Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Monday, May 25, 2009

124 – Syarah ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah

Syarah ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah


Title:
syarah ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah

Author:
Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Psutaka Imam asy-Syafi’i

Price:
RM72

Weight:
1200g

Description:

Buku ini adalah Syarah ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Di dalamnya dijelaskan tentang ‘aqidah dan manhaj yang benar dari kitab para ulama terdahulu dengan dalil-dalil yang sahih dari al-Qur’an dan as-sunnah, penjelasan para sahabat, Tabi’in, dan Tabi’ut Tabi’in, serta para ulama yang mengikuti jejak mereka dengan baik. Penulis berusaha mengambil rujukan yang benar lagi ilmiyah dari kitab-kitab rujukan yang telah diperakui kesahihannya di dalam permasalahan aqidah oleh para ulama ahlus sunnah dari zaman dahulu hingga sekarang. Tujuan penulis adalah supaya aqidah dan manhaj ini difahami oleh ummat Islam dengan benar, diyakini seyakin-yakinnya, dan diamalkan di dalam kehidupan sehari-hari.

Buku ini, secara kesimpulannya, amat baik kepada mereka yang mahu bermula daripada asas, malah ia turut sesuai untuk mereka yang mahu memahami dengan lebih dalam kerana perbahasannya yang mudah tetapi amat-amat ilmiyah lagi terperinci dari tahap awal hingga seterusnya.

Total Pages:
650

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

123 – Yang Benar Mazhab Syafi’e Bukan Wahhabi

Yang Benar Mazhab Syafi’e Bukan Wahhabi


Title:
Yang Benar Mazhab Syafi’e Bukan Wahhabi

Author:
Ustaz Rasul Dahri

Publisher:
Jahabersa

Price:
RM9

Weight:
100g

Description:

Melontarkan gelaran yang buruk, gambaran negatif, dan tuduhan palsu terhadap golongan yang digelar Wahhabi oleh aktivis Bid’ah (mubtadi’) dan orang-orang yang sealiran dengan mereka kini sudah menjadi resam bagi mereka.

Fitnah direka dan dicipta terhadap golongan yang dilabel wahhabi bermula dari generasi muda yang intelek iaitu yang mula mendekati dan mengamalkan sunnah sahihah yang dihidupkan oleh golongan yang ini.

Buku ini membawakan kepada anda terhadap fenomena dan fakta sebenar pertikaian berkenaan al-Asma’ wa Shifat (nama dan sifat-sifat) Allah. Benarkah golongan wahhabi ini telah mereka cipta bahawa Allah itu berjisim, bertangan, berada di langit dan sebagainya. Maka, buku ini ditulis dan kini berada di pasaran untuk tampil menjawab kepelbagaian penyelewengan fakta oleh golongan ahlul Bid’ah terhadap golongan yang digelar sebagai Wahhabi.

Sebagai kesimpulan, buku ini akhirnya akan menjelaskan kepada pembaca, siapakah sebenarnya Wahhabi. Adakah mereka memang benar-benar sesat bagai dikata, atau sebenarnya merekalah yang berpegang kepada fakta-fakta ilmiyah dari para ulama Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Sekaligus membuktikan siapakah sebenarnya yang bermazhab Syafi’e dalam persoalan sifat dan Nama-nama Allah.

Total Pages:
108

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:

Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, May 19, 2009

122 - Syaamil al-Qur’an Terjemahan Per Kata

Syaamil al-Qur’an Terjemahan Per Kata



Title:
Syaamil al-Qur’an (Terjemahan Per Kata)

Author:
Yayasan Penyelenggara Penterjemahan/Penafsir al-Qur’an Revisi Terjemah oleh Lajnah Pentashih Mushaf al-Qur’an Department Agama Republik Indonesia.

