Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Thursday, April 7, 2016

Menggugat Demokrasi & Pemilu (Pilihan Raya)

Menggugat Demokrasi dan Pemilu (Pilihan Raya)


Demokrasi adalah sebahagian dari kerangka atau manhaj pemikiran, atau juga merupakaan sebuah ideologi yang dianut atau diimani oleh sebahagian kelompok manusia sebagai sebahagian dari aqidah dan kepercayaan. Dari demokrasi lahir suatu sistem politik yang terbina di atas prinsip kekuasaan rakyat. Iaitu dari rakyat, untuk rakyat, kerana rakyat. Demokrasi diasaskan dari pemikiran falsafah Greek Kuno. Kata Plato, sumber kekuasaan bagi sistem demokrasi adalah rakyat.

Kata demokrasi adalah merujuk kepada perkataan Greek δημοκρατία (dimokratia) yang membawa maksud “pentadbiran oleh rakyat” terbina dari perkataan δήμος (dēmos), yang merujuk kepada “masyarakat atau rakyat” dan κράτος (kratos), “perundangan, atau penguasaan”. Ia mula dibentuk (diasaskan) kira-kira pada pertengahan abad ke 5 sebelum Masihi dalam sistem pentadbiran Greek.

Demokrasi menurut tulisan Robert A. Dahl adalah “Sistem politik yang memberi kepada rakyat jelata untuk membuat keputusan secara terbuka.” (lihat: Mazahib Fikriyah Mu’assirah oleh Muhammad Qutb, 1/178 - Dar As-Syuruq, 1984)

Secara ringkasnya, demokrasi adalah suatu sistem yang terbina dari suatu dasar ideologi di mana rakyat berkuasa terhadap pentadbiran yang dibentuk, dan padanya terdapat kerangka tunjang yang melandasi keberlangsungannya seperti jaminan hak asasi, kekuasaan rakyat, memenuhi kehendak rakyat (majoriti), dan lain-lain. Demikian asas demokrasi secara ringkas, kemudian darinya wujud pula pembahagian demokrasi kepada beberapa bentuk bersesuaian dengan corak pentadbiran sesebuah negara tetapi masih tetap tidak keluar dari kerangka asas tersebut dan tidak dapat lari dari pemantauan badan-badan berkuasa tertentu dari luar.

Pada hari ini, pemerintah mungkin dilantik melalui sistem demokrasi berpilihanraya. Politik yang terbentuk terikat dengan hak kebebasan bersuara atau suara ramai (majoriti). Inilah sebahagian bentuk dari wajah-wajah demokrasi. Ia merupakan sistem yang berasal dari kaum kuffar jahiliyyah. Bukan termasuk sebahagian dari Islam. Kaedah-kaedah yang dipraktikkan sistem demokrasi ini telah melahirkan banyak perbahasan dan kritikan dari kalangan ulama ahli sunnah wal-jama’ah kontemporari.

Demokrasi tidak akan dapat dipisahkan dengan adanya pilihan raya bagi menegakkan calon-calon dan suara-suara rakyat di parlimen. Di parlimen, mereka akan bersama-sama memperjuangkan suara dan aspirasi (kehendak) rakyat seraya mempertahankan perlembagaan.

Buku ini menyingkap sejarah, perkembangan, definisi, dan hakikat demokrasi diikuti pandangan syari’at terhadapnya. Amat sesuai bagi para pengkaji, sumber kajian, para penuntut ilmu dan para pencari kebenaran.
________________________________
Hubungi kami untuk pesanan/maklumat, 0126887715 (call/sms/whatsapp)