Nama penuh kitab ini ialah Kifayah al-Akhyar fi Halli Ghayah Al-Ikhtishar. Biasanya ia disebut dengan Kifayatul Akhyar. Ia merupakan syarah atau huraian kepada Kitab Ghayah At-Taqrib atau dikenal sebagai Matn Abu Syuja’, Iaitu kitab yang ringkas, yang disusun oleh Al-Qadhi Abu Syuja’ Ahmad bin Al-Hasan bin Ahmad Al-Ashbahani rahimahullah (433H-593H).
Kitab Kifayatul Akhyar ini adalah kitab feqah yang cukup ringkas namun agak merinci dalam menerangkan hukum-hukum asas fiqh seperti thaharah (bersuci), solat, puasa, zakat, haji, udhhiyyah, aqiqah, jual-beli, wasiat, perwarisan, pernikahan, jinayat, jihad, kepimpinan, dan yang lainnya. Bahkan ianya sangat dicadangkan untuk dipelajari agar dapat dijadikan sebagai landasan dasar membentuk disiplin ilmu asas dalam feqah sebelum pergi ke peringkat perbahasan yang lebih tinggi dan mendalam. Di dalamnya juga dilengkapi dengan dalil-dalil yang menjadi dasar hukum dari tajuk-tajuk perbahasan tersebut berdasarkan kefahaman (feqah) para tokoh ulama dalam mazhab Asy-Syafi’i.
__________________
Kepada yang berminat, boleh hubungi kami di 012-6887715 (sms/whatsapp/call) untuk maklumat/pesanan.
Penghantaran secara pos juga boleh diuruskan.
Atau boleh juga kunjungi kedai buku kami di:
Atsar | Online Bookstore,
No. 23-1, Jalan Selasih J U12/J,
Taman Cahaya Alam Seksyen U12,
40170 Shah Alam.
6 minit dari UiTM/Jakel Seksyen 7 Shah Alam.
Tel » 012-6887715
Map » http://bit.ly/1tS3N2n
Waze » Atsar Online Bookstore
Channel » telegram.me/ilmusunnah
Website » www.atsar.ilmusunnah.com