Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Thursday, October 13, 2011

475 - Doa Pasti Diterima

Doa Pasti Diterima

Title:
Doa Pasti Diterima
Judul Asli: Fiqhud Du'a

Author:
Syaikh Musthafa al-'Adawi

Publisher:
al-Qowam

Price:
RM25

Weight:
300g

Description:

Doa adalah salah satu bentuk ibadah terbaik yang dilakukan oleh para hamba bagi mendekatkan diri kepada Rabbnya. la merupakan amal soleh yang paling utama. Doa adalah kunci segala kebaikan dan pendinding dari setiap keburukan. Doa akan membawa keuntungan dan berupaya menolak musibah. Bahkan adanya pelbagai ujian yang menimpa, seperti jsakit, rasa takut, kelaparan, kemiskinan, kematian, krisis, dan seterusnya, di antara tujuannya adalah agar para hamba selalu berdoa dan ingat kepada Tuhannya.

Oleh sebab itu, banyak sekali ayat al-Qur'an serta hadits-hadits Nabi yang menganjurkan kita supaya tekun berdoa. Di samping juga menjelaskan tentang adab, hukum, keutamaan, kesan dan kepelbagaian bentuk doa dan lafaz-lafaznya untuk dipanjatkan di setiap waktu dan tempat.

Yang lebih menyenangkan, setiap doa yang kita panjatkan tidak akan sia-sia, dan pasti akan "diterima" dan "dikabulkan"; sama ada lambat atau cepat, atau diundur beberapa waktu, atau dihindarkan dari keburukan yang setara dengan kebaikan yang dipohon, atau ditangguhkan dan disimpan untuk dipetik hasilnya kelak setelah Kematian.

Buku ini berbicara tentang fiqh dan ilmu-ilmu berkaitan doa, yang meliputi pelbagai perkara berkaitan dengannya. Di antaranya: kepentingan dan keutamaan memahami fiqh doa, hakikat doa, anjuran dan perintah berdoa, mukaddimah dan tawassul dalam berdoa, meminta doa orang-orang soleh dan kaum yang lemah, perilaku syirik dan bid'ah dalam berdoa, bersungguh-sunguh dan meninggikan keinginan dalam berdoa, waktu-waktu dan tempat-tempat mustajab, adab-adab dalam berdoa, pedoman dalam berdzikir dan berdoa, penyebab doa dilewatkan, kenapa doa tidak dikabulkan, dan pelbagai lagi lainnya. Termasuk di dalamnya adalah perbahasan isu-isu fiqh berkaitan doa yang diperselisihkan oleh para ulama berserta tarjihnya.

Setiap perbahasan dibentangkan berpandukan dalil-dalil yang autentik. InsyaAllah.

Total Pages:
258 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

474 - Hikmah di Balik Musibah dan Ruqyah Syar'iyyah

Hikmah di Balik Musibah dan Ruqyah Syar'iyyah
Do'a-do'a dan Pengobatan Terhadap Sihir, Guna-guna, dan Penyakit-penyakit lainnya

Title:
Hikmah di Balik Musibah dan Ruqyah Syar'iyyah

Author:
Ustaz Yazid B. 'Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM13

Weight:
150g

Description:

Orang yang sedang diuji sudah pasti sangat memerlukan dukungan dari sudut psikologi. Ia perlu dihiburkan dengan baik agar dapat melalui ujian tersebut sebagaimana yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala kehendaki.

Orang yang sedang sakit juga memerlukan ubat untuk menyembuhkan penyakitnya dengan izin Allah. Dalam hal ini, hiburan yang terbaik selain perlu bersesuaian dengan syari’at, adalah yang bermanfaat bagi penderita. Dan ubat yang terbaik selain mujarab, adalah dengan apa yang disunnahkan oleh Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam.