Publisher:
Syaamil International

Price:
RM100

Weight:
1200g

Description:

Syaamil al-Qur’an Terjemah kata per Kata ini menampilkan erti setiap kata (perkataan) di dalam al-Qur’an dan diletakkan tepat di bawah perkataan tersebut.

Syaamil al-Qur’an ini akan membimbing anda untuk memahami asas-asas bahasa arab yang terkandung di dalam al-Qur’an dari perkataan demi perkataan, sekaligus memudahkan anda untuk memahami bentuk bahasa di dalam al-Qur’an berpandukan terjemahan satu-satu perkataan demi satu perkataan. Apatah lagi, ayat-ayat dan perkataan-perkataan di dalam al-Qur’an seringkali diulang-diulang di surah-surah tertentu. Maka dengan ini ia akan memudahkan membantu anda untuk menguasai bhasa arab berpandukan makna-makna perkataan dan ayat-ayat tertentu di dalam al-Qur’an.

Total Pages:
604

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

121 - Raudhatuth Thalibin

Raudhatuth Thalibin


Title:
Raudhatuth Thalibin

Author:
Imam an-Nawawi
Tahqiq/Tahkrij oleh Fuad Siraj ‘Abdul Ghafar
Ta’liq oleh Syaikh al-Albani dan Syaikh Muhammad Soleh al-Utsaimin

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM248 (3 Jilid)

Weight:
3.6kg

Description:

Kitab ini adalah susunan salah seorang imam besar di dalam mazhab asy-Syafi’i, iaitu Abu Zakariya bin Yahya bin Syaraf an-Nawawi ad-Dimasyqi (imam an-Nawawi rahimahullah). kitab ini sekaligus merupakan antara karya besar yang menjadi rujukan utama dalam mazhab asy-Syafi’i. Imam an-Nawawi membawakan dan membentangkan kepelbagaian pendapat dan perbahasan fiqh yang berlaku dalam kalangan mazhabnya pada masanya. Kitab ini begitu bernilai dan berguna bagi sesiapa sahaja yang mahu mengetahui dengan mendalam berkenaan persoalan-persoalan fiqh asas di dalam mazhab Syafi’i. Turut dibawakan oleh beliau adalah perbandingan pendapat dari beberapa mazhab yang lain seperti hanafi, hanbali dan maliki.

Kitab ini dibahagiakan kepada 3 jilid berdasarkan perbahasan:

Jilid 1: Thaharah, Tayammum, Haid, Hukum Solat Jama’ah, Solat Musafir, Hukum Jenazah.

Jilid 2: Zakat, Puasa, Haji, Qurban, Haiwan Buruan, Sembelihan, Nazar.

Jilid 3: Jual Beli, Pesanan, Gadaian, Jaminan Hutang, Harta, akad dan perjanjian damai, Hutang piutang.

Lebih istimewa, buku ini telah pun diberi semakan dan catatan (footnote) oleh mereka yang berkelayakan (Syaikh al-Albani dan Syaikh al-Utsaimin).

Total Pages:
Jilid 1, 953 m/s. Jilid 2, 844 m/s. Jilid 3, 972 m/s.

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:

Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

120 - Surat Terbuka Untuk Para Isteri

Surat Terbuka Untuk Para Isteri


Title:
Surat Terbuka Untuk Para Isteri

Author:
Ustaz Abu Ihsan al-Atsari

Publisher:
Pustaka Darul Ilmi

Price:
RM16

Weight:
300g

Description:

Sungguh, kebahagiaan rumah tangga adalah idaman setiap insan. Kejayaan sepasang suami isteri di dalam membina rumah tangga merupakan asas terciptanya kedamaian di tengah-tengah masyarakat. Oleh sebab itu, Islam memberikan perhatian yang sangat besar terhadap masalah kehidupan rumah tangga. Islam meletakkan kaedah-kaedah dan asas-asas bagi suami isteri, yang mana di atas kaedah dan asas itulah nantinya akan dibina mahligai perkahwinan yang kukuh. Dan di atas syarat-syarat itu juga terdapat jaminan kebaikan bagi setiap keluarga muslim. Dan kesan selanjutnya adalah jaminan kebaikan bagi masyarakat Islam secara keseluruhannya.

