Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, September 11, 2012

614 - Hilyatul Auliya' (Sejarah & Biografi Ulama Salaf) Jilid 2

Hilyatul Auliya'
(Sejarah & Biografi Ulama Salaf)
Jilid 2


Judul Buku:
Hilyatul Auliya' (Sejarah & Biografi Ulama Salaf)
Judul Asal: Hilyatul Awliya' wa Thabaqatul Asyfiya'

Penulis:
Al-Hafiz Abu Nu'aim al-Ashfahani rahimahullah (Wafat: 430H)
Tahqiq: 'Abdullah al-Minsyawi, Muhammad Ahmad 'Isa, & Muhammad 'Abdullah al-Hindi

Penerbit:
Pustaka Azzam

Harga:
RM110 (Jilid 2)

Berat Buku:
1.3kg

Keterangan Kandungan:

'Abdullah B. Mas'oud radhiyallahu 'anhu berkata: "Sesiapa hendak mencari contoh tauladan, hendaklah dia mengambil tauladan daripada orang-orang yang telah mati (para sahabat Nabi). Kerana orang yang hidup masih tidak terjamin aman dari ancaman fitnah."

Demikianlah kata-kata Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu dalam mengungkap keutamaan para salaf dari kalangan sahabat-sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Maka, tidak seharusnya kita meremehkan pesanan dan wasiat beliau ini. Jadi, sebelum kita mahu mengambil, meneladani, dan mencontohi para salaf dari kalangan sahabat-sahabat Nabi, tidak dapat tidak wajib bagi kita untuk mengenali mereka dengan baik. Dengan mengenalnya barulah kita mampu meraih tauladan yang sebenar. Dengan mengenalnya pasti kita akan jatuh cinta.

Begitu banyak buku-buku yang mengisahkan tentang perjalanan hidup, sirah, thabaqat (status dan tingkat kedudukan), biografi, karektor, sejarah para Salafus soleh; yang mana salah satu di antaranya adalah kitab ini -: Hilyatul Auliya' wa Thabaqatul Asyfiya’ (Perhiasan para wali dan tingkatan orang-orang ‘suci’). Kitab ini merupakan sebuah kitab berbentuk ensiklopedia Islam yang membentangkan sejarah dan biografi para ulama Salaf terdahulu secara terperinci. Penulisnya, Al-Hafiz Abu Nu'aim al-Ashfahani rahimahullah mengutarakan di dalamnya hadis-hadis yang banyak berserta atsar-atsar salaf lengkap bersanad.

Hadis-hadis dan atsar-atsar tersebut semuanya menceritakan, mengkhabarkan, merakamkan, dan menjelaskan sejarah hidup generasi Islam bermula dari generasi Sahabat, Tabi’in, tabiut Tabi’in, dan selainnya yang mengikuti mereka dengan baik dari kalangan ulama-ulama Sunnah terawal.

Metode penulisan kitab ini dianggap sangat klasik dan menumental, kerana setiap kisah, perkataan, dan biografi ulama Salaf yang dihimpunkan di dalamnya diungkapkan secara utuh menggunakan hadis-hadis dan atsar-atsar salaf yang lengkap, sehingga keaslian, jalan datangnya, dan keabsahannya setiap khabar boleh dipertanggungjawabkan secara ilmiyah berpandukan penelitian ilmu dan kajian hadis atau atsar (riwayat).

Oleh sebab itulah buku ini menjadi antara rujukan utama dalam disiplin ilmu Sejarah ahli sunnah wal-jama'ah.

Kitab Hilyatul Auliya' wa Thabaqatul Asyfiya’, ini ditulis oleh al-Imam Abu Nu’aim al-Ashfahani rahimahullah. Nama lengkap beliau adalah Ahmad B. 'Abdullah B. Ahmad al-Ashfahani. Beliau lahir pada tahun 336H, dan wafat pada tahun 430H.

Beliau adalah seorang ulama memliki keutamaan yang begitu besar dan kemampuan ilmu yang hebat. Ibnu Mardawaih rahimahullah mengatakan:

"Abu Nu'aim adalah orang yang didatangi ramai orang pada zamannya. Di seluruh penjuru dunia ini tidak ada orang yang lebih baik sanad dan hafalannya berbanding beliau. Para huffaz (penghafal Hadis) dunia berkumpul di sisi beliau. Sehingga setiap hari menjadi giliran salah seorang di antara mereka untuk membaca apa yang diinginkan sampai masuk waktu Dzuhur. Lalu ketika beliau (Abu Nu'aim) pulang ke rumahnya, adakalanya ada orang yang membaca satu juzuk bahagian di hadapannya selama dalam perjalanan dan beliau sama sekali tidak mengeluh. Beliau selalu sibuk dengan menulis atau menyampaikan Hadis."

Imam adz-Dzahabi rahimahullah mengatakan: "Beliau adalah Imam al-Hafiz (penghafal Hadis), ats-Tsiqah (terpercaya), sangat alim, Syaikhul Islam."

Imam al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah mengatakan: "Aku tidak melihat orang yang layak menyandang gelaran al-Hafiz (pada zaman tersebut) selain dua orang: Abu Nu'aim al-Ashfahani dan Abu Hazim al-A'raj."

