Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Saturday, August 27, 2011

454 - Penjelasan Ringkas Matan al-Aqidah ath-Thahawiyah

Penjelasan Ringkas Matan al-Aqidah ath-Thahawiyah


Title:
Penjelasan Ringkas Matan al-Aqidah ath-Thahawiyah
Judul Asli: at-Ta'liqat al-Mukhtasharah ala Matni al-'Aqidah ath-Thahawiyah

Author:
Imam ath-Thahawiyah
Syarah oleh Syaikh Dr. Soleh B. 'Abdullah al-Fauzan

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM47

Weight:
800g

Description:

Mengingat betapa pentingnya peranan tauhid dalam kehidupan manusia, maka mempelajarinya adalah suatu keutamaan agar kita menjadi Muslim yang benar-benar berpijak di atas bashirah (penjelasan) dan berdasarkan akidah yang sahih. Di antara kitab yang dianjurkan oleh para ulama untuk dipelajari sebagai pegangan adalah sebuah kitab yang ditulis oleh Imam Abu Ja'far ath-Thahawi, ulama abad ketiga di Mesir, yang kitab tersebut kemudian lebih dikenali dengan sebutan al-'Aqidah ath-Thahawiyah.

Kitab ini diterima secara meluas oleh para ulama, sehingga banyak di antara mereka yang menulis syarah atau penjelas atas kitab tersebut. Meskipun perlu diketahui, bahawa ada di antara kitab-kitab syarah tersebut yang justru merosak dan memutarbalikkan kebenaran yang ada di dalamnya, sehingga syarah mereka masih terus perlu diteliti-ulang dan diluruskan kerana bertentangan dengan akidah yang dimaksudkan oleh Imam Abu Ja'far ath-Thahawi. Ini adalah kerana ada di antara mereka yang mensyarahkan kitab ath-Thahawiyah ini dengan ideologi yang sesat lagi menyimpang.

Sebaliknya, di antara kitab-kitab syarah yang lurus lagi bersih adalah kitab yang ada di tangan anda ini, yang judul aslinya adalah: at-Ta'liqat al-Mukhtasharah 'Ala Matni al-Aqidah ath-Thahawiyah. Kitab ini memiliki keunggulan yang patut dihayati oleh setiap Muslim yang ingin mempelajari dasar-dasar akidah Ahlus Sunnah wal-Jama'ah berdasarkan Manhaj as-Salaf ash-Sholeh. Syaikh Dr. Sholeh B. 'Abdullah B. Fauzan al-Fauzan, beliau menempuh methode yang sederhana dan mudah dicerna oleh setiap semua peringkat masyarakat, tanpa mengurangi nilai ilmyiah yang memang dimuatkan oleh dasar-dasar masalah yang diusung oleh manuskrip aslinya.

Keunggulan lainnya yang sebenar turut dapat dilihat melalui cacatan yang beliau berikan terhadap beberapa poin dari matan ath-Thahawiyah yang sebahagian ulama dianggap sebagai tidak selari dengan Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Ertinya, kekurangan dan masalah-masalah yang mengandungi kritikan dalam matan aslinya diluruskan, diberi pencerahan, dan dilengkapi oleh penulis dengan nota-nota ilmiyah. Sekaligus menunjukkan bahawa beliau memang seorang ulama yang memiliki kapasiti untuk mensyarah kitab seumpama al-'Aqidah ath-Thahawiyah. Sisi lain yang juga menambah kekuatan kitab ini adalah setiap hadis dan atsar yang dijadikan dalil oleh Syaikh telah ditakhrij dari rujukan-rujukan yang sahih.

Semoga kita termasuk orang yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti yang terbaik darinya.

Total Pages:
372

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

453 - Temasya Ke Syurga

Tamasya Ke Surga
Terjemahan Kitab Hadi al-Arwaah ila Biladil Afraah


Title:
Tamasya Ke Surga
Judul Asal: Hadil Arwaah ila Biladil Afraah

Author:
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah

Publisher:
Darul Falah

Price:
RM60

Weight:
0.9kg

Description:

