Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Monday, March 23, 2009

110 – Umat Islam Dikepung Dari Segala Penjuru

Umat Islam Dikepung Dari Segala Penjuru


Tajuk Buku:
Umat Islam Dikepung Dari Segala Penjuru
(Mengambil Sebuah Hikmah dan Pelajaran Penting Dari Hadis Tsauban radhiyallahu ‘anhu)

Pengarang/Penulis:
Syaikh Salim ‘Ied al-Hilali

Publisher:
Pustaka Darul Ilmi

Price:
RM20

Weight:
200g

Description:

Sesungguhnya umat Islam, khususnya di zaman sekarang ini, mereka sedang mengalami kelemahan, fitnah, dan perpecahan yang sangat dahsyat, yang seterusnya menjadikan mereka berada di belakang kelompok kafir. Musibah secara bertubi-tubi telah datang menimpa mereka yang mengakibatkan hilangnya rasa aman dan tenang dari rumah dan harta kekayaan mereka.

Di antara sebabnya adalah kerana mereka diserang penyakit al-Wahn (cinta dunia dan takutkan mati). Sehinggakan orang-orang kafir datang mengerumuni dan meratah mereka tanpa memiliki rasa takut sedikit pun. Begitulah yang tampak berlaku pada hari ini di mana umat Islam hilang kekuatan disebabkan jauh dari nilai-nilai agama yang sebenarnya dan akhirnya mereka berpecah belah. Masing-masing memiliki dasar pemikiran yang saling berbeza. Ditambah pula dengan rasukan penyakit al-Wahn.

Sebenarnya hakikat ini telah pun dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadisnya yang diriwayatkan dari Tasauban radhiyallahu ‘anhu. Dengan hadis ini, penulis (Syaikh Salim ‘Ied al-Hilali) telah tampil mengupas status hadis ini dengan sebaik mungkin dan memaparkan hikmah-hikmah di sebalik hadis tersebut.

Yang lebih menariknya, beliau turut mengupas bahawa kemenangan umat Islam bukanlah diraih dengan majoriti (kuantiti), tetapi adalah dengan kualiti biarpun jumlah individunya sedikit. Beliuan membawakan hujjah berdasarkan perang badar dan hunain. Kekuatan umat Islam terletak pada ilmu, keimanan (aqidah yang benar), dan amalannya yang sahih. Prinsip-prinsip aqidahlah yang akan membawa kejayaan dan kebangkitan serta bersatunya umat Islam.

Total Pages:
176

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:

Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.