Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Saturday, March 31, 2012

552 - Buku Poket Panduan Praktis Aqiqah

Buku Poket Panduan Praktis 'Aqiqah


Judul Buku:
Buku Poket Panduan Praktis 'Aqiqah

Penulis:
Abu Muhammad Ibnu Shalih B. Hasbullah

Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar

Harga:
RM3
Diskaun 30% untuk belian 50 unit ke atas

Berat Buku:
Kurang 100g

Keterangan Kandungan:

Buku bersaiz poket ini mengajak kita semua untuk sama-sama menghidupkan sunnah aqiqah buat sang bayi yang telah mula banyak ditinggalkan masyarakat Islam di negara kita hari ini. Ia menjelaskan secara tuntas dan komprehensip sekitar hukum aqiqah, sunnah-sunnahnya, adab-adab dan syarat-syaratnya, tuntutan dan keutamaannya, serta siapa yang dituntut melaksanakannya.

Tidak kurang ramai juga yang memiliki kesedaran untuk melakukan aqiqah anak bayinya, tetapi masih terdapat banyak kesalahan, kesilapan, bercampur aduk dengan syirik, kepercayaan khurafat, dan tatacara yang tidak tepat. Oleh itu, apalah nak dikirakan sekiranya kita dapatkan panduan dan bimbingan ringkas berkaitan bab ini agar setiap amalan kita khasnya dalam bab aqiqah ini dapat berjalan di atas petunjuk sunnah dan diterima Allah Subhanahu wa Ta'ala sekaligus mendatangkan barakah.

Buku bersaiz poket ini juga bersesuaian dengan saiznya yang kecil, amat sesuai sekali untuk dijadikan sebagai risalah edaran, hadiah, sebaran am, dan cenderahati. Agar pahala dan manfaatnya dapat dinikmati bersama sehingga ke di bawa mati.

Jumlah Muka Surat:
62 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

551 - Buku Poket Tuntunan Praktis Solat Berjama'ah

Buku Poket Tuntunan Praktis Solat Berjama'ah


Judul Buku:
Buku Poket Tuntunan Praktis Solat Berjama'ah
Judul Asli: Diringkaskan dari perbahasan bab solat berjama'ah dalam kitab Shahih Fiqih Sunnah

Penulis:
Abu Muhammad Ibnu shalih B. Habullah

Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar

Harga:
RM3
Diskaun 30% untuk belian 50 unit ke atas

Berat Buku:
kurang 100g

Keterangan Kandungan:

Buku bersaiz poket yang mudah dibawa ke mana-mana dan amat sesuai untuk sebaran dalam kuantiti banyak. Sesuai dijadikan hadiah di majlis-majlis, cenderahati, infaq, risalah sebaran masjid, dan seumpamanya.

Buku bersaiz poket ini menjelaskan tentang tuntunan praktikal solat berjama'ah bermula dari sudut hukum-hakamnya baik bagi lelaki mahupun wanita, kemudian diikuti dengan syarat-syaratnya, udzur yang dibenarkan untuk tidak solat berjama'ah, adab-adabnya, keutamaannya, solat-solat sunnah yang dilakukan di masjid, hukum hakam imamah (imam), hukum hakam makmum, adab-adab saf ketika solat, sutrah atau penghadang ketika solat, hukum-hakam masbuk, amalan-amalan setelah solat, dan beberapa lagi yang lain sekitar isu teknikal dan permasalahannya.

Jumlah Muka Surat:
62 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

550 - Qadha dan Qadar

Qadha dan Qadar


Judul Buku:
Qadha dan Qadar
Judul Asli: asy-Syifa'ul 'Alil fii Masailil Qadha' wal Qadar

Penulis:
al-Hafiz Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H)

Penerbit:
Pustaka Azzam

Harga:
RM80

Berat Buku:
1.2kg

Keterangan Kandungan:

Buku karya Imam Ibnul Qayyim ini adalah sekitar penjabaran penting lagi tuntas berkaitan isu memahami adab berinteraksi dengan qadha dan Qadar Allah Subhanahu wa Ta'ala...

