Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Sunday, September 2, 2012

608 - Jalan Golongan Yang Selamat

Jalan Golongan Yang Selamat


Judul Buku:
Jalan Golongan Yang Selamat

Judul Asal ('Arab):
Minhaj al-Firqah an-Najiyah wa ath-Tha'ifah al-Manshurah

Penulis:
Syaikh Muhammad B. Jamil Zainu

Penerbit:
Darul Haq

Harga:
RM16

Berat Buku:
0.38 kg

Keterangan Kandungan:

Buku yang ada di hadapan anda ini adalah terjemahan dari kitab Minhaj al-Firqah an-Najiyah wa ath-Tha'ifah al-Manshurah. Ia adalah susunan Syaikh Muhammad B. Jamil Zainu. Buku ini membentangkan sekitar asas-asas penting dalam tauhid. Ia disusun dalam bentuk cetusan-cetusan ringkas tanpa mengabaikan aspek-aspek ilmiyah.

Disusun dalam bentuk himpunan tulisan yang mampu membuka minda setiap pembaca terhadap peri pentingnya memahami agama di atas ilmu dan tauhid yang sahih. Kerana hanya dengan ilmu kita akan mengenal dari mana kita datang, kenapa kita berada di muka bumi ini, dan ke mana akan kita menuju.

Buku ini menjadikan fokus utamanya dengan merungkai jalan sebenar yang sebenar-benarnya dalam menuju Allah, iaitu jalan yang selamat yang dijamin Allah. Iaitu jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan para sahabatnya. Setelah mana kita melihat pada hari ini kehidupan masyarakat manusia begitu porak peranda lagi berpecah-belah dalam banyak agama. Dan sudah tentu Islam-lah agama yang benar. Tetapi sayang, di dalam masyarakat Islam sendiri juga turut berpecah-belah dan saling hentam-menghentam satu sama lain?!!!

Lalu, siapa yang benar? Siapa yang harus diikuti? Tidak usah bimbang, tidak usah cemas. Ini semua memang telah diisyaratkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam banyak hadis-hadisnya sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Dan beliau tidak meninggalkan umatnya terkapai-kapai dalam menghadapi situasi tersebut yang mana telah jelas tergambar dan terbentang ciri-cirinya di hadapan kita hari ini. Semoga kita termasuk orang-orang yang diberi rahmat dan ilmu.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya bani Israel telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, dan umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan. Mereka semua di Neraka kecuali satu golongan.”

Para sahabat bertanya, “Siapakah dia (yang selamat) wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai hasan oleh al-Albani)

Dalam hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang lain:

“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa’ al-Rasyidin al-Mahdiyyin (yang mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadis Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Memang inilah hakikat dan realiti yang dapat kita lihat pada hari ini. Umat Islam berpecah-belah dan saling tidak bersatu. Masing-masing memiliki dan membela kelompok masing-masing yang setiap kelompok terbina atas dasar ideologi, pemikiran, dan doktrin mazhab aqidah mereka masing-masing. Ini dapat kita lihat melalui wujudnya kelompok-kelompok yang banyak seperti:

Tabligh, Qur’aniyuun, Hizbut Tahrir, al-Asy'ariyah, Ikhwanul Muslimin, al-Ahbasy, Ahlul Bait, dan seumpamanya. Setiap mereka masing-masing mendabik dada bahawa merekalah yang paling benar di samping saling menghentam di antara satu dengan yang lainnya.

Perbezaan ketara dalam setiap mazhab aqidah dan pemikiran yang dipegang menjadikan setiap kelompok ini sukar dan hampir gagal disatukan walaupun setiap mereka sama-sama umat Islam.

Di antara mereka ada yang berhujah dengan dalil kasyaf dan mimpi, ada yang menolak hadis ahad, ada yang menjadikan pembangkangan terhadap pemerintah sebagai ibadah, ada yang menyeru kepada slogan “Islam moderate”, ada yang menyeru kepada mazhab arus perdana, dan ada pula yang menyesatkan dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah selaku pembawa agama yang terpercaya. Sebenarnya ini semua bermula dari sikap mendahulukan hawa nafsu dan akal berbanding nash-nash syari’at. Akibatnya sampai memberi kesan kepada aqidah, lantas mereka pun semakin jauh tersesat dan menyimpang dari jalan yang benar dan selamat.