Buku ini memuatkan pesanan-pesanan, nasihat, dan hikmah di balik musibah disertai do’a-do’a yang sangat bermanfaat bagi orang yang sakit dan terkena musibah. Kemudian, diikuti pula dengan ruqyah syar’iyyah sebagai terapi terhadap penyakit selain fizikal seperti gangguan jin, syaitan, terkena ’ain, sihir dan lain-lain seumpamanya. Kemudian ia ditutup dengan beberapa bentuk kaedah perubatan yang disunnahkan oleh Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam, seperti perubatan dengan Hijamah (bekam), habbatussauda (jintan hitam), madu, air, tanah dan lain-lain.

Kesemuanya dipaparkan dengan mudah dan menarik. Kemudian dikuatkan dengan dalil-dalil dari al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih lagi jelas.

Total Pages:
171 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

473 - Keagungan Generasi Salaf

Keagungan Generasi Salaf
Disertai Kisah-kisahnya

Title:
Keagungan Generasi Salaf
Judul Asli: Athfal al-Muslimin, Kaifa Rabbahum an-Nabi al-Amin

Author:
Jamal 'Abdurrahman

Publisher:
Darus Sunnnah

Price:
RM18

Weight:
300g

Description:

Usia anak-anak adalah usia emas. Berjaya atau tidaknya masa depan seseorang sangat dipengaruhi bagaimana ia mengisi waktunya di waktu kecil, serta bagaimana proses pendidikan dan bimbingan yang diterimanya. Keadaan ini dapat kita lihat melalui kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh generasi salaf (terdahulu). Dalam usia anak-anak, mereka sudah hafal al-Qur’an dan hadits-hadits Rasulullah. Bahkan, mereka menjadi imam dan mufti dalam usia belia.

Buku ini menyajikan potret-potret keemasan tokoh-tokoh generasi salaf di usia belia mereka. Bagaimana ibu/bapa mereka memainkan peranan, lingkungan persekitaran mereka, pendidikan dan juga kegigihan mereka dalam menuntut ilmu sehingga memberi kesan/hasil kepada kejayaan mereka. Semua ini dibentangkan melalui buku ini.

Semoga kehadiran buku ini dapat menjadi suatu yang mampu memberi muhasabah dan motivasi untuk kita semua, khususnya para ibu/bapa dan pendidik dalam menerapkan metode dan manhaj pendidikan yang islami kepada anak-anak, sehingga mampu mencetak mereka sebagai insan yang handal dan generasi rabbani di masa mendatang. InsyaAllah.

Total Pages:
246

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Wednesday, October 5, 2011

472 - Majmu' al-Fatawa (Kumpulan Fatwa Ibnu Taimiyyah)

Majmu' al-Fatawa
Kumpulan Fatwa Ibnu Taimiyyah

Title:
Majmu' al-Fatawa
(Kumpulan Fatwa Ibnu Taimiyyah)
Judul Asli: Majmu' al-Fatawa

Author:
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah (Wafat: 728H)

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
Jilid 1, RM110
Jilid 2, RM92
Jilid 3, RM120
Jilid 4, RM120
Jilid 5, RM110
Jilid 6, RM114

Weight:
Berata Purata, 1.3kg setiap jilid

Description:

Ini adalah terjemahan kitab Majmu' al-Fatawa Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Sebuah khazanah ilmu yang begitu hebat dalam dunia Islam ahlus sunnah wal-jama'ah. Di dalamnya tersimpan jutaan mutiara berharga ilmu-ilmu penjelasan al-Qur'an dan as-Sunnah. Buku ini telah diterjemahkan dan siap 6 jilid pertama. Perbahasan bagi setiap jilid adalah sebagaimana berikut:

Jilid 1 - Perbahasan Tauhid Uluhiyyah dan Rubbubiyyah.

Jilid 2 - Tauhid Asma' wa Shifat, al-Aqidah al-Wasithiyah.

Jilid 3 - Aqidah Salaf, Nama-nama dan Sifat Allah Ta'ala.

Jilid 4 - Nama-nama dan Sifat-sifat Allah Ta'ala.

Jilid 5 - Kitab al-Iman.

Jilid 6 - Kitab al-Iman dan Kekuasaan Allah Ta'ala.