Perbahasan tentang qadha dan qadar Allah ini pernah menjadi isu hangat suatu ketika dahulu yang membabitkan pertembungan hebat di antara ahli sunnah wal-jama'ah dengan ideologi sesat murjiah, qadariyah, dan muktazilah. Ia tidak berhenti bahkan masih berlanjutan sehingga hari ini, cuma tidak sehangat dahulu dan ia bergerak dengan cara yang lebih senyap atau diam-diam.

Oleh itu, sama-samalah kita fahami isu beriman dengan qadha dan qadar ini sebaiknya agar tidak terjebak ke dalam perangkap dan syubhat musuh.

Jumlah Muka Surat:
735 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok. Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

549 - 76 Dosa Besar Yang Dianggap Biasa

76 Dosa Besar Yang Dianggap Biasa
al-Kaba'ir


Judul Buku:
76 Dosa Besar
Judul Asli: Kitab al-Kaba'ir wa Tahyin al-Maharim

Penulis:
al-Hafiz adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H)

Penerbit:
Darul Haq

Harga:
RM34
(Hard Cover)

Berat Buku:
0.6kg

Keterangan Kandungan:

Kitab al-Kabair (dosa-dosa besar) karya Imam al-Hafizh adz-Dzahabi telah diterbitkan oleh pelbagai penerbit di tanah air kita ini, akan tetapi sangat disayangkan apabila ternyata naskah yang telah diterbitkan bukan al-Kabair yang asli yang telah ditulis oleh Imam adz-Dzahabi, melainkan yang telah ditambah dengan hadis-hadis dhaif bahkan maudhu', serta ditokok-tambah pula dengan kisah-kisah yang tidak jejas sahih tidaknya. Di samping beberapa sisi kandungan lainnya lagi yang jelas berubah dari naskhah yang asli.

Dan ini merupakan bentuk-bentuk kezaliman dan sikap tidak bertanggungjawab sebahagian manusia hari ini.

Namun dari itu, kami bersyukur kepada Allah Ta’ala atas taufik-Nya, kerana buku ”76 Dosa Besar yang Dianggap Biasa” yang kami terbitkan ini adalah terjemahan dari naskhah al-Kabair asli milik imam adz-Dzahabi rahimahullah yang tidak ditambah dan dikurangi, dan hanya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah yang sahih berdasarkan manhaj penulis.

Dalam al-Kabair edisi yang kami terjemahkan ini, tergambar tipikal seorang ulama Ahlus Sunnah sejati, apatah lagi beliau merupakan pakar hadis di zamannya. Setiap tajuk yang beliau kemukakan dalam bab ini, beliau sertakan dengan dalil yang jelas, sahih, dan tuntas.

Inilah hasilnya, iaitu sebuah buku yang menjelaskan jenis-jenis dosa besar yang banyak diremehkan dan sebahagian besarnya tidak diketahui oleh masyarakat awam. Lalu atas sebab-sebab ketidak-tahuan dan kurangnya sikap mengambil tahu, ramai pula yang terjebak ke dalamnya. Mereka pun melakukan dosa-dosa besar dimaksudkan tanpa sebarang rasa bersalah dan berdosa. Subhanallah...

Dari itu, seharusnyalah bagi yang memiliki penglihatan, pendengaran, dan bagi mereka yang sentiasa mengharap petunjuk hidayah Allah, berusahalah memahami, mengambil tahu, dan menjauhi dosa-dosa dimaksudkan. Jadikan buku ini sebagai bacaan dan teman pembimbing.

Jumlah Muka Surat:
196 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok. Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

548 - Kriteria Busana Muslimah

Kriteria Busana Muslimah


Judul Buku:
Kriteria Busana Muslimah
Judul Asli: Jilbab al-Mar'atil Muslimah

Penulis:
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Penerbit:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Harga:
RM26

Berat Buku:
550kg

Keterangan Kandungan:

Suburnya fenomena busana muslimah di kalangan kaum wanita pada hari ini, di Malaysia khasnya, seharusnya sama-sama kita syukuri. Cuma ada beberapa perkara yang perlu disemak. Iaitu sama ada fenomena ini melonjak naik kerana mengikuti trend, populariti, atau tunduk patuh kepada perintah Allah Ta'ala? Yang keduanya, sejauh makanah kriteria busana muslimah yang disebut-sebut menjadi fenomena pada hari telah benar-benar menepati syari'at Islam?

