Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Monday, May 21, 2012

564 - Talkhishul Habir Karya Al-Hafiz Ibnu Hajar

Talkhishul Habir Karya Al-Hafiz Ibnu Hajar



Judul Buku:
Talkhishul Habir Karya Al-Hafiz Ibnu Hajar
Judul Asal: At-Tamyiz fi Talkhis Takhrij Ahadits Syarah Al-Wajiz Al-Masyhur bi Talkhis Al-Habir

Penulis:
Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H)

Penerbit:
Pustaka Azzam

Harga:
RM550 (Satu set lengkap, 6 jilid)

Berat Buku:
7.2kg

Keterangan Kandungan:

Inilah rangkaian terjemahan dari kitab At-Tamyiz fi Talkhis Takhrij Ahadits Syarah Al-Wajiz Al-Masyhur bi Talkhis Al-Habir, sebuah kitab karya Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah yang berupaya hasil tahkrij hadis-hadis yang terdapat dalam kitab fiqh Syafi'iyyah, Syarah Al-Wajiz tulisan Imam Abu Al-Qosim Ar-Rafi'i rahimahullah (Wafat: 623H).

Imam Ibnu Hajar rahimahullah berkata tentang bukunya ini, "Aku telah meneliti takhrij-takhrij hadis kitab Syarh Al-Wajiz karya Imam Abu Al-Qasim Ar-Rafi'i semoga Allah membalas karyanya (dengan kebaikan), yang dilakukan oleh sejumlah generasi baru (yang sezaman dengan beliau Ibnu Hajar), di antaranya Al -Qadhi Izzuddin B. Jama'ah, Imam Abu Umamah B. An-Naqqasy, Al-Allamah Sirajuddin 'Umar B. Ali Al-Anshari, dan Mufti Badruddin Muhammad B. 'Abdullah Az-Zarkasyi, semuanya memiliki manfaat dan kelebihan yang berbeza-beza antara yang satu dengan yang lainnya.

Dan yang paling luas huraian penjelasannya serta paling baik penjelasannya adalah karangan guru kami, Syaikh Sirajuddin. Hanya cuma ia terlalu panjang dan berulang-ulang sehingga sampai tujuh jilid. Kemudian aku melihat beliau meringkaskannya menjadi satu jilid yang bagus dengan meninggalkan sejumlah penjelasan yang panjang padanya, maka aku pun berhasrat untuk meringkaskannya menjadi sepertiga lebih kecil dari ukurannya, dengan tetap mengambil penjelasannya, dan Alhamdulillah Allah telah menganugerahkan perkara tersebut. Kemudian aku meneliti padanya sejumlah manfaat tambahan daripada para pentakhrij yang tersebut namanya bersamanya, dan dari takhrij kitab Ahadits Al-Hidayah dalam fiqh Hanafi karya Imam Jamaluddin Az-Zaila'i; di mana ia mengingatkan padanya apa-apa yang dijadikan dalil oleh para penentangnya.

Aku berharap kepada Allah jika penelitian ini selesai, ia akan dapat mencakupi sejumlah besar majoriti dalil yang digunakan oleh para fuqaha dalam karya-karya mereka tentang persoalan-persoalan furu' (cabang), dan ini adalah tujuan yang mulia."

Sebagaimana kitab-kitab fiqh lainnya, maka hadis-hadis yang ditakhrij dalam kitab ini oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar, ianya pun merangkumi hadis-hadis dalam cakupan fiqh yang maklum seperti Thaharah, tayammum, wudhu', haid, solat, solat jama'ah, pengurusan jenazah, zakat, puasa, fa'i, ghanimah, nikah, mahar, khulu', thalak, kaffarat, nafkah, murtad, hudud, khitan, korban, aqiqah, dan beberapa skop tajuk lainnya.

Semoga hasil terjemahan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pecinta ilmu.

Jumlah Muka Surat:
6 Jilid lengkap.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

563 - Fawaa'idul Fawaa'id; Meraih Faedah Ilmu

Fawaa'idul Fawaa'id; Meraih Faedah Ilmu


Judul Buku:
Fawaa'idul Fawaa'id; Meraih Faedah Ilmu
Judul Asal: Fawaa'idul Fawaa'id

Penulis:
Al-Hafiz Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H)

Penerbit:
Darus Sunnah

Harga:
RM49

Berat Buku:
850g

Keterangan Kandungan:

Kitab Al-Fawaa'id , karya Imam Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah rahimahullah ini adalah kitab yang luar biasa, dari namanya saja kita dapat mengesan sekian banyaknya manfaat yang terkandung di dalamnya; kerana memang kitab ini mengumpulkan pelbagai faedah yang melimpah dan beragam permasalahan ilmiyah yang tiada duanya.

Padanya terdapat penelitian yang mendalam terhadap pelbagai makna dari hakikat segala sesuatu, penjelasan tentang hikmah syari'at pada beberapa permasalahan yang beraneka ragam, kepentingan Al-Quran dan fiqih Islam disertai penjelasannya pada hal-hal yang tidak diketahui banyak orang. Kemudian menyebutkan hubungan permasalahan-permasalahan tersebut dengan kecemerlangan hati dan ke-muliaan jiwa. (lihat: Asrar Khizanah Al-maktabah At-Turatsiyyah, m/s. 11 dan 128, karya Muhammad Khair Ramadhan Yusuf)

Kerana tingginya kedudukan penulis dalam kepelbagaian disiplin ilmu, maka kitab ini ibarat penunjuk arah yang lengkap yang mana padanya terdapat pelbagai ilmu pengetahuan yang begitu banyak. Disebabkan penulis dan karyanya tersebut berada pada kedudukan seperti ini dari sisi manfaat dan faedahnya, maka kitab ini pun diberi perhatian dan ditahqiq oleh Syaikh Ali Hasan bin 'Abdul Hamid Al-Halabi, dan beliau berpendapat bahawa suatu keharusan untuk menerbitkan dan men-tahqiq-nya (menelitinya) agar lebih berkesan dalam menyebarkan manfaat yang dipetik darinya oleh para pembaca yang budiman.

