Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, December 30, 2009

207 - Fadhilah Selawat Kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Fadhilah Selawat Kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Title:
Fadhilah Selawat Kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Author:
Mubarak B. Mahfudh Bamuallim

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM20

Weight:
380g

Description:

Berselawat ke atas Nabi adalah salah satu ibadah yang disyari'atkan oleh Allah subhanahu wa Ta'ala melalui dalil al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi-Nya. Ini antaranya sebagaimana dalam salah satu firman-Nya:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab, 33: 56)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani rahimahullah mengatakan:

Makna selawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah pengagungan terhadap beliau. Maka, apabila kita mengucapkan:

“Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad”:

Maksudnya adalah agungkanlah beliau dan muliakanlah beliau di dunia dengan meninggikan namanya, memenangkan agamanya, dan mengekalkan syari’atnya. Muliakanlah beliau di akhirat dengan melipat-gandakan pahalanya, mengizinkannya untuk memberi syafa’at kepada umatnya, serta menampakkan fadhilatnya dengan memberikannya “al-Maqam al-Mahmud” (kedudukan dan tempat yang terpuji).

Dan atas sebab inilah, Allah berfirman (maksudnya):

“Berselawatlah kamu ke atasnya...” bermakna:

Mohonlah kepada Rabb kamu untuk mengagungkan dan memuliakan beliau. (Rujuk: Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 11/156)

Sebenarnya banyak sekali keutamaan dan fadhilat bagi sesiapa yang berselawat ke atas Nabi-Nya.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam berkata:

“Telah datang kepadaku (malaikat) dari Tuhan-ku, ia berkata:

“Sesiapa dari kalangan umatmu yang berselawat kepada engkau satu kali, nescaya Allah mencatat baginya sepuluh kebaikan, menghapuskan darinya sepuluh keburukkan (dosa), mengangkat baginya sepuluh darjat/kemuliaan, dan membalas kepadanya sebagaimana selawat tersebut.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 16352)

Cuma sayang, amalan ini banyak dilupakan oleh ramai orang pada hari ini. Manakala ada sebahagian lain, yang sungguh-sungguh dalam berselawat, tetapi mereka berlebih-lebihan pula dalam mengamalkannya. Bahkan ada yang berselawat tanpa ilmu sehingga amalan selawat itu menjadi semberono tidak keruan. Sehingga ada pula yang berselawat dengan selawat-selawat yang entah tidak diketahui dari mana datangnya sehingga awalnya ia menginginkan kebaikan, tetapi sebaliknya akhirnya menatijahkan kebid'ahan dan malah kesyirikan serta kesesatan.

Inilah antara yang berlaku kepada pengamal-pengamal selawat dari kalangan tarekat, tasawuf dan sufi. Mereka mereka-reka cipta selawat gaya baru meninggalkan sunnah-sunnah selawat yang diajarkan oleh Nabi. Ini jugalah yang berlaku kepada para pengamal selawat-selawat dari bentuk-bentuk selawat gaya baru seperti selawat nariyah dan selawat syifa'. Malah ada pula yang berselawat tetapi tidak melatakkan amalan selawat itu pada tempatnya. Sehingga mereka mengkhusus-khususkan amalan selawat yang asalnya berbentuk umum pada tempat-tempat yang tidak pernah dikhususkan oleh sunnah. Seperti contohnya ketika hendak minum mereka berselawat 3 kali, ketika hendak makan ubat mereka berselawat, dan seumpaamnya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Maka dari itulah, buku ini pun disusun yang sebenarnya berusaha menjelaskan hakikat selawat yang sebenar sebagaimana yang ditunjukkan oleh Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, kemudian yang diamalkan oleh generasi terbaik dari kalangan sahabat-sahabat beliau ridhwanullah 'alaihim ajma'in. Maka, fahamilah hakikat selawat ke atas nabi dengan cara yang benar, maksudnya yang benar, dan keutamaan-keutamaannya yang sahih sebagaimana terdapat dalam hadis-hadis nabi yang banyak. Iaitu bukan yang diada-adakan oleh golongan tidak bertanggungjawab dari kalangan pemanipulasi agama akhir zaman demi keuntungan dunia yang sedikit dan pencari kesesatan.

Buku ini ditulis/disusun oleh Ustaz Mubarak Mahfudh Bamuallim. Ia membahaskan sekitar tajuk-tajuk utama seperti:

1 - Fadhilat-fadhilat selawat kepada Nabi.

2 - Perintah/anjuran/sunnah Berselawat.

3 - Makna/definisi selawat dan salam/taslim.

4 - Kerugian orang-orang yang tidak berselawat.

5 - Tatacara berselawat berpandukan hadis-hadis yang sahih.

6 - Intipati selawat.

7 - Selawat ketika bertasyahhud.

8 - Waktu-waktu dianjurkan berselawat.

9 - Manfaat/ganjaran apabila berselawat.

10 - Selawat-selawat yang bid'ah dan syirik.

11 - Hadis-hadis dha'if dalam persoalan selawat.

12 - Penjernihan hadis dan kepercayaan kepada Nur Muhammad.

Semuanya dibahaskan berpandukan dalil-dalil dari al-Qur'an dan as-Sunnah dan kefahaman para ulama Salaf. Insya-Allah.

Total Pages:
186

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

206 - Mendidik Anak Bersama Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Mendidik Anak Bersama Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Title:
Mendidik Anak Bersama Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Author:
Muhammad Suwaid

Publisher:
Pustaka Arafah

Price:
RM90 (Hard Cover)

Weight:
800g

Description:

Gejala moral dan akhlak anak-anak semakin meruncing pada zaman ini. Ramai ibu bapa yang semakin bimbang dan risau terhadap persoalan Aqidah, peribadatan, dan akhlak anak-anak. Dari satu sudut, dilihat kaedah pendidikan anak-anak sebenarnya memainkan peranan penting dalam persoalan ini. Pendidikan awal anak-anak oleh ibu bapa merupakan input awal bagi menghasilkan output terbaik pada kemudian hari. Dari sudut itulah, bagaimanakah sebenarnya kaedah/methode yang terbaik bagi tujuan mendidik anak-anak? Maka, buku ini tampil sebagai salah satu buku yang memberi garis panduan dalam persoalan mendidika anak berpandukan tatacara Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan para salaf. Buku ini mempersembahkan susunan perbahasan berpandukan dalil-dalil yang kukuh dari al-Qur'an mahu pun as-Sunnah. Disertakan dengan kefahaman para ulama generasi awal dari para sahabat tabi'in, dan seterusnya. Turut disertakan juga atsar-atsar (perkataan para sahabat/tabi'in) yang berkaitan dalam perkara ini. Demikianlah, anda lihat sendiri kandungannya dan hasilnya...