Buku Hadil Arwaah ila Biladil Afraah (Tamasya ke Surga) ini, adalah hamparan kasih-sayang Allah 'Azza wa Jalla yang tidak bertepi. Dengan keluasan rahmat-Nya, seorang hamba yang memiliki iman sekecil atom atau dosa berkarat dimasukkan ke syurga dan diberikan kekayaan sepuluh kali lipat raja-raja di dunia dengan syafa’at Ar-Rahman (yang maha Penyayang). Sebaliknya, sekalipun seseorang memiliki amal soleh sebanyak tujuh puluh nabi, tidak akan cukup baginya memasuki Syurga Ar-Rahman, jika hanya berbekalkan amalnya dan mencampakkan rahmat Allah. Sungguh kenikmatan-kenikmatan Syurga yang tidak sedikit pun terlintas dalam benak manusia dan tiada-tara bandingnya, tidak dapat dirasakan sekalipun dengan amalan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam.
Bagaimana dapat dibayangkan, rumah penghuni Syurga yang dibina Allah dengan Tangan-Nya sendiri berbentuk istana. Yang bahannya berupa batu-bata dari emas dan perak, yang atapnya 'Arasy ar-Rahman (Allah yang maha Penyayang), yang pepohonannya dari emas dan perak sebening kaca; yang buah-buahannya lebih lembut dari keju dan lebih manis dari madu; yang sungai-sungainya mengalirkan susu, madu dan arak yang tidak memabukkan; yang keindahan wajah penghuninya seperti rembulan dengan umur tiga puluh tiga tahun; yang kenderaannya kuda dan unta bersayap yang terbang menghantarkan ke mana sahaja mereka suka; yang isteri-isteri mereka bidadari yang disucikan dan cantik jelita; dan segala kenikmatan yang tidak terbayangkan. Apalagi bila Allah menyingkapkan tirai-Nya, dan terlihatlah Wajah-Nya Yang Maha Agung sebagai nikmat nombor satu yang mengatasi segala nikmat di Syurga.
Itulah sekelumit gambaran dari enam puluh sembilan bab perbahasan Syurga terlengkap karya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah. Buku ini memuatkan banyak sekali hadiss-hadiss yang marfu’ kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, atsar-atsar mauquf para sahabat, misteri-misteri yang ada dalam ayat-ayat al-Qur’an, kata-kata mutiara, penjelasan terhadap pelbagai masalah dan penguat terhadap prinsip-prinsip al-Asma’ dan al-Sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala. Jika pembaca membacanya, maka imannya meningkat dan Syurga terlihat dengan sejelas-jelasnya olehnya. Seakan-akan ia menyaksikan Syurga dengan mata kepalanya. Buku ini menghantarkan orang-orang yang memiliki keazaman tinggi terhadap taman-taman indah di Syurga dan sekaligus membimbing orang yang bersemangat tinggi ini kepada kehidupan baru di mahligai-mahligai megah di Syurga. Insya Allah, Andalah orangnya.
Secara umumnya, buku ini adalah sebuah buku yang menghimpunkan dalil-dalil baik dari al-Qur'an mahupun as-Sunnah dengan gambaran sebenar tentang betapa indahnya suasana di Syurga, antaranya dengan makanan dan minumannya, rumah-rumahnya, tanahnya, tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanamannya, istananya, mahligainya, sungai-sungai dan airnya, awam-awannya, hujannya, bidadarinya yang jelita, nyanyian bidadari, dan pelbagai lagi bentuk-bentuk nikmat yang tidak mampu digambarkan walaupun telah habis segala nikmat kita cuba bayangkan dengan sedaya-upaya.
Maka, hayatilah kehebatan, kemegahan, dan keindahan Syurga melalui buku ini berpandukan dalil-dalil nyata dari al-Qur'an dan as-Sunnah. Semoga kita sama-sama semakin ghairah sekaligus meningkatkan kerja-usaha kita untuk memasukinya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Total Pages:
534 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

452 - Tipu Daya Iblis (Talbis Iblis)

Tipu Daya Iblis
Terjemahan al-Muntaqa an-Nafis min Talbis Iblis
Talbis Iblis Tahqiq Syaikh 'Ali Hasan B. 'Ali al-Halabi


Title:
Tipu Daya Iblis
Judul asal: al-Muntaqan Nafis min Talbis Iblis

Author:
Ibnul Jauzi
Tahqiq Syaikh 'Ali Hasan al-Halabi

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM92

Weight:
1.0kg

Description:

