Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Thursday, June 26, 2008

91 – Kitab al-Ibanah ‘an Ushul ad-Diyanah

al-Ibanah 'an Ushul ad-Diyanah


Title:
al-Ibanah, Buku Putih al-Imam al-Asy’ari
Judul asli: al-Ibanah ‘an Ushul ad-Diyanah

Author:
al-Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (Wafat: 324H)

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM30

Description:

Kitab al-Ibanah adalah sebuah kitab yang berisi penjelasan aqidah Salaf yang dipegang oleh para ulama Ahlul Hadis yang ditulis oleh al-Imam Abul Hasan al-Asy’ari setelah beliau bertaubat dari pemikiran Mu’tazilah dan Kullabiyah yang telah beliau anuti selama empat puluh tahun.

Selepas peristiwa yang mengejutkan di masjid Jami’ kota Bashrah, ketika beliau melepaskan jubahnya lalu berkata:

“Aku melepaskan seluruh aqidah yang aku yakini dahulu seperti aku melepaskan jubahku ini!”

Beliau terus giat aktif menulis bantahan terhadap pemikiran dan aqidah kaum muktazilah yang pernah beliau anuti sebelumnya. Salah satu di antara karya beliau tersebut adalah kitab yang dihadirkan ke hadapan anda yang bernama al-Ibanah ‘An Ushul ad-Diyaanah. Penisbahan buku ini kepada beliau juga telah menimbulkan/melahirkan kontroversi. Sebahagian kelompok yang jahil dan dikuasai oleh rasa fanatik buta menolak penisbatan buku ini ke atas nama beliau.

Tetapi, mengingkari penisbahan buku ini kepada beliau sama seperti mengingkari keberadaan matahari di siang yang terang benderang tanpa dapat ditutupi awan! Para ulama dari empat Mazhab seperti Farhuun al-Maaliki, Abul Falah Abdul hayy B. al-‘Imaad al-Hanbali, Abul Qasim Abdul Malik B. Isa B. Darbaas asy-Syafi’i dan lain-lain sepakat menyatakan bahawa buku ini adalah hasil tulisan beliau, begitu juga buku-buku lain yang ditulis setelah beliau kembali kepada aqidah Ahlus Sunnah yang sebenar selepas meninggalkan aqidah menyimpang kaum muktazilah.

Antara kitab-kitab beliau yang lain adalah seperti al-Maqaalat al-Islaamiyyin, al-Luma’, Tafsir al-Mukhtazin, dan al-Fushul fir Radd ‘Alaa al-Mulhidin wal al-Khaarijin Minal Millah. Buku ini membuktikan kepada kita semua bahawa kebenaran taubat Imam Abu Hasan al-Asy’ari dari pemikiran Muktazilah dan bukti bahawa beliau adalah seorang yang mengikuti jejak ahlus sunnah di atas manhaj para pendahulu kita, para Salafus Soleh. Sekaligus buku ini menjawab pendustaan para pendukung aqidah al-Asya'irah zaman ini yang mengaku sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Kerana itulah mereka begitu marah sekali dengan kewujudan buku ini ditengah-tengah amsyarakat sejak dahulu hingga kini sehingga pelbagai cubaan dan usaha mereka lakukan untuk mendustakan kewujudannya.

Weight:
300g

Total Pages:
242 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari:
http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.