Total Pages:
410

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

205 - Sunnah-sunnah Yang Dilupakan

Sunnah-sunnah Yang Dilupakan

Title:
Sunnah-sunnah Yang Dilupakan
Judul Asli ('Arab): al-Washiyyatu bi Ba'dhis Sunnan Syibhil Mansiyyath

Author:
Haifa' Binti 'Abdullah ar-Rasyid

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM34

Weight:
400g

Description:

Buku ini membahaskan sebahagian dari sekian banyak sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang telah ditinggalkan oleh majoriti umat Islam, atau sebahagian dari mereka, atau sebahagian lain yang mula melupakan/meninggalkannya. Penulis buku ini, cuba mengumpulkan dan menghimpunkan sebahagian (beberapa) amalan-amalan sunnah dengan berpandukan dalil-dalil serta keutamaannya. Ini adalah sebagai nasihat dan motivasi kepada masyarakat umat Islam supaya kembali menghidupkan sunnah-sunnah tersebut. Buku ini sangat membantu kita secara umumnya di dalam usaha untuk mempraktikkan saranan-saranan Rasulullah... Dari sebuah hadis (maksudnya): Sesiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, sehingga manusia mengamalkannya, maka dia akan mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang-orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi). Di antara yang dibahaskan adalah: 1 - Sunnah-sunnah dalam bersuci seperti istinsyaq dan berkumur-kumur. 2 - Sunnah-sunnah dalam mandi junub. 3 - Sunnah-sunnah dalam Siwak, Adzan, Solat, seperti meletakkan sutrah dan merapatkan saf dalam berjama'ah. 4 - Berdoa di dalam/selepas solat. 5 - Sunnah di dalam solah Nafilah. 6 - Sunnah dalam musafir. 7 - Sunnah ketika haru Juma'at. 8 - Sunnah ketika membaca al-Qur'an. 9 - Sunnah di ketika haji/umrah. 10 - Sunnah dalam persoalan memberi/menjawab salam danmeminta izin. 11 - Sunnah dalam tidur/bangun tidur. 12 - Sunnah dalam perhubungan/mu'amalah/adab. 13 - dan banyak lagi yang lainnya.

Total Pages:
377

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

204 - Adabul Mufrad (Kumpulan Hadis-hadis Akhlak)

Adabul Mufrad (Kumpulan Hadis-hadis Akhlak)

Title:
Adabul Mufrad (Kumpulan Hadis-hadis Akhlak)

Author:
- Imam al-Bukhari -
Takhrij hadis disediakan oleh Farid 'abdul Aziz al-Jundi dari penilaian ulama hadis silam dan masa kini di bahagian footnote (nota kaki) setiap hadis.

Publisher:
Pustaka al-Kautsar

Price:
RM54

Weight:
500g

Description:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam diutus Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada seluruh umat manusia untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Kehadirannya di tengah-tengah mereka sentiasa membawa contoh yang terbaik untuk diteladani. Dari diri Rasulullah: Bangun dan tidurnya, diam dan perbualannya, serta senyum dan marahnya, semua itu tersirat pelajaran yang sangat mendalam yang berbau wangian kemuliaan.

Buku ini merupakan himpunan dari ribuan hadis-hadis berkaitan akhlak yang disusun oleh penulisnya (Imam al-Bukhari). Di antara keistimewaan buku ini adalah status hadis-hadisnya yang telah dijelaskan darjat kesahihannya.

Total Pages:
410

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Monday, December 28, 2009

203 - Fatwa Panduan Solat

Fatwa Panduan Solat

Title:
Fatwa Panduan Solat
(3 Ulama Saudi Arabia)

Author:
Selenggaraan Ust. Abu Ruwais asy-Syubrawi

Publisher:
Karya Bestari

Price:
RM18

Weight:
500g

Description:

SOLAT adalah ibadah dan tiang agama paling penting. Meninggalkan solat seolah-olah seorang Muslim itu meninggalkan agamanya. Muslim sejati wajib menghampirkan diri kepada TUHANnya. Ini kerana, saat paling hampir seorang hamba dengan TUHANnya adalah ketika solat. Oleh itu, Muslim sejati wajib mengetahui hukum-hakam berkaitan ibadah paling istimewa ini agar dapat melakukannya dengan sempurna ketika berada di hadapan TUHANnya. Sabda Nabi s.a.w:

“Solatlah kamu sepertimana kamu telah melihat aku mengerjakan solat.” – Hadis riwayat al-Bukhari dan Ahmad.Selain itu, solat yang tidak sempurna rukun dan syaratnya mungkin tidak diterima atau hanya mendapat beberapa bahagian pahala mengikut perkiraan ALLAH. Ini bermakna, kita tidak boleh melakukannya menurut kehendak nafsu semata-mata tanpa ilmu yang sahih dan tepat berkaitan solat. Pada hari ini, kebanyakan umat Islam banyak melakukan kesilapan dalam solat disebabkan kejahilan. Namun, sebahagian mereka masih lagi ego dan memandang remeh perkara ini. Akhirnya, solat itu sendiri tidak mampu mengubah mereka menjadi Muslim sejati. Paling merugikan sekiranya solat itu langsung tidak dinilai oleh ALLAH.Semoga buku ‘Fatwa Panduan Solat’ yang dilengkapi dalil daripada al-Quran, hadis dan pendapat ulama terkemuka ini mampu menyelesaikan segala persoalan dan memberi manfaat kepada seluruh umat Islam.