Iblis telah pun berjanji dan bersumpah bahawa dia akan mengajak dan mengheret manusia ke lembah kesesatan. Dia berjanji akan menggoda manusia ke arah kekafiran dengan apa jua cara. Oleh itulah maka tidak hairan sekiranya fenomena seperti khurafat, bid'ah, takhayyul, fitnah perpecahan, pergaduhan, peperangan, pertembungan di antara firqah-firqah dan pelbagai bentuk penyimpangan aqidah berlaku di sana-sini. Ia berkembang dan merebak dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

Walaupun demikian dahsyatnya fitnah dan hasutan Iblis, Allah tetap menjelaskan tips dan kaedah-kaedah syar'i dalam menangani fitnah-fitnah dan serangan Iblis bersama-sama tenteranya. Tips yang paling utama adalah dengan mengikhlaskan diri mengabdi kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala serta beriman dengan sesungguhnya, iaitu di atas petunjuk yang jelas sebagaimana dibawa oleh Rasul Allah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Sebenarnya buku ini menjelaskan secara terperinci bentuk-bentuk perpecahan yang terjadi dalam kalangan umat Islam disebabkan bid'ah-bid'ah yang mereka lakukan dalam beragama. Sehingga akhirnya membentuk pelbagai bentuk rangka firqah dan pemikiran yang menyimpang dari ajaran Islam yang asal. Penulis, iaitu Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) memulakan perbahasan bukunya ini dengan perbahasan keutamaan berdiri teguh di atas sunnah dan al-Jama'ah, kemudian kecaman terhadap bid'ah dan pelakunya, ketiga - Berwaspada dari fitnah-fitnah Iblis, Ke-Empat- Penjelasan Maksud Talbis dan Ghurur, Seterusnya penulis menjelaskan tipu daya Iblis dalam persoalan aqidah. Dalam bahagian tajuk ke-Enam penulis meneruskan dengan penjelasan tipu daya Iblis terhadap para aalim dan ulama. Sehinggalah seterusnya beliau membongkar tipu daya Iblis terhadap para pemerintah dan sultan, tipu daya Iblis terhadap orang awam, tipu daya terhadap ahli ibadah, ahli zuhud, kaum sufi, khawarij, Syi'ah Rafidhah, aliran falsafah, atheis, dan banyak lagi yang lainnya berupa firqah-firqah sesat.

Buku ini amat menarik kerana selain membahaskan dari konsteks dalil-dalil secara ilmiyah, ia juga turut membawakan fakta-fakta sejarah yang berlaku dalam dunia Islam bagi setiap perbahasan yang dibawa. Di antara lain keistimewaan buku ini adalah konsteks perbahasannya yang mencakup konsteks umum perpecahan firqah-firqah dalam Islam, ia juga merupakan salah satu karya penting yang menjadi rujukan dalam dunia Islam Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Sehinggalah akhirnya ia mendapat perhatian Syaikh 'Ali Hasan B. 'Ali al-Halabi untuk mentahqiqnya dan memberi kata semakkan bagi setiap perbahasannya.

Total Pages:
636

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat lengkap anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Friday, August 12, 2011

451 - Fikih Solat Imam al-Bukhari

Fikih Solat Imam al-Bukhari


Title:
Fikih Solat Imam al-Bukhari
Judul Asli: al-Muhalla

Author:
Mina Binti Soleh B. Abdullah al-Marzu'

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM100

Weight:
1.2kg

Description:

umumnya, majoriti umat Islam tentu mengenali al-Imam al-Bukhari rahmahullah, atau nama sebenarnya Muhammad B. Ismail al-Bukhari. Seorang ulama, pakar, penghimpun (atau pengumpul), hebat dalam menjelaskan butiran (atau spesifikasi) hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Kitab hadis beliau yang dikenali dengan nama Shahih al-Bukhari merupakan master piece yang tidak ternilai harganya. Sebuah kitab paling sahih di dalam bidangnya selepas al-Qur'an.

Piawaian beliau yang cukup ketat dan penuh ketelitian menjadi nilai yang cukup tinggi dalam membawa dan menjelaskan pelbagai persoalan agama melalui hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Maka buku yang berada di hadapan anda ini adalah salah satu karya ilmiyah yang menyentuh salah satu juzuk khusus dari kitab al-Imam al-Bukhari dan Shahih al-Bukhari. Iaitu berkaitan fiqh solat imam al-Bukhari. Buku ini memaparkan biografi al-Imam al-Bukhari, pengembaraan beliau dalam mempelajari dan mengumpul hadis, methode beliau dalam berfatwa dan menyusun hadis, pegangan beliau dalam agama, pendirian beliau dalam qiyas dan fatwa-fatwa para sahabat Rasulullah.