Oleh kerana itulah, buku ini hadir sebagai pembimbing dan pembantu buat mereka yang memiliki semangat yang kuat, hati yang ikhlas lagi bersungguh-sungguh mengikuti petunjuk wahyu dalam berpakaian, khasnya kaum wanita.

Buku yang ada di hadapan kita ini adalah buku yang membantu dalam menjelaskan secara sistematik, komprehensip, dan lengkap lagi terperinci tentang batasan-batasan, kriteria, serta standard adab berpakaian kaum muslimah mencakupi bentuk, ukuran, tekstile, corak, warna, dan model yang sesuai dengan tuntutan dan tuntunan syari’at Islam yang agung demi menjaga martabat kaum wanita dan nilai-nilai kesopanan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta'ala...

Jumlah Muka Surat:
319 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok. Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

Thursday, March 29, 2012

547 - al-Habib Muhammad Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam

al-Habib Muhammad Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam


Judul Buku:
al-Habib Muhammad Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam
Judul Asli: Hadzal Habib (Muhammad S.A.W) Ya Muhib

Penulis:
Syaikh Abu Bakar al-Jazairi

Penerbit:
Pustaka Ibnu Katsir

Harga:
RM80

Berat Buku:
1.5kg

Keterangan Kandungan:

Banyak di antara kita yang mengenal dengan akrab biografi tokoh-tokoh dunia, bahkan menghafal ucapan-ucapan mereka, meskipun tidak sedikit dari mereka berasal dari kalangan kaum kafir dan musuh Islam, dan ucapan-ucapan mereka bertolak belakang pula dengan prinsip-prinsip dasar Islam.

Sebaliknya amat sedikit di antara kita yang mengenal biografi Nabi kita, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan sabda-sabda beliau, sehingga kita buta terhadap perjalanan hidup Nabi kita. Ada hingga yang lebih mempertokohkan orang-orang fasiq berbanding Nabi kita sendiri, yang sepatutnya menjadi orang yang paling kita tokohkan dan banggakan dalam kehidupan ini. Ini semua tidak akan terjadi kalau awal-awal lagi kita menanamkan minat untuk mengenal lebih dekat biografi beliau yang sarat dengan keteladanan. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya):

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)

Kehidupan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam merupakan gambaran utuh dari agama Islam yang sempurna. Dengan membacanya kita akan mendapatkan gambaran umum dan menyeluruh tentang Islam. Juga kita akan mengenal baiknya akhlak peribadi Nabi kita, sama ada sebagai seorang ketua negara, panglima perang, pendidik, suami, ayah, sahabat, tokoh agama, juru dakwah, peniaga dan seterusnya. Dari sinilah yang mampu melahirkan rasa kasih dan rindu terhadap seorang Nabi.

Buku ini, Al-Habib (sang kekasih tercinta) Muhammad Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam merupakan karya yang merakamkan potret kehidupan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Di dalamnya akan anda temukan pelbagai pelajaran dan keteladanan, juga pelbagai peristiwa menakjubkan dan pengorbanan yang tiada tara dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat beliau, yang akan membuat anda berdecak kagum.

Ketika membaca buku ini dengan penuh penghayatan, anda akan merasakan seakan peristiwa demi peristiwa terjadi dan tergambar begitu jelas dihadapan anda, seakan anda turut hadir di dalamnya. Sehingga dengan membacanya, insya-Allah akan menumbuhkan dan memupuk subur keimanan anda, dan memotivasi untuk meningkatkan ke-Islaman anda kepada yang lebih baik lagi. Selamat membaca dan mengambil manfaat...