Kitab ini disusun berdasarkan bab-bab ilmu, yang diawali dengan bab aqidah, kemudian Tafsir, Hadits, dan seterusnya. Kerana pada asalnya Kitab Al-Fawaaid ini tidak ditulis secara tematik sehingga menyukarkan para pembaca yang ingin memetik manfaat darinya.
Kelebihan Kitab Al-Fawaaid:

Isi kandungan perbahasannya yang bagus, diskusi yang menarik dan susunan yang indah, dan Penulisnya (Ibnul Qayyim) tidak menyusunnya berdasarkan metode tertentu dan sistematik. Seolah-olah dia membiarkannya begitu sahaja sebagai gudang ilmu dan pengetahuan tanpa diberikan bab di dalamnya.

Kitab yang berisi pelbagai faedah ilmu ini merupakan sumber pengetahuan dengan kesimpulan-kesimpulan menarik. Ia mencakupi banyak pembahasan dan tidak khusus pada satu-satu tema tertentu sahaja, antara lain cakupan yang dibahaskan adalah:

1. Tafsir yang rumit di mana tidak terdapat dalam kitab-kitab tafsir yang ada. Tafsir tersebut hanya dapat diketahui dan difahami melalui penghayatan, pemahaman dan pendalaman terhadap sesebuah ayat.

2. Perkara-perkara sunnah yang sukar difahami melainkan jika diteliti, dibandingkan, diperhalusi, dan didisikusikan.

3. Manfaat dari pengalaman hidup, interaksi dengan manusia serta mengenal tokoh, madzhab dan karektor mereka.

4. Karektor perihadi dan pemahaman objektif berkenaan dengan pelbabai permasalahan dan cara mcngatasinya bersesuaian dengan syari'at dan realiti.

5. Tata bahasa Arab dan balaghah (gaya bahasa arab) yang tiada bandingannya, yang dengannya muncullah pelbagai ungkapan dalam hiasan kata-kata indah dan tulisan yang menarik.

6. Kutipan bait-bait sya'ir pada tempat-tempat yang sesuai dengan tema tertentu.

Di dalam kitabnya ini, Ibnul Qayyim memperlihatkan seluruh apa yang telah diraihnya berupa kekuatan dalam memahami ilmu, kesempurnaan dalam menarik kesimpulan, ilmu yang mendalam sehingga membuat kagum orang-orang yang berakal dan membuat takjub orang-orang yang melihatnya kerana mereka merasa kalah dan lemah di hadapannya.

Sehingga kitab ini, jika pakar hadis membacanya nescaya dia akan mendapati apa yang diinginkannya. Jika ulama tafsir menikmatinya nescaya dia akan memperolehi apa yang selama ini dicarinya. Jika pakar bahasa arab dan balaghah membacanya nescaya mereka akan memetik sesuatu yang tidak didapati pada kitab-kitab bahasa dan balaghah lainnya. Jika pencari kebenaran membacanya nescaya dia akan mendapat-kan kaedah-kaedah tentang kebenaran yang berupaya memandu dirinya ke jalan Tuhan semesta alam.

Jika ahli ilmu kalam membacanya nescaya dia akan terkagum-kagum dengan kaedah-kaedah penting dalam bab ini yang dibuat oleh imam Ibnul Qayyim rahimahullah seolah-olah melemahkan apa yang disusun oleh mereka. Maklum adanya bahawa kaedah-kaedah yang dibuat oleh ahli kalam dapat di-patahkan satu persatu oleh kaedah ilmiyah yang mendalam dan dalil-dalil syari'at yang mantap tanpa ada pertikaian dan sikap emosional.

Di dalam kitab ini juga terdapat banyak kaedah yang relevan dengan fitrah manusia dan realita, kaedah yang membuat manusia mengenal Tuhan semesta alam secara benar, menunjuki manusia ke jalan-Nya, mendidik keimanan dalam hati dan memperbaharuinya, serta hal-hal yang menyebabkan Allah Ta'ala mencintai makhluk-Nya melalui nikmat dan kurnia yang Dia berikan.
Jika ulama Fiqh dan Ushul fiqh membacanya nescaya tanpa diduga mereka akan mendapatkan kaedah-kaedah Fiqih dan ushul Fiqh yang tidak terbetik dalam fikirannya, tidak pula didapati dalam kitab yang membahas ushul fiqih mahupun fiqh. Bahkan hal tersebul belum pernah dibahas oleh ahli Fiqh dan Ushul Fiqh dalam kitab-kitab yang mereka tulis. Lebih dari itu, banyak kaedah yang tidak mirip sama sekali dengan kaedah yang disusun oleh ulama fiqih dan ushul fiqih, bahkan mendekatinya pun tidak, kerana tidak terbetik sama sekali dalam benak mereka. Maka anda akan mendapatkan sesuatu yang menakjubkan betapa dalamnya pemahaman Ibnul Qayyim, banyaknya pengalaman yang dia miliki dan penyimpulan hukum dari dalil-dalil yang samar oleh kebanyakan ulama lainnya.