Solat dan masjid menjadi fokus utama dalam buku ini mengingatkan solat merupakan rukun Islam dan pembeza di antara seorang muslim dengan kafir, manakala masjid merupakan tempat yang berhubung erat dengan pelbagai aktiviti ibadah solat. Perbahasan dibentangkan bermula dari aspek-aspek umum sehinggalah kepada perincian yang amat mendalam.

Asal buku ini adalah hasil karya thesis yang ditujukan kepada Fakulti Syari'ah, Universiti Ummul Qura (Saudi Arabia) bagi tujuan meraih master dalam bidang fiqh dan ushul fiqh. Judul asal (secara terjemahannya) adalah, "Fiqh Imam al-Bukhari Tentang solat, al-Jami' ash-Shahih; Sebuah Kajian Komprehensif."

Secara umumnya, buku ini mengupas dan menjelaskan hubungan judul-judul bab dalam Shahih al-Bukhari dan kaitannya dengan hadis-hadis yang diletakkan di dalamnya oleh al-Imam al-Bukhari. Kemudian penulis membawa dan memperkuatkan kesimpulannya dengan perkataan para ulama lainnya terutamanya dari kalangan imam mazhab seperti Malik, asy-Syafi'i, Ahmad, dan Abu Hanifah. Penulis juga turut mengupas perbezaan pendapat di kalangan ulama yang berlaku (sekiranya ada) dalam satu-satu permasalahan pemahaman hadis yang dibawa oleh al-Bukhari. Selain itu, penulis juga berusaha keras dalam menggali rahsia dan kaedah-kaedah fiqh serta ushul fiqh yang digunakan oleh al-Imam al-Bukhari dalam meletakkan satu-satu bab dalam kitab Shahihnya.

Secara umumnya, buku ini amat bermanfaat bagi para pembaca, pengkaji, mahupun penuntut ilmu dalam mengenali manhaj imam al-Bukhari secara umum mahupun khusus, methode beliau dalam hadis dan kitab Shahihnya, methode beliau dalam penggalian hukum-hukum fiqh, manhaj beliau dalam meletakkan judul-judul bab dalam Shahihnya, prinsip beliau dalam memulakan sesuatu bab dalam Shahihnya, Syarat pensahihan hadis oleh al-Bukhari, mazhab beliau dalam persoalan solat, mazhab beliau dalam fiqh serta ushul fiqh, serta hubungannya dengan mazhab-mazhab fiqh terkenal lainnya.

Total Pages:
896 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

450 - Teaching al-Qur'an for Children

Teaching al-Qur'an for Children
DVD MP3


Title:
Teaching al-Qur'an for Children
DVD MP3

Author:
Marjan Production

Publisher:
Marjan Production

Price:
RM20

Weight:
100g

Description:

Himpunan MP3 proses mengajar anak-anak kecil membaca dan menghafal al-Qur'an oleh para ulama dan qari terkenal. Terdiri daripada 23 Qari dan kanak-kanak. Antara Imam yang mengajar adalah Mishary Rashid al-Afasy, Muhammad Sodieq al-Minsyawi, al-Husainy al-Zazay, Muhammad Jibril, Mahmud Khalil Husairy. Kemudian diikuti rakaman MP3 suara Ahmad Saud, Muhammad al-Barrak, Muhammad Thoha, Hasan Bari'ah, dan selainnya.

Total Pages:
1 Disc (DVD)

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

449 - Tidak Mudah Menjadi Ulama & Da'i

Tidak Mudah Menjadi Ulama & Da'i


Title:
Tidak Mudah Menjadi Ulama & Da'i
Judul Asli: Mas'uliyatil Ulama wad Da'iyyah

Author:
Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan

Publisher:
Pustaka at-Tazkia

Price:
RM8

Weight:
100g

Description:

Tugas ulama dan da'i amatlah berat. Ilmu yang diberikan Allah kepada mereka adalah amanah yang wajib ditunaikan. Mereka berkewajiban menjelaskan kebenaran kepada umat manusia, tidak menyembunyikannya, tidak mendiamkan kesesatan, dan kemaksiatan, serta syubhat yang bermerajalela di hadapan mereka.

Buku ini membicarakan tentang tugas dan kewajiban ulama dan da'i. Kerana keperluan umat terhadap mereka terutamanya pada masa sekarang ini sangatlah mendesak, ketika umat Islam dilanda kejahilan terhadap agamanya yang hampir merata.

