakat, solat-solat sunnah, dan pengurusan jenazah.

Imam Izzuddin B. 'Abdus Salam berkata, "Ibnu Hazm termasuk ulama mujtahid, aku tidak pernah melihat kitab yang membicarakan hal-ehwal fiqh Islam seperti kitab al-Muhalla karya Ibnu Hazm dan kitab al-Mughni karya Ibnu Qudamah al-Maqdisi."

Imam adz-Dzahabi rahimahullah berkata, "Apa yang dikatakan oleh Imam Izzudin B. 'Abdus Salam adalah benar. Dan kitab ketiga setelah kedua kitab tersebut adalah Sunan al-Kubro karya al-Baihaqi rahimahullah, manakala yang ke-empat adalah at-Tamhid karya Imam Ibnu 'Abdil Barr rahimahullah. Sesiapa yang mampu mendapatkan kitab-kitab ini dan dia termasuk mufti yang bijaksana lagi faqih lalu kemudian dia segera mempelajarinya, maka dia akan menjadi orang yang benar-benar faqih."

Total Pages:
Telah siap 7 Jilid Pertama

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari -http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Tuesday, February 21, 2012

534 - Shahih al-Jami' ash-Shaghir

Shahih al-Jami' ash-Shaghir


Title:
Shahih al-Jami' ash-Shaghir
Judul Asal: Shahih al-Jami' ash-Shaghir

Author:
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM380
(Lengkap 4 Jilid)

Weight:
4.6kg

Description:

Bahawasanya kitab hadis Al-Jami' ash-Shaghir karangan al-hafiz as-Suyuthi merupakan salah satu kitab hadis yang paling lengkap dasar perbahasannya, paling banyak manfaatnya, paling sederhana penyusunannya, dan yang menjadi kekhususan kitab ini adalah hadis-hadis yang tercantum di dalamnya disusun berdasarkan urutan huruf hijaiyah.

Kitab Jami' ash-Shaghir diselesaikan oleh as-Suyuthi pada tahun 907H, 4 tahun sebelum beliau wafat (911H). Dan ini benar-benar sebuah bentuk jihad yang dilakukan oleh seorang ulama untuk mengumpulkan dan menyusun sebuah kitab sehingga manfaatnya dapat dirasakan oleh ummat setelahnya. Beliau juga menyusun secara terpisah lampiran bagi kitabnya ini dengan judul Ziyaadah al-Jami'.

Dalam salah satu tulisannya beliau berkata, "Ini adalah lampiran bagi kitab karangan saya yang bernama al-Jami' ash-Shaghir Min Hadits al-Basyir an-Nadzir, dan saya memberinya nama az-Ziyadah al-Jami'. Kod yang terdapat dalam lampiran ini sama dengan kod dalam kitab al-Jami', dan susunannya pun sama dengan yang terdapat dalam kitab Al jami'."

Akan tetapi bagi para ulama yang arif lagi memahami ilmu hadis, tentu akan menyedari bahawa ada beberapa kekurangan pada kitab ini, di antaranya:

1. Walaupun Imam As Suyuthi telah mengatakan dalam mukaddimah kitabnya bahawa beliau akan menyusun kitabnya ini secara tertib dan rapi tetapi hakikatnya hadis yang terangkum dalam kitab ini masih ada yang tidak tersusun secara rapi dan tertib.

2. Masih banyak hadis-hadis yang berstatus dhaif bahkan munkar dalam kitab ini, belum lagi ratusan hadis yang maudhu serta batil yang mengisi lembaran-lemabaran helainnya.

Beberapa ulama telah berusaha memperbaiki kekurangan kitab ini, di antaranya al-Imam al-Mannawi rahimahullah dalam kitabnya al-Faidhul Qadir Syarah al-Jami' ash-Shaghir, juga lampiran kitab al-jami', iaitu az-Ziyadah al-Jami' juga beliau kupas dalam kitabnya Miftah as-Sa'dah bi Syarhi az-Ziyadah.

Dalam kitabnya ini, Beliau berusaha menghalusi darjat hadis-hadis yang terkandung dalam kitab al-Jami' ash-Shaghir, namun sayangnya tidak semua hadis beliau semak. Dengan alasan tersebut, maka Syaikh Albani rahimahullah berusaha menyempurnakan kitab Jami' ash-Shaghir ini sehingga dengan menyusun kembali hadis-hadis yang ada bersesuaian dengan kaedah huruf hijaiyah, dan memilah hadis-hadis yang sahih saja sehingga manfaatnya akan dapat dinikmati oleh para pembaca serta penuntut ilmu khasnya.