Jumlah Muka Surat:
876

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok. Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

546 - Sembuh Dengan Satu Titik Bekam

Sembuh Dengan Satu Titik


Judul Buku:
Sembuh Dengan Satu Titik

Penulis:
Dr. Wadda' A. Umar

Penerbit:
al-Qowam

Harga:
RM24

Berat Buku:
400g

Keterangan Kandungan:

Memasang gelas bekam, lalu mengeluarkan darah dari kulit seseorang pesakit bukan masalah yang rumit bagi kebanyakan orang! Tetapi, bukan hanya ini kepakaran yang diperlukan oleh juru bekam.

Banyak perspektif lain yang harus difahami sama supaya seseorang mampu menjadi pakar dalam kaedah rawatan yang dicadangkan oleh Nabi sebagai salah satu konsep pengubatan terbaik ini. Buku Sembuh dengan Satu Titik, yang ada di tangan anda ini antara rujukan yang baik dalam mendukung asas-asas keahlian dalam bidang rawatan perbekaman.

la membantu para pembaca untuk memahami tentang kaedah-kaedah perbekaman, metode menangani pesakit, dan bagaimana untuk menentukan titik-titik bekam yang efektif. Setiap jenis penyakit, diberikan cadangan penyelesaian titik-titik yang seharusnya dibekam.

Titik-titik bekam di bahagian dada dan perut, punggung, serta kepala dihuraikan beserta fungsi pengubatannya. Titik-titik bekam Nabi pun dipaparkan lengkap dengan fungsi pengubatan dan gambarnya. Yang lebih penting, melalui buku ini, Dr. Wada A. Umar rnenjelaskan bahawa ternyata satu titik bekam, dengan izin Allah, mampu menyembuhkan penyakit. Semoga, dengan memahami buku ini, Anda mampu memahami dan nanti mungkin mampu mempraktikkan terapi bekam secara benar dan profesional.

Amat sayang kalau kaedah perubatan anjuran Nabi ini diabaikan dan tidak diambil manfaatnya oleh kalangan umat Islam hari ini. Sedangkan pelbagai jenis penyakit berbahaya mampu dipulihkan dengan bantuan rawatan perbekaman yang dilaksanakan berpandukan sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Kosnya murah, selamat, dan sudah tentu berpahala kerana berusaha megikuti sunnah...

Jumlah Muka Surat:
258 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok. Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

545 - Manhaj Salafi Imam Syafi'i

Manhaj Salafi Imam Syafi'i


Judul Buku:
Manhaj Salafi Imam Syafi'i

Penulis:
Abu Ubaidah Yusuf B. Mukhtar as-Sidawi

Penerbit:
Pustaka al-Furqon

Harga:
RM16

Berat Buku:
300g

Keterangan Kandungan:

Selama perjalanan hidup kita beragama di Nusantara ini, kita tidak dapat lekang dari menyebut nama Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H). Bahkan kita umumnya menyandarkan mazhab agama kita dan methodologi ilmu agama kita kepada nama besar besar beliau, Imam asy-Syafi'i rahimahullah.

Namun sejauh manakah kita telah mengenali beliau? Siapa beliau? Betapa luasnya ilmu beliau? Siapa para guru-guru dan murid-murid beliau? Apa manhaj beliau dalam membawa agama Islam ini?

Kemudian apakah di antara wasiat-wasiat beliau dalam megambil agama ini, apa wasiat beliau dalam hal aqidah, hal fiqh, hal ilmu hadis, dan hal-hal dalam mengambil fatwa-fatwa beliau? InsyaAllah semua ini dibentangkan melalui buku ini.

Kenalilah beliau yang merupakan salah seorang tokoh salaf (ulama generasi awal) dalam kalangan ahli sunnah yang murni aqidahnya, murni pendiriannya, dan murni wawasan pemikirannya. Seorang pembela sunnah, pembawa manhaj salafi, pembela tauhid, penentang golongan taksub dan fanatik, memerangi ahli bid'ah, dan tokoh penyatuan serta pembaharu di zamannya.

Namun sayang, tidak ramai yang mengenali beliau dengan benar melainkan hanya sekadar nama dan cakap-cakap angin. Malah ada yang lantang dan berani mengatakan aku beragama Islam dengan mengambil fiqh imam asy-Syafi'i, aqidah al-Asy'ari, manakala tasaufnya imam al-Ghazali!