Total Pages:
Telah siap terbit 6 Jilid pertama

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

471 - Shahih Ibnu Khuzaimah

Shahih Ibnu Khuzaimah

Title:
Shahih Ibnu Khuzaimah
Judul Asli: Shahih Ibnu Khuzaimah

Author:
Imam Ibnu Khuzaimah (Wafat: 311H)
Tahqiq oleh Syaikh Muhammad Musthafa al-A'zhami

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM400
(4 Jilid Lengkap)

Weight:
5kg

Description:

Ini adalah terjemahan kitab hadis "Shahih Ibnu Khuzaimah". Kesemua terdiri dari 4 jilid lengkap.

Total Pages:
4 Jilid Lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

470 - Shahih Tanda-tanda Kiamat

Shahih Tanda-tanda Kiamat

Title:
Shahih Tanda-tanda Kiamat
Judul Asli: Shahih Asyrathus Sa'ah

Author:
Musthafa Abu an-Nashr as-Silbi

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM94

Weight:
1kg

Description:

Salah satu konsep penting dalam aqidah Islam adalah keyakinan dan keimanan terhadap kedatangan hari kiamat. Hari kiamat adalah sebuah peristiwa besar, maha dahsyat serta sungguh mengerikan dan menakutkan. Bumi akan dihancurkan, gunung akan bergerak seperti awan lalu meletus, langit akan dilipat, dan objek-objek langit akan bertempiaran.

Kerana terlalu takutnya pada ketika itu, seorang ayah tidak lagi peduli akan anaknya, seorang suami melupakan isterinya, dan seorang ibu yang mengandung lupa akan janinnya. Masing-masing sibuk untuk menyelamatkan diri. Demikianlah antara gambaran kiamat yang dapat dilihat melalui al-Qur'an dan al-hadis.

Keimanan terhadap Hari Kiamat ini wajib memberikan kesan yang positif bagi setiap umat Islam. Disebabkan tarikh berlakunya yang tidak diketahui, maka kita perlu harus sentiasa berwaspada dan jangan sekali-kali lengah dari mengingati Allah Ta'ala. apakah sudah kita mempersiapkan bekalan menghadapinya? Sama ada kiamat kecil mahupun kiamat besar.

Ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam ditanya oleh malaikat Jibril tentang bilakah berlakunya kiamat, beliau pun menjawab tidak tahu. Tetapi ketika ditanya apakah tanda-tanda kiamat, maka Rasulullah pun menjelaskannya dengan baik.

Buku ini adalah antara buku yang baik dalam menjelaskan tanda-tanda kiamat secara terperinci berpandukan dalil-dalil yang sahih dari al-Qur'an, as-Sunnah, dan kefahaman para salaf. Berbeza dengan sebahagian buku yang banyak beredar di pasaran pada hari ini, memang banyak yang berusaha menjelaskan tentang hari kiamat dan tanda-tandanya namun sebahagiannya tidak lebih sekadar cakap-cakap tanpa dalil yang disandarkan kepada logik akal dalam memberi kupasan sambil mengeluarkan pelbagai andaian dan prasangka. Bahkan terdapat sebahagian buku di pasaran yang pandai-pandai membuat ramalan bahawa hari kiamat akan berlaku pada sekian tarikh dan sekian tarikh.

Maka, dengan hadirnya buku ini semoga mampu menangkis fitnah-fitnah yang menimbulkan salah faham terhadap iman kepada hari kiamat. Buku ini juga selain membahaskan tanda-tanda hari kiamat, ia turut membentangkan sama tentang kehidupan setelah hari kiamat.

Semoga para pembaca dapat membacanya dengan baik dan teliti, kemudian mengambil faham dari dalil-dalilnya yang penuh meyakinkan, sekaligus mengimaninya dengan lebih teguh lagi. Sekaligus memotivasikan para pembaca untuk terus mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan penuh istiqomah dan tidak lengha-lengah lagi. Dalam masa yang sama dapat mengelakkan diri dari terlibat ke dalam kepelbagaian bentuk fitnah akhir zaman yang telah sedia dijanjikan sebagaimana telah dijelaskan melalui buku ini.

