Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Friday, April 23, 2010

236 - Zaadul Ma'ad (Tahqiq Syaikh Syu'aib al-Arnauth)

Zaadul Ma'ad
(Tahqiq Syaikh Syu'aib al-Arnauth & 'Abdul Qadir al-Arnauth)




Title:
-Zadul Ma'ad-
Bekal Perjalanan Menuju Akhirat
(Judul Asal: Zadul Ma'ad fii Hadyi Khairil 'Ibad)

Author:
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah
(Tahqiq: Syaikh Syu'aib al-Arnauth & 'Abdul Qadir al-Arnauth)

Publisher:
Griya Ilmu

Price:
Satu Set, RM340
(7 Jilid Lengkap)

Weight:
7kg

Description:

Kitab Zaadul Ma'ad ini adalah hasil karya al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (Wafat: 751H). Ia ditulis oleh Ibnul Qayyim ketika sedang bermusafir sambil duduk/meunggung di atas untanya.

Kini kitab ini telah disemak dan diteliti semula oleh Syaikh Syu'aib al-Arnauth dan 'Abdul Qadir al-Arnauth. Alhamdulillah, kini ia telah lengkap diterjemahkan menjadi 7 jilid kesemuanya.

Secara asasnya, melalui kitab ini, penulis (Ibnul Qayyim) membentangkan perjalanan sejarah Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam secara sistematik dan tersusun. Beliau memulakan kitabnya dengan keutamaan diutusnya Rasulullah kepada para manusia Diikuti dengan latar-belakang Rasulullah dan keluarganya, ibu susuannya, penjaganya dan fasa dakwah beliau. Kemudian penjelasan tentang sikap dan karektor Rasulullah.

Setelah itu, penulis mengetengahkan pula petunjuk-petunjuk beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam, bermula dari persoalan berpakaian dan tatacara bermuamalah. Petunjuk beliau ketika berwudhu, solat, bermula dari takbir sehinggalah salam. Kemudian diteruskan kepada solat jumaat, solat kusuf, solat istisqa', sehinggalah kepada solat ketika safar serta yang selainnya. Sebenarnya, kitab ini merangkumi pelbagai persoalan agama, dari yang asas sehinggalah kepada yang rumit. Kitab ini membawakan kepada anda persoalan sejarah dan perjalanan hidup Nabi bersama-sama para sahabatnya, yang mana di dalam membentangkan rentetan sejarah tersebut penulis membentangkan sama persoalan wahyu, persoalan iman/tauhid, persoalan bersuci, persoalan solat, ibadah (seperti puasa, haji, zakat, i'tikaf, zikir), ziarah kubur, persoalan wanita, mu'amalah terhadap orang kafir, jihad, kisah-kisah peperangan di zaman beliau, adab-adab seorang muslim, persoalan sihir, perubatan yang terdapat di dalam al-Qur'an dan hadis (Tibbun Nabawi), dan pelbagai lagi yang lainnya di mana di dalamnya terhimpun pelbagai faedah ilmu agama yang sangat bermanfaat.

Memiliki dan membaca kitab ini adalah suatu perkara yang sangat penting bagi setiap Muslim. Kerana, para pembaca akan menemui segala sesuatu yang sangat diperlukan oleh setiap insan, dari seorang tokoh ikutan Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, yang mungkin tidak diperolehi oleh para pembaca dari buku-buku lainnya secara terperinci. Buku ini membahaskan persoalan sejarah (sirah), fiqh dan aqidah dalam satu waktu yang sama, dalam sebuah rangkaian buku.

Total Pages:
7 Jilid Lengkap.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Thursday, April 22, 2010

235 - Fathul Bari (Syarah Shahih al-Bukhari)

Fathul Bari (Syarah Shohih al-Bukhari)


Title:Fathul Bari
Syarah Shahih al-Bukhari

Author:
al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H)

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i
Weight:
1.0kg - 1.4kg (bagi setiap jilid)

Description:

Kitab Fathul Bari ini adalah sebuah kitab yang sangat terkenal dalam dunia Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Pengarangnya, seorang al-Hafiz yang bermazhab asy-Syafi'i. Iaitu al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani. Kitab ini membawa khazanah ilmu yang merungkai perbahasan berkaitan hadis-hadis dalam Shohih al-Bukhari.