Jika penuntut ilmu di tingkat para pemula membacanya nescaya buku ini akan menerangi jalannya, menuntunnya pada landasan jelas yang akan membawanya kepada permasalahan-permasalahan ilmu yang hakiki, melepaskannya dari belenggu taklid, menjauhkannya dari pemahaman yang salah, menghubungkannya dengan hakikat melalui tangannya sendiri dan merasakan dengan hatinya sendiri.

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah telah mengisyaratkan kitabnya ini di beberapa kitab yang beliau tulis di antaranya Al-Ijtima' Al-Juyus Al-Islamiyah dan Al-Ma'alim. Ibnul Qayyim rahimahullah di beberapa tempat dalam kitab¬nya ini menukil perkataan dari gurunya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah yang menunjukkan bahawa hal ini benar-benar berasal dari beliau.

Sebahagian bab perbahasan dalam buku ini adalah sebagaimana berikut:

BAB 1: AKIDAH DAN TAUHID:

1. Ikhlas Kerana Allah Ta'ala
2. Ketenangan Hati dan Badan Ketika Taat Kepada Allah Ta'ala
3. Di antara Hak-hak Tauhid
4. Kitabullah yang Tertulis dan Kitabullah yang Dilihat
5. Mengenal Allah Melalui Ke-Maha-Indahan-Nya
6. Perhiasan yang Halal
7. Sikap Mengenal Allah Antara Keimanan Orang-Orang yang Bertauhid dengan Keyakinan Kaum Musyrikin
8. Perbezaan Manusia dalam Masalah Tauhid
9. Di Antara Manfaat Tauhid di Dunia dan di Akhirat
10. Hakikat Penghambaan dan Tingkatan-Tingkatannya
11. Tauhid dan Penghambaan Diri Kepada Allah
12. Makna Penghambaan Diri Kepada Allah dan Pemurniannya
13. Takdir; Antara Sikap yang Berlebihan dan Meremehkannya
14. Bertawasul dengan Nama-Nama Allah Ta'ala
15. Manusia Antara Paksaan Takdir dan Kebebasan Memilih
16. Makar Allah
17. Buah dari Keimanan Terhadap Sifat-Sifat Ketuhanan
18. Objek Perbicaraan Al-Qurvan Tentang Ar-Rahman (Dzat yang Maha Pengasih)
19. Seluruh Nikmat Itu dari Allah Sedangkan Segala Dosa dari Syaitan
20. Rezeki dan Ajal
21. Hakikat Tawakal Kepada Allah Azza wajalla
22. Beberapa Jenis Tawakal Kepada Allah Ta'ala
23. Yakin Akan Terkabulkannya Doa
24. Kemampuan dan Kekuatan Hanya dengan Pertolongan Allah 'Azza Wa Jalla Semata
25. Pengagungan Seorang Hamba Terhadap Tuhannya
26. Syafa'at Rasul Dapat Diperoleh dengan Mentaati Beliau
27. Keteguhan Seorang Mukmin Menjelang Ajal
28. Penciptaan Adam 'Alaihissalam
29. Keadaan Iblis Bersama Adam

BAB 2 AL-QURAN DAN TAFSIR:

1. Keadaan Manusia Bersama Al-Quran
2. Di antara Rahsia dan Kandungan Surat Al-Fatihah
3. Kaum yang Mengingat-ingat Ayat-ayat Allah Ta'ala
4. Beberapa Renungan dalam Surat Qaaf
5. Hati yang Hidup dan Al-Quran
6. Petunjuk-Petunjuk dalam Surat Qaaf
7. Makna Al-Iyy (Letih, Payah)
8. Kiamat Kecil dan Kiamat Besar
9. Qarin dan Permusuhannya
10. Beberapa Karektor Penduduk Syurga
11. Di antara Metode Al-Quran dalam Menjelaskan Sesuatu
12. Memenuhi Seruan Allah Dan Rasul-Nya
13. Tafsir Firman Allah Ta'ala, "Orang-orang kafir adalah penolong (syaitan untuk berbuat derhaka) terhadap Tuhannya."
14. Orang yang Mendapat Petunjuk dan orang yang Sesat
15. Kebencian Seorang Hamba dan Kecintaannya
16. Tafsir Firman Allah Ta'ala, "Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu." (Al-Baqarah: 216)
17. Jihad Terbesar Adalah Jihad Melawan Hawa Nafsu
18. Doa Nabi Ayyub Alaihissalam
19. Tafsir Firman Allah Ta'ala, "Engkaulah Pelindungku di Dunia dan di Akhirat.."
20. Tafsir Firman Allah Ta'ala, "Dialah yang Menjadikan Bumi Untuk Kamu Yang Mudah Dijelajahi..."
21. Tafsir Permulaan Surat Al-Ankabut
22. Jeritan Ketika Mendengar Al-Quran

BAB 3: TENTANG HADIS-HADIS NABAWI:

1. Takwa Itu di Dalam Hati
2. Petunjuk Nabawi Adalah Petunjuk yang Paling Sempurna
3. Ampunan Bagi Ahli Badar
4. Permintaan yang Baik
5. Akhlaq dan Ketakwaan Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam
6. Berpegang Teguh dengan Sunnah

BAB 4: USHUL FIQH

1. Meninggalkan Kewajiban Lebih Berat Dosanya Dari Melakukan Larangan

BAB 5: ILMU DAN ULAMA:

1. Keutamaan Ilmu dan Iman
2. Tingkatan-tingkatan Ilmu
3. Pembahagian Ilmu
4. Hendaklah Seorang Alim Berhati-hati Terhadap Dunia dan Kecondongan Terhadapnya
5. Sifat-Sifat Ulama Buruk
6. Prinsip-Prinsip Kebahagiaan
7. Sifat Moderat Syari'at