Total Pages:
92

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

448 - Shahih Fiqih Wanita

Shahih Fiqih Wanita


Title:
Shahih Fiqih Wanita

Author:
Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin

Publisher:
Akbar Media

Price:
RM70

Weight:
1.4kg

Description:

Wanita merupakan salah satu tunjang paling penting dalam sesebuah bangunan kehidupan. Agama sentiasa mengangkat darjat mereka dan tidak pernah meremehkan kedudukan mereka. Tapi akal yang kerdil, pemahaman yang dangkal, dan pemikiran yang sempitlah yang selalu menodainya. Bahkan Ibunda Aisyah radhiyallahu 'anha adalah guru yang mengajar kaum muslimin, laki-laki, dan wanita!

FIQIH adalah ilmu yang membahas tentang hukum-hukum Allah yang berkaitan dengan amal perbuatan setiap mukallaf (seorang muslim yang telah dibebankan dengan perintah dan larangan) berpandukan dalil-dalil terperinci. SHAHIH adalah hadis yang mata rantai redaksi-nya bersambung sehingga kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, diriwayatkan oleh seorang periwayat yang memiliki sifat adil lagi terpercaya, dari periwayat lain yang juga memiliki sifat yang sama, bebas dari kegoncangan (ketidak-konsistenan) dan kekurangan yang menjadi penyebab cacatnya sesebuah hadis. (Mutiara Ilmu Atsar, Ibn Nashiruddin ad-Dimasyqi, hal 189).

SHAHIH FIQIH WANITA adalah kitab fiqih monumental yang memuatkan pelbagai perbahasan hukum agama yang berkaitan dengan wanita berdasarkan dalil-dalil yang sahih. Dari mula masalah-masalah klasik (tradisi) sehingga kepada pelbagai permasalahan kontemporeri. Dan juga dari perbahasan global yang umum menyeluruh sehingga perbahasan yang khusus lagi terperinci; dan dipadu pula dengan soal-jawab langsung tentang segala persoalan yang berhubungan dengan wanita yang bersifat langsung mahupun perantara dengan al-Allamah Syaikh al-Utsaimin. Dan inilah yang menjadi kelebihan kitab Shahih Fiqih Wanita ini berbanding kitab-kitab fiqih wanita lain yang banyak beredar.

Di antara kebaikan yang paling utama bagi wanita (sama ada ia seorang ibu, saudari, puteri ataupun isteri) adalah mempelajari hukum-hukum agama, syariat-syariat, dan kewajiban-kewajiban yang dibebankan ke atasnya. Mereka memerlukan kepada cahaya dan ilmu untuk mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Mereka juga merupakan individu yang memiliki beban sebagaimana kaum lelaki.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sendiri pun selalu bertemu dengan wanita di masjid Madinah. Mereka sering bertanya dan meminta penjelasan kepadanya. Rasulullah pun menjawab pertanyaan dan keingin-tahuan mereka tentang segala urusan berkaitan dengan gama. (Shahih Al-Bukhari: 1/36, 9/124).

Beramal dengan hadis-hadis sahih berserta dengan fiqih sebagai ilmu yang memetakan perbahasan antara hukum-hukum Allah dan amal perbuatan mukallaf adalah jaminan mutu bagi diterimanya amal ibadah di sisi Allah dan terjaganya ajaran agama dari noda-noda bid'ah, kerancuan pemikiran dan kesesatan.

Oleh kerana itulah, kita wajib memberi perhatian terhadap wanita muslimah dengan sekuat tenaga, apatah lagi di zaman sekarang ini. Semoga kita semua mampu membimbing dan mengarahkan mereka ke jalan keselamatan yang diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Selamat membaca..

Total Pages:
566 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

447 - Pengantar Studi Ilmu Hadits

Pengantar Studi Ilmu Hadits


Title:
Pengantar Studi Ilmu Hadits
Judul Asli: Mabahis fii 'Ulum al-Hadis

Author:
Syaikh Manna' al-Qaththan

Publisher:
Pustaka al-Kautsar

Price:
RM20

Weight:
350g

Description:

Buku yang membahaskan sekitar asas-asas penting pengetahuan ilmu-ilmu hadis, kedudukannya, pengertiannya, pembukuan hadis-hadis Nabi, perkembangannya, dan persoalan yang berkaitan dengannya. Ini adalah seperti ilmu rawi/rijal, sanad, al-Jarhu wa at-Ta'dil, Gharib al-Hadis, ilmu 'illal, Mukhtlaf hadis, musthalah al-hadis, istilah-istilah dalam ilmu hadis, penerimaan hadis, ilmu takhrij, dan segala yang berkaitan dengannya.