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah pernah ditanya tentang orang yang berhajat mendengar kitab-kitab Hadis dan Tafsir dibacakan. Tetapi ketika kitab Hilyatul Auliya’ dibacakan kepadanya, orang tersebut tidak mahu mendengarkannya, maka Ibnu Taimiyah rahimahullah pun menjawab, "Abu Nu'aim adalah salah seorang penghafal hadis terkemuka, penulis buku yang banyak dan terbilang, dan karya tulisnya banyak dimanfaatkan orang. Beliau lebih besar daripada sekadar digelar tsiqah (terpercaya). Kerana kualiti kemampuannya lebih tinggi daripada gelar tersebut, dan kitabnya (Hilyatul Auliya') adalah salah sebuah buku terbaik yang mengungkap kisah-kisah orang-orang zuhud. Walaupun demikian, di dalamnya terkandung sebahagian darinya hadis-hadis dan kisah-kisah yang batil." (Majmu' Al-Fatawa, I8/17)

Ibnu Nashiruddin ad-Dimasqi rahimahullah mengatakan: "Ketika kitab Hilyatul Auliya' selesai disusun, mereka membawanya ke Naisabur dan terjual dengan harga 400 Dinar."

Beberapa bentuk Kritikan terhadap Kitab ini dan penyelesaiannya:

1. Banyak memuatkan hadis-hadis yang maudhu' (palsu), tanpa disertakan sebarang penjelasan.

2. Menyandarkan perilaku kaum sufi (tasawuf) kepada para sahabat terkemuka seperti Abu Bakar, 'Umar dan 'Utsman, juga kepada para imam terkemuka selain mereka.

3. Menyebutkan kisah-kisah dan banyak perkara aneh berkaitan kesufian yang tidak boleh diamalkan. Kerana boleh jadi ia mungkin akan didengar oleh pemula yang sedikit ilmunya, dan menganggap bahawa itu semua adalah baik lalu kemudian ia pun diamalkan.

4.Terlalu banyak menyebutkan perkara-perkara yang bukan menjadi bahagian dari tema utama kitab ini (iaitu kisah tentang orang-orang zuhud). Contohnya, penulis banyak menyebutkan cerita tentang orang-orang zuhud yang adakalanya keluar dari perbahasan tentang ibadah dan kezuhudan mereka.

Oleh sebab itulah, dalam edisi terjemahan ini, ia diambil dari sumber kitab asal yang telah ditahqiq atau melalui proses penelitian status riwayat-riwayat hadis-hadis dan atsar-atsarnya. Secara umumnya bagi edisi ini:

1. Telah diteliti kedudukan kitabnya, teks-teksnya, dan mengesahkan status redaksinya.

2. Memberi takhrij (status keabsahan) hadis-hadisnya dan atsar-atsarnya dengan disertakan pada nota kaki dengan merujuk kepada kitab-kitab sahih lainnya.

3. Memberi penjelasan terhadap kalimat-kalimat atau perkataan-perkataan yang sukar difahami maknanya dalam kitab asalnya.

Oleh itu, para pembaca yang berhajat terhadap kitab ini dalam menambah wawasan pembacaan, mendapatkan manfaat yang banyak, tambahan ilmu, meraih mutiara kata ulama generasi awal, menuai wasiat mereka, dan menguasai keluasan maklumat terhadap kehidupan para salaf; tidaklah perlu bimbang dari tercampur antara riwayat-riwayat yang sahih dengan sebaliknya. Kerana semua itu, insyaAllah telah disaring dan diberi penjelasan terutamanya pada nota kakinya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
884 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

613 - Kisah Orang-orang Zalim

Kisah Orang-orang Zalim


Judul Buku:
Kisah Orang-orang Zalim

Penulis:
Abu Anas Hamid B. Ahmad ath-Thahir al-Basyuni

Penerbit:
Darus Sunnah

Harga:
RM64

Berat Buku:
0.9kg

Keterangan Kandungan:

Secara bahasa, zalim adalah lawan dari kata adil. Kerana adil maknanya adalah menempatkan sesuatu pada tempatnya, maka dalam hal ini, zalim adalah menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Ada juga yang mendefinisikan makna zalim dengan beberapa istilah seperti: Melampaui hak-hak orang lain tanpa keizinan pemiliknya, menghukum kesalahan seseorang atas kesalahan orang lain, melampaui batas, melazimi kekafiran dan kesesatan, mengada-adakan sesuatu terhadap Allah, dan sebagainya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala mensucikan diri-Nya dari sifat zalim, kerana kezaliman merupakan suatu aib dan kekurangan, sementara Allah adalah maha suci dari segala aib dan kekurangan.

Ini adalah sebagaimana disebutkan dalam hadis qudsi:

"Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku, dan Aku menjadikannya pula haram atas kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi."

