Nama Buku:
Ensiklopedi Tarjih (Masalah Thaharah dan Solat)
Penulis:
Sheikh Dr. Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul
Terbitan:
Darus Sunnah
Harga:
RM68
Berkaitan Buku:
Dalam dunia fiqh, perbezaan pendapat di kalangan ulama adalah hal yang biasa, kerana masalah yang dikaji memberikan ruang ijtihad bagi para ulama (mujtahid) dalam menginterpretasikan dalil-dalil yang ada menurut manhaj, akal fikiran, dan lingkungan masing-masing. Sehingga muncullah pendapat-pendapat ulama yang selanjutnya dinamakan dengan mazhab. Hal ini tentu sahaja akan memberi kesan kepada practical atau perlaksanaan amal ibadah bagi umat Islam, kerana umat Islam tidak mungkin hanya menganut satu aliran mazhab tertentu.
Maka dengan itu, buku ini mengupas dengan lebih terperinci beberapa persoalan terpilih yang seringkali menjadi perselisihan dalam persoalan Thaharah dan solat. Penulis kitab ini tidak hanya mengupas persoalan secara umum, tetapi juga membawakan konsep perbandingan dalil, perbezaan pendapat para ulama, dan sehinggalah kepada pentarjihan. Antara persoalan yang dikupaskan oleh buku ini adalah persoalan air, persoalan sama ada adakah khamar (arak) itu najis, urutan berwudhu’, menyentuh menyentuh wanita atau kemaluan apakah membatalkan wudhu’, bolehkah wanita haid memasuki masjid, hukum membaca fatihah ketika menjadi makmum, penentuan waktu tamat solat isya’ adakah di pertengah malam atau ketika masuknya waktu subuh, dan pelbagai lagi persoalan.
Jumlah Muka Surat:
511
Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715 atau 013-3701152, dimensi83@hotmail.com
Tuesday, February 26, 2008
30 – Ensiklopedi Tarjih (Masalah Thaharah dan Solat)
Ensiklopedi Tarjih (Masalah Thaharah dan Solat)
Labels:
Buku Fiqh,
Ensiklopedia