Sihir & Guna-guna Serta Tatacara Mengubatinya Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah
Syaikh Wahid B. Abdissalam Bali
Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i
Price:
RM26
Weight:
400g
Description:
Sihir tergolong ke dalam kategori dosa-dosa besar yang membinasakan, mensyirikkan, dan boleh mengakibatkan terbatalnya keislaman. Perkara ini ditegaskan di dalam banyak dalil-dalil yang jelas sama ada dari al-Qur'an mahu pun as-Sunnah. Namun, secara realitinya pada hari ini sihir begitu bermaharajalela di kalangan masyarakat secara umumnya. Malah tidak kurang ramainya manusia yang mendatangi ahli sihir dan mempercayai kehebatan serta bergantung kepada kuasa sihir.
Berdasarkan kepada hakikat keadaan tersebut, maka buku ini pun diterbitkan, ia adalah hasil susunan/tulisan Syaikh Wahid B. Abdissalam Bali. Buku ini diterjemahkan dari karya beliau yang berjudul ash-Shaarimul Battar fit Tashaddi lis Saharatil Asyraar. Ia merupakan sebuah hasil kajian dan penulisan yang menarik dan sistematik. Disusun berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan penjelasan mudah difahami.
Tujuan buku ini diterjemah dan diterbitkan adalah supaya umat Islam yang memahaminya dapat mengambil faedah dan manfaat, sekaligus mengetahui dengan lebih luas dan jelas berkenaan persoalan sihir, hukum sihir, bahaya sihir, dan cara mencegah serta mengubatinya (jika terkena). Semoga buku ini dapat memberi manfaat dan setiap maksud tujuan dapat tercapai.
Total Pages:
234
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.
Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.