Allah menegaskan dalam ayat-Nya:

"Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikitpun." (Surah Yunus, 10: 44)

Dan Allah turut mengingatkan kepada orang-orang yang berbuat zalim dengan firman-Nya:

"Ingatlah bahawa laknat Allah itu ditimpakan atas orang-orang yang zalim." (Surah Hud, 11: 18)

"Dan janganlah engkau menganggap bahawa Allah leka (tidak mengetahui) dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim." (Surah Ibrahim, 14: 42)

Dalam ayat-Nya yang lain lagi:

"Dan sesiapa di antara kamu yang berbuat zalim, nescaya kami timpakan kepadanya rasa azab yang besar." (Surah al-Furqan, 25: 19)

Buku ini menampilkan 104 kisah kezaliman yang dilakukan oleh orang-orang zalim berserta dengan balasan dan kesudahannya. Di antara kisah-kisah yang dimaksudkan adalah kisah Iblis, Qabil sang pembunuh pertam di muka bumi, kaum 'Aad, kaum Tsamud, kaum Luth yang dihujani hujan batu berapi, kaum Nuh yang ditenggelamkan banjir besar, kisah Fir'aun yang ditenggelamkan, kisah-kisah para pelopor bid'ah seperti ja'd B. Dirham, kisah Jahm B. Shafwan sang pengasas fahaman sesat Jabriyah, kisah-kisah kebinasaan kaum khawarij terdahulu, kisah Abu Lahab, kisah empayar Parsi, dan banyak lagi lainnya.

Semua kisah-kisah ini dibentangkan dan dihimpunkan dalam sebuah buku agar mampu menjadi iktibar, ibrah, pengajaran, atau pelajaran buat kita semua. Agar tidak menjadi seperti mereka. Semoga kita berusaha sedaya-upaya menjauhi perbuatan zalim, sama ada terhadap Allah, diri sendiri, mahupun makhluk yang lainnya. Sekaligus menjauhi kesudahan yang buruk baik di dunia mahupun akhirat. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
293 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari juga, Website Atsar

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

Monday, September 10, 2012

612 - Al Bidayah Wa An-Nihayah karya Al-Hafiz Ibnu Katsir Jilid Ke-2

Al Bidayah Wa An-Nihayah karya Al-Hafiz Ibnu Katsir
Jilid Ke-2


Judul Buku:
Al Bidayah Wa An-Nihayah karya Al-Hafiz Ibnu Katsir
Judul Asal: Al-Bidayah wa an-Nihayah

Penulis:
al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H)

Penerbit:
Pustaka Azzam

Harga:
RM110
(Jilid Kedua)

Berat Buku:
1.3kg

Keterangan Kandungan:

Ini merupakan edisi terjemahan Kitab monumental dan karya agung milik Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah dengan judul Al-Bidayah wa An-Nihayah. Ia adalah salah satu dari sekian banyak buku-buku induk perjalanan sejarah Islam dan biografi para tokoh-tokohnya.

Kitab ini adalah antara kitab yang gah di persada dunia ilmu ahli sunnah wal-jama'ah, apatah lagi ia disusun dengan metode periwayatan hadis oleh seorang tokoh terkenal yang juga seorang jaguh hadis, tafsir, dan ahli sejarah terbilang.

Keahliannya beliau sebagai penulis sangat memberi kesan pengaruh terhadap karyanya ini. Perbahasan yang beliau ketengahkan melalui kitab ini hampir menyerupai tema yang dibawa oleh Imam Ibnu Jarir ath-Thabari dalam kitab sirah terkenalnya, Tarikh ath-Thabari.

Kitab ini dimulakan dengan kupasan ilmiyah sejarah awal mula kehidupan manusia yang menjadi khalifah di muka bumi, kisah kejadian langit dan bumi, awal penciptaan makhluk, kemudian diikuti kisah-kisah para nabi, sehingga kemudian diikuti kisah dan rentetan perjalanan sejarah kehidupan umat-umat terdahulu bersesuaian dengan penjelasan al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih.

Beliau rahimahullah juga turut mengupas isu-isu sekitar riwayat-riwayat dan khabar-khabar gharib (asing dan aneh), khabar munkar, dan khabar-khabar yang bersumber dari kaum Israil (Isra'iliyat). Langkah selanjutnya, beliau bentangkan pula sejarah perjalanan hidup Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Was Salam dan sejarah perkembangan Islam sehingga pada masa hidup beliau rahimahullah (pada abad ke-8 Hijriyah). Kemudian beliau beralih kepada perbahasan tentang fitnah masa depan, iaitu sekitar khabar-khabar sahih tentang kejadian bencana yang menimpa umat manusia di akhir zaman, tanda-tanda Hari Kiamat, malapetaka, kisah-kisah menjelang kiamat, dan pelbagai keadaan kehidupan di akhirat.

Secara umumnya, kitab ini adalah benar-benar komprehenship lagi menyeluruh dalam mengupas rentetan perjalan sejarah Islam, yang mana pasti setiap orang memiliki keinginan untuk menela'ah dan mendalaminya. Rasa dahaga dan semangat ingin tahu yang tidak pernah luput di dalam lubuk sanubari pasti mampu terubat setelah meneliti sendiri pelbagai bukti-bukti keagungan sejarah umat Islam yang agung ini, yang memecahkan sejarah, yang pernah menjadi pemimpin dunia untuk beberapa abad lamanya, sejarah umat Islam yang pernah mengisi dunia dengan nilai-nilai kebenaran dan keadilan, setelah sebelumnya kezaliman dan penyaimpangan memenuhi dunia.