Oleh kerana itulah, maka buku ini menjadi antara buku asas yang baik sebagai salah satu sarana pembuka minda dan hati di dalam dada. Agar masyarakat dapat berfikir dan muhasabah diri kembali. Atas dasar apakah kita beragama dan dari mana agama diambil serta ditegakkan. Jalan agama yang manakah yang benar, dan kelompok Islam manakah yang selamat?

Maka sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, ketika para sahabat bertanya:

“Siapakah dia (yang selamat) wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai hasan oleh al-Albani)

Dalam riwayat yang lain:

“... 72 di neraka, dan yang 1 di dalam jannah, dan mereka itu adalah al-Jama’ah.” (Hadis Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Dalam riwayat yang lain:

“Akan berpecah umatku ini menjadi 73 firqah, 72 golongan di neraka dan hanya 1 di jannah. Satu golongan itu adalah as-Sawaadul A’zham.” (Hadis Riwayat al-Lalika’i, Syarah Ushul I’tiqad, no. 131. ath-Thabrani, no. 8051. Kata al-Haitsami, “Para perawinya tsiqah”)

InsyaAllah, inilah yang akan penulis rungkai dan jelaskan. Penulis jelaskan perkara-perkara penting yang kian dilupakan ini melalui beberapa skop perbahasan. Penulis memulakan tulisannya dengan perbahasan "Golongan Yang Selamat." Kemudian penulis jelaskan pula manhaj dan prinsip golongan yang selamat tersebut, ciri-cirinya, dan penyebutan kelompok-kelompok tersebut di dalam hadis-hadis Nabi.

Kemudian penulis masuk pula ke dalam bahasan tentang tauhid. Kenapa kita wajib bertauhid dengan benar dan bagaimana caranya. Seterusnya penulis jelaskan pula maksud kalimat syahadah, laa ilaaha illallaah dan Muhammad Rasulullah, yang mana kebanyakan umat Islam pada hari ini rata-ratanya hanya tahu mengucapkannya tetapi masih gagal dalam memahami dan melaksanakannya dengan benar. Maka tidak hairanlah masyarakat Islam masih berpecah-belah dan saling tidak bersatu. Kerana aspek paling asas ini pun masih gagal difahami dan terabaikan begitu sahaja.

Kemudian penulis teruskan lagi perbahasan buku ini demi mengajak para pembaca membuka minda dan hati seluas-luasnya terhadap kebenaran yang haq dengan skop tajuk perbahasan: Makna "Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in", kemudian tafsir ayat "Ar-Rahmanu 'alal 'Arsystawa." Kemudian penulis jelaskan pula keutamaan tauhid. Kemudian, sekitar maksud dan jenis-jenis syirik, bahayanya, dan kesan-kesan buruk akibat syirik.

Setelah itu, penulis kupas pula sekitar isu-isu yang banyak berlegar di sekitar masyarakat yang hakikatnya bukan sebahagian dari agama Islam, tetapi telah dianggap sebagai agama oleh masyarakat, dan dianggap pula sebagai sebahagian dari ajaran Islam. Bahkan hakikatnya ia merupakan kesyirikan dan kesesatan yang nyata, tetapi akibat kejahilan yang berleluasa, maka masyarakat hanyut dengan hal-hal yang tersebut. Ini adalah seperti amalan meratap di kuburan, mengambil berkah dari kuburan, menjadikan kubur sebagai perantara berdoa dan memohon kepada Allah, gila mengejar kekuasaaan sehingga meninggalkan tauhid, peringatan maulid Nabi, selawat nariyah, dan banyak lagi lainnya.

Setelah itu, di fasa-fasa akhir buku ini, penulis jelaskan pula cara-cara menangani kepelbagaian persoalan kerosakan tauhid yang berlaku di dalam masyarakat hari ini. Penulis jelaskan tentang syarat-syarat turunnya pertolongan Allah, kewaspadaan terhadap thaghut, mengatasi nifaq, cabang-cabang iman, sebab-sebab berlakunya musibah, kepentingan dan cara mencintai Nabi, keutamaan dan cara berselawat ke atas Nabi yang benar, kepentingan mentadabbur al-Qur'an, kepentingan memahami agama dengan ilmu, memahami wujudnya hadis-hadis yang tidak sahih dan palsu, serta beberapa lagi yang lainnya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semoga buku ini bermanfaat dan mampu menjadi pencetus kepada kita semua dalam mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan cara beragama yang benar, iaitu di atas ilmu yang sahih sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya.

Jumlah Muka Surat:
214 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.