Total Pages:
410

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

202 - Tanya Jawab Masalah Nikah Dari A Sampai Z

Tanya Jawab Masalah Nikah Dari A Sampai Z

Title:
Tanya Jawab Masalah Nikah Dari A Sampai Z

Author:
Syaikh Musthafa al-'Adawi

Publisher:
Media Hidayah

Price:
RM23

Weight:
300g

Description:

Buku ini adalah terjamahan dari Kitab asal berjudul Ahkamun Nikah wa az-Zifaf. Karya Abu 'Abdillah Mushthofa B. al-'Adawi. Buku ini membahaskan persoalan nikah dan pelbagai masalah yang berkaitan dengannya dalam bentuk soal jawab. Antara yang dibahaskan adalah Tentang:

1 - Siapa Mahram, 2 - Anjuran dan hukum Nikah, 3 - Pernikahan dengan Ahli Kitab, 4 - Poligami, 5 - Nikah Mut'ah, 6 - Persoalan gadis dan janda, 7 - Persoalan calun suami/isteri, 8 - Lamaran, 9 - Menolak pinangan, 10 - Perantara/Orang tengah, 11 - Melihat wanita, 12 - Maskahwin, 13 - Pemberian nafkah, 14 - Khutbah nikah, 15 - Walimah, 16 - Doa untuk mempelai, 17 - Jimak dan persetubuhan, 18 - Hadiah perkahwinan, 19 - Pelbagai persoalan suami/isteri, 20 - Pertelingkahan rumahtangga, 21 - Bersia-siar bersama pasangan (suami/isteri). dan banyak lagi yang lain.

Total Pages:
368

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

201 - Bagaimana Para Salaf Mencari Nafkah

Bagaimana Para Salaf Mencari Nafkah

Title:
Bagaimana Para Salaf Mencari Nafkah

Author:
'Abdul Malik al-Qosim

Publisher:
al-Qowam

Price:
RM8

Weight:
kurang 100g

Description:

Setiap muslim bertanggungjawab terhadap keluarganya, wajib bekerja untuk menafkahi dirinya sendiri dan orang-orang yang berada di dalam jagaannya. Dan Islam sangat mengambil berat persoalan ini, dengan sebab itulah ia meletakkannya sebagai salah satu bentuk amal soleh. Buku ini membawakan konsep Islam di dalam usaha mencari nafkah tersebut. Melalui contoh dan tauladan dari para salaf yang bersumberkan al-Qur'an dan as-Sunnah. Dengan harapan supaya kita mampu menilai dan menganalisa kehidupan generasi awal berbanding diri kita. Adakah kita cara yang kita tempuhi di dalam usaha pencarian nafkah menepati kehendak Islam atau sebaliknya. Bagaimanakah kedudukan di antara nafkah, keperluan, pekerjaan, mengejar kekayaan, dan kemewahan? InsyaAllah, buku ini mampu memberi jawabannya.

Total Pages:
230

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

200 - Hudud, Hukum & Perlaksanaannya

Hudud, Hukum & Perlaksanaannya

Title:
Hudud, Hukum & Perlaksanaannya

Author:
Prof. Madya Datin Dr. Paizah Ismail

Publisher:
Karya Bestari

Price:
RM18

Weight:
500g

Description:

Buku ini membincangkan beberapa aspek hudud sebagai langkah yang perlu dinilai. Ia merangkumi asas-asas hukum hudud yang terdapat di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah. Juga tidak dilupakan adalah corak penafsiran kalangan ulama fiqh serta kepelbagaian pendapat berkaitan dengannya. Turut dianalisa adalah beberapa perbezaan pendapat yang berlaku di kalangan para tokoh tanah air dari kalangan agamawan dan tokoh politik.

Total Pages:
461

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Tuesday, December 22, 2009

199 - Syarah al-Asma'ul Husna

Syarah al-Asma'ul Husna

Title:
Syarah al-Asma'ul Husna

Author:
Syaikh Dr. Sa'id B. 'Ali B. Wahf al-Qahthani

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM27

Weight:
500g

Description:

Buku ini tampil menjelaskan dan memberi penerangan berkenaan nama-nama Allah yang terdapat di dalam al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Total Pages:
230

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

198 - Sabun susu Kambing Lamia

Sabun Susu Kambing Lamia

Product:
Sabun Susu Kambing Lamia

Author:
Lamia (Produk Bumiputera)

Publisher:
Lamia (Kedah)

Price:
RM13 (Satu pakej (4 Biji/buku Sabun))

Weight:
500g

Description:

Sabun susu Kambing, keluaran bumiputera, berpusat di KEdah Darul Aman. Berjenama Lamia. Untuk kecantikkan kulit. Di antara khasiatnya adalah (sebagaimana disenaraikan): 1 - Membantu merawat masalah jerawat dan jeragat, 2 - Melicin dan menegangkan kulit, 3 - Membantu mengurangkan bintik-bintik hitam, 4 - Menambahkan keserian dan kelembutan kulit.

Jumlah/Kuantiti:
4 Buku Sabun bagi setiap pakej

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Monday, December 21, 2009

197 - Sirah Nabawiyah

Sirah Nabawiyah (Tajuk asal (Arab): Raheeq Maktum...)