Imam Ibnu Katsir rahimahullah, di bahagian akhir perbahasan pelbagai peristiwa bersejarah yang terjadi di sepanjang tahun 739 Hijriyah, beliau menjelaskan:

“Inilah bahagian terakhir peristiwa sejarah yang dicatat oleh guru kami al-Hafiz Alamuddin al-Birzali rahimahullah dalam kitabnya yang mengulas catatan sejarah oleh Syaikh Syihabuddin Abi Syamah al-Maqdisi rahimahullah, dan aku mengulas kitab sejarahnya ini sehingga pada masa hidup kami ini, dan aku telah menyelesaikannya secara tuntas mengenai catatan sejarah yang disusunnya pada hari Rabu 20 Jamadil Akhir tahun 751 Hijriyah, dan hingga perbahasan inilah tulisanku tentang sejarah sejak awal penciptaan Adam hingga peristiwa pada masa kami ini berakhir, segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala."

Selian itu, beliau juga turut memasukkan sumber-sumber dan hasil kajian Imam adz-Dzahabi rahimahullah dari kitab Tarikh al-Islam ke dalam karyanya ini. Demikianlah jasa besar beliau membentangkan dan merakam sekian banyak fakta-fakta sejarah umat Islam yang agung.

Pemurniaan Sejarah Islam

Benar-benar menjadi sebuah keperluan pada saat ini yang sangat mendesak bertujuan meluruskan perjalanan sejarah yang agung ini, yang disebut-sebut sebagai satu dari sekian warisan dunia Islam, dan membebaskannya dari pelbagai hal yang menimpanya seperti kesalahan membaca, penyelewengan, penghilangan, dan gangguan pelbagai bentuk riwayat, yang mana semakkan dari berbagai revisi sedikit luput dari hal-hal tersebut, jadi inilah dorongan yang kuat untuk melakukan pencerahan terhadap hal-hal tersebut, dan menyusunnya dalam bentuk yang selayaknya.

Jadi, kitab sejarah karya al-hafiz Ibnu Katsir ini pun dikehadapankan. Ia termasuk kitab yang sangat panjang dan mendalam perbahasannya, yang menghimpun pelbagai peristiwa sejarah dan biografi orang-orang terkenal, dan menjelaskan perbezaan sanad yang menjadi sandarannya.

Pembohongan dan plagiat banyak terjadi pada masa-masa zaman akhir fasa generasi sahabat, dan demikian juga ketika era para tabi'in yang mana pada ketika itu begitu banyak berlaku fitnah dan isu salah-faham sehingga bermula detik perpecahan yang membuahkan munculnya pelbagai kelompok-kelompok sesat dan bid'ah dalam Islam. Oleh itu, satu kaedah emas yang tidak dapat ditinggalkan yang merupakan sebuah penyelamat kisah-kisah sejarah yang benar dari kisah-kisah yang bathil adalah dengan meneliti setiap sanad khabar dan cerita yang sampai pada hari ini.

Ibnul Mubarak rahimahullah mengatakan, “Isnad adalah sebahagian dari agama. Jika tidak ada isnad, maka sesiapa saja akan berbicara dengan sesuka hatinya.” (Mukaddimah Shahih Muslim, 1/15)

Demikian juga kata Muhammab B. Sirin rahimahullah: “Mereka (ahlus sunnah) sebelum itu tidak bertanya tentang sanad, tetapi ketika terjadi fitnah, mereka pun berkata, “Sebutkanlah kepada kami nama para perawimu.” Apabila dilihat yang menyampaikannya adalah ahlus sunnah maka hadisnya diterima, tetapi bila yang menyampaikannya adalah ahli bid’ah maka hadisnya ditolak.” (Mukaddimah Shahih Muslim, 1/15)

Demikian jugalah apa yang diungkapkan oleh para tokoh ahli ilmu lainnya termasuk seorang tokoh tabi'in yang lain Sa'ad B. Ibrahim: “Tidak ada yang berhak mengkhabarkan sebuah hadis dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melainkan orang-orang yang tsiqah.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/15)

Banyak karya tulis yang bertemakan sejarah dengan beragam sudut pandang, yang dituangkan ke dalam An-Nihayah, bersumber dari materi itulah, struktur bangunan sejarah tersebut sampai ke berbagai generasi penerusnya dengan cara mengutip/meriwayatkan catatan sejarah para pendahulu mereka.

