Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, April 15, 2009

117 – Darah Hitam Tasawuf

Darah Hitam Tasawuf


Title:
Darah Hitam Tasawuf
(Kajian Kritis Kesesatan Kaum Sufi)
Judul Asal: Dirasat fii at-Tasawuf

Author:
Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Dzahir

Publisher:
Darul Falah

Price:
RM34

Weight:
700g

Description:

Buku ini adalah kesinambungan dari buku yang lalu berjudul “Sejarah Hitam Tasawuf”. Di mana buku ini membahaskan sebuah lagi hasil kajian penulis dengan lebih mendalam dan terperinci bebanding dengan buku sebelumnya yang mengupas secara asas dan sejarah. Di antara perbahasan utama buku ini adalah membawa para pembaca mengenali sikap sebenar kaum sufi, mengenali prinsip-prinsip mereka yang terang-terangan menentang syari’at, ciri-ciri utama di dalam aliran tasawuf, mengenali tokoh-tokoh mereka dari dahulu hingga kini dan beberapa pecahan-pecahannya berdasarkan tokoh mereka masing-masing, dan sehinggalah kepada tujuan utama mereka berpegang kepada fahaman tasawuf tersebut.

Buku ini juga telah diberi kata-kata aluan dan rekomendasi oleh menteri kehakiman Saudi Arabia iaitu Syaikh Muhammad Soleh al-Luhaidan dengan sebahagian daripada katanya:

Saya perlu mengatakan dengan jujur bahawa buku ini dan buku sebelumnya wajib dibaca oleh kaum muslimin, kerana keduanya mengandungi penjelasan yang lengkap tentang tasawuf dan kerana penulisnya dikenali sebagai manusia yang sentiasa melakukan kajian berdasarkan sumber-sumber yang menyeluruh dari pelaku bid’ah sendiri seperti mana yang beliau lakukan dalam buku-bukunya tentang Syi’ah, Qadiyani dan firqah-firqah sesat lainnya.

Ihsan Ilahi Dzahir mempersembahkan siri buku-buku yang bermutu bagi khazanah umat Islam dan buku-buku tersebut wajib disebarluaskan. Ini adalah kerana di dalamnya mengandungi berupa lautan penjelasan tentang kebenaran, membongkar kebatilan, menelanjangi tokoh-tokoh ahlul bid’ah.”

Salah sebuah kisah tragis berkenaan penulis buku ini, beliau telah wafat akibat dibom oleh puak syi'ah ketika beliau sedang memberikan kuliah/ceramahnya di Pakistan di hadapan ribuan manusia. Ini adalah disebabkan kebencian syi'ah yang meluap-luap terhadap beliau akibat pembongkaran demi pembongkaran yang dilakukan oleh penulis terhadap syi'ah.

Total Pages:
376

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:

Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

116 – al-Fawa’id (Menuju Peribadi Taqwa)

al-Fawa’id (Menuju Peribadi Taqwa)

Title:
al-Fawa’id
(Menuju Peribadi Taqwa)

Author:
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah

Publisher:
Pustaka al-Kautsar

Price:
RM28

Weight:
400g

Description:

Al-Fawa’id adalah kitab yang ditulis oleh Imam Ibnu Qayyim dalam rangka mewujudkan peribadi taqwa di mana dengannya akan membawa seseorang mengenal dirinya dan Tuhannya. Dengan mengetahui kedudukan dirinya, dia pasti akan melihat betapa banyaknya kelemahan di dalam diri sendiri. Lalu dengan mengenal kelemahan diri, seseorang pasti akan disibukkan dengan usaha memperbaiki diri. Dengan mengenal Tuhan, seseorang pasti tidak akan disibukkan untuk mengejar hawa nafsu. Dia akan berusaha sedaya usaha bagi meraih seberapa banyak yang mungkin ilmu-ilmu yang bermanfaat dan seterusnya berusaha meningkatkan amalan. Dan amal yang paling bermanfaat adalah amal yang dikerjakan dengan penuh keikhlasan dengan hanya mengharap redha dari Allah dan bukan selain-Nya.

Dengan sifat taqwa, seseorang akan sentiasa menerima apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang dengan penuh kelapangan hati. Kehidupannya tidak akan hanya dihabiskan untuk mencari dunia, kerana dia memiliki sebuah keyakinan, bahawa ajal itu akan datang, rezeki juga akan datang. Dia memahami hakikat tersebut, semuanya datang dengan keizinan Allah.

Lebih menarik berkenaan buku ini adalah, beliau (Ibnul Qayyim) tidak hanya memperbahaskan berkenaan persoalan taqwa, tetapi juga dia membawakan bentuk penulisan yang agak global dan universal. Di mana di antara yang turut dibahaskan adalah seperti Tafsir al-Qur’an, Tafsir hadis, perkataan-perkataan para ulama, sifat orang-orang zuhud, prinsip-prinsip keimanan di dalam kehidupan, cara menyucikan jiwa, suluk, dan pelbagai lagi. Melalui tulisan di dalam kitabnya ini juga kita akan dapat melihat betapa mendalamnya penguasaan beliau terhadap ilmu.

Total Pages:
270

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:

Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Thursday, April 9, 2009

115 - Bantal Panas / Warm Pillow (Tuam Untuk Anak Kecil)

Bantal Panas / Warm Pillow (Tuam Untuk Anak Kecil)

Non-Book Product:
Electro Magnet Health Warmer (Bantal Panas)

Description:

Re-Chargeable electro-magnetic warmer (Tuam untuk anak kecil) produced by latest developed plastic materials. It is a safe and convenience new high-Tech healthy product for all ages.

Special Designed:

1 - Double intelligent temperature safe control.

2 – Over heat auto cyt indication light.

3 – The fast charging require 8-18min only. Warming 6-10 hours.

Features:

1 – Automatic keep warm function. After fully re-chargeing, it can reach to 70-75 degree and will stop the power automatically to avoid to high temperature and protect the skin.

2 – Keep the hands warm and ease pain, soothing toothache, earache, sinus problems, arthritis, headaches, back/neck chilblain. Also good for menstruation and frostbite.

3 – It warm fast and lasting. After charging for 8-18 minutes, it can warm hand for 6-8 hours and warm quit for 8-10 hours.

Price:
Our price is low as RM55.

SUITABLE GIFT TO SHARE YOUR WARM LOVE FOR PATIENT AND SENIOR CITIZEN

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.


Kegunaan:

Sebagai tuam. Sebagai alternatif kepada tunku.Bantal Panas adalah sebuah bantal seperti hot water bag, tapi utk hot water bag kita perlu isi air panas dan tuam /tunku pada tempat yg lenguh atau sakit.Bantal panas tak perlu di isi dgn air panas, cuma charge selama 8 minit,selepas lampu indicator terpadam, bantal panas boleh terus digunakan.Ia amat sesuai di gunakan untuk wanita yg baru bersalin, tidak perlu lagibakar batu Sungai utk bertunku. Sesuai juga utk badan yang sakit2 atau lenguh2.


Payment:

Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.