Menurut aku, beliau rahimahullah adalah seorang lelaki yang semua jenis disiplin ilmu terhampar di hadapannya; dia mampu mengambil dan meninggalkan apa yang diinginkannya. (al-Qadhi al-Imam Ibnu Daqiq al-'Id).
Apabila beliau rahimahullah ditanya dalam suatu disiplin ilmu, maka orang yang menyaksikan dan mendengar jawaban beliau akan mengira bahawa beliau hanya menguasai disiplin ilmu itu saja, dan menghukumi bahawa tidak seorang pun yang pengetahuannya luas seperti itu. (Imam Kamaluddin az-Zamlakani).
Imam Adz-Dzahabi menceritakan bahawa Syaikh Ibnu Daqiq al-Id pernah berkata kepada Syaikhul Islam rahimahullah di ketika beliau menghadiri majlisnya (majlis ilmu), "Aku tidak pernah menyangka bahawa Allah 'Azza wa Jalla masih menciptakan manusia seperti Anda ini." (Imam Ibnu Muflih).
Aku tidak pernah melihat seseorang seperti beliau, dan aku juga tidak pernah melihat orang yang lebih 'alim dari beliau tentang Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, dan tidak ada yang lebih teguh berpegang kepada keduanya dari beliau. (al-Hafizh Abu al-Hajjaj al-Mizzi).
Demi Allah, demi Allah, dan demi Allah, belum pernah ada di bawah kolong langit ini orang seperti Syaikh kalian, Ibnu Taimiyah rahimahullah; dari segi ilmu, amal, keperibadian, akhlak, keteguhan di dalam mengikuti Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, kedermawanan, dan kesungguhan di dalam membela kebenaran… Kami tidak pernah melihat orang di zaman kita ini yang dari ucapan dan amal perbuatannya terpancar peribadi kenabian Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam dan Sunnah-sunnah beliau kecuali pada orang ini. Hati yang sihat akan mempersaksikan bahawa inilah contoh manusia yang benar-benar mengikuti Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang hakiki. (Imam Imaduddin al-Wasithi).
Dan Majmu' al-Fatawa adalah salah satu bukti lautan ilmu yang terhampar di hati Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Sebahagian juzuk yang kami ambil (atau keluarkan) lalu kami terjemahkan dan terbitkan ini memuatkan pelbagai koleksi fatwa ilmiah beliau di dalam persoalan politik, pemberontakan, golongan yang menyimpang dari kebenaran, mahkamah, dan sebagainya. Ia amat mawar menjadi rujukan semua pihak. Juzuk ini Membahaskan sekitar persoalan:
1 - Khilafah Islamiyah
2 - Memerangi Pemberontak
3 - Hukum Murtad
4 - Pentadbiran sesebuah Negara
5 - Sumpah dan Nadzar
6 - Makanan Halal dan Haram.