BAB 6: HATI:

1. Faedah-FaedahTakwa
2. Arasy dan Hati
3. Pohon Hati
4. Keruh dan Jernihnya Hati
5. Faedah-Faedah Meninggalkan Tradisi
6. Hati Itu Punya Sangkutan-Sangkutan
7. Pengaruh Lintasan Hati dan Fikiran
8. Abadinya Kebaikan Hati
9. Lurusnya Jalan
10. Dua Syurga Bagi Seorang Mukmin
11. Macam-MacamZuhud

BAB 7: ANTARA KEIMANAN DAN KEKUFURAN:

1. Hakikat Keimanan
2. Klaim Keimanan
3. Rukun-Rukun Kekufuran

BAB 8 DOSA DAN KEMAKSIATAN FAKTOR PENYEBAB, DAMPAK DAN PENGHAPUSNYA:

1. Sebab-Sebab Kemaksiatan
2. Jalan Syaitan Untuk Menguasai Hamba
3. Faktor-Faktor Pemicu Dosa
4. Kesalahan-Kesalahan dan Akibat yang Menyakitkan
5. Kedustaan dan Kejujuran Serta Pengaruh Keduanya
6. Membebaskan Diri Dari Dosa
7. Pengaruh Melepaskan Diri Dari Dosa

BAB 9: KEPADA MEREKA YANG BERJALAN MENUJU ALLAH:

1. Pelbagai Keperluan Untuk Cita-CitaTinggi
2. Dzikir yang Paling Utarna
3. Pahala Menyibukkan Diri dengan Allah
4. Zuhud di Dunia
5. Ketergantungan Hamba dengan Tuhannya
6. Sedikitnya Pejalan dan Banyaknya yang Binasa

BAB 10: DI KEDALAMAN JIWA:

1. Bagaimana Anda Memperbaiki Keadaan Anda?
2. Kelazatan Itu Mengikuti Cinta
3. Medaki Ketinggian Hakiki
4. Faedah-Faedah Kejujuran
5. Tingkatan-Tingkatan Bagi Para Penempuh Jalan
6. Keinginan Hamba Antara Celaan dan Pujian
7. Rintangan-Rintangan di Tengah Jalan
8. Bagaimana Anda Mengenal Tuhan Anda?
9. Menghimpun Tujuan Untuk Allah Semata
10. Menjaga Nikmat-Nikmat Allah
11. Sifat-Sifat Jiwa yang Tinggi
12. Kenali Diri Anda Terlebih Dahulu
13. Dia adalah Allah, Kenapa Anda Tidak mencintai-Nya?
14. Dua Macam Sikap Cemburu
15. Bagaimana Kebaikan dan Keburukan Itu Bermula?

BAB 11: PERI-KEHIDUPAN ORANG-ORANG SHOLEH:

1. Sikap Tawadhu Rasul Shallallahu Alaihi wa Sallam Ketika Menang
2. Keutamaan Abu Bakar Ash-Shiddiq
3. Kisah Masuk Islamnya Salman Al-Farisi
4. Semerbak Harum Dari Peninggalan Umar Bin Abdul Aziz

BAB 12: KELEMBUTAN DAN KEPEDULIAN HATI:

1. Menepati Perjanjian dengan Allah
2. Kenikmatan Itu Sesuai dengan Kadar Tekad
Dan banyak lagi yang selainnya...

Jumlah Muka Surat:
452 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

562 - 50 Kaedah Kehidupan Dalam Al-Qur'an

50 Kaedah Kehidupan Dalam Al-Qur'an


Judul Buku:
50 Kaedah Kehidupan Dalam Al-Qur'an
Judul Asal: Qowa'id Qur'aniyyah

Penulis:
Syaikh Dr. 'Umar B. 'Abdillah Al-Muqbil

Penerbit:
Darus Sunnah

Harga:
RM47

Berat Buku:
800g

Keterangan Kandungan:

Jika kita berbicara tentang kemu’jizatan Al-Qur’an tentu tidak akan ada habisnya, kerana Al-Qur’an datang dari sisi Allah 'Azza wa Jalla dan merupakan firman-Nya yang agung. Dari pelbagai sisi dan aspek manapun, tidak ada satu kitabpun yang mampu menandinginya. Bahkan, sekiranya manusia dan jin berkumpul, bersatu dan berusaha bersama-sama untuk menandinginya, tentu tidak akan dapat menandingi kemu’jizatan dan keagungan Al-Qur’an.

Buku “50 Kaedah Kehidupan dalam Al-Qur’an” ini merupakan himpunan tema-tema di dalam Al-Qur’an yang disampaikan oleh penulis, Dr. 'Umar B. Abdullah Al-Muqbil di sebuah radio di Saudi Arabia pada tahun 1430H. Tema-tema yang disampaikan mendapat perhatian dan penghargaan yang sangat baik dari para pendengar sama ada di dalam negeri mahupun luar negeri. Juga banyak pihak yang menginginkan supaya dibukukan agar lebih bermanfaat. Respon itu pun diberi perhatian, dan akhirnya terbitlah buku yang ada di hadapan anda.

Ciri utama keistimewaan kaidah-kaidah Al-Qur’an ini adalah cakupannya yang menyeluruh dan maknanya yang luas yang tidak hanya menyorot satu tema tertentu, seperti tauhid saja atau ritual ibadah saja, tetapi mencakup pelbagai tema dalam kehidupan manusia. Bahkan tidak berlebihan penulis buku ini menyatakan bahawa tiada aspek kehidupan manusia melainkan Al-Qur’an telah membahaskannya dengan sangat sempurna.