Buku yang mampu membantu kita dalam mengenal dan memahami sesuatu hadis itu sama ada sampai dengan kedudukan tertentu sama ada sahih, hasan, dha'if, atau maudhu'. Boleh digunakan sebagai hujah atau sebaliknya. Tidak setiap apa yang disandarkan kepada Nabi itu terus boleh diterima pakai tanpa sebarang penelitian dan semakkan.

Dapatkanlah buku ini sebagai maklumat dan ilmu berharga tentang pengetahuan hadis-hadis nabi. Buku yang amat baik bagi para pemula yang mahu mendalami kefahaman persoalan pembukuan hadis-hadis Nabi dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya.

Total Pages:
205

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

446 - Syarah Shahih Muslim Terjemahan Pustaka Azzam

Syarah Shahih Muslim
Terjemahan Pustaka Azzam


Title:
Syarah Shahih Muslim
Terjemahan Pustaka Azzam

Author:
Imam an-Nawawi Rahimahullah (Wafat: 676H)

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM1190

Weight:
17kg

Description:
Syarah Shohih Muslim susunan Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) ini adalah himpunan kitab yang mensyarahkan (menjelaskan) hadis-hadis yang terdapat dalam Kitab Shohih Muslim. Ia merupakan kitab yang masyhur di kalangan umat Islam dan menjadi rujukan dunia Islam Ahlus Sunnah waj-Jama'ah sama ada di peringkat pelajar (penuntut ilmu), pencinta ilmu, sarjana, mahupun ilmuan (ulama). Kitab ini membantu para pengkaji memahami maksud hadis-hadis yang terdapat dalam Shahih Muslim.

Perbahasan yang dibawakan oleh Imam an-Nawawi ini bersifat tematik (berdasarkan tajuk/bab) yang dengannya telah memudahkan para pengkaji dan pembaca dalam melakukan rujukan dan semakkan. Ulasan perbahasannya dilakukan secara ringkas dan padat dengan membawa perkataan para ulama mazhab berserta pentarjihan yang terkuat menurut pandangannya. Setiap perbahasan yang beliau bawakan menjadi pedoman dan panduan umat Islam seluruh dunia Islam, lebih-lebih lagi dari kalangan mereka yang berpegang dengan mazhab asy-Syafi'i kerana Imam an-Nawawi adalah di antara mujtahid besar Syafi'iyyah.

Total Pages:
18 Jilid Lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com 

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

445 - Ensiklopedia Kitab-kitab Rujukan Hadits

Ensiklopedia Kitab-kitab Rujukan Hadits


Title:
Ensiklopedia Kitab-kitab Rujukan Hadits
Dilengkapi dengan biografi ulama hadits dan sejarah pembukuannya
Judul Asli: Tadwin as-Sunnah an-Nabawiyah

Author:
Dr. Muhammad az-Zahrani

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM30

Weight:
350g

Description:

Buku yang sangat baik dalam menjelaskan latar belakang penyusunan sesebuah kitab-kitab hadis yang disusun oleh para ulama dari dahulu hingga kini. Juga buku yang baik dalam mengenal penulis dan hasil-hasil karyanya dalam bidang penyusunan (atau pembukuan) hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian di mana ia membahaskan kedudukan as-Sunnah di sisi Islam dan kedudukannya berbanding al-Qur'an. Kemudian ia menjelaskan sikap dan kesungguhan para ulama terhadap as-Sunnah dan al-Hadis, sejarah perkembangan ilmu hadis dan pembukuannya. Seterusnya, penjelasan perjalanan para ulama hadis dalam mencari hadis semenjak zaman Sahabat, Tabi'in dan setelah mereka. Seterusnya, buku ini menjelaskan pula sikap ahli bid'ah dan golongan sesat terhadap as-Sunnah dan al-hadis, penolakan hadis ahad, golongan yang menolak as-Sunnah.

