Title:
Fikih Solat Imam al-Bukhari
Judul Asli: al-Muhalla
Author:
Mina Binti Soleh B. Abdullah al-Marzu'
Publisher:
Pustaka Azzam
Price:
RM100
Weight:
1.2kg
Description:
umumnya, majoriti umat Islam tentu mengenali al