Semoga kaedah-kaedah Al-Qur’an yang terangkum dalam buku ini mampu menguatkan interaksi kaum muslimin dengan kitab sucinya yakni Al-Qur’an dalam setiap aspek kehidupannya. Menanamkan keyakinan dalam diri setiap individu kaum muslimin bahawa Al-Qur’an merupakan solusi segala permasalahan yang mereka hadapi, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Jumlah Muka Surat:
427 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

561 - Ketinggian Allah Di Atas Makhluk-Nya

Ketinggian Allah Di Atas Makhluk-Nya


Judul Buku:
Ketinggian Allah Di Atas Makhluk-Nya

Penulis:
Firanja Andirja Abidin

Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar

Harga:
RM44

Berat Buku:
450g

Keterangan Kandungan:

Bahawasanya pertarungan di antara kebenaran dengan kebathilan akan tetap terus wujud sehingga hari kiamat. Pertarungan di antara tauhid dengan kesyirikan juga akan terus berlangsung. Pertembungan di antara sunnah dengan bid'ah juga tetap berlaku.

Demikian juga pertarungan di antara ahli sunnah pembawa panji-panji kebenaran terhadap kebathilan kaum Jahmiyah yang merupakan para pengingkar sifat-sifat Allah, ia akan terus berlangsung semenjak dahulu hingga kini. Dalam Islam, perbuatan membantah tipu-daya, syubhat-syubhat dan makar kesesatan ahli bid'ah seumpama Jahmiyah, Muktazilah, Al-Asya'irah mahupun yang seangkatan dengan mereka adalah termasuk amalan jihad fii sabilillah membela agama Allah.

Kaum Jahmiyah dan Muktazilah ini adalah kelompok sesat semenjak lama dulu yang amat terkenal dengan sikap bathil mereka dalam mengingkari dan menolak sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala. Mereka juga terkenal sebagai kelompok yang mendewakan akal berbanding nash-nash wahyu Al-Qur'an dan As-Sunnah. Pada hari ini, ideologi mereka tidak padam, bahkan tetap berkembang dengan mengambil kesempatan di atas kejahilan masyarakat awam. Walaupun nama-nama dan kelompok-kelompok mereka pada hari ini berbeza-beza label pergerakkannya, tetapi mereka tetap tidak akan dapat menyembunyikan wajah-wajah mereka yang sebenar dari kalangan ahli kebenaran. Kerana ahli kebenaran tetap mengenal dengan ilmu dan mengesan ideologi-ideologi mereka yang penuh penyimpangan dari agama. Di antara penolakan jelas mereka dalam persoalan sifat-sifat Allah adalah pengingkaran mereka terhadap istiwa'nya Allah di atas 'Arsy-Nya.

Jahmiyah dan Muktazilah mengingkari hakikat tersebut walaupun dalil-dalil yang menetapkannya telah datang dengan jelas bagai siang yang disuluhi matahari memancar terik. Tidak cukup dengan ayat-ayat Al-Qur'an dan As-Sunnah, fatwa-fatwa para sahabat Rasulullah juga menetapkan hal tersebut. Tetapi bagi Jahmiyah dan Muktazilah, itu semua tidak akan mampu memuaskan akal fikiran yang mereka dewa-dewakan. Mereka menetapkan kewujudan Allah semata-mata dengan akal. Dan setiap nash-nash wahyu yang pada anggapan mereka bertentangan dengan akal-akal mereka, mereka nafikan dan tolak ke tepi. Walhal akal-akal merekalah yang telah rosak sehingga tidak mampu memahami wahyu dengan benar.

Sedangkan seluruh ahli sunnah secara umum telah ijma' menjelaskan aqidah mereka dalam hal ini adalah beriman dengan kewujudan Allah yang memiliki nama-nama yang indah dan bersifat dengan sifat yang dijelaskan oleh wahyu. Di antaranya adalah mereka mengimani bahawa Allah itu beristiwa' di atas 'Arsy-Nya.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Bergantian menjaga kamu semua Malaikat malam dan Malaikat siang. Mereka berkumpul di waktu solat ‘Ashr dan Solat fajr. Kemudian naiklah malaikat (kepada Allah) yang bermalam bersama kamu, sehingga Allah bertanya kepada para malaikat tersebut (dalam keadaan Dia Maha Mengetahui); Allah berfirman:

"Bagaimana kamu tinggalkan hamba-Ku?"

Malaikat tersebut berkata: "Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat, dan kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat." (Hadis Riwayat Al-Bukhari, no. 555. Muslim, no. 210)

Imam Ibnu Khuzaimah rahimahullah (Wafat: 311H) menyatakan:

"Di dalam khabar (hadis tersebut) telah jelas dan sahih bahawasanya Allah ‘Azza Wa Jalla di atas langit dan bahawasanya para Malaikat naik menuju kepada-Nya dari bumi. Tidak seperti sangkaan orang-orang Jahmiyyah dan Mu’aththilah (penolak Sifat-sifat Allah)." (Ibnu Khuzaimah, Kitabut Tauhid li Ibnu Khuzaimah, m/s. 381)

Sebagaimana juga firman Allah Ta'ala (maksudnya):

"...kepada-Nyalah naik kata-kata yang baik dan amal-amal soleh dinaikkannya.” (Surah Fathir, 35:10)

Kata Imam Al-Auza'i rahimahullah (Wafat: 167H):

"Kami dahulu (dari kalangan Tabi'in) berkata: Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas 'Arsy-Nya, dan kita beriman dengan sifat-sifat-Nya yang datang dalam sunnah." (Al-Asma' wash Shifat lil Baihaqi, 2/304, no. 865)

