Ulasan Tuntas Tentang Tiga Prinsip Pokok
Syarah Ushul Tsalasah
Nama Buku:
Ulasan Tuntas Tentang Tiga Prinsip Pokok
Judul Asli: Syarhu Tsalatsatil Ushul
Penulis:
Syaikh Muhammad B. Soleh al-Uthaimin
Terbitan:
Darul Haq
Harga:
RM24.00
Berkaitan Buku:
Di antara keselamatan anda di akhirat adalah merujuk kepada keyakinan (iman) anda yang benar tentang tiga prinsip asas, “Siapa Tuhamnu? Apa Agamamu? Dan Siapa Nabimu?” Ketiga-tiga persoalan ini merupakan masalah besar yang amat penting dan perlu diketahui oleh anda. Kerana, selepas anda dikebumikan, akan datang dua malaikat yang menanyakan berkenaan ketiga perkara tersebut kepada anda. Dari situlah bermulanya sama ada nikmat atau siksaan yang akan anda rasakan di alam barzakh.
Buku ini menjelaskan ketiga-tiga permasalahan tersebut secara khusus. Ia ditulis untuk menjabarkan perincian persoalan tersebut secara sistematik, ringkas, dan padat. Kitab al-Ushul ats-Tsalasah, karya Syaikh Muhammad at-Tamimi yang terjemahannya telah banyak beredar di pasaran, kini ia dihuraikan dan dijelaskan secara panjang lebar oleh seorang ulama besar yang sedia dikenali oleh dunia Islam, Syaikh Muhammad B. Soleh al-Uthaimin. Inilah bukunya.
Di antara fokus yang dikupas melalui buku ini adalah tafsir basmallah, hal-hal yang wajib diketahui oleh setiap muslim, kesan iman kepada Allah, tafsir surah al-'Ashr, tiga perkara utama yang wajib dipelajari, al-wala' wal bara', pengertian hanifiyah, makna ibadah, pembahagian tauhid, syirik, penegrtian kalimat rabb, mengenal Allah, persoalan doa, tawakkal, khauf (perasaan takut kepada Allah), istighasah, inabah, mengetahui hakikat Islam, perngertian syahadah, tafsir tauhid, rukun iman, mengenal Nabi Muhammad, perintah dakwah, mi'raj Nabi, perintah Solat, persoalan hijrah, thaghut dan jenis-jenisnya, hubungan di antara Islam, solat dan jihad, serta perbahasan-perbahasan lainnya.
Jumlah Muka Surat:
284
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.