Pada bahagian ketiga, buku ini menjelaskan pula sejarah pembukuan hadis dan hasilnya seperti al-Musnad, al-Muwaththa', al-Mushannafat, Kububus Sittah, dan biografi para penyusunnya. Mengimbau kitab-kitab hadis pada era 400 hijrah (abad keempat) seperti Shahih Ibnu Khuzaimah, Shahih Ibnu Hibban, al-Mustadrak, Musykilul Atsar, al-Mu'jam al-Kabir, Kitab as-Sunan, kitab-kitab al-Mustakhraj, dan seterusnya.

Pada bahagian keempat, ia turut menjelaskan hubungan di antara satu-satu kitab hadis dengan kitab-kitab hadis yang lainnya. Pada perbahasan kelima atau yang terakhir, ia membentangkan latar belakang penyusunan kitab-kitab yang memuatkan hadis-hadis dhaif (lemah) dan maudhu' (palsu), serta juga latar belakang penyusunan kitab-kitab hadis secara tematik dan universal (umum) seperti kitab-kitab Athaf, Takhrij, Zawa'id, dan Jawami...

Semoga buku ini menjadi satu lagi ensiklopedia bermanfaat di rak-rak rujukan para pembaca dan pengkaji.

Total Pages:
264

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

444 - Selamatkan Rumah Tangga Anda Dari Gangguan Sihir

Selamatkan Rumah Tangga Anda Dari Gangguan Sihir
Serta bagaimana melawan & merawatnya menurut al-Qur'an & as-Sunnah?


Title:
Selamatkan Rumah Tangga Anda Dari Gangguan Sihir

Author:
Ustaz Abu Farouq Rasul B. Dahri

Publisher:
Ummul Qura

Price:
RM16

Weight:
300g

Description:

Antara punca-punca dan sebab yang mendedahkan seseorang individu itu terkena sihir adalah apabila ia mudah percaya kepada bomoh, dukun, pawang, paranormal, "orang pandai", dan yang seumpamanya yang disangka boleh menyelesaikan segala perkara berkaitan dengan sihir, terkena buatan orang, rasuk, guna-guna, dan seumpamanya.

Sedangkan bomoh, dukun, dan seumpamanya tersebut adalah golongan manusia biasa yang hanya pandai menipu golongan yang lemah dan kurang berilmu terutamanya dalam urusan agama dan aqidah.

Maka tulisan ini pun diusahakan bagi membongkar pembohongan dan penipuan para dukun, pawang, bomoh, dan yang sewaktu dengannya di samping memberi beberapa panduan untuk membentengi diri dari sihir, rasukan syaitan/jin, merawat, dan melindungi rumah tangga atau keluarga darinya.

Maka, fahamilah apa itu sihir di sisi Islam, siapa pula dukun dan bomoh, dan bagaimana mana pula cara (petunjuk) yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam menangani persoalan gangguan Syaitan dan sihir ini. Semuanya dibentangkan secara ilmiah berpandukan dalil-dalil yang sahih.

Total Pages:
137

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

443 - Mengapa Kita Menolak Syi'ah

Mengapa Kita Menolak Syi'ah


Title:
Mengapa Kita Menolak Syi'ah

Author:
Ustaz Abu Farouq Rasul B. Dahri

Publisher:
Ummul Qura

Price:
RM10

Weight:
150g

Description:

Memandangkan gerakan Syi'ah yang semakin membimbangkan dan berkembang biak terutamanya di Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia, maka penulis pun berusaha menyiapkan sebuah tulisan bagi menjelaskan serba-sedikit tentang gerakan bahaya kelompok sesat Syi'ah ini. Fahaman Syi'ah bukan sahaja merosakkan aqidah, ibadah, dan akhlak umat Islam, tetapi ia juga akan turut memusnahkan struktur politik Islam sekaligus merosakkan keamanan sedia ada. Dalam politik, Syi'ah sering menanamkan fahaman pemberontakan dan radikal yang ditancapkan melalui dasar-dasar aqidah mereka.

InsyaAllah tulisan ini akan terus disambunmg dari satu siri ke satu siri seterusnya seiring dengan keperluan. Antara yang dikupas melalui siri pertama ini adalah mengenal Syi'ah dan sikap tasyaiyu', mengenal siapa 'Abdullah B. Saba', Sikap Syi'ah terhadap Nabi, Khalifah, Para Sahabat, Ahli Sunnah, dan Ahlul Bait. Kemudian seterusnya, penjelasan tentang Ahlul Bait di sisi Syi'ah dan Ahlus Sunnah, hubungan Syi'ah dan fahaman taqiyyah, Dasar-dasar iman menurut ahlus sunnah, syi'ah dan muktazilah,. Kemudian penjelasan tentang Syi'ah mengubah al-Qur'an, Syi'ah mengutuk jenazah, hakikat imamah dan hadis nabi, kerjasama Ikhwanul Muslimin dengan Syi'ah, Sikap Syi'ah terhadap ahlus sunnah, dan sebab-sebab diterimanya Syi'ah di rantau ini.

