Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Monday, May 25, 2009

123 – Yang Benar Mazhab Syafi’e Bukan Wahhabi

Yang Benar Mazhab Syafi’e Bukan Wahhabi


Title:
Yang Benar Mazhab Syafi’e Bukan Wahhabi

Author:
Ustaz Rasul Dahri

Publisher:
Jahabersa

Price:
RM9

Weight:
100g

Description:

Melontarkan gelaran yang buruk, gambaran negatif, dan tuduhan palsu terhadap golongan yang digelar Wahhabi oleh aktivis Bid’ah (mubtadi’) dan orang-orang yang sealiran dengan mereka kini sudah menjadi resam bagi mereka.

Fitnah direka dan dicipta terhadap golongan yang dilabel wahhabi bermula dari generasi muda yang intelek iaitu yang mula mendekati dan mengamalkan sunnah sahihah yang dihidupkan oleh golongan yang ini.

Buku ini membawakan kepada anda terhadap fenomena dan fakta sebenar pertikaian berkenaan al-Asma’ wa Shifat (nama dan sifat-sifat) Allah. Benarkah golongan wahhabi ini telah mereka cipta bahawa Allah itu berjisim, bertangan, berada di langit dan sebagainya. Maka, buku ini ditulis dan kini berada di pasaran untuk tampil menjawab kepelbagaian penyelewengan fakta oleh golongan ahlul Bid’ah terhadap golongan yang digelar sebagai Wahhabi.

Sebagai kesimpulan, buku ini akhirnya akan menjelaskan kepada pembaca, siapakah sebenarnya Wahhabi. Adakah mereka memang benar-benar sesat bagai dikata, atau sebenarnya merekalah yang berpegang kepada fakta-fakta ilmiyah dari para ulama Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Sekaligus membuktikan siapakah sebenarnya yang bermazhab Syafi’e dalam persoalan sifat dan Nama-nama Allah.

Total Pages:
108

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:

Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.