Title:
Sirah Nabawiyah
(Raheeq Makhtum)

Author:
Syaikh Syafiyurrahman al-Mubarakfuri
Kata pengantar oleh Syaikh Muhammad Ali al-Harakan

Publisher:
Pustaka al-Kautsar

Price:
RM40

Weight:
500g

Description:

Membaca sirah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bukanlah sekadar bahan bacaan dan untuk mendapatkan informasi berkenaan Rasulullah, tetapi lebih dari itu semua. Iaitu bertujuan untuk meneladani sifat dan tatacara kehidupan beliau dalam segala hal, mengambil ‘Ibrah (iktibar/pelajaran) darinya dan menerapkannya dalam kehidupan seharian kita.Buku ini merupakan salah satu rujukan yang tidak kurang pentingnya bagi tujuan meneliti hal yang dimaksudkan. Di dalamnya mengandungi kupasan yang menarik berkenaan sekitar sejarah kehidupan bangsa arab, kehidupan agama, sosial, budaya, politik, ekonomi, geografi, suku kaumnya, dan beberapa kerajaan yang wujud ketika itu. Turut dipaparkan juga adalah sekitar latar belakang kehidupan Rasulullah s.a.w. secara lengkap dan terperinci kemudian ditutup dengan paparan detik-detik terakhir kehidupan beliau serta gambaran sifat dan budi pekerti beliau.. (Untuk edisi terbitan yang lain, Darul Haq: Klik)

Total Pages:
750

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

196 - Tabarruk, Memburu Berkah Sepanjang Masa

Tabarruk, Memburu Berkah Sepanjang Masa di Seluruh Dunia Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah

Title:
Tabarruk, Memburu Berkah Sepanjang Masa di Seluruh Dunia
Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah

Author:
Dr. Nashir B. 'Abdurrahman B. Muhammad al-Juda'i
Kata pengantar oleh Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman al-Jibreen

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM72

Weight:
1.2kg

Description:

Buku ini membahaskan kepelbagaian bentuk keberkahan yang terdapat di dalam pelbagai perkara. Seperti keberkahan yang terdapat melalui al-Qur'an al-Karim, keberkahan dengan berzikir, keberkahan barang-barang peninggalan Nabi, keberkahan yang terdapat pada pohon-pohon tertentu, keberkahan Bulan Ramadhan, keberkahan air susu, kuda, kambing, hajarul Aswad, pohon kurma, air zam-zam, tiga masjid, dan pelbagai lagi. Persoalannya, sejauh manakah setiap perkara/benda itu memiliki keberkahan. Bagaimanakah cara yang tepat menurut al-Qur'an dan as-Sunnah bagi meraih setiap kerbekahan tersebut. Turut dibahaskan adalah sekitar persoalan tabarruk yang membawa kesyirikkan dan bid'ah, seperti mengambil berkah di makam para wali, pokok, batu, dan seumpamanya.

Total Pages:
667

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

195 - 34 Benteng Penangkal Syaitan

34 Benteng Penangkal Syaitan

Title:
34 Benteng Penangkal Syaitan

Author:
Abdul Hadi B. Hasan Wahbi

Publisher:
Pustaka Darul Ilmi

Price:
RM26

Weight:
350g

Description:

Syaitan adalah makhluk Allah dari kalangan jin yang diciptakan dari api. Manakala Iblis adalah salah satu nama dari kalangan syaitan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya...” (Surah al-Kahfi, 18: 50)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyatakan:

خُلِقَتْ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُورٍ وَخُلِقَ الْجَانُّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ وَخُلِقَ آدَمُ مِمَّا وُصِفَ لَكُمْ

“Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyalaan api dan Adam (manusia) diciptakan dari apa yang telah dijelaskan kepada kamu.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2996)

Detik mula kesesatan syaitan adalah apabila ia takbur lagi ujub dengan penciptaan dirinya, mempertikaikan perintah Allah dengan mendahulukan logik, menghina ciptaan Allah, serta ingkar dengan kebenaran dan enggan sujud kepada Adam. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا لَكَ أَلا تَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ

قَالَ لَمْ أَكُنْ لأسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ

Allah berkata kepada Iblis, “Wahai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama-sama mereka yang sujud itu?” Iblis menjawab, “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk.” (Surah al-Hijr, 15: 32-33)

Syaitan merupakan tentera Iblis yang sesat lagi menyesatkan. Bahkan ia adalah makhluk yang dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga hari kiamat serta akan dihumban ke dalam jahannam bersama-sama para pengikutnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan:

قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ

وَإِنَّ عَلَيْكَ اللَّعْنَةَ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ

قَالَ رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ

إِلَى يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأرْضِ وَلأغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

Allah berkata (kepada Iblis), “Keluarlah dari Syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah terkutuk. Dan sesungguhnya laknat ke atas engkau tetap akan menimpa sehingga hari kiamat.” Iblis menjawab, “Ya Tuhan-ku, maka berilah tangguh kepadaku sehingga hari kebangkitan.” Allah berfirman, Maka engkau termasuk yang diberi tangguh sehingga ke suatu waktu yang telah ditentukan.” Iblis berkata, “Wahai Tuhanku, disebabkan Engkau telah memutuskan bahawa aku ini sesat, maka aku berjanji akan memperindahkan (segala bentuk kemungkaran) kepada Adam dan keturunannya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.” (Surah al-Hijr, 15: 34-39)

Di ayat yang lain Allah Subhanahu wa Ta’ala berkata kepada Iblis:

اذْهَبْ فَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ فَإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَاؤُكُمْ جَزَاءً مَوْفُورًا

وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُمْ بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِمْ بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِي الأمْوَالِ وَالأولادِ وَعِدْهُمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلا غُرُورًا

“Pergilah! Kemudian sesiapa yang mengikuti engkau dari kalangan mereka, maka sesungguhnya neraka jahannamlah balasan untuk kamu semua sebagai balasan yang mencukupi. Desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu, dan kerahkanlah para pendukung kamu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka. Dan bersama-samalah dengan mereka dalam urusan harta dan anak-anak, dan berikanlah janji kepada mereka.” Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu-daya semata-mata. (Surah al-Isra’, 17: 63-64)

Demikian serba ringkas petikan penjelasan kesesatan syaitan dan janji mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk menyesatkan manusia ke lembah kesyirikan. Hanya mereka yang mukhlis (ikhlas) akan mendapat perlindungan dan jaminan Allah dari ancaman jerat-jerat syaitan.