Kita pada hari ini dilimpahi dengan begitu banyak sekali khabar-khabar sejarah Islam. Namun, sejauh mana setiap satunya adalah termasuk khabar sejarah yang benar? Yang mana satu selamat dari penyelewengan, pembohongan, dan tokoh-tambah? Maka, tidak dapat tidak, setiap sejarah yang datang dan sampai kepada kita perlulah terlebih dahulu mendapat semakkan, saringan, penelitian, dan penjelasan status kesahihannya. Dan ini tidak dapat tidak melainkan dengan meneliti rangkaian sanad-sanadnya sama ada dibawa oleh orang terpercaya atau sebaliknya. Dan ini hanya mampu dilakukan oleh para ahli ilmu yang alim dan pakar dalam bidangnya, terutamanya dari kalangan ahli hadis. Demikianlah Allah memeliharan ketulenan Islam ini, dengan sebuah ilmu yang dibawa pula oleh orang-orang yang benar lagi terpercaya.

Berawal dari metode inilah, sangat tampak jelas keistimewaan penulis buku sejarah ini adalah termasuk tokoh yang menguasai ilmu pengetahuan dari kalangan ulama ahli hadis, yang mengerti pelbagai dasar-dasar periwayatan, karakteristik yang membezakan, kritikan, dan penilaian terhadap riwayat-riwayat yang dapat diterima dan dan ditolak.

Keistimewaan ini terlihat dengan jelas dalam banyak perbahasan dari kitab ini, hanya saja masih ada dalam beberapa perbahasan tertentu dari kitab tersebut yang terlepas, sama ada dalam aspek teks hadis, dalam mengkritik sebahagian riwayat, atau pun dalam menimbang sebahagian hadis yang saling berbeza kupasannya, seperti perbezaan tahun di mana peristiwa tertentu itu terjadi atau dalam penyusunan dua peristiwa atau lebih, dalam menjelaskan wafatnya seseorang, atau pun bukti-bukti yang menguatkan peristiwa tertentu dan seterusnya.

Ibnu Katsir datang pada abad ke 8 Hijriyah, dan sebelumnya telah hadir banyak karya tulis selama enam abad, dan dia memiliki dan menguasai bahan yang sangat luas dan manpan, dan di hadapanya terbuka sesuatu yang secara utuh jarang diketahui atau disedari oleh para pendahulunya, atau mungkin tidak dikedepankan sebelumnya atas beberapa alasan, lalu kemudian ilmu itu terus-menerus mengalami perkembangan dan mendapat perhatian, sehingga mencapai titik kematangan.

Lantas, beliau pun menyusun kitabnya ini, dan beliau membuatnya seperti mengkritisi dan mencermati beberapa buah karya besar sebelumnya. Bahkan, tidaklah berlebihan kalau seseorang mengatakan, bahawa kitab ini hampir menjadi penutup jalan untuk menyusun kembali sejarah yang diawali dengan penciptaan makhluk serta kelanjutannya seperti pelbagai kisah orang-orang terdahulu, kemudian memperluas dan menjelaskan secara terperinci tentang fasa perjalanan hidup Nabi yang sangat harum, dilanjutkan sesudah itu dengan pelbagai peristiwa dan pelbagai informasi, yang di dalamnya berbaur dengan pelbagai peristiwa dengan pelbagai biografi, tempat dengan manusia yang mendiaminya, kedua hal tersebut adalah sumber pokok tentang ilmu sejarah, sehingga ke beberapa tahun menjelang wafatnya penulis. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
859m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

Monday, September 3, 2012

611 - Kuburan Bukan Tempat Ibadah

Kuburan Bukan Tempat Ibadah


Judul Buku:
Kuburan Bukan Tempat Ibadah

Penulis:
Abu Yahya Badru Salam

Penerbit:
Nashirus Sunnah

Harga:
RM18

Berat Buku:
0.2kg

Keterangan Kandungan:

Kuburan hanyalah benda mati yang tidak dapat memberikan manfaat mahupun mudharat. Di dalamnya terbujur mayat yang kaku yang justeru memerlukan doa dari orang-orang yang masih hidup.

Mayat yang terkujur di kubur itu sesekali tidak dapat menyampaikan doa orang yang bertawassul kepadanya, apalagi untuk memperkenankan doa. Tetapi pada hari ini, terdapat sebahagian kelompok orang dari kalangan umat Islam, yang gemar menjadikan kuburan sebagai tempat ibadah, tempat berdoa, tempat menggapai barakah, tempat meratap, dan tempat membaca al-Qur'an.

Maka buku ini hadir sebagai salah satu jawaban terhadap isu ini yang sedang hangat diperkatakan. Penulis memulakan kupasan perbahasannya dengan menjelaskan sekitar hakikat kubur di sisi Islam, sunnah ziarah kubur, dan penjelasan bahawa kubur tidak mampu memberi manfaat kebaikan mahupun mendatangkan mudharat.

Kemudian penulis teruskan kupasannya kepada fokus yang menjadi tujuan perbahasan iaitu sekitar isu menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, ritual-ritual di kuburan, hukum membaca al-Qur'an di kuburan dari sisi imam mazhab dan antara pendapat yang mengharuskan serta melarang. Seterusnya, penulis teruskan pula dengan kupasan sekitar isu menjadikan kuburan sebagai masjid, tempat berhari-raya, tempat tujuan dalam safar (perjalanan jauh), dan hukum bertawassul serta mengambil barakah dengannya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Akhir sekali, penulis akhiri perbahasan bukunya ini dengan tajuk Adab-adab terhadap Kubur dari sisi pandang al-Qur'an dan as-Sunnah. Ini antaranya seperti tidak dijadikan kubur itu sebagai tempat pemujaan, tempat menyembelih haiwan, tempat ibadah, tidak dibina padanya bangunan atau tembok atau dibuat-dibuat tulisan serta tidak dijadikan sebagai tugu-tugu peringatan padanya.