Nah! Apakah imam asy-Syafi'i tidak layak diambil mazhabnya dalam aqidah? Kenapa hanya fiqh? Walhal beliaulah tokoh pejuang aqidah dan manhaj beragama yang begitu gah pada zamannya.

Maka oleh itu, penulis buku ini pun berusaha menghimpunkan bukti-bukti perjuangan dan manhaj imam asy-Syafi'i dalam pelbagai prinsip-prinsip beragama yang utama lagi prioriti. Yang amat jarang-jarang diketahui dan diambil tahu pengaku pengikut imam asy-Syafi'i. Walhal, perkara tersebut amat penting dalam kita meletakkan manhaj beragama ini.

Buku ini menjelaskan manhaj Imam asy-Syafi'i dalam beraqidah, sikap beliau dalam perjuangan menegakkan manhaj salaf, sikap tegas beliau dalam berpegang terhadap hadis-hadis nabi, methodologi yang benar dalam memahami hadis, sikap beliau terhadap keutamaan tauhid dan membanteras syirik, membela sunnah dan memerangi bid'ah, sikap beliau terhadap taklid membuta tuli, sikap beliau terhadap perpaduan dan perpecahan, sikap beliau terhadap ilmu, dan turut disertakan adalah gambaran akhlak peribadi beliau dari sumber-sumber yang akurat.

Maka, marilah kita kenali seorang tokoh ulama agung dalam mazhab kita di Nusantara ini, mazhab dalam Aqidah, Fiqh, Hadis, Akhlak, dan pelbagai cabang agama lainnya lagi. Agar ia menjadi motivasi dan inspirasi buat kita dalam memahami dan menjalankan agama seharian.

Jumlah Muka Surat:
172 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok. Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

544 - Syarah Kitab Tauhid Syaikh al-'Utsaimin

Syarah Kitab Tauhid Syaikh al-'Utsaimin
al-Qaulud Mufid 'Ala Kitabit Tauhid


Judul Buku:
Syarah Kitab Tauhid oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin
Judul Asli: al-Qaulul Mufid 'ala Kitabit Tauhid

Pengarang/Penulis:
Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah

Penerbit:
Darul Falah

Harga:
RM130

Berat Buku:
2.6kg

Keterangan/Sipnopsis:

Siapa Lata dan Uzza? Mungkin semua orang tahu, itu adalah nama-nama patung berhala yang disembah orang-orang kafir di zaman jahiliyah. Nama-nama tersebut mengiringi setiap sumpah yang mereka ucapkan.

Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir bahawa sebelumnya Lata adalah nama seorang yang sangat soleh dan dermawan. Dia biasa menyediakan makanan dari tepung gandum bagi orang-orang yang menunaikan haji. Setelah dia meninggal, orang-orang sering berkumpul di samping kuburannya untuk mengenang kebaikan dan kewaliannya. Bahkan mereka membuatkan patung sebagai tanda pengagungan atas kelebihan yang pernah dilakukannya.

Seiring dengan perjalanan waktu, bibit syirik khafiy ini pun tumbuh dan mekar, bercabang-cabang, mengakar dan berkembang-biak menjadi syirik jaliy. Mereka menjadikan pengharapan dengan menyembah patung Lata, tidak lagi hanya sekedar duduk berkumpul mengenang kewaliannya.

Bila kita tarik benang merah ke masa sekarang, gambaran serupa banyak bertebaran di sekitar masyarakat kita. Orang-orang ahli tarekat dan mereka yang cenderung kepada ilmu dan fahaman tasawuf kerapkali melakukan ziarah kubur, terutama kuburan wali songo. Betapa tipisnya akidah tauhid mereka! Betapa dekatnya perbuatan mereka dengan syirik khafiy dan syirik jaliy.

Gambaran lain yang menunjukkan sisi kelemahan akidah yang tergambar pada hari ini adalah begitu maraknya praktik perdukunan dan tayangan-tayangan penuh kesyirikan di media-media elektronik mahupun media-media cetak yang gemar memberitakan kisah-kisah misteri di tengah masyarakat kita.

