Meneladani Rasulullah Dalam Berpuasa & Berhari Raya
Author:
Syaikh 'Ali B. Hasan al-Halabi bersama Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali
Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i
Price:
RM22
Weight:
250g
Description:
Betapa terujanya umat Islam dalam menyambut datangnya bulan Ramadhan dan Hari Raya ‘Iedul Fithri serta 'Iedul 'Adhha sememangnya wajar disyukuri. Namun demikian, yang perlu diperhalusi daripada mereka adalah munculnya sikap, sambutan, kebiasaan, dan amalan yang dilakukan pada hari-hari tersebut yang jauh dari realiti/hakikat sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Sehingga menjadikannya sebahagiannya bertentangan pula dengan ajaran Islam yang sebenar. Mereka melakukan semua itu hanya berdasarkan tradisi dan prasangka (anggapan baik dan ikut-ikutan) serta perkiraan perasaan semata-mata. Padahal, apa yang wajar dalam setiap urusan ibadah kepada Allah adalah kita wajib mengikuti contoh dan tauladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Yang mana melaluinyalah kita memahami hakikat puasa dan hari raya.
Buku di hadapan anda ini mengupas pelbagai persoalan Ramadhan, praktikal puasa, dan Hari Raya menurut kacamata syariat Islam, serta perbahasannya disajikan secara ilmiyah dengan sumber rujukan secara langsung lagi murni dari al-Qur'an dan as-Sunnah. Sebagaimana judulnya, buku ini mengajak kita untuk meneladani Rasulullah dalam berpuasa pada bulan Ramadhan, menyambut kedatangannya, dan menghidupkannya dengan ibadah-ibadah yang dicontohkan dan ditunjuk-ajarkan oleh beliau. Demikian pula, kita diajak untuk menyambut Hari Raya dan merayakannya bersesuaian dengan sunnah-sunnah beliau. Di antara yang dibahaskan melalui buku ini adalah Keutamaan Puasa dan bulan Ramadhan, sunnah-sunnah dalam berbuka dan bersahur, hukum-hakam puasa, menyambut ramadhan menurut as-Sunnah, niat puasa, perkara yang perlu ditinggalkan ketika berpuasa, persoalan imsak dan sahur, rukhsah bagi orang yang bermusafir dan sakit, perkara-perkara yang sahih dapat membatalkan puasa, qadha' puasa, kaffarat/denda, diyah, lailatul Qadr, i'tikaf, solat tarawih, hadis-hadis dhaif yang banyak tersebar dalam masyarakat, hari raya sebagai rahmat, mendengar nyanyian anak-anak kecil di hari raya, berhias di hari raya, sunnah-sunnah menuju tempat solat hari raya, lafaz-lafaz takbir hari yang yang sahih, tokok-tambah dalam hari raya (bid'ah), tata-cara solat 'Ied yang sahih dari Nabi, khutbah hari raya, bagaimana sekiranya hari raya jatuh pada hari jumaat, haiwan korban, dan beberapa lagi yang lain. Semuanya dibentangkan secara ilmiyah.
Keistimewaan buku ini terletak pada kesimpulan setiap hukum dan fiqih dibahaskannya yang mengutamakan al-Qur'an dan as-Sunnah serta ijma' (kesepakatan) para Sahabat Nabi dan mengajak para pembaca membebaskan diri dari belenggu taksub kepada adat dan budaya yang tiada kena mengena dengan agama. Di dalamnya penulis juga menambahkan perbahasan tentang hadis-hadis dhaif yang tersebar pada bulan Ramadhan serta memaparkan kebiasaan-kebiasaan masyarakat yang menyimpang yang terjadi pada Hari Raya..
Total Pages:
271 m/s.
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.
Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.