Jumlah Muka Surat:
176

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

Sunday, September 2, 2012

610 - Black Seed Oil From Makkah

Black Seed Oil From Makkah



Item:
Black Seed Oil From Makkah

Pengeluar:
Surrati Factory

Jenama:
As-Surrati

Harga:
RM64 sebotol

Berat Item:
380g (Termasuk bekas)

Keterangan Kandungan:

Habbatus Sauda atau jintan hitam telah sedia dikenali dan merupakan salah satu makanan yang telah disebutkan oleh hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang mulia. Sekaligus ia merupakan salah satu makanan hasil produk herba yang dianjurkan oleh sunnah.

Habbatus sauda' ini adalah sejenis bunga herba yang terdapat dan tumbuh subur di kawasan-kawasan mediteranian atau gurun, iaitu di sekitar wilayah-wilayah timur tengah dan asia barat. Ia adalah herba yang sangat terkenal sejak zaman dahulu kala, malah diamalkan oleh generasi arab di zaman Nabi dan mendapat pula rekomendasi dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Mengamalkan memakan Habbatus Sauda antaranya melalui kajian yang dijalankan ia mampu meningkatkan daya tahan (immunisasi) tubuh, membantu mencegah pelbagai radang kepada sendi, melancarkan peredaran darah, merendahkan kadar serangan jantung serta gangguan radang ginjal, menstabilkan perjalanan dan penghadaman makanan dengan melancarkan proses enzim dalam tubuh. Ia juga mampu mengatasi dan mencegah keracunan bahan kimia asing dalam tubuh.

Seiiring dengan kemajuan serta perkembangan kajian dan teknologi hari ini, kini jintan hitam atau habbatus Sauda ini telah pun hadir dalam bentuk pati atau hasil perahan minyaknya yang lebih mudah diambil dan cepat dihadamkan. Sekaligus mampu memberi kesan dan aliran dalam badan yang lebih pantas. Ia hadir dalam bentuk pati atau cecair minyak, siap dipakejkan dalam botol 100 ml.

Ini memandangkan sebahagian besar khasiat habbatus sauda ini memang terletak pada patinya yang terdapat pada hasil perahan minyaknya sebagaimana kajian-kajian yang dijalankan. Bahkan sebagaimana kajian dan penelitian para ulama zaman silam lagi.

Minyak Habbatus Sauda ini, selain diamalkan dengan cara makan, ia juga boleh dimanfaatkan sebagai minyak sapuan untuk luka-luka ringan pada kulit atau tubuh.

Bagi set keluaran ini, ia dipakejkan dalam bentuk botol sebagaimana aslinya tanpa sebarang bungkusan kapsul sebagaimana yang lain-lain yang biasa diperolehi di pasaran negara. Ia juga asli sebagaimana asal perahannya tanpa sebarang campuran tambahan. Ia boleh diminum terus begitu sahaja sama ada sebagai minuman rutin mengikut sukatannya, atau boleh juga diamalkan meminumnya bersama-sama campuran makanan atau minuman berperisa lainnya.

Di dalam hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam disebutkan:

"Sesungguhnya di dalam Habbatus Sauda mengandungi penyembuh bagi pelbagai jenis penyakit, kecuali mati." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

InsyaAllah sebagaimana yang dapat dilihat melalui hadis-hadis Nabi yang berkaitan dengannya, ia pasti meyakinkan kita akan khasiat dan keutamaannya. Yang penting adalah asli dan bukan tiruan. Bahkan ia juga turut diperakui oleh pelbagai hasil kajian para ulama sejak dahulu kala. Kemudian diperakui pula oleh penelitian para tokoh perubatan kontemporari.

Kuantiti:
100ml atau 0.1kg bagi setiap botol

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

609 - Mereka Adalah Para Sahabat

Mereka Adalah Para Sahabat


Judul Buku:
Mereka Adalah Para Sahabat

Judul Asal ('Arab):
Shuwaru min Hayatish Shahabah

Penulis:
Dr. 'Abdurrahman Ra'fat Basya

Penerbit:
Pustaka at-Tibyan

Harga:
RM41

Berat Buku:
800g

Keterangan Kandungan:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Janganlah kamu mencela seorang pun dari kalangan sahabatku. Kerana sesungguhnya sekiranya salah seorang di antara kamu menginfaqkan emas sebesar Gunung Uhud sekalipun nescaya ia tidak akan dapat menyamai dengan satu mud yang diinfaqkan oleh para sahabatku, bahkan setengahnya pun tidak akan sama.” (Shahih al-Bukhari, no. 3673. Shahih Muslim, Bab: Larangan Mencela Para Sahabat, no. 254)

Dari Sabda Rasulullah ini telah cukup menggambarkan betapa agungnya kedudukan para sahabat di hadapan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Bahkan sanjungan Rasulullah ini turut dikuatkan pula dengan dalil al-Qur'an yang jelas. Antaranya sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala berikut:

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka Syurga yang ada sungai-sungai mengalir. Mereka kekal abadi di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Siapakah sebenarnya para sahabat ini? Apa yang telah mereka lakukan sehingga mencapai penngiktirafan sedemikian agung daripada Allah dan Rasul-Nya? Apa sumbangan mereka terhadap Islam? Bagaimana sejarah dan kehidupan mereka? Apa pegangan dan prinsip-prinsip hidup mereka? Bagaimana mereka beragama?