Masyarakat begitu mudah percaya dengan cerita-cerita tersebut. Padahal dalam satu hadis, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam telah memperingatkan, sesiapa yang datang kepada tukang ramal dan membenarkan perkataannya, maka solat orang tersebut selama 40 hari tidak diterima. Banyak hal yang berkaitan dengan tauhid dan akidah yang dibicarakan dalam dua jilid buku ini sehingga masalah-masalah yang begitu dalam pun dibahaskan secara terperinci.

Buku ini merupakan panduan yang amat baik bagi mereka yang ingin berpegang kuat pada Akidah Ahlus-Sunnah wal Jama'ah di atas manhaj yang murni dan bersih dari segala bentuk noda-noda syirik.

Jumlah Muka Surat:
2 Jilid Lengkap.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok. Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bank CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

543 - Zuhud Cahaya Qalbu

Zuhud Cahaya Qolbu


Judul Buku:
Zuhud Cahaya Qolbu

Pengarang/Penulis:
Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah
(Wafat: 241H)

Penerbit:
Darul Falah

Harga:
RM50

Berat Buku:
700g

Keterangan/Sipnopsis:

Tahukah anda apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan zuhud? Adakah dengan menjauhi kekayaan dan urusan duaniwi. Ataukah dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada hal-ehwal solat, puasa, solat-solat sunnah, dan meninggalkan hal-ehwal perniagaan serta dagangan? Adakah orang kaya berharta tidak layak dinamakan zuhud. Apakah zuhud itu milik orang yang miskin, rumahnya kecil, dan yang bajunya lusuh?

Lalu apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zuhud? Bagaimanakah Nabi menjelaskan tentang maksud zuhud? Bagaimana pula zuhud yang benar yang diamalkan oleh para sahabat Nabi, bagaimana zuhud yang difahami oleh para ulama generasi awal dari kalangan ahli sunnah wal-jama'ah?

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) pernah mengatakan, “Zuhud yang bertepatan dengan Syari'at adalah meninggalkan segala sesuatu yang tidak bermanfaat di akhirat dan hatinya yakin serta percaya dengan apa yang ada di sisi Allah Ta'ala.”

Malah sebahagian ulama seperti al-Hafiz Ibnu Rejab rahimahullah menegaskan bahawa zuhud tidak akan dapat dilihat melalui pengakuan lisan, kerana zuhud itu terdapat di dalam hati.

Untuk lebih jelas dan cerah lagi, rungkailah sendiri apa yang dimaksudkan dengan kalimat zuhud berdasarkan apa yang dihimpunkan oleh ulama hadis ulung ahli sunnah wal-jama'ah ini, iaitu imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah dalam bukunya berjudul, az-Zuhud.

Beliau menghimpunkan maksud dan kriteria zuhud di sisi ahli sunnah dengan mengemukakan contoh-contoh zuhud para Nabi, contoh-contoh amal kezuhudan yang diungkap oleh Rasulullah, dan peribadi para sahabat tentang amalan kezuhudan mereka dalam menjalani kehidupan beragama ini. Selamat menela'ah!

Jumlah Muka Surat:
417 m/s.

Maklumat Pesanan:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok sebelum urusan bayaran dibuat. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Belian dan Bayaran:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Thursday, March 22, 2012

542 - Jabat Tangan Yang Membawa Dosa

Jabat Tangan Yang Membawa Dosa


Title:
Jabat Tangan Yang Membawa Dosa

Author:
Syaikh Muhammad al-Muqaddam

Publisher:
Zam-zam Mata Air Ilmu

Price:
RM13

Weight:
Kurang 100g

Description:

Telah menjadi sunnah yang diketahui umum baiknya berjabat tangan dan merupakan sebahagian dari sunnah Rasulullah menganjurkan berjabat tangan apabila bertemu. Cuma sayangnya, tidak semua jabat tangan itu berpahala, sebaliknya ada yang membuahkan dosa. Di antaranya adalah jabat tangan yang berlaku di antara kaum lelaki dengan wanita yang bukan mahram.