Di antara yang beliau lakukan adalah:

1. Melengkapai beberapa bahagian hadis yang terlepas.

2. Menyusun hadis-hadis tersebut setelah mencampurnya dengan hadis-hadis yang ada dalam al-Jami' dengan susunan yang tepat dan akurat berdasarkan huruf hijaiyah.

3. Memisahkan di antara hadis-hadis yang sahih dengan hadis-hadis yang dhaif dan palsu.

Total Pages:
4 Jilid lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

533 - Canda Nabi dan Orang-orang Shalih

Canda Nabi dan Orang-orang Shalih



Title:
Canda Nabi dan Orang-orang Shalih
Judul Asal: al-Mizaah Aadaabu Wa Ahkamu

Author:
as-Sayyid B. Ahmad Hamudah

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM16

Weight:
100g

Description:

Hidup terasa hambar dan suram tanpa gurauan dan canda. Sebagai pelengkap interaksi sosial, kewujudan perisa tambahan seumpama garam dalam masakan; perlu ditambahkan menurut kadarnya. Umumnya canda gurau mampu menjadi wasilah pengukuh persahabatan, penghibur kedukaan, dan menggalakkan kesan positif lainnya.

Lebih dari itu, canda-gurau seorang Muslim harus memiliki nilai ibadah di sisi Allah. Kerananya, canda-gurau perlu sesuai dengan syari'at Islam, serta wajib dilakukan dengan kadar kuantiti, kualiti, dan dilakukan dengan hikmah agar bertepatan dengan keadaan.

Buku ini hadir untuk menyempurnakan sekaligus mendidik canda-gurau di antara kita. Bentangannya yang lugas akan menyedarkan kita bahawa canda di dalam Islam tidak semestinya identik dengan ketawa dan jenaka, apalagi yang berbaur dengan dusta, tetapi sebaliknya perlu diadun dengan kebijaksanaan, kebenaran, dan kebijaksanaan.

Perbahasan buku ini akan membimbing kita kepada konsep canda-gurau yang bernilai ibadah di sisi-Nya. Isinya pun dilengkapi dengan penjelasan konsep canda di dalam Islam, jenis-jenis canda, kaedah-kaedah dalam bercanda, serta potret canda Nabi Shallallahu 'alihi wa Sallam, Sahabat, dan imam-imam Ahlus Sunnah wal Jama'ah dahulu hingga sekarang. Tertuang pula fatwa-fatwa berhubung dengan sebahagian canda yang umum dilakukan dan kupasan tentang hadis-hadis dhaif sekitar canda yang dinisbatkan kepada baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.

Dengan membaca buku ini, kita akan memahami senda gurau atau canda yang dibenarkan dalam Islam. Sehingga kita mampu memilih mana canda yang sewajarnya, mana canda yang harus ditinggalkan, dan mana canda yang sesuai diungkapkan. Dengan pemahaman itu pula, insya Allah ucapan dan perbuatan kita semakin terjaga.

Lebih istimewa apabila buku ini turut menyertakan contoh-contoh canda dan senda gurau Nabi bersama-sama para sahabatnya serta gurau senda orang-orang soleh terdahulu...

Total Pages:
132 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

532 - Jihad Dalam Syari'at Islam

Jihad Dalam Syari'at Islam



Title:
Jihad Dalam Syari'at Islam
(Hard Cover)

Author:
Ustaz Yazid B. 'Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Pustaka at-Taqwa

Price:
RM36

Weight:
200g

Description:

Kata al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H):

"Orang-orang yang berjihad di jalan Allah Ta'ala adalah para tentera Allah yang menegakkan agama Islam ini. Mereka melawan serangan musuh-musuh Allah, menjaga kehormatan Islam, dan melindunginya. Mereka adalah orang-orang yang memerangi musuh-musuh Allah agar agama ini seluruhnya menjadi milik Allah semata dan hanya kalimat Allahlah yang tertinggi.

