Title:
Hanya Islam Bukan Wahhabi
Judul Asli: Islamiyah La Wahhabiyah
Author:
Syaikh Dr. Sa'id B. 'Ali B. Wahf al-Qahthani
Publisher:
Darul Falah
Price:
RM64
Weight:
850g
Description:
Kitab ini merupakan sebuah hasil kajian dan pembentangan yang begitu istimewa oleh asy-Syaikh Prof. Dr. Nashir Abdul Karim al-‘Aql berkenaan terbinanya daulah Saudi Arabia dan hubungannya dengan bani Su’ud, Syaikh Muhammad Abdul Wahhab serta dakwah aqidah yang berlangsung di sana, sekaligus menjawab pelbagai tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan kepada negara Saudi Arabia yang di atas-namakan sebagai dinasti wahhabiyah. Buku setebal 552 muka surat ini mengupas kepelbagaian fakta-fakta sejarah yang banyak tidak diketahui oleh dunia Islam terhadap kehebatan dakwah aqidah yang diletuskan oleh Syaikh Muhammad Abdul Wahhab yang bermula dari wilayah Najad, Hijaz, sehinggalah kepada tertubuhnya kesatuan Saudi Arabia. Pada masa itu, masyarakat arab di sekitar Najad, Hijaz, Uyainah, dan wilayah-wilayah lain yang kini berada di bawah pentadbiran Saudi Arabia kesemuanya saling berpecah-belah dan tidak bersatu. Pelbagai ritual dan perbuatan syirik begitu subur berlaku seperti perbuatan menyembah kuburan, menyembah pokok, dan memuja sesuatu di samping Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Dengan buku ini, terjawablah siapa sebenarnya Syaikh Muhammad B Abdul Wahhab yang sering-kali didakwa dan dimomokkan ke dalam masyarakat sebagai pengasas gerakan Wahhabiyah. Yang mana sebenarnya, beliau adalah salah seorang ulama besar dan pejuang penegak bendera aqidah di tanah arab pada zaman ini. Sehingga dengan berkat perjuangan dakwah pemurnian aqidah, membersihkan kesyirikan, dan mengembalikan masyarakat kepada sunnah-sunnah Rasulullah yang sahih, akhirnya terbinalah negara 'Arab Saudi yang wujud pada hari ini. Beliau berjaya menyatukan wilayah-wilayah arab yang sebelumnya berpecah-belah dan saling berperang. Sungguh benar janji Allah bagi mereka yang beriman dengan iman yang sahih dan beramal dengan amal yang soleh, maka Allah akan meneguhkan kekuasaan mereka di muka bumi ini. Ini disebutkan oleh Allah Ta'ala dalam Surah an-Nuur, ayat 55.
Sanjungan kepada beliau juga turut dinukilkan dari pelbagai lapisan ulama ke dalam buku ini. Kepada anda yang masih meragui siapa sebenarnya beliau dan apa sebenarnya wahhabi, semoga dapat menjadikan buku ini sebagai salah satu rujukan yang tidak harus ditinggalkan.
Total Pages:
552 m/s.
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari:
http://galeriniaga.blogspot.com/Payment: Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account
CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.