Selain syaitan dari kalangan jin secara hakiki, syaitan juga wujud dalam kalangan manusia dari sudut sifat. Iaitu sifat menghasut manusia kepada kejahatan dengan perkataan-perkataan indah yang memperdaya. Serta dengan cara mengada-adakan sesuatu (dalam agama) yang kelihatan indah supaya orang tertarik lalu menjadi sesat. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الإنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu manusia. Jika Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.” (Surah al-An’am, 6: 112)

Permusuhan dan Tipu-Daya Syaitan

Atas sebab hikmah Allah Subhanahu wa Ta’ala, Dia telah pun memberikan kamampuan dan kekuasaan untuk Syaitan dalam memerangi manusia. Pelbagai keupayaan, pengalaman, dan semangat telah diberikan untuk Syaitan dalam usaha menyesatkan manusia dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Walaupun demikian, Allah tidak membiarkan Syaitan berleluasa dalam permusuhannya terhadap manusia begitu sahaja. Atas rahmat dan kasih-sayang Allah Subhanahu wa Ta’ala, Dia telah menurunkan petunjuk-Nya untuk orang-orang yang beriman dalam berhadapan bala tentera Iblis. Dari itu, tidaklah seharusnya manusia terleka dari perkara ini dan tidak mengambil tahu walaupun sedikit. Sebaliknya, berbahagialah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk tersebut dan dia pun selamat.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

“Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka anggaplah ia sebagai musuh. Sesungguhnya para syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni as-Sa’iir (Neraka yang menyala-nyala).” (Surah Fathir, 35: 6)

Dari ayat ini seharusnya kita memahami bahawa perintah menjadikan Syaitan sebagai musuh adalah termasuk kewajiban sehingga kita mampu memerangi dan mengalahkannya. Dan bahawasanya Syaitan adalah musuh yang nyata dan tidak pernah mengenal erti penat dan putus-asa dalam memusuhi manusia. Oleh itu, janganlah sampai kita ditipu dan diperdayakan oleh Syaitan walau bagaimana keadaannya sekalipun.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

“Wahai anak keturunan Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari Syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya Syaitan dan para pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak mampu melihatnya. Sesungguhnya Kami telah menjadikan para Syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah al-A’raaf, 7: 22)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ قَالَ: وَعِزَّتِكَ يَا رَبِّ، لَا أَبْرَحُ أُغْوِي عِبَادَكَ مَا دَامَتْ أَرْوَاحُهُمْ فِي أَجْسَادِهِمْ، قَالَ الرَّبُّ: وَعِزَّتِي وَجَلَالِي لَا أَزَالُ أَغْفِرُ لَهُمْ مَا اسْتَغْفَرُونِي

“Sesungguhnya Syaitan berkata, “Demi kemuliaan Engkau wahai Rabb, aku akan terus menyesatkan para hamba-Mu selagi ruh-ruh mereka masih berada di dalam jasad mereka.” Maka Allah menjawab:

“Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku akan terus memberikan keampunan kepada mereka selagi mana mereka terus memohon keampunan kepada Aku.” (Musnad Ahmad, no. 11237. Dinilai hasan oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَحْضُرُ أَحَدَكُمْ عِنْدَ كُلِّ شَيْءٍ مِنْ شَأْنِهِ، حَتَّى يَحْضُرَهُ عِنْدَ طَعَامِهِ، فَإِذَا سَقَطَتْ مِنْ أَحَدِكُمُ اللُّقْمَةُ، فَلْيُمِطْ مَا كَانَ بِهَا مِنْ أَذًى، ثُمَّ لِيَأْكُلْهَا، وَلَا يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ

“Sesungguhnya Syaitan mendatangi salah seorang dari kalian di setiap urusannya, sampai-sampai dia mendatangi ketika makan. Oleh itu, apabila ada makanan salah seorang di antara kamu yang terjatuh, hendaklah dia mengambilnya serta membersihkannya dari kotoran lalu memakannya, dan janganlah dia membiarkannya untuk Syaitan...” (Shahih Muslim, no. 2033)

Dari itu, hendaklah kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada dari ancaman dan tipu-daya Syaitan yang terkutuk. Maka buku ini insyaAllah membimbing kita membuat benteng-benteng yang teguh dalam menghadapi serangan dan ancaman golongan Syaitan. Setiap asas-asas benteng yang dikemukakan oleh buku ini semuanya ditegakkan hujah-hujahnya berdasarkan dalil-dalil al-Qur'an, hadis-hadis yang sahih, dan sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang benar. Jadi, ayuh sama-sama kita teliti, baca, pelajari, dan amalkan. Agar Syaitan tidak mudah, atau tidak mampu lagi memperdayakan kita. InsyaAllah.

Total Pages:
261

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

194 - Menjadi Pengantin Sepanjang Masa

Menjadi Pengantin Sepanjang Masa

Title:
Menjadi Pengantin Sepanjang Masa

Author:
Syaikh Fuad Shalih

Publisher:
Aqwam

Price:
40

Weight:
620g

Description:

Sebuah pernikahan, ia bakal menyingkap tabir rahsia. Suami perlu memahami bahawa seseorang isteri yang dinikahi tidaklah semulia Khadijah, setakwa 'Aisyah, atau secantik Zulaikha. Dia hanyalah wanita akhir zaman yang memiliki cita-cita menjadi seorang solehah. Dan seorang isteri, dia perlu memahami bahawa sang suami bukanlah seorang Nabi. Mungkin tidak segagah Musa, atau tidak juga setampan Yusuf. Dia hanya seorang lelaki akhir zaman yang bercita-cita untuk memiliki zuriat yang soleh-solehah. Buku ini ditulis oleh Syaikh Fuad sebagai bekalan dan persiapan peribadi seseorang yang hendak bernikah. Atau sepasang suami/isteri yang baru bermula melangkah ke alam rumah-tangga. Buku ini berusaha membantu anda mengharungi bahtera pernikahan dengan mawaddah (kasih-sayang), keluarga yang harmoni, sakinah (dipenuhi ketenangan), dah rahmah (dipenuhi rahmat Allah).