Rumah tangga adalah perkara yang sangat penting bagi sesebuah kehidupan manusia. Bahkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah menyatakan bahawa seseorang yang telah membina kehidupan rumah tangga bererti dia telah menyempurnakan separuh agamanya.

Kita adalah insan yang lemah dan sentiasa memerlukan nasihat. Dan sebaik-baik nasihat adalah dengan ilmu yang benar berpandukan petunjuk wahyu.

Buku ini telah pun ditulis oleh Ustraz Abu Ihsan al-Atsari bersama isterinya, Ummu Ihsan. Disampaikan dengan gaya bahasa yang santai dan amat menyentuh jiwa-jiwa pembacanya. Diadun pula dengan ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis sahih yang menjadi tunjang utama sebuah penyampaian. Semoga buku ini menjadi sebuah peringatan dan pendorong yang sangat bernilai kepada kehidupan anda di dalam mengharungi keindahan sebuah rumah tangga alam perkahwinan. (Dapatkan juga: Surat Terbuka Untuk Suami)

Total Pages:
187

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:

Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

119 - Zikir ala Tasawuf (Penilaian Semula Berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah)

Zikir ala Tasawuf (Penilaian Semula Berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah)


Title:
Zikir ala Tasawuf (Penilaian Semula Berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah)

Author:
Ustaz Muhammad Arifin Badri

Publisher:
Pustaka Darul Ilmi

Price:
RM22

Weight:
400g

Description:

Tasawuf! Sebuah nama dan istilah yang seakan-akan begitu indah untuk didengar. Namun, setakat manakah istilah ini memberikan sebuah kesan yang mengarahkan kita kepada kebenaran atau pun hanya sebenarnya adalah sebaliknya.

Tasawuf! Sehingga ada perkataan dari para tokoh-tokohnya yang mengajak kita meninggalkan isteri-isteri dan keluarga supaya dapat bertapa (bersuluk) ke tempat-tempat tersembunyi agar mencapai darjat seorang Shiddiqin dan wali.

Taswuf! Mengajak manusia mencapai maqam-maqam tertentu sehingga membolehkan seseorang untuk meninggalkan ibadah kepada Allah Subahahu wa Ta’ala. Benarkah tindakan mereka?

Maka, melalui buku ini, penulis telah pun berusaha menjelaskan berkenaan hakikat tasawuf yang sebenarnya. Mengapa ia kini semakin subur dan berkembang. Sekaligus penulis telah memfokuskan isi perbahasan utamanya kepada persoalan zikir-zikir yang dipopularkan oleh golongan tasawuf ini seperti zikir berlagu, zikir beramai-ramai (berjama’ah), zikir menangis, zikir menari, dan seumpamanya.

Total Pages:
211

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:

Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

118 - Panduan Praktis Hukum Waris (Faraid) Menurut al-Qur’an dan as-Sunnah

Panduan Praktis Hukum Waris (Faraid)
Menurut al-Qur’an dan as-Sunnah


Title:
Panduan Praktis Hukum Waris (Faraid) Menurut al-Qur’an dan as-Sunnah

Author:
Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin

Publisher:
Pustaka Ibnu Katsir

Price:RM30 (Hard Cover)

Weight:
500g

Description:

Buku ini membahaskan kepada anda berkenaan persoalan pembahagian harta pusaka berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah. Tahukah kita bahawa harta warisan yang ditinggalkan telah memiliki kaedah pembahagiaannya tersendiri sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah Subhaanhu wa Ta’ala. Maka, buku ini dibawakan kepada anda dengan sebuah kupasan dan pembahasan yang begitu padat dan menyeluruh. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan.

Total Pages:
262

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:

Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.