Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, February 28, 2012

537 - al-Mughni Ibnu Qudamah

al-Mughni Karya Ibnu Qudamah



Title:
al-Mughni Ibnu Qudamah
Judul Asal: al-Mughni

Author:
Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 629H)

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM100 bagi setiap Jilid
(telah siap 13 jilid pertama)

Weight:1.2kg (per jilid)

Description:

Kitab al-Mughni karya Ibnu Qudamah rahimahullah ini adalah di antara deretan khazanah agung ahli sunnah wal-jama'ah dalam bidang perbahasan fiqh Islam. Ia membawa method perbahasan fiqh perbandingan (muqorran) antara mazhab dengan menjadikan mazhab fiqh Imam Ahmad B. Hanbal sebagai keutamaan, di mana ia dilahirkan dari kalangan kelompok mazhab Imam Ahmad B. Hanbal.

Kitab ini sebaris dengan deretan karya-karya fiqh muqarran lainnya. Beliau mengemukakan perbahasan-perbahasan fiqh antara mazhab, dalil-dalilnya, dan kemudian menjelaskan kesimpulan yang paling tepat berdasarkan ijtihad beliau.

Beliau juga turut mengemukakan perbezaan pendapat yang berlaku dan berkembang di kalangan para ulama madzab Hanbali dalam pelbagai masalah berserta hujah-hujah dalilnya. Kemudian beliau bandingkan dengan pendapat-pendapat dari kalangan ulama mazhab yang lain sama ada mazhab Malik, Abu Hanifah, asy-Syafi'i, termasuklah beberapa mazhab para ulama yang jarang diketahui seperti mazhab Imam al-Hasan al-Basri, Atha', Sufyan at-Tsauri, serta beberapa yang lain. Termasuk juga di dalamnya mazhab para sahabat dan para tabi'in.

Tanpa dapat disangsikan lagi, bahawa Kitab al-Mughni ini adalah merupakan termasuk di antara ensiklopedi fiqh Islam dari zaman salaf yang terbaik yang telah disusun dalam format fiqh perbandingan yang mana pada ketika itu kitab-kitab seperti ini masih begitu jarang ditemui.

Oleh kerana itu, para ulama yang berasal dari pelbagai mazhab pun memandang kitab ini dengan pandangan penuh penghargaan, penelitian, dan dianggap sebagai salah satu rujukan ulung dalam bidangnya. Ini sekaligus memberi sumbangan berharga dalam menangani pelbagai isu-isu fanatik kepuakan dan mazhab.

Sebagaimana kitab-kitab fiqh lainnya, kitab ini dimulakan dengan perbahasan fiqh thaharah, wudhu', mandi, solat, solat-solat sunnah, pengurusan jenazah, haji dan umrah, zakat, puasa, sehinggalah kepada perbahasan-perbahasan lainnya yang lebih terperinci dalam pelbagai cabang fiqh seperti sembelihan, buruan, pernikahan, jual beli, wasiat, luqatah, hutang pituang, jihad, peperangan, jihad, pemerintahan, banyak lagi yang lainnya.

Pujian Ulama Terhadab Ibnu Qudamah dan karya beliau, Al-Mughni

Imam Ibnu Muflih rahimahullah (Wafat: 763H) berkata, "Muwaffaquddin Ibnu Qudamah telah menyibukkan dirinya bagi tujuan menyusun sebuah kitab tentang Islam. cita-cita beliau tersebut pun tercapai. Kitab beliau ini merupakan kitab yang sangat bagus dalam mazhab Hanbali. Beliau telah berjaya menyusun kitab tersebut dan telah melakukannya dengan baik sekali. Kitab beliau telah menghiasi Mazhab Hanbali dan telah dibaca oleh banyak orang (para ilmuan) di hadapannya." (lihat: Mukaddimah Pentahqiq)

Pengarang kitab Al-Wafi bi al-Wafayat, iaitu Imam Sholahuddin Shofdi rahimahullah (Wafat: 764H) mengatakan, "Beliau (Ibnu Qudamah) adalah orang nombor satu pada masanya. Beliau adalah imam yang sangat menguasai ilmu khilaf (perbezaan pendapat di kalangan ulama dan mazhab), Fara'idh, ushul fiqh, fiqh, nahwu, hisab, serta astronomi dan al-manak. Dalam tempoh masa tertentu, beliau telah menjadikan orang ramai ketika itu sibuk untuk mengkaji kitab al-Khiraqi, al-Hidayah, dan kemudian kitab Mukhtashar al-Hidayah. Setelah itu, beliau menjadikan orang ramai sibuk pula untuk mengkaji (mendalami) kitab-kitab hasil tulisannya." (lihat: Mukaddimah Pentahqiq)

Total Pages:
Telah siap diterjemahkan sebanyak 13 jilid pertama

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari -http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.