Selamat menela'ah dengan penuh teliti.

Total Pages:
700 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

469 - Tafsir Surah Yasin

Tafsir Surah Yasin

Title:
Tafsir Surah Yasin
Judul Asli: Tafsir al-Qur'anul Kariim Suuratu Yaasiin

Author:
Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah

Publisher:
Pustaka Darul Ilmi

Price:
RM54

Weight:
200g

Description:

Ini adalah sebuah buku yang membukukan sebahagian dari hasil kuliah tafsir milik Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah. Untuk buku ini, ia membukukan tafsir Surah Yaasiin. Bagi masyarakat Nusantara khususnya Malaysia dan Indonesia, surah Yaasiin begitu sinonim dengan kehidupan mereka. Ia adalah antara surah yang sering sekali dibaca oleh mereka. Namun, adalah menyedihkan dan malang sekali apabila surah ini hanya sekadar dibaca tanpa diambil manfaat dan difahami isi kandungannya. Oleh itulah di sini kami membawakan kepada anda tafsir surah Yasin supaya kita sama-sama dapat mengambil kefahaman dan manfaat yang bernilai dari Surah Yasin ini. Tidak sekadar hanya untuk dibaca dan dilagukan. Sebaliknya dapat kita fahami lalu mengamalkan isi kandungannya.

Methode tafsiran yang dibentangkan oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin ini amat mudah difahami dan mesra pembaca terutamanya dari kalangan masyarakat awam. Beliau tidak menjelaskan secara berjela-jela dan terlalu ilmiyah sehingga sukar difahami oleh orang awam. Beliau menjelaskan secara ringkas, santai dan mudah. Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin adalah ahli majlis fatwa 'Arab Saudi ketika hayatnya. Dan beliau merupakan salah seorang Syaikh yang dianggap faqih oleh para ulama lainnya pada abad ini. Selamat membaca dan mengambil mafaat.

Total Pages:
486 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

468 - Fatwa Lengkap Syaikh Bin Baz Tentang Solat Jama' & Qasar

Fatwa Lengkap Syaikh Bin Baz
Tentang Solat Jama' & Qasar

Title:
Fatwa Lengkap Syaikh Bin Baz Tentang Solat Jama' & Qasar
Judul Asli: Fatwa fii Ahkam Qashar wa Jama' ash-Sholah
Author:
Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Bazz Rahimahullah

Publisher:
Pustaka Ibnu 'Umar

Price:
RM12

Weight:
100g

Description:

Buku yang amat diperlukan sebagai panduan dan pedoman ketika safar. Menjadi rujukan dalam melaksanakan sunnah-sunnah dan adab-adab ketika bermusafir. Buku ini menghimpunkan fatwa-fatwa Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Bazz rahimahullah berkaitan persoalan jama' dan qashar solat ketika musafir.

Total Pages:
108 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

467 - Pesona Akhlak & Kekuatan Pribadi Manusia Teragung Sepanjang Masa

Pesona Akhlak & Kekuatan Pribadi
Manusia Teragung Sepanjang Masa

Title:
Pesona Akhlak & Kekuatan Pribadi Manusia Teragung Sepanjang Masa
Judul Asli: A'zham Insan Arafathu al-Basyariyyah, Akhlaquhu wa Kaifa Nuhibbuhu wa Nanshuruhu

Author:
Hisyam Muhammad Sa'id Barghisy

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM16

Weight:
200g

Description:

Akhlak Nabi Shallahu 'alaihi wa sallam adalah al-Qur`an, demikianlah jawaban 'Aisyah ketika ditanya tentang akhlak Nabi Shallahu 'alaihi wa sallam.

Seorang pemikir Inggeris berkata, "Saya telah membaca biografi (sirah) Nabi Muhammad berulang kali, dan saya tidak menemukan di dalamnya kecuali akhlak-akhlak yang memang sepatutnya, dan sungguh saya sangat berharap agar Islam menjadi konsep hidup (yang dianut) di seluruh alam raya ini."

