Hidup terasa hambar dan suram tanpa gurauan dan canda. Sebagai pelengkap interaksi sosial, kewujudan perisa tambahan seumpama garam dalam masakan; perlu ditambahkan menurut kadarnya. Umumnya canda gurau mampu menjadi wasilah pengukuh persahabatan, penghibur kedukaan, dan menggalakkan kesan positif lainnya.
Lebih dari itu, canda-gurau seorang Muslim harus memiliki nilai ibadah di sisi Allah. Kerananya, canda-gurau perlu sesuai dengan syari'at Islam, serta wajib dilakukan dengan kadar kuantiti, kualiti, dan dilakukan dengan hikmah agar bertepatan dengan keadaan.
Buku ini hadir untuk menyempurnakan sekaligus mendidik canda-gurau di antara kita. Bentangannya yang lugas akan menyedarkan kita bahawa canda di dalam Islam tidak semestinya identik dengan ketawa dan jenaka, apalagi yang berbaur dengan dusta, tetapi sebaliknya perlu diadun dengan kebijaksanaan, kebenaran, dan kebijaksanaan.
Perbahasan buku ini akan membimbing kita kepada konsep canda-gurau yang bernilai ibadah di sisi-Nya. Isinya pun dilengkapi dengan penjelasan konsep canda di dalam Islam, jenis-jenis canda, kaedah-kaedah dalam bercanda, serta potret canda Nabi Shallallahu 'alihi wa Sallam, Sahabat, dan imam-imam Ahlus Sunnah wal Jama'ah dahulu hingga sekarang. Tertuang pula fatwa-fatwa berhubung dengan sebahagian canda yang umum dilakukan dan kupasan tentang hadis-hadis dhaif sekitar canda yang dinisbatkan kepada baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.
Dengan membaca buku ini, kita akan memahami senda gurau atau canda yang dibenarkan dalam Islam. Sehingga kita mampu memilih mana canda yang sewajarnya, mana canda yang harus ditinggalkan, dan mana canda yang sesuai diungkapkan. Dengan pemahaman itu pula, insya Allah ucapan dan perbuatan kita semakin terjaga.
Lebih istimewa apabila buku ini turut menyertakan contoh-contoh canda dan senda gurau Nabi bersama-sama para sahabatnya serta gurau senda orang-orang soleh terdahulu...