Bukankah ini semua suatu yang menarik untuk ditelusuri dan dihayati. Agar kisah-kisah dan jalan hidup mereka dapat kita ambil pedoman dan jadikan contoh. InsyaAllah, buku ini mengupas sebahagian dari kisah-kisah suka dan duka serta jalan hidup yang telah mereka lalui. Sebahagian dari rakaman kisah-kisah yang terpahat indah dalam lipatan kitab-kitab sirah tentang perit getir, ujian, kesabaran, dan keteguhan mereka di dalam beragama diungkapkan oleh penulis melalui buku ini. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semoga kita dapat menuai hikmah dan faedah darinya. InsyaAllah.

Jumlah Muka Surat:
420 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

608 - Jalan Golongan Yang Selamat

Jalan Golongan Yang Selamat


Judul Buku:
Jalan Golongan Yang Selamat

Judul Asal ('Arab):
Minhaj al-Firqah an-Najiyah wa ath-Tha'ifah al-Manshurah

Penulis:
Syaikh Muhammad B. Jamil Zainu

Penerbit:
Darul Haq

Harga:
RM16

Berat Buku:
0.38 kg

Keterangan Kandungan:

Buku yang ada di hadapan anda ini adalah terjemahan dari kitab Minhaj al-Firqah an-Najiyah wa ath-Tha'ifah al-Manshurah. Ia adalah susunan Syaikh Muhammad B. Jamil Zainu. Buku ini membentangkan sekitar asas-asas penting dalam tauhid. Ia disusun dalam bentuk cetusan-cetusan ringkas tanpa mengabaikan aspek-aspek ilmiyah.

Disusun dalam bentuk himpunan tulisan yang mampu membuka minda setiap pembaca terhadap peri pentingnya memahami agama di atas ilmu dan tauhid yang sahih. Kerana hanya dengan ilmu kita akan mengenal dari mana kita datang, kenapa kita berada di muka bumi ini, dan ke mana akan kita menuju.

Buku ini menjadikan fokus utamanya dengan merungkai jalan sebenar yang sebenar-benarnya dalam menuju Allah, iaitu jalan yang selamat yang dijamin Allah. Iaitu jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan para sahabatnya. Setelah mana kita melihat pada hari ini kehidupan masyarakat manusia begitu porak peranda lagi berpecah-belah dalam banyak agama. Dan sudah tentu Islam-lah agama yang benar. Tetapi sayang, di dalam masyarakat Islam sendiri juga turut berpecah-belah dan saling hentam-menghentam satu sama lain?!!!

Lalu, siapa yang benar? Siapa yang harus diikuti? Tidak usah bimbang, tidak usah cemas. Ini semua memang telah diisyaratkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam banyak hadis-hadisnya sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Dan beliau tidak meninggalkan umatnya terkapai-kapai dalam menghadapi situasi tersebut yang mana telah jelas tergambar dan terbentang ciri-cirinya di hadapan kita hari ini. Semoga kita termasuk orang-orang yang diberi rahmat dan ilmu.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya bani Israel telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, dan umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan. Mereka semua di Neraka kecuali satu golongan.”

Para sahabat bertanya, “Siapakah dia (yang selamat) wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai hasan oleh al-Albani)

Dalam hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang lain:

“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa’ al-Rasyidin al-Mahdiyyin (yang mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadis Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Memang inilah hakikat dan realiti yang dapat kita lihat pada hari ini. Umat Islam berpecah-belah dan saling tidak bersatu. Masing-masing memiliki dan membela kelompok masing-masing yang setiap kelompok terbina atas dasar ideologi, pemikiran, dan doktrin mazhab aqidah mereka masing-masing. Ini dapat kita lihat melalui wujudnya kelompok-kelompok yang banyak seperti:

Tabligh, Qur’aniyuun, Hizbut Tahrir, al-Asy'ariyah, Ikhwanul Muslimin, al-Ahbasy, Ahlul Bait, dan seumpamanya. Setiap mereka masing-masing mendabik dada bahawa merekalah yang paling benar di samping saling menghentam di antara satu dengan yang lainnya.

Perbezaan ketara dalam setiap mazhab aqidah dan pemikiran yang dipegang menjadikan setiap kelompok ini sukar dan hampir gagal disatukan walaupun setiap mereka sama-sama umat Islam.