Total Pages:
416

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Saturday, December 19, 2009

193 - Madu Asli Hutan Riau (Madu Pokok Tualang/Sialang)

Madu Asli Hutan Riau (Madu Pokok Tualang/Sialang)

Product:
Madu Asli Hutan Riau (Madu Pokok Tualang/Sialang)

Author:
Lebah Hutan Pokok Tualang/Sialang

Publisher:
Hutan Riau Indonesia

Price:
RM70 (Sebotol (1.3kg)

Weight:
1.3kg

Description:

Madu asli ini diperolehi dari kumpulan lebah-lebah hutan Riau, Indonesia. Dikumpulkan oleh sahabat-sahabat dari indonesia yang banyak masuk ke hutan untuk mengutip hasil-hasil hutan. Seperti yang kita maklum dan ketahui, hutan-hutan di Indonesia masih sangat terjaga keasliannya. Berbeza dengan keadaan di Malaysia. Madu-madu ini dihasilkan oleh lebah-lebah liar yang mengutip bahan-bahan/material hutan secara asli lagi natural. Bunga-bunga dan pohon-pohon hutannya masih sangat tulen dan terhindar dari pencerobohan tangan-tangan manusia. Madu ini dijamin asli. Sekiranya anda tidak berpuas hati, setelah anda melakukan ujikaji atau kajian makmal, duit anda akan dipulangkan 2 kali-ganda, insyaAllah... Rasalah sendiri keasliannya. Anda boleh membelinya secara pos atau datang sendiri berjumpa kami di Shah Alam.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

192 - Syarah Riyadhus Shalihin

Syarah Riyadhush Solihin

Title:
Syarah Riyadhush Shalihin

Author:
Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM410
(Kos Pos Sekitar Semananjung, Tambah RM20)

Weight:
10kg

Description:

Kitab "Syarah Riyadhush Shalihin" merupakan terjemahan dari kitab asalnya yang berjudul: Bahjatun Naazhiriin fi syarhi Riyaadhish Shaalihiin yang ditulis oleh Syaikh Salim bin 'led al-Hilali.

Risalah ini merupakan salah satu usaha menyebar-luaskan sebuah karya besar dibidang hadis Nabawi yang sangat terkenal di kalangan kaum Muslimin, yang banyak tersebar di mana-mana dan banyak dikutip kandungan ilmunya, iaitu kitab berjudul: Riyaadhush Shaalihiin min Kalaami Sayyidil Mursaliin, karya Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) atau lebih dikenali dengan nama singkat "Imam an-Nawawi".

Penulis sengaja mensyarah (memberi penjelasan) kitab ini disebabkan besarnya manfaat yang terdapat di dalamnya bagi umat Islam, khususnya bagi mereka yang istiqamah berusaha mencapai kesempuraan 'ubudiyyah (penghambaan diri kepada Allah Ta'ala). Buku ini memuatkan hadis-hadis berkaitan manhaj, aqidah, adab-adab, akhlak, fadhilat-fadhilat waktu dan amal perbuatan, etika secara lahir dan batin, mencakupi hukum-hukum halal dan haram, penyampaian khabar gembira dan ancaman, serta adab para saalikin, iaitu orang-orang yang sentiasa menuju (mengharap) keredhaan Rabb-nya. Penjelasan yang dibawakan oleh penulis begitu mudah untuk difahami kerana beliau membentangkannya dalam bentuk point demi point dan kesimpulan.

Ciri istimewa bagi set Syarah Syaikh Salim 'Ied al-Hilali ini adalah penjelasan dan huraian hadis-hadisnya disampaikan dalam bentuk point demi point sehingga amat membantu kita ketika membaca dan memahaminya.

Total Pages:
5 Jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

191 - Ensiklopedi Fiqih Praktis

Ensiklopedi Fiqih Praktis
Menurut al-Qur'an & as-Sunnah

Title:
Ensiklopedi Fiqih Praktis

Author:
Syaikh Husain bin ‘Audah al-‘Awaisyah

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM280 (3 Jilid)

Weight:
7kg (3 Jilid)

Description:

Begitu banyak buku-buku fiqh yang telah disusun oleh para ulama dan diterbitkan di pelbagai belahan dunia Islam. Namun, tidak banyak yang melakukan penyampaian secara ringkas dan padat. Sebahagian besarnya ditulis dengan panjang lebar dan berjilid-jilid tebal sehingga memenatkan dan menyukarkan para pembaca untuk melakukan semakan terhadap tajuk-tajuk tertentu (atau persoalan berkaitan) yang dicari. Belum lagi perbahasan perbandingan mazhab sebahagian penulis yang begitu panjang berjela yang seringkali mewarnai sepanjang pembahasan buku berkonsep seperti ini (secara umumnya).

Buku Ensiklopedi Fiqih Praktis yang ditulis oleh Syaikh Husain bin ‘Audah al-‘Awaisyah ini membentangkan perbahasan fiqih secara ringkas dan padat, serta berusaha membebaskan diri dari keterikatan bentuk-bentuk fiqih yang berorientasi kepada mazhab tertentu, dengan mengembalikan dasar-dasar hukumnya hanya kepada al-Qur'an dan as-Sunnah serta pendapat-pendapat ulama yang sejalan dengan al-Qur'an dan as-Sunnah sebagai penguat. Itulah salah satu kelebihan yang terdapat pada buku ini.

Di antara keistimewaan lainnya, hadis-hadis yang dijadikan hujjah (acuan) dalam buku ini berstatus sahih atau hasan menurut penilaian/takhrij Syaikh al-Albani rahimahullah, seorang ilmuan hadis abad ini, sehingga mampu menenangkan para pembaca. Dan, buku ini wajar (sangat baik) dijadikan rujukan fiqih mutakhir kerana mencakupi asas-asas perbahasan fiqih yang wajib diketahui oleh setiap individu.

Termasuk isi kandungannya adalah kupasan lengkap thaharah (bersuci), solat dan kepelbagaiannya, zakat dan jenis-jenisnya, puasa dan hukum hakamnya, pengurusan jenazah dan sunnah-sunnahnya, perlaksanaan haji dan umrah, perbahasan nikah, talak, hal-ehwal hukum hudud, jinayat, diyat, qasaamah (sumpah), qadzaf, sampailah kepada hukum perundangan ta'zir.