Total Pages:
68

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

442 - Demonstrasi, Maksiat Bukan Jihad!

Demonstrasi, Maksiat Bukan Jihad!


Title:
Demonstrasi, Maksiat Bukan Jihad!

Author:
Ustaz abu Farouq Rasul B. Dahri

Publisher:
Ummul Qura'

Price:
RM16

Weight:
300g

Description:

Buku kecil ini diberi judul Demonstrasi, Maksiat Bukan Jihad! Telah diulang-cetak beberapa kali dan tersebar di tengah-tengah amsyarakat Islam khususnya di negara Malaysia. Buku ini berusaha membantu masyarakat memahami hukum mengadakan demonstrasi (tunjuk perasaan) menurut landasan syara' seiring dengan berkobarnya emosi masyarakat hari ini kerana sering diprovokasi oleh pihak-pihak tertentu supaya bangun memprotes apa sahaja yang tidak menepati citarasa mereka.

Walaupun tulisan ini agak ringkas, tetapi goresan pena yang dipahatkan ke dalamnya telah memadai bagi menjadi sebuah bahan bacaan berupa nasihat dan panduan ilmiah kepada mereka yang inginkan kebenaran dalam melakukan sesuatu tindakan yang berkaitan atau melibatkan persoalan agama Islam. Setiap perbuatan yang diatas-namakan agama perlulah ditegakkan dengan hujjah yang syar'i lagi ilmiah dari sumber-sumbernya yang benar. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Total Pages:
144

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Saturday, August 6, 2011

441 - Syarah Lum'atul I'tiqod

Syarah Lum'atul I'tiqod


Title:
Syarah Lum'atul I'tiqod

Author:
Imam Ibnu Qudamah
Syarah oleh: Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin

Publisher:
Media Hidayah

Price:
RM20

Weight:
350g

Description:

Buku ini adalah terjemahan dari kitab Syarah Lum'atul I'tiqod karya Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah. Ia adalah karya asal milik Imam Ibnu Qudamah (Wafat: 629H) dengan judul Lum'atul I'tiqod al-Haadii ilaa Sabilir Rasyad. Buku ini adalah antara deretan buku-buku aqidah yang amat penting karya para ulama ahlus sunnah wal-jama'ah di zaman salaf yang masyhur. Ianya membahas inti sari aqidah Islam secara tuntas supaya umat Islam dapat memahami aqidah yang benar dan murni.

Di antara perbahasan dalam buku ini lebih menjurus kepada penjelasan al-Asma' wa ash-Shifat, kaedah-kaedah memahaminya, methodologi ahlus sunnah dalam berinteraksi dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala, serta beberapa bantahan terhadap sebahagian kelompok yang menyimpang dalam persoalan ini.

Selain itu, turut dibahaskan melalui buku ini adalah soal Qadha dan Qadar, Takdir, iman itu perbuatan dan amal, iman kepada Rasul, iman kepada azab kubur, fitnah kubur, hadis-hadis hari kebangkitan, al-hisab, al-mizan, ciri-ciri telaga, ciri-ciri titian shirath, syafa'at, sifat-sifat syurga dan neraka, hak-hak nabi dan para sahabatnya, hukum mengkafirkan orang Islam atas alasan maksiat, hukum mencela para sahabat, hukum mentaati khilafah, hukum memulaukan ahli bid'ah, tanda-tanda ahli bid'ah, seterusnya sehingga kepada perbahasan ringkas tentang ijma', taklid, dan mazhab.

Semoga kehadiran buku ini mampu menjadi tambahan ilmu yang membantu dalam memahami aqidah dengan lebih mendalam lagi. Yang mampu meyakinkan dan memperkenalkan kita terhadap aqidah ahlus sunnah wal-jama'ah yang sebenar. Sekaligus mampu menjadi benteng penepis pelbagai syubhat kerosakan tauhid yang terus menggila pada hari ini.

Total Pages:
288

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.