Demikianlah akhlak dan peribadi Rasulullah Shallahu 'alaihi wa sallam yang diakui reputasinya oleh setiap orang, bahkan oleh non-Muslim yang mengenal beliau dengan cara pandang yang benar bahawa beliau memiliki keperibadian yang tinggi, tabiat yang suci, hati yang bersih, akhlak yang terpuji, akal yang cemerlang, kecerdasan yang unggul, tekad yang kuat, dan sifat yang lemah-lembut. Beliau adalah manusia terbaik di masa kanak-kanak, paling bersih hidupnya di masa muda, paling berwibawa di masa dewasa, paling taqwa di dalam hidupnya, paling adil dalam memutuskan hukum, dan pemimpin yang paling berani di medan jihad.

Allah Subhanu wa Ta'ala telah menganugerahkan kepada beliau semua akhlak yang terpuji; membersihkan beliau dari setiap kekejian, dan memelihara serta menjaga beliau dari ketergelinciran.

Allah membimbing beliau dengan bimbingan yang paling baik, dan menjadikan beliau sebagai insan berpesonaliti agung di antara semua makhluk, sehingga tidak seorang pun yang menyamai beliau dalam kejujuran, amanah, zuhud, rasa malu dan keterjagaan diri dari yang tidak baik. Beliau adalah manusia paling agung yang pernah dikenali dalam sejarah hidup manusia. Dan keagungan beliau tersebut dapat Anda hayati melalui apa yang dibentangkan oleh buku ini yang di dalamnya dipenuhi petua dan pesanan positif bagi kita semua..

Total Pages:
192 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

466 - Meneladani Akhlak Generasi Terbaik

Meneladani Akhlak Generasi Terbaik

Title:
Meneladani Akhlak Generasi Terbaik
Judul Asli: Aina Nahnu min Akhlak as-Salaf

Author:
'Abdul 'Aziz B. Nashir al-Julayyil
Baha'uddin B. Fatih Uqail

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM17

Weight:
300g

Description:

Seorang Sahabat Anshar bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, "Siapakah orang Mukmin yang paling utama?", Jawab Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, "Yang paling baik akhlaknya". Di hadis yang lain, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, "Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian yang sesudahnya, lalu yang sesudahnya."

Nilai kebaikan menurut ajaran Islam adalah satu kesatuan dan tidak bercabang, sehingga tidak mungkin para sahabat menyandang gelaran generasi terbaik, sementara akhlak mereka tidak baik.

Sebahagian kelompok begitu teguh dan penuh ghairah dalam membela dan mendakwahkan Akidah dan as-Sunnah, tetapi ibadahnya asalkan buat. Dan lebih parah jika sebaliknya; ibadahnya kuat, akhlaknya penuh pesona, tetapi akidahnya penuh dengan syubhat dan khurafat, bahkan terbiasa melakukan bid'ah.

Sebahagian lagi ada orang yang begitu bergelora menyebarkan dakwah ahlus-sunnah wal-jama'ah, tetapi dalam masa yang sama sikap dan adabnya begitu kering dari nilai hikmah dan kelembutan, hingga sering terdengar suara-suara mengatakan bahawa kelompok ahlus sunnah wal-jama'ah itu identik dengan sikap keras, kasar, dan tidak suka bersahabat.

Seorang Ahlus Sunnah sejati adalah Ahlus Sunnah dalam Akidah, Ahlus Sunnah dalam ibadah, dan Ahlus Sunnah dalam akhlak. Dan ini tercermin secara utuh menjadi satu kesatuan pada peribadi para Salaf ash-Sholeh yang dinyatakan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sebagai generasi terbaik tadi.

Buku kita ini adalah mutiara-mutiara riwayat tentang keindahan akhlak mereka (generasi salaf), dalam segala hal untuk kita teladani. Bacalah buku ini, insyaAllah merupakan langkah awal yang baik untuk menata peribadi yang lebih mempesona.

Total Pages:
236 m/s.