Dan ikrar-ikrar seperti ini sangat maklum bertebaran di dalam kitab-kitab aqidah ahli sunnah wal-jama'ah dari dahulu hingga kini. Dan buku yang dipaparkan ini membawakan sebahagian kecil dari apa yang dimaksudkan dalam rangka membantah para pendukung ideologi Jahmiyah dan Muktazilah abad ke 21 hari ini. Buku ini mengungkap makar dan tipu-daya keji mereka serta membantahnya dengan baik sekali berdasarkan methodologi ahli sunnah wal-jama'ah. Dan inilah juga yang pernah dilakukan oleh para imam-imam terdahulu dalam berhadapan dengan ahli kebathilan. Mereka menyingkap kesesatan dan syubhat-syubhat ahli bid'ah itu dengan hujjah-hujjah yang terang.

Jumlah Muka Surat:
346 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

560 - Fiqih Pengobatan Islam

Fiqih Pengobatan Islam


Judul Buku:
Fiqih Pengobatan Islam
Judul Asal: Al-Ahkaam wal-Fataawaa Asy-Syar'iyyah li Katsir minal Masaa'il Ath-Thibbiyyah

Penulis:
Syaikh 'Abdurrahman B. Nashir As-Sa'di rahimahullah

Penerbit:
Al-Qowam

Harga:
RM24

Berat Buku:
400g

Keterangan Kandungan:

Siapakah yang tidak pernah merasakan sakit? Siapa pula yang tidak pernah terganggu kesihatannya oleh rasa sakit atau rasa lelah? Ya benar, hampir dapat dipastikan bahawa setiap orang pasti pernah mengalami perkara tersebut dan menginginkan agar dirinya tetap sihat sentiasa. Kerananya, demi mengejar kesembuhan, kita saksikan banyak orang yang berbondong-bondong mendatangi ahli-ahli perubatan atas alasan pelbagai penyakit. Mereka akan redha walaupun perlu membayar kos yang mahal. Semua kekayaan akan menjadi tidak berarti, apabila dibandingkan dengan nikmat kesihatan.

Sebagai agama yang mengatur setiap aspek kehidupan manusia, Islam tidak pernah mengabaikan hal ini. Islam telah memberikan petunjuk dan asas-asas penting dalam dunia perubatan dan kesihatan. Perubatan Islam merangkumi aspek pencegahan dan penyembuhan. Perubatan Islam mengajak menjaga kesihatan dengan begitu rapi dan teliti dengan menjaga adab pemakanan, mengajak meninggalkan hal-hal yang buruk dan diharamkan serta perkara-perkara yang melampaui batas.

Buku ini mengusung hasil penelitian perubatan yang bertepatan dan bersesuaian dengan syari'at Islam, pelbagai fatwa, nasihat dan saranan yang menjadikannya layak dijadikan rujukan yang amat berharga. Bukan hanya untuk pembaca biasa, tetapi juga untuk para ilmuwan, tenaga medis, para pesakit, dan para pengamal perubatan. Kandungannya baik dijadikan sebagai pedoman bagi setiap pembaca. Selamat menyemak dan jagalah selalu kesihatan Anda!

Secara umumnya, dapat dikatakan bahawa buku ini mengupas fiqh perubatan Islam dengan begitu baik dan menyeluruh. Ia memulakan perbahasannya dengan nasihat-nasihat untuk para pesakit, anjuran berubat dalam Islam, petunjuk Nabi dalam berubat, definisi sakit dalam Islam, dan hubung kait perubatan tradisional dan perubatan moden dengan Islam.

Kemudian penulis menjelaskan pula hukum-hakam pelbagai teknik yang diamalkan dalam perubatan moden dari sudut pandang Islam. Antaranya seperti hukum perdermaan organ, hukum menggunakan organ tubuh manusia yang telah mati, dan banyak lagi yang lainnya. Selain itu penulis turut menjelaskan pelbagai aspek perubatan dari sudut pandang aqidah Islam, terutamanya kaedah perubatan yang berkaitan dengan doa, jampi, ruqyah, dan ayat-ayat Al-Qur'an.

Penulis juga turut memasukkan sama perbahasan fiqh ibadah orang sakit seperti hukum berwudhu' dan tayammum bagi para pesakit, cara solat orang sakit, hukum berpuasa, hukum mengenakan ubat-ubat tertentu dan kesannya terhadap amal-amal ibadah lainnya.

Malah banyak lagi perbahasan-perhasan umum lainnya berhubung dengan fiqh perubatan Islam dan hubung-kaitnya dengan isu-isu semasa lagi terkini berserta dengan fatwa-fatwa ulama yang diakui turut dikupas oleh penulis.

Jumlah Muka Surat:
242 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

559 - Syarah 'Umdatul Ahkam Karya Syaikh As-Sa'di

Syarah 'Umdatul Ahkam Karya Syaikh As-Sa'di


Judul Buku:
Syarah 'Umdatul Ahkam Karya Syaikh As-Sa'di

Penulis:
Syaikh 'Abdurrahman B. Nashir As-Sa'di rahimahullah

Penerbit:
Darus Sunnah

Harga:
RM105

Berat Buku:
1.5kg

Keterangan Kandungan:

Kitab Syarah Umdatul Ahkam karya Syaikh 'Abdurrahman B. Nashir As-Sa'di ini merupakan syarah (huraian) matan hadis-hadis hukum dari kitab 'Umdatul Ahkam susunan Al-Hafiz Al-Faqih 'Abdul Ghani Al-Maqdisi rahimahullah (Wafat: 600H). Hadis-hadis dalam kitab 'Umdatul Ahkam tersebut adalah hadis-hadis sahih semuanya lagi disepakati oleh Al-Bukhari dan Muslim yang berkaitan dengan hal-ehwal hukam-hakam fiqh Islam.

