Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, January 16, 2008

13 - Sifat Solat Nabi (Edisi Revisi)

Sifat Solat Nabi
(Edisi Revisi)


Title:
Sifat Shalat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam
Judul Asli ('Arab): Shifatu Shalaatin-Nabiyyi Shallatu ‘alaihi wa Sallama min at-Takbiiri at-Tasliimi Ka-annaka Taraahaa

Author:
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H)

Publisher:
Media Hidayah

Price:
RM18

Weight:
300g

Description:

Buku ini merupakan terjemahan kitab “Shifatu Shalaati an-Nabiyyi shallatu ‘Alaihi wa Sallama min at-Takbiiri at-Tasliimi Ka-annaka Taraahaa”, karya/susunan Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah yang telah beliau semak/revisi (merupakan edisi terakhir semakan oleh beliau dan telah diringkaskan).

Boleh dikatakan bahawa buku ini amat penting dan perlu dimiliki oleh setiap umat Islam. Ia mengutarakan sebuah perbahasan ilmiyah lagi membuka mata. Olahannya yang baik dan jelas digarap berpandukan dalil-dalil yang sahih dari al-Qur'an dan as-Sunnah. Merupakan sebuah buku yang amat kukuh perbahasan dan methodologi pembentangannya. Setiap dalil-dalil hadisnya dijelaskan status kesahihannya secara ilmiyah (berpandukan methodologi ahli hadis) sehingga kita berasa yakin untuk mengamalkannya tanpa ragu-ragu.

Apa yang lebih menarik, Syaikh al-Albani memulakan bukunya ini dengan muqaddimah sepanjang hampir lebih 80 muka surat (merujuk kepada edisi terjemahan ini). Dalam muqaddimah tersebut beliau menjelaskan sekitar persoalan manhaj dan prinsip-prinsip beragama yang sangat penting. Beliau membawakan hadis-hadis nabi berserta fatwa-fatwa para imam-imam mazhab yang empat agar kita tidak taksub dengan mana-mana tokoh agama. Sebaliknya tetap istiqamah di atas hujah-hujah agama yang jelas dengan berkomitmen di atas dalil-dalil al-Qur'an dan as-Sunnah yang difahami dengan prinsip-prinsip ahlus sunnah wal-jama'ah.

Di antaranya beliau memetik dan mengulas perkataan Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) yang bermaksud, “Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)

Penjelasan dalam bab ini sekaligus membuka mata dan fikiran kita, "Sejauh manakah solat yang kita praktikkan pada hari ini menepati tatacara sifat solat Nabi dan para sahabatnya?" Adakah yang kita amalkan selama ini benar-benar menepati sunnah Rasulullah? Apa dalil dan landasannya? Kenapa adakalanya solat aku berbeza dengan tatacara solat orang yang lain? Ada yang begitu, dan ada yang tidak begini? Maka, buku ini bakal membantu anda merungkai persoalan tersebut secara tuntas dan ilmiyah, insyaAllah.

Selain itu, pada muqaddimah tersebut, beliau turut menjelaskan tentang adab-adab dan prinsip-prinsip yang harus dipegang dalam menghadapi pelbagai pandangan ulama yang saling berbeza pendapat. Turut dimuatkan oleh beliau adalah jawaban-jawaban ilmiyah sekitar isu-isu manhaj, syubhat-syubhatnya, dan kaedah menyikapinya.

Setelah itu barulah beliau memulakan kitabnya ini dengan bab perbahasan-perbahasan tatacara solat yang dilandasi dengan dalil-dalil yang jelas dari al-Qur'an dan al-hadis. Bukan sekadar ikut-ikutan dari tokoh si fulan, ulama si fulan, guru si fulan, atau cikgu si fulan semata-mata. Tetapi setiap apa yang diikut perlulah berdasarkan dalil-dalil yang jelas walau siapapun yang berkata.

Perbahasan yang beliau bentangkan bermula dari sekitar bab berdiri menghadap Kiblat, solat di atas perahu/kenderaan, solat orang yang sakit/udzur, solat dengan berkasut, kewajiban solat menghadap sutrah, kewajiban berniat, dan kemudian diteruskan dengan perbahasan gerakan/tatacara solat seperti tatacara takbir yang sahih, cara meletakkan tangan ketika berdiri, kaedah bersedekap yang betul, doa-doa istiftah yang sahih dari nabi, hukum membaca al-fatihah, diikuti dengan setiap tatacara-tatacara seterusnya sehinggalah salam. Setiap tatacara ini tidak dibahaskan secara kosong dan sambil lewa, tetapi dibentangkan dengan penuh nilai-nilai ilmu di mana setiap tatacara memiliki dalil-dalilnya yang jelas.

Untuk edisi buku dengan perincian perbahasan status hadis yang lebih meyakinkan, boleh juga dapatkan edisi asal (edisi tulisan yang mula-mula disusun oleh Syaikh al-Albani) - dengan judul Ashlu Shifati Sholatin Nabi (Klik).

Total Pages:
251 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.