Kitab Fathul Bari adalah merupakan sebuah kitab besar yang mensyarahkan (menghuraikan) hadis-hadis dalam kitab Shahih al-Bukhari. Kini kitab ini telah pun mula diterjemahkan di bawah seliaan Pustaka Imam asy-Syafi'i. Yang telah siap diterbitkan dan dipasarkan adalah 19 jilid setakat ini. InsyaAllah, jilid-jilid berikutnya akan terus menyusul. Ciri istimewa terjemahan Pustaka Imam asy-Syafi'i ini adalah ia menterjemahkan keseluruhan kandungan dari kitab asal-nya satu persatu. Kini, sebuah lagi khazanah besar ilmu Ahlus Sunnah wal-Jama'ah telah dimudahkan untuk para penuntut ilmu dan para pembaca serta peminat kitab-kitab ilmu.

Perbahasan berdasarkan jilid:

Jilid 1: Mukaddimah, Kitab Wahyu, dan Kitab Iman.

Jilid 2: Kitab Ilmu.

Jilid 3: Kitab Thaharah (bersuci) dan Kitab Wudhu'.

Jilid 4: Kitab Mandi, Haidh, dan Tayammum.

Jilid 5: Kitab Solat

Jilid 6: Kitab Waktu-waktu Shalat & Adzan

Jilid 7: Kitab Adzan, Solat Berjama'ah, dan Imamah

Jilid 8: Kitab Adzan dan Sifat Solat

Jilid 9: Kitab Solat Juma'at, Solat Khauf (Ketika Perang), dan Solat 'Ied (Hari Raya).

Jilid 10: Kitab Solat Witir, Solat Istisqa', Solat Gerhana, Sujud Tilawah, dan Solat Qasar.

Jilid 11: Kitab Solat Tahajjud, Keutamaan Solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Melakukan Perbuatan Selain Rukun Solat, Sujud Sahwi.

Jilid 12: Kitab Jenazah.

Jilid 13: Kitab Zakat.

Jilid 14: Kitab Haji (Bahagian 1)

Jilid 15: Kitab Haji (Bahagian 2)

Dapatkan jilid-jilid yang seterusnya di website kami, KLiK.

Semoga dengan terbitnya terjemahan kitab ini, ia akan membantu kita semua untuk memahami hadis-hadis Nabi yang mulia dengan lebih baik lagi terutamanya yang terdapat di dalam Kitab Shohih al-Bukhari. (InsyaAllah). Untuk terbitan yang telah lengkap, boleh juga dapatkan Edisi Terbitan/Terjemahan Pustaka Azzam.

234 - Shahih & Dhaif Kitab al-Adzkar

Shohih & Dhoif Kitab al-Adzkar


Title:
Shohih & Dhoif Kitab al-Adzkar

Author:
Imam an-Nawawi (rahimahullah)
Tahqiq/Takhrij: Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM130 (2 Jilid)

Weight:
2kg

Description:

Di antara ibadah yang paling mudah dan besar pahalanya adalah berdzikir dengan zikir-zikir yang sahih berpandukan sunnah. Di dalam berzikir mencari keredhaan Allah, marilah kita berusaha memperbanyakkan zikir-zikir kita dengan panduan lafaz-lafaz zikir sebagaimana yang dibawakan/disusun oleh Imam an-Nawawi ini. Imam an-Nawawi telah berusaha menyusun sebuah buku yang diberi judul al-Adzkar (an-Nawawiyah) yang menghimpunkan pelbagai jenis lafaz-lafaz zikir dan doa yang disunnahkan untuk diamalkan pada waktu dan masanya. Dan, inilah bukunya. Buku ini adalah di antara buku-buku induk di dalam persoalan himpunan zikir-zikir yang matsur dengan himpunan tidak kurang dari 1324 dzikir dan doa. Buku ini sangat terkenal di dalam dunia Islam di dalam persoalan doa/zikir. Ia kini ditampilkan dengan kandungan yang lebih mantap dan istimewa iaitu setelah diberi takhrij/tahqiq oleh Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali (Salah seorang anak murid Syaikh al-Albani rahimahullah). Setiap takhrij akan dibawakan himpunan perkataan para ulama Muhaqqiq seperti Abu Hatim, al-'Uqaili, al-Mundziri, al-Haitsami, Ibnu Hajar, Ibnu Abi Hatim, ad-Daraquthni, Ibnu 'Abdil Barr, Ibnu Taimiyyah, adz-Dzahabi, Ibnul Qayyim, Ibnu Rejab, dan ramai lagi dari kalangan ulama dulu dan kini. Maka, dengan adanya semakan dan takhrij hadis tersebut, ia membantu kita mengenal pasti hadis mana yang sahih dan tidak sahih daripada kitab tersebut. Semoga amalan zikir yang kita lakukan akan menjadi lebih yakin dan diterima. InsyaAllah.