Syarah dan ta'liq dalam kitab Syarah ini adalah penjelasan dan huraian hadis-hadis 'Umdatul Ahkam yang disampaikan oleh Syaikh As-Sa'di ketika hayatnya di dalam siri-siri pengajian beliau di Masjid Jami' Unaizah yang dicatat oleh salah seorang pelajar senior beliau, iaitu Syaikh 'Abdullah B. Muhammad Al-Auhali rahimahullah (Wafat: 1408H). Perbahasan yang beliau sampaikan ini kaya dengan perbahasan-perbahasan fiqh yang penting yang wajib diektahui oleh kaum muslimin khususnya. Apatah lagi, ianya merangkumi perkara-perkara asas yang amat diperlukan oleh setiap umat Islam khasnya para penutut ilmu dan para pemula.

Keistimewaan Syarah Syaikh As-Sa'di ini terletak pada kaedah penyampaiannya. Ia disampaikan secara ringkas, santai, tetapi padat dengan maklumat lagi mudah difahami. Ini maklum difahami oleh para peneliti dan pembaca kitab-kitab karya Syaikh As-Sa'di contohnya sebagaimana kitab Tafsir beliau yang cukup terkenal, iaitu Tafsir Taisir Al-Karim Ar-Rahman fii Tafsir Kalam Al-Mannan. Perbahasannya begitu sesuai sebagai rujukan dan bacaan berjadual setiap umat Islam, baik yang baru hendak bermula mahupun yang hendak menambahkan lebih maklumat ilmu-ilmu dalam bidang hukum-hakam fiqh.

Di samping perbahasan-perbahasan fiqh secara umum, kitab ini juga turut membentangkan kaedah-kaedah fiqh yang penting lagi amat bermanfaat. Sekaligus amat membantu para pembaca mendapatkan lebih maklumat tidak hanya sekadar fiqh hukum, tetapi juga kaedah penggalian hukum-hakam fiqh tersebut. Selain itu, ilmu-ilmu aqidah yang murni juga turut diterapkan secara tidak langsung dalam bahagian-bahagian tertentu perbahasan di dalam kitab ini.

Sebagaimana kitab-kitab fiqh yang lain umumnya, perbahasan di dalam kitab Syarah ini disusun berdasarkan tematik fiqh yang maklum. Dimulai dari perbahasan thaharah, solat, zakat, puasa, haji, jual-beli, pernikahan, nadzar, makanan dan minuman, hudud, qishash, susuan, li'an, sumpah, pakaian, dan beberapa lagi lainnya.

Jumlah Muka Surat:
1051 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

558 - Inilah Faktanya; Meluruskan Sejarah Umat Islam

Inilah Faktanya; Meluruskan Sejarah Umat Islam


Judul Buku:
Inilah Faktanya; Meluruskan Sejarah Umat Islam
Judul Asal: Hiqbah minat Taariikh

Penulis:
Dr. 'Utsman B. Muhammad Al-Khumais

Penerbit:
Pustaka Imam Asy-Syafi'i

Harga:
RM34

Berat Buku:
700g

Keterangan Kandungan:

Sejarah Islam tidak dapat lepas dari sejarah para Sahabat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam. Salah dalam memahami peristiwa sejarah pada masa mereka tentu akan menyebabkan kekeliruan dalam menafsirkan peristiwa sejarah pada masa-masa berikutnya.

Buku ini menghadirkan pembahasan sejarah pada masa tujuh khalifah setelah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam. Dibentangkan dengan gaya berbeza berbanding biasa yang bercorak mendatar dan terima membuta-tuli, buku ini mencuba meluruskan pemahaman kita selama ini berhubung sejarah Islam khususnya pada era Sahabat secara kritis lagi ilmiyah.

Buku ini membimbing kita bagaimana cara yang ideal dan benar dalam membaca sejarah Islam, khasnya sejarah para sahabat. Penulis memulakan kitabnya dengan perbahasan methode ulama silam dalam membukukan sejarah, kaedah membaca sejarah, kitab apa yang harus dibaca, kitab apa yang perlu diwaspadai, kemudian beliau pergi kepada bab seterusnya dengan membahaskan tentang imbasan kitab Tarikh Ath-Thabari karya Imam Ibnu Jarir Ath-Thabari yang merupakan antara rujukan penting berkaitan sejarah di era sahabat. Seterusnya penulis menjelaskan pula Kaedah ahli bid'ah dalam memalsukan sejarah, kaedah menguatkan pembohongan mereka, dan kaedah mengenal pembohongan mereka.

Kemudian barulah penulis memasuki fasa perbahasan di dalam kitabnya dengan memulainya dari kisah kerasulan Muhammad Shallalalhu 'alaihi wa Sallam secara imbasan, kemudian masuklah ke dalam perbahasan yang menjadi fokus utama kitab ini iaitu perbahasan tentang sejarah para sahabat yang banyak diselewengkan oleh golongan ahli bid'ah, terutamanya dari kalangan Syi'ah. Yang mana sejarah versi Syi'ah ini pada hari ini sebahagiannya bercampur dan telah sebati dalam pegangan masyarakat awam tanpa sedar! Sehingga ramai di kalangan masyarakat awam dan golongan agamawan pun tertipu dengannya lalu menganggap ia sebagai benar.

