Tajuk Buku:
Sejarah Hitam Tasawuf
Judul Asal: al-Mansya' wal Mashadir
Pengarang/Penulis:
Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Zahir
Publisher:
Darul Falah
Price:
RM32
Weight:
600g
Description:
Pemikiran dan ajaran tasawuf (sufi) telah mula wujud serta berkembang hebat lebih kurang pada abad ketiga hijrah. Walau bagaimanapun, mereka yang benar-benar berpegang kepada manhaj Allah dan Rasul-Nya, serta memahami kefahaman yang dipegang oleh para sahabat radhiyallahu ‘anhum, sudah tentunya mereka akan sedia mengetahui bahawa konsep yang diamalkan di dalam ajaran tasawuf adalah merupakan bentuk 'ubudiyah (beribadah) kepada Allah dalam bentuk-bentuk yang baru.
Dengan penuh ketajaman pena dan kepadatan sumber fakta yang authentik, Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Zahir telah menulis bagi menjelaskan apa sebenarnya tasawuf itu sendiri dari sudut sejarah, aqidah, dan amalan-amalan mereka. Bagaimanakah firqah-firqah tasawuf ini boleh berkembang dan wujud, sehingga di dalam tasawuf itu sendiri terbahagi lagi kepada beberapa kelompok seterusnya.
Beliau juga turut mengupas, adakah golongan sufi dan tasawuf ini merupakan kelompok yang dimaksudkan sebagai wali-wali Allah, sehingga ada dari mereka yang menobatkan tokoh-tokoh tertentu mereka sebagai wali yang memiliki sifat-sifat ketuhanan.
Di antara sub-topic yang diperbahaskan oleh penulis melalui bukunya ini adalah; sejarah dan perkembangan firqah sufi, rujukan-rujukan yang diguna pakai oleh mereka, persamaan di antara sufi dan syi’ah, persoalan wali di sisi sufi dan ahlus sunnah, ishmah, hulul dan reinkarnasi, makam-makam kesufian, taqiyah, syari’at zahir dan batin, penghapusan dan kewajiban di dalam syariat. Semuanya ini akan dikupas dan dibongkar oleh penulis melalui buku ini. Maka, terdedahlah siapa sebenarnya kelompok sufi/tasawuf ini yang sebenarnya adalah kelompok yang sangat berbahaya dan menyimpang dari ajaran Islam sebenar. Buku ini kemudiannya, memiliki sambungannya dengan judul terjemahan “Darah Hitam Tasawuf” yang memaparkan kepelbagaian firqah-firqah di dalam tasawuf.
Total Pages:
319
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.
Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.