Fikih Asma'ul Husna
Syaikh 'Abdurrazzaq B. 'Abdul Muhsin al-'Abbad al-Badr
Publisher:
Darus Sunnah
Price:
RM70
Weight:
1.1 kg
Description:
Sesungguhnya memahami nama-nama Allah yang baik (Asma’ul Husna) adalah merupakan pintu ilmu yang mulia, malah ianya termasuk al-Fiqh al-Akbar (fikih yang paling agung) dan paling utama.
Mempelajari Asma al-Husna merupakan usaha termulia yang dilakukan oleh setiap jiwa dan sebaik-baiknya apa yang diraih oleh orang-orang yang memiliki petunjuk. Ilmu ini merupakan asas dan jalan menuju Allah Subahanhu wa Ta’ala. Kerana dengan mengenali nama-nama-Nya-lah kita mengenali Allah.
Sebagaimana bangunan memiliki tunjang dan sendi, maka sendi agama ini adalah iman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kepada nama-nama serta sifat-sifat-Nya. Jika tunjang ini kuat, maka ia akan mampu menopang bangunannya serta isi-isinya dengan kuat dan kukuh serta selamat dari pelbagai bentuk gegaran dan rintangan.
Di dalam memahami Asma’ul Husna, di sana terdapat kaedah-kaedahnya yang perlu difahami. Perkara inilah antara yang dibahaskan melalui buku ini berpandukan kepada kefahaman para ulama ahlus sunnah wal-Jama’ah generasi awal.
Secara ringkasnya, melalui buku ini, penulis berusaha membahaskan setiap persoalan yang berkaitan dengan Asma’ul Husna dengan terperinci dan jelas. Penulis memulakannya dengan membentangkan kepentingan ilmu dan memahami Asma’ul Husna, kaedah-kaedah memahami nama-nama dan sifat-sifat Allah, dan seterusnya penulis membahaskan nama-nama yang sahih daripada nash al-Qur’an dan as-Sunnah satu demi satu secara terperinci dari segi sebutan, maksud dan cara memahami. Serta bagaimanakah cara kita bersikap terhadap nama-nama tersebut.
Semoga buku ini meberikan mafaat kepada kita semua...
Total Pages:
558 m/s.
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.
Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.