Total Pages:
Jilid pertama: 744 m/s.
Jilid kedua: 766 m/s.
Jilid ketiga: 756m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

190 - Syaikh Al-Albani Dihujat

Syaikh Al-Albani Dihujat

Title:
Syaikh Al-Albani Dihujat
(Risalah Pembelaan Atas Tuduhan dan Hujatan KH. Ali Mustafa Yaqub)

Author:
Abu Ubaidah Yusuf B. Mukhtar as-Sidawi

Publisher:
Salwa Press

Price:
22

Weight:
200

Description:

Buku ini adalah sebuah jawaban terhadap tuduhan-tuduhan dusta yang dilemparkan oleh KH. Ali Mustafa Yaqub ke atas Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah. Di antara isi kandungannya adalah: 1 - Melihat manhaj tokoh-tokoh yang mengkritik Syaikh al-Albani seperti Abdullah al-Harari al-Habsyi, Hasan as-Saqqaf, Abdullah al-Ghumari, dan beberapa yang lain, 2 - Pengiktirafan para ulama terhadap keilmuan Syaikh al-Albani, 3 - Sikap Syaikh al-Albani terhadap Kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim, 4 - Pembelaan Syaikh al-Albani terhadap para ulama Salaf, 5 - Sikap Syaikh al-Albani terhadap ijma', 6 - Ifrath dan Tafrith, 7 - Fitnah terhadap Syaikh al-Albani, 7 - Memahami kaedah takhrij Syaikh al-Albani, 8 - Benarkah Syaikh al-Albani seorang yang sombong?, 9 - Dan lain-lain lagi yang berkaitan....

Total Pages:
169

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Saturday, December 12, 2009

189 - Buku Poket Zikir Pagi & Petang

Buku Poket Zikir Pagi & Petang

Title:
Buku Poket Zikir Pagi & Petang

Author:
Syaikh Sa'id B. Wahf al-Qahthani

Publisher:
Pustaka Ibnu 'Umar

Price:
RM2.00

Weight:
Kurang 100g

Description:

Buku bersize poket yang menyenaraikan zikir-zikir yang disunnahkan untuk dibaca pada waktu pagi dan petang (al-Matsurat). Juga turut disenaraikan adalah zikir-zikir yang disunnahkan untuk dibaca/diamalkan di sebaik sahaja selesai dari solat fardhu. Setiap zikir yang disenaraikan disertakan sekali rujukannya dari sumber-sumber hadis yang sahih, insyaAllah... Buku ini sesuai untuk dibawa ke mana-mana kerana sizenya yang kecil dan mudah disimpan. Juga sesuai untuk diletakkan di ruang tamu, di atas meja-meja, di dalam bilik tidur, dan di ruang-ruang dalam kereta bagi memudahkan capaian membaca/mengamalkannya/menghafalnya. Buku kecil ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu risalah untuk hadiah, sebaran/cenderahati di majlis-majlis, dan edaran seperti di surau-surau serta kepada saudara-mara, sahabat handai, dan sesiapa sahaja yang anda rasakan baik/bermanfaat. Untuk edisi yang lain dalam size poket, boleh klik: Buku Poket

Total Pages:
48

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

188 - Kisah Para Nabi Dan Rasul

Kisah Para Nabi Dan Rasul

Title:
Kisah Para Nabi Dan Rasul

Author:
al-Hafiz Ibnu Katsir

Publisher:
Pustaka at-Tazkia

Price:
RM95

Weight:
1300g

Description:

Kitab ini adalah susunan al-Hafiz Ibnu Katsir Rahimahullah. Memaparkan kisah-kisah tentang para Nabi dan Rasul bersumberkan dari al-Qur'an dan as-Sunnah. Setiap hadis-hadis dan riwayat (atsar) yang dibawakan diberi nota kaki (takhrij hadis) dari rujukan kitab-kitab hadis milik Syaikh al-Albani rahimahullah. Semoga buku ini bermanfaat kepada anda.

Total Pages:
1203

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

187 - Jawab Tuntas Masalah Manhaj (Koleksi Fatwa Syaikh Soleh Fauzan al-Fauzan)

Jawab Tuntas Masalah Manhaj
(Koleksi Fatwa Syaikh Soleh Fauzan al-Fauzan)

Title:
Jawab Tuntas Masalah Manhaj
(Koleksi Fatwa Syaikh Soleh Fauzan al-Fauzan)
Judul Asli: al-Ajwibah al-Mufidah 'an As'ilatil Manahij al-Jadidah

Author:
Susunan Syaikh Jamal B. Furaihan
(Anak Murid Syaikh Dr. Soleh Fauzan al-Fauzan)

Publisher:
Pustaka al-Haura'

Price:
RM22

Weight:
250g

Description:

Pada zaman demi zaman, akan sentiasa muncul begitu banyak dan kepelbagaian masalah berkaitan dakwah, tarbiyah, dan segala persoalan yang berkaitan dengannya. Dari persoalan yang dianggap kecil sehinggalah kepada yang besar dan rumit. Juga yang pada pandangan mata kita mungkin nampak kecil, tetapi sebenarnya di sisi Allah sangat besar permasalahannya. Juga sehingga berlakunya penyelewengan fakta demi fakta sehingga ramainya masyarakat awam terkorban dan jauh dari ilmu yang benar. Dengan hadirnya buku ini, semoga dengan izin Allah dapat membantu dan membimbing kita sedikit sebanyak menyingkap dan merungkaikan sebahagian daripada kekusutan pelbagai permasalahan. Semoga syubhat-syubhat yang berlegar mengelabui pemikiran masyarakat mampu dipadamkan walaupun mungkin hanya sedikit. Buku ini membawakan kepada anda persoalan-persoalan dan jawaban berkaitan isu-isu manhaj yang sering menjadi pertikaian. Ia merupakan koleksi soal jawab dan fatwa oleh Syaikh Dr. Soleh B. Abdullah B. Fauzan al-Fauzan. Merupakan salah seorang ulama besar di Saudi Arabia dan merupakan anggota majlis fatwa di sana. Fatwa-fatwa beliau ini disusun semula dan dibukukan sehingga terhasilnya buku ini oleh salah seorang anak murid beliau, iaitu Syaikh Jamal B. Furaihan al-Haritsi. Beliau turut memberikan nota kaki (catatan penting) bagi kebanyakan fatwa yang dibawakan. Yang kemudiannya, himpunan dan catatan tersebut diberi semakan semula oleh Syaikh Dr. Soleh Fauzan sebelum buku ini beredar (disebarkan) kepada anda.