Maka, buku ini tampil menjelaskan hukum jabat tangan yang disunnahkan lagi dianjurkan, serta jabat tangan yang wajib dihindari. Penulis tidak sekadar menjelaskan secara mendatar, tetapi turut menjawab balik beberapa bentuk syubhat yang ditimbulkan akhir-akhir ini oleh sebahagian pihak yang cuba menghalalkan bersalaman tangan di antara kaum lelaki dengan wanita. Pembentangan yang beliau utarakan turut disertakan sama, pandangan dan penegasan para ulama dari kalangan 4 mazhab fiqh.

Turut dibahaskan sama oleh penulis adalah hukum memberi salam kepada wanita dan adab berjabat tangan yang dianjurkan sunnah.

Total Pages:
99 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

541 - Di Manakah Allah?

Di Manakah Allah?


Title:
Di Manakah Allah?

Author:
Abu Ubaidah as-Sidawi

Publisher:
Media Tarbiyah

Price:
RM10

Weight:
Kurang 100g

Description:

Sebuah pertanyaan yang sering berlegar dalam benak hati dan akal kita, "Di manakah Allah?". Dari persoalan ini jugalah pelbagai jawaban muncul berdasarkan akal dan logika! Mungkin kita pernah mendengar jawaban seperti, Allah itu di mana-mana, Allah itu di hati, Allah tidak di mana-mana, Allah dekat di urat leher, Allah bersatu denganku, sehingga jawaban seperti: Allah dalam jubahku juga turut pernah kita dengari!

Dalam masa sama, ada juga yang tidak pernah terfikirkan, di manakah Allah? Oleh itu, buku ini memberi sebuah jawaban dan kesimpulan yang tuntas berkaitan hal ini. Mudah diterima dan mencantas segala bentuk logika. Kerana kesimpulan dan jawaban yang diutarakan begitu jelas berpandukan dalil-dalil al-Qur'an, hadis-hadis Nabi, dan fatwa-fatwa para ulama generasi awal.

Maka, kenalilah di mana Tuhanmu... Di Mana Allah... Mustahil kita mengabdikan diri kepada sesuatu yang tidak dikenali dan tidak ada maklumat tentangnya. Walhal hanya kita yang tidak mengambil tahu pelbagai perkhabaran tentang Allah yang telah wujud sejak sekian lama sebagaimana terbentang dalam khazanah ilmu wahyu al-Qur'an dan as-Sunnah.

Total Pages:
84 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Thursday, March 1, 2012

540 - Hukum Tahlilan Menurut Empat Mazhab

Hukum Tahlilan Menurut Empat Mazhab


Title:
Hukum Tahlilan Menurut Empat Mazhab

Author:
Ustaz Abdul Hakim B. Amir Abdat

Publisher:
Maktabah Mu'awiyah

Price:
RM10

Weight:
Kurang 100g

Description:

Dalam tidak sedar, rupa-rupanya amalan atau ritual kenduri tahlilan dan Yasinan serta majlis kirim arwah telah menjadi isu hangat di wilayah nusantara akhir-akhir ini. Khususnya Malaysia, Brunei, Singapore, dan Indonesia.

Di antara isu yang dibangkitkan adalah apabila ada kelompok umat Islam tertentu yang mengatakan amalan ini sebenarnya adalah bid'ah lagi haram!??? Mereka berhujjah dengan dalil-dalil al-Qur'an dan al-hadis tertentu termasuk fatwa-fatwa para ulama mazhab yang empat. Jadi, sejauh manakah kebenarannya? Bukankah amalan ini telah sebati dengan kehidupan bermasyarakat umat Islam di negara kita sehingga hari ini? Kenapa tiba-tiba ada yang menyangkalnya?

Jadi, marilah sama-sama kita semak dan perhatikan hujah perbahasannya dengan terperinci. Apa hukumnya yang sebenar, sejarahnya, dan benarkah Rasulullah dan para sahabat tidak pernah mengamalkannya...

Selamat membaca dan berlapang dada.

Total Pages:
75 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

539 - Syarah Lum'atul I'tiqad Karya Ibnu Qudamah

Syarah Lum'atul I'tiqad karya Ibnu Qudamah



Buku ini boleh diperolehi melalui website kami di http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=334

Atau sms/whatsapp kami di 0126887715.