Mereka telah mengorbankan diri mereka dalam rangka mencintai Allah Ta'ala, membela agama Allah, meninggikan kalimat Allah, dan menentang musuh-musuh Allah. Mereka mendapat limpahan pahala dari setiap orang yang mereka lindungi dengan pedang-pedang mereka pada setiap perbuatan yang mereka usahakan walaupun mereka tetap tinggal di dalam rumah-rumah mereka.

Dengan berjihad dan usaha penaklukan yang mereka lakukan, mereka mendapat pahala orang-orang yang beribadah kerana dengan usaha merekalah orang-orang dapat beribadah kepada Allah dengan aman dan tenang." (Ibnu Qayyim, Thariiqul Hijratain wa Babus Sa'aadatain)

Tetapi perlu diingat dan diketahui bahawa perintah dan pensyari'atan jihad yang mulia ini tidak hanya datang dengan perintah tanpa kaedah dan syarat-syaratnya. Jihad di jalan Allah bukan dengan bom bunuh diri, bukan dengan memerangi orang awam tidak ketahuan hala. Tidak juga dengan mengadakan demonstrasi-demonstrasi jalanan mengganggu orang awam. Malah tidak juga dengan menaiki mimbar-mimbar masjid dengan mencaci dan mencela pemerintah Islam.

Lalu apakah dia jihad di jalan Allah yang sebenarnya? Jihad bukanlah dengan hawa nafsu, tetapi kerana tujuan meninggikan kalimat tauhid... Oleh itu, dapatkanlah buku ini, ia tampil sebagai penjelas dan memberi pencerahan atas pelbagai salah faham!

Di antara skop kandungan dan perbahasan buku ini adalah: Definisi jihad yang benar, jihad sebagai amal yang utama, hukum jihad, fasa-fasa jihad di zaman Nabi, keutamaan dan kelebihan jihad, keutamaan membantu orang berjihad, tujuan pensyari'atan jihad, tingkatan jihad, jihad yang paling besar, kaedah-kaedah jihad dan syarat-syaratnya, pembahagiaan jihad, salah faham tentang jihad, bahaya salah faham terhadap jihad, hukum bom bunuh diri, siapakah yang layak digelar syahid?, hukum menumpahkan darah umat Islam, demonstrasi bukan jihad, dan beberapa yang lain lagi...

Selamat membaca...

Total Pages:
291 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari -http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

531 - Hadits Qudsi Shahihain

Hadits Qudsi Shahihain


Title:
Hadits Qudsi Shahihain
Judul Asal: al-Ahadits al-Qudsiyyah min ash-Shahihain bi Ikhtilafi ar-Riwayati wa al-Lafaz

Author:
Syaikh 'Irfan B. Salim al-'Asysya Hassunnah ad-Dimasyqi

Publisher:
Media Hidayah

Price:
RM24

Weight:
400g

Description:

Ini adalah buku yang menghimpunkan hadis-hadis qudsi dari dua kitab sahih iaitu Shahih al-Bukhari dan Muslim. Dengan hadirnya buku ini, ia sangat membantu dan memudahkan para pengkaji sekaligus para pembaca untuk mendalami dan mengkaji terus hadis-hadis qudsi yang dimaksudkan. Melalui buku ini, penulis telah berusaha menjelaskan keabsahan hadis-hadis tersebut, makna-maknanya yang benar, serta menyingkap beberapa bentuk salah faham yang banyak ditujukan ke atas hadis-hadis tersebut oleh golongan tidak bertanggungjawab atau yang tersilap.

Total Pages:
315 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari -http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

530 - Panduan Keluarga Sakinah

Panduan Keluarga Sakinah


Title:
Panduan Keluarga Sakinah
(Soft Cover)

Author:
Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM26

Weight:
450gram

Description:

Mewujudkan keluarga yang sakinah, mawaddah, wa rahmah (keluarga yang dipenuhi ketenangan, rasa cinta, dan kasih sayang) merupakan dambaan setiap muslim dan muslimah yang akan menghadapi mahligai rumah tangga. Keluarga yang sakinah adalah keluarga yang di dalamnya ditegakkan syari'at Allah Ta'ala, keluarga yang di dalamnya terdapat sikap saling memahami, dan keluarga yang di dalamnya terdapat rasa cinta dan pergaulan yang baik.

Namun, mencapai keluarga yang sakinah bukanlah suatu perkara yang mudah, tetapi bukan pula suatu hal yang mustahil. Oleh sebab itu, setiap muslim dan muslimah berkewajiban mempelajari dan memahami konsep dan tujuan pernikahan dalam Islam sebagai bekal utama sebelum melangkah ke gerbang pernikahan dan akhirnya meraih keluarga yang sakinah dengan izin Allah Ta'ala.

Buku yang ada di hadapan anda ini memberikan panduan dalam mewujudkan keluarga yang sakinah. Di dalamnya dibahaskan pelbagai aspek pernikahan yang perlu diketahui, meliputi:

Tujuan pernikahan dalam Islam, manfaat pernikahan, tata cara pernikahan dalam Islam, beberapa pernikahan yang dilarang syari'at Islam, pelanggaran-pelanggaran yang sering terjadi dalam pernikahan dan walimah (kenduri), kaedah-kaedah membina rumah tangga yang ideal, hak dan kewajiban suami-isteri, nasihat untuk suami-isteri, hal-hal yang wajib dilakukan ketika si buah hati lahir, kewajiban mendidik anak, menggapai redha Allah Ta'ala dengan berbakti kepada kedua orang tua, dan lainnya.

Dengan mengetahui semua aspek utama dan asas dalam pernikahan ini, mudah-mudahan mewujudkan keluarga yang sakinah, mawaddah, wa rahmah menjadi suatu perkara yang realiti.

Buku ini amat sesuai untuk mereka yang hendak menikah, mereka yang baru memasuki alam rumah tangga, mahupun mereka yang telah lama berumah tangga namun selalu mendambakan terwujudnya keluarga yang sakinah, mawaddah, wa rahmah.

InsyaaAllah melalui buku ini anda akan mendapatkan ilmu yang bermanfaat sebagai bekal menuju keluarga yang sakinah, mawaddah, wa rahmah. Aamiin.

Total Pages:
336

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

529 - Khomeini Berdusta

Khomeini Berdusta


Title:
Khomeini Berdusta
Judul Asal: Mauqif al-Khumaini min Ahlis Sunnah

Author:
Muhammad Malullah

Publisher:
Multazam

Price:
RM13

Weight:
100g

Description:

Permusuhan di kalangan ahli sunnah dengan kaum sesat syi'ah memang telah lama wujud seawal zaman kedatangan Islam lagi. Sebuah permusuhan yang tidak akan reda dan tidak ada titik penyatuannya melainkan sama-sama kembali kepada aqidah yang benar, iaitu aqidah yang dibawa oleh Rasulullah dan dianut oleh para sahabat ridhwanullah 'alaihim ajma'in.

Pada zaman ini, api permusuhan tersebut disemarakkan lagi oleh tokoh besar Syi'ah bernama Khomeini. Seorang tokoh yang mengumandang ideologi revolusi dan pemberontakan. Seorang yang telah menghidupkan kembali ajaran Syi'ah Imamiyah dan wilayatul faqih ke seantero dunia sambil memerangi umat Islam secara fizikal mahupun aqidah.

Namun sedihnya, ramai umat Islam yang tertipu dengan sosok rupa khomeini yang digambarkan sebahagian pihak sebagai ulama dan pejuang Islam contoh. Malah digambarkan oleh kebanyakan pergerakan-pergerakan atau harakah Islamiyah sebagai tokoh revolusi yang telah berjaya menegakkan republik serta negara Islam Iran!

Sayangnya, mereka sebenarnya tertipu dengan sikap dusta Khomeini dan tokoh-tokoh Syi'ah lainnya. Mana mungkin kita menganggap khomeini ini sebagai pembela Islam sedangkan dalam masa sama beliau terang-terangan mengkafirkan para sahabat Nabi, menolak hadis-hadis nabi yang sahih, mencela isteri-isteri Nabi sebagai pelacur, mengubah suai al-Qur'an, mengatakan Islam belum sempurna, mengkafirkan ahlus sunnah dan menghalalkan darahnya, dan menganggap dirinya sebagai tuhan jauh meninggalkan makam kenabian... Subhanallah...

Sungguh celakalah buat pengaku ahli sunnah wal-jama'ah tetapi dalam masa sama membela, memuja, dan mengangkat Khomeini sebagai tokoh ulama dan pejuang Islam!

Total Pages:
111 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.