Di antara Fatwa-fatwa yang terdapat di dalam buku ini adalah:

1 - Nasihat kepada para penuntut ilmu.

2 - Maksud Fiqhul Waqi'.

3 - Dakwah dengan nasyid.

4 - Hukum berkelompok-kelompok.

5 - Bolehkah menyertai parti-parti politik.

6 - Manhaj dalam mengkritik.

7 - Bolehkah menggelarkan diri dengan nama salafy.

8 - Fatwa terhadap Dr. 'Aidh B. 'Abdullah al-Qarni.

9 - Manhaj menasihati pemerintah.

10 - Permasalahan kerangka pemikiran Pertubuhan Ikhwanul Muslimin dan tokoh-tokohnya.

11 - Kritikan Syaikh al-Utsaimin dan al-Albani terhadap kerangka pemikiran dan hasil tulisan Sayyid Qutub.

12 - Sekitar isu takfir (pengkafiran) oleh Sayyid Qutub kepada masyarakat awam.

13 - Hukum Solat di belakang Ahli Bid'ah.

14 - Celaan terhadap sikap fanatik mazhab.

15 - Fatwa terhadap Muhammad Surur Zainal 'Abidin.

16 - Hukum lakonan.

17 - Sekitar isu dakwah Muhammad B. 'Abdul Wahhab yang sering dipermasalahkan.

18 - Fatwa terhadap ahli Tafwidh.

19 - Adab menuntut ilmu.

20 - Perlunya mengingatkan ummat dari pemikiran dan kitab yang berbahaya.

21 - Kepentingan menuntut ilmu.

22 - Peringatan supaya menjauhi ahli Bid'ah.

23 - Fatwa terhadap Jamah Tabligh.

24 - Bahaya khawarij,

Dan banyak lagi yang lainnya...

Total Pages:
270

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

186 - Syarah Hadis Arbain (Hadis 40) Imam Nawawi

Syarah Hadis Arbain (Hadis 40) Imam Nawawi

Title:
Syarah Hadis Arbain (Hadis 40) Imam Nawawi

Author:
Imam Nawawi
Nama Penuh: al-Imam Yahya B. Syarafuddin an-Nawawi

Publisher:
Media Hidayah

Price:
RM24

Weight:
350g

Description:

Buku yang sedang anda tinjau ini adalah susunan Imam an-Nawawi rahimahullah. Dan diberi syarah (penerangan) oleh beliau sendiri. Beliau menyusun hadis-hadisnya yang berjumlah 42 buah hadis kesemuanya dan kemudian beliau memberikan penjelasan berkenaan hadis-hadis tersebut. Dan buku ini kemudiannya (pada masa ini) telah disemak semula oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin rahimahullah, seorang ulama yang terkenal dengan keilmuannya pada masa ini di Saudi Arabia. Beliau memberikan sedikit catatan (kesimpulan dan faedah-faedah) pada setiap hadis/syarahan yang dibawakan oleh al-Imam an-Nawawi. Semoga dengan beredarnya (tersebarnya) edisi terjemahan buku ini akan mampu memberi banyak manfaat kepada para pembaca dan diri kami. InsyaAllah...

Total Pages:
335

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Friday, December 4, 2009

185 - Syarah Ushulus Sunnah Imam Ahmad

Syarah Ushulus Sunnah Imam Ahmad

Title:
Syarah Ushulus Sunnah Imam Ahmad

Author:
Imam Ahmad B. Hanbal (Wafat: 241H)
Syarah: Syaikh Walid B. Muhammad Nubaih

Publisher:
Pustaka Darul Ilmi

Price:
RM18

Weight:
300g

Description:

Kitab ini adalah salah satu di antara kitab-kitab klasik yang menyentuh atau menggariskan prinsip-prinsip utama lagi asas aqidah ahli Sunnah wal-jama'ah. Memberikan gambaran penting kepada para pembaca sekitar persoalan manhaj dan aqidah. Menjadi pembeza di antara aqidah yang benar dengan aqidah yang bathil!

Ia disusun (diikrarkan) oleh Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H), salah seorang ulama besar dari jajaran imam 4 mazhab. Beliau adalah seorang ulama aqidah, ulama fiqh, dan ulama hadis yang menghafal dan menguasai jutaan hadis-hadis dalam satu masa!

Alhamdulillah, kitab beliau ini kini diterbitkan dalam bentuk bercetak dengan diberi syarah (penjelasan) oleh Syaikh Walid Muhammad Nubaih. Kitab yang amat penting untuk dimiliki setiap penuntut ilmu dan para individu ahli sunnah yang komited terhadap manhaj para ulamanya.

Kalaulah tidak dibaca dan difahami kitab-kitab karya ulama teladan ini, bagaimana akan dapat kita membezakan di antara aqidah ahli sunnah yang tulen dengan kepelbagai aqidah menyimpang lainnya yang banyak berlegar di sekeliling kita hari ini? Bagaimana akan dapat kita bezakan di antara aqidah ahli sunnah dengan muktazilah, khawarij, syi'ah, qadariyah, sufi, dan sebagainya? Sedangkan aqidah-aqidah menyimpang tersebut tetap wujud sehingga hari ini dengan kepelbagaian jenama-jenama mempersona yang pelbagai.

Oleh itu, tidak dapat tidak, kita perlu berpedoman dengan petunjuk para ulama agar tidak tertipu dan terpedaya. Apatah lagi banyaknya kumpulan-kumpulan sesat pada hari mengaku sebagai ahli sunnah!

Total Pages:
160