Peristiwa-peristiwa penting yang dibahaskan melalui buku ini dimulai dari era kekhilafahan Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman, ‘Ali, al-Hasan, Mu’awiyah, sehinggalah ke era pemerintahan Yazid B. Mu'awiyah. Ia dipaparkan secara jelas lagi terperinci di dalamnya. Keberhasilan mereka dalam memimpin umat Islam saat itu dijelaskan dengan begitu lugas!

Konflik-konflik yang selama ini kononnya berlaku di kalangan sahabat sehingga ia diisukan sehingga kini juga dibahaskan secara terperinci satu demi satu beserta pencerahan dan bantahan-bantahannya. Paradigma kedudukan, darjat, kesolehan dan ketsiqahan (keboleh-percayaan) para Sahabat juga diterangkan secara jelas lagi ilmiyah di dalam buku ini.

Tidak kalah pentingnya, buku ini juga turut meluruskan pelbagai kesimpang-siuran sejarah dan permasalahan yang ditujukan kepada era pemerintahan sepeninggalan Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam. Termasuk konspirasi Yahudi dalam pembunuhan ‘Utsman yang menjadi benih-benih pemberontakan pada masa-masa berikutnya juga turut dibongkar.

Dengan membaca buku ini, kita akan sedar betapa kita perlu bersikap kritis dalam membaca peristiwa-peristiwa sejarah Islam, terutamanya yang berbau negatif terhadap kehidupan para Sahabat yang telah mendampingi Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dalam mendakwahkan agama ini.

Selamat menyemak, dan berlapang dadalah... Ambillah sejarah yang benar, tinggalkan sejarah versi pendusta agama dari kalangan ahli bid'ah seperti Syi'ah! Walau ia masyhur sekalipun, seandainya tidak sahih, apalah ertinya melainkan hanya akan memburukkan keadaan saja...


Buku ini disusun oleh Syaikh Dr. 'Utsman Al-Khumais, seorang ulama berbangsa Kuwait yang mendapat pendidikan di Universiti Imam Muhammad Su'ud Al-Islamiyah di Riyadh. Beliau juga sempat berguru secara langsung dengan beberapa ulama terkemuka kontemporari seperti Syaikh Muhammad B. Soleh Al-'Utsaimin, Syaikh Nazhim Al-Misbah, Syaikh Abu Amr Ibrahim Al-Lahim, dan beberapa lainnya.

Beliau terkenal sebagai ulama sunni kontemporari yang begitu kuat dan lantang dalam membela sunnah dan menentang bid'ah, khasnya bid'ah-bid'ah bawaan Syi'ah Rafidhah. Nama beliau mula menonjol pada sekitar tahun 1990-an melaui sebuah program debat terbuka di antara kelompok Sunni dengan Syi'ah sekitar isu kontroversi dan konspirasi di sebalik pembunuhan 'Utsman B. 'Affan radhiyallahu 'ahu, isu sekitar Kepimpinan 'Ali, dan sekitar isu kemunculan imam Mahdi antara Syi'ah VS Sunni.

Penulis, selain aktif mengajar dan berdiskusi dengan para tokoh ahli bid'ah dari kalangan Syi'ah, beliau juga begitu aktif dalam menghasilkan buku-buku dalam rangka menjelaskan dan bantahan terhadap penyelewengan kaum Syi'ah terhadap Islam. Di antara buku-buku beliau adalah Hiqbah Minat Taariikh, Man Huwal Mahdi Al-Muntadzar, Siyaahah fii Kitaab Al-Kaafi, Mataa Yusriq Nuuruka Ayyuhal Muntadzar, dan beberapa yang lainnya. W/A.

Jumlah Muka Surat:
418 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

557 - Kunci-kunci Rizki Menurut Al-Qur'an & Sunnah

Kunci-kunci Rizki Menurut Al-Qur'an & Sunnah


Judul Buku:
Kunci-kunci Rizki Menurut Al-Qur'an & Sunnah

Penulis:
Dr. Fadh Ilahi

Penerbit:
Darul Haq

Harga:
RM10

Berat Buku:
38g

Keterangan Kandungan:

Insya Allah, setiap orang yang membaca buku sepatutnya ini akan meyakini bahawa rezeki Allah itu sangat luas. Lebih dari itu, ia akan yakin bahawa Allah membentangkan sekian banyak sebab dan kunci untuk meraih rezeki yang halal, sehingga dalam situasi yang sangat sukar sekalipun.

Rezeki Allah itu akan mengalir kepada orang-orang yang berusaha mempraktikkan kaedah-kaedah syar'i yang dipaparkan dalam buku ini. Kerana itu, sungguh sangat tidak wajar jika ada orang yang mengatakan, "Dalam situasi pada hari ini, banyak jalan mendapatkan rezeki halal telah tertutup." Sampai ada yang mengatakan, "Mahu mencari yang halal saja amat sukar, inikan pula yang haram."

Fahamilah bahawa Islam itu adalah syari'at yang universal dan sempurna. Setiap jalan demi kebaikan manusia telah ditunjukkan dan dibuka seluas-luasnya, termasuk jalan bagaimana mendapatkan rezeki yang halal lagi penuh kebaikan. Jalan inilah yang jarang diketahui oleh kebanyakan umat Islam. Tetapi dengan membaca buku ini, insya Allah, jalan itu akan jelas terpapar dan terbuka lebar di hadapan Anda. Dengan demikian, usahlah terus berputus-asas dalam meraih rezeki Allah yang telah Dia turunkan buat kita. Berusahalah, bertawakkallah, dan bersyukurlah, nescaya Allah akan melipat-gandakan lagi rezeki dan kebaikan buat diri kita.

Jumlah Muka Surat:
105 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.