Di antara mereka ada yang berhujah dengan dalil kasyaf dan mimpi, ada yang menolak hadis ahad, ada yang menjadikan pembangkangan terhadap pemerintah sebagai ibadah, ada yang menyeru kepada slogan “Islam moderate”, ada yang menyeru kepada mazhab arus perdana, dan ada pula yang menyesatkan dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah selaku pembawa agama yang terpercaya. Sebenarnya ini semua bermula dari sikap mendahulukan hawa nafsu dan akal berbanding nash-nash syari’at. Akibatnya sampai memberi kesan kepada aqidah, lantas mereka pun semakin jauh tersesat dan menyimpang dari jalan yang benar dan selamat.

Oleh kerana itulah, maka buku ini menjadi antara buku asas yang baik sebagai salah satu sarana pembuka minda dan hati di dalam dada. Agar masyarakat dapat berfikir dan muhasabah diri kembali. Atas dasar apakah kita beragama dan dari mana agama diambil serta ditegakkan. Jalan agama yang manakah yang benar, dan kelompok Islam manakah yang selamat?

Maka sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, ketika para sahabat bertanya:

“Siapakah dia (yang selamat) wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai hasan oleh al-Albani)

Dalam riwayat yang lain:

“... 72 di neraka, dan yang 1 di dalam jannah, dan mereka itu adalah al-Jama’ah.” (Hadis Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Dalam riwayat yang lain:

“Akan berpecah umatku ini menjadi 73 firqah, 72 golongan di neraka dan hanya 1 di jannah. Satu golongan itu adalah as-Sawaadul A’zham.” (Hadis Riwayat al-Lalika’i, Syarah Ushul I’tiqad, no. 131. ath-Thabrani, no. 8051. Kata al-Haitsami, “Para perawinya tsiqah”)

InsyaAllah, inilah yang akan penulis rungkai dan jelaskan. Penulis jelaskan perkara-perkara penting yang kian dilupakan ini melalui beberapa skop perbahasan. Penulis memulakan tulisannya dengan perbahasan "Golongan Yang Selamat." Kemudian penulis jelaskan pula manhaj dan prinsip golongan yang selamat tersebut, ciri-cirinya, dan penyebutan kelompok-kelompok tersebut di dalam hadis-hadis Nabi.

Kemudian penulis masuk pula ke dalam bahasan tentang tauhid. Kenapa kita wajib bertauhid dengan benar dan bagaimana caranya. Seterusnya penulis jelaskan pula maksud kalimat syahadah, laa ilaaha illallaah dan Muhammad Rasulullah, yang mana kebanyakan umat Islam pada hari ini rata-ratanya hanya tahu mengucapkannya tetapi masih gagal dalam memahami dan melaksanakannya dengan benar. Maka tidak hairanlah masyarakat Islam masih berpecah-belah dan saling tidak bersatu. Kerana aspek paling asas ini pun masih gagal difahami dan terabaikan begitu sahaja.

Kemudian penulis teruskan lagi perbahasan buku ini demi mengajak para pembaca membuka minda dan hati seluas-luasnya terhadap kebenaran yang haq dengan skop tajuk perbahasan: Makna "Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in", kemudian tafsir ayat "Ar-Rahmanu 'alal 'Arsystawa." Kemudian penulis jelaskan pula keutamaan tauhid. Kemudian, sekitar maksud dan jenis-jenis syirik, bahayanya, dan kesan-kesan buruk akibat syirik.

Setelah itu, penulis kupas pula sekitar isu-isu yang banyak berlegar di sekitar masyarakat yang hakikatnya bukan sebahagian dari agama Islam, tetapi telah dianggap sebagai agama oleh masyarakat, dan dianggap pula sebagai sebahagian dari ajaran Islam. Bahkan hakikatnya ia merupakan kesyirikan dan kesesatan yang nyata, tetapi akibat kejahilan yang berleluasa, maka masyarakat hanyut dengan hal-hal yang tersebut. Ini adalah seperti amalan meratap di kuburan, mengambil berkah dari kuburan, menjadikan kubur sebagai perantara berdoa dan memohon kepada Allah, gila mengejar kekuasaaan sehingga meninggalkan tauhid, peringatan maulid Nabi, selawat nariyah, dan banyak lagi lainnya.

Setelah itu, di fasa-fasa akhir buku ini, penulis jelaskan pula cara-cara menangani kepelbagaian persoalan kerosakan tauhid yang berlaku di dalam masyarakat hari ini. Penulis jelaskan tentang syarat-syarat turunnya pertolongan Allah, kewaspadaan terhadap thaghut, mengatasi nifaq, cabang-cabang iman, sebab-sebab berlakunya musibah, kepentingan dan cara mencintai Nabi, keutamaan dan cara berselawat ke atas Nabi yang benar, kepentingan mentadabbur al-Qur'an, kepentingan memahami agama dengan ilmu, memahami wujudnya hadis-hadis yang tidak sahih dan palsu, serta beberapa lagi yang lainnya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semoga buku ini bermanfaat dan mampu menjadi pencetus kepada kita semua dalam mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan cara beragama yang benar, iaitu di atas ilmu yang sahih sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya.

Jumlah Muka Surat:
214 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.