Sebahagian orang selalu mengatakan,
Kalau kita tinggalkan amalan-amalan yang dianggap “bid’ah hasanah” semisal amalan bacaan dan kenduri doa selamat, solat hajat perdana setiap kali selesai solat Juma’at, majlis bacaan Yasin malam Juma’at, majlis tahlilan sebaik selesai pengurusan jenazah, selawatan perdana tiap kali cuti umum, bacaan marhaban ketika hari raya, kemudian sambutan maulid Nabi pun tak buat juga... Jadi akhirnya, kita ni duk saja lah, tak ada amalan yang boleh nak dibuat?!
SABAAR...!
Soalnya, adakah amalan dalam Islam hanya Cuma itu? Tidak adakah amalan-amalan yang benar-benar sunnah yang dianjurkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang dapat kita amalkan saban waktu?!
Tahukah anda, ada lebih dari 1000 amalan Sunnah Sehari Semalam yang terbukti sahih dari Nabi Yang mungkin belum kita amalkan; mungkin kerana kita terlupa, atau belum ketahui.
Kalau benar ada, kenapa kita tinggalkan dan lebih mengutamakan yang bid’ah lalu kalian jadikan ianya hasanah?
Baik, sudahkah kita mengamalkan sunnah-sunnah berikut (sebagai contoh):
Memperbanyakkan bacaan Al-Qur’an di rumah?
Mentadabbur ayat-ayat Al-Qur’an setiap hari?
Memperbaiki dan menyemak bacaan Al-Qur’an?
Melazimi solat berjama’ah di masjid?
Datang awal ke masjid?
Bergegas ke masjid sebaik mendengar azan?
Menjawab azan dan berdoa setelah azan?
Merapatkan saf solat jama’ah?
Membaca doa keluar/masuk masjid?
Masuk masjid dengan kaki kanan?
Berwudhu’ sebelum ke masjid?
Memakai wangi-wangian ketika ke masjid (bagi lelaki)?
Melaksanakan solat malam dan witr setiap hari?
Memperbanyakkan doa di tasyahhud akhir solat?
Solat sunnah dua rakaat Fajar?
Adakah solat sunnah dhuha diamalkan?
Solat-solat Sunnah Rawatib?
Solat dua rakaat ketika memasuki masjid?
Berwudhu’ ketika hendak tidur?
Membasuh tangan ketika bangun tidur?
Mengamalkan dzikir-dzikir pagi dan petang?
Berpuasa tiga hari setiap bulan?
Berpuasa setiap Isnin dan Khamis?
Mengamalkan doa-doa pada tempatnya?
Membaca doa masuk tandas?
Menyebut nama Allah ketika hendak makan/minum?
Makan/minum dengan tangan kanan?
Menjamu orang makan?
Memberi hadiah untuk jiran, teman, saudara?
Memuji Allah sesudah makan?
Membaca doa keluar/masuk rumah?
Memberi salam ketika masuk rumah?
Memberi salam ketika bertemu?
Bermuka manis ketika bersua?
Membaca doa ketika hendak tidur?
Membaca doa ketika bangun dari tidur?
Membaca Surah AS-Sajadah dan Al-Mulk setiap malam?
Mengkhatamkan Surah Al-Baqarah di rumah?
Memuji Allah ketika bersin?
Mendoakan orang yang bersin?
Membaca dzikir-dzikir setiap sebaik selesai solat?
Menjaga aurat dan adab-adab berpakaian?
Membersihkan gigi setiap kali wudhuk?
Memperbanyakkan sedekah?
Memperbanyakkan istighfar?
Mendoakan kebaikan untuk teman, saudara, kaum muslimin?
Memberi nafqah untuk ahli keluarga?
Menuntut ilmu-ilmu syar’i?
Mengajarkan kebaikan dan ilmu-ilmu syar’i kepada ahli keluarga?
Dan masih banyak lagi yang lainnya, dan kalau diperhitungkan dengan lebih terperinci tentu akan lebih banyak lagi. Bahkan sepertinya lebih dari 1000 amalan sehari semalam yang dapat membuahkan pahala dari Allah dan yang telah pasti kesahihannya dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam...!!!
Soalnya, sudahkah kita mengenal dan mengamalkannya?
Dapatkan buku, Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah Sehari Semalan, di sini, http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=184
Atau sms/whatsapp kami di, 0126887715.
Channel, telegram.me/ilmusunnah