Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, April 15, 2009

117 – Darah Hitam Tasawuf

Darah Hitam Tasawuf


Title:
Darah Hitam Tasawuf
(Kajian Kritis Kesesatan Kaum Sufi)
Judul Asal: Dirasat fii at-Tasawuf

Author:
Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Dzahir

Publisher:
Darul Falah

Price:
RM34

Weight:
700g

Description:

Buku ini adalah kesinambungan dari buku yang lalu berjudul “Sejarah Hitam Tasawuf”. Di mana buku ini membahaskan sebuah lagi hasil kajian penulis dengan lebih mendalam dan terperinci bebanding dengan buku sebelumnya yang mengupas secara asas dan sejarah. Di antara perbahasan utama buku ini adalah membawa para pembaca mengenali sikap sebenar kaum sufi, mengenali prinsip-prinsip mereka yang terang-terangan menentang syari’at, ciri-ciri utama di dalam aliran tasawuf, mengenali tokoh-tokoh mereka dari dahulu hingga kini dan beberapa pecahan-pecahannya berdasarkan tokoh mereka masing-masing, dan sehinggalah kepada tujuan utama mereka berpegang kepada fahaman tasawuf tersebut.

Buku ini juga telah diberi kata-kata aluan dan rekomendasi oleh menteri kehakiman Saudi Arabia iaitu Syaikh Muhammad Soleh al-Luhaidan dengan sebahagian daripada katanya:

Saya perlu mengatakan dengan jujur bahawa buku ini dan buku sebelumnya wajib dibaca oleh kaum muslimin, kerana keduanya mengandungi penjelasan yang lengkap tentang tasawuf dan kerana penulisnya dikenali sebagai manusia yang sentiasa melakukan kajian berdasarkan sumber-sumber yang menyeluruh dari pelaku bid’ah sendiri seperti mana yang beliau lakukan dalam buku-bukunya tentang Syi’ah, Qadiyani dan firqah-firqah sesat lainnya.

Ihsan Ilahi Dzahir mempersembahkan siri buku-buku yang bermutu bagi khazanah umat Islam dan buku-buku tersebut wajib disebarluaskan. Ini adalah kerana di dalamnya mengandungi berupa lautan penjelasan tentang kebenaran, membongkar kebatilan, menelanjangi tokoh-tokoh ahlul bid’ah.”

Salah sebuah kisah tragis berkenaan penulis buku ini, beliau telah wafat akibat dibom oleh puak syi'ah ketika beliau sedang memberikan kuliah/ceramahnya di Pakistan di hadapan ribuan manusia. Ini adalah disebabkan kebencian syi'ah yang meluap-luap terhadap beliau akibat pembongkaran demi pembongkaran yang dilakukan oleh penulis terhadap syi'ah.

Total Pages:
376

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:

Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.