Total Pages:
2 Jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

233 - Fatwa-fatwa Haji & Umrah

Fatwa-fatwa Haji & Umrah
3 'Ulama

Title:
Fatwa-fatwa Haji & Umrah

Author/Penyusun:
Muhammad B. 'Abdul 'Aziz al-Musnad

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM36

Weight:
0.6kg

Description:

Buku ini merupakan himpunan Fatwa berkaitan perlaksanaan ibadah haji dan 'umrah yang dikumpulkan dari fatwa-fatwa tiga tokoh yang tidak asing lagi di dunia Islam masa kini, iaitu Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz, Syaikh Muhammad bin Solih al-‘Utsaimin, dan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Jibrin.

Selain itu, buku ini juga turut menghimpunkan fatwa-fatwa daripada Dewan 'Ulama Besar dan Anggota Tetap Fatwa Arab Saudi . Fatwa-fatwa ini dibentangkan dalam bentuk soal-jawab supaya kandungannya menjadi lebih mesra pembaca dan praktikal yang mana dengan berdasarkan pengalaman situasi para penyoal.

Dari itu, semoga umat Islam yang berhasrat menunaikan ibadah haji, 'umrah, dan berziarah ke Masjid Nabawi mengetahui dan memahami keutamaan serta adab-adab ibadah yang mulia tersebut, sebagaimana diterangkan melalui risalah ini dengan bahasa yang mudah difahami. Dengan itu, semoga buku ini mudah untuk dihadam, dijadikan rujukan dan lebih bermanfaat.

Total Pages:
455 m/s (Tidak termasuk kulit/muqaddimah)

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Monday, April 12, 2010

232 - Sudah Benarkah Aqidah Kita?

Sudah Benarkah Aqidah Kita?


Title:
Sudah Benarkah Aqidah Kita?

Author:
Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan

Publisher:
Pustaka as-Sahihah

Price:
RM42

Weight:
0.8kg

Description:

Aqidah merupakan persoalan yang sangat asas dan penting, kerana ia menjadi dasar pebangun jiwa umat ini. Baik dan buruknya umat Islam, dapat diukur dari kemurnian aqidah dan fikrahnya dari i'tiqad (aqidah) yang sesat dan pemikiran yang menyimpang dari syariat. Buku ini (terjemahan dari kitab ”Al-Irsyad ila Shahihil Itiqad” karya Dr. Sholeh B. Fauzan al-Fauzan), merupakan salah satu kitab terbaik di dalam menjelaskan tentang kewajiban berpegang kepada aqidah yang benar dan menjauhi kepercayaan yang sesat dalam beragama. Pembentangannya sistematik, dengan bahasa yang mudah difahami, merujuk kepada dalil-dalil yang sahih, serta membantah kepercayaan sesat dari golongan ahlu syirik dan atheis, menjadikannya sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Buku ini juga merupakan penjelasan yang baik berkenaan rukun iman yang enam dan asas persoalan bid'ah-bid'ah dalam agama. Supaya umat Islam mampu membezakan di antara aqidah yang benar dengan yang sesat, semoga mampu menjadi bekalan keselamatan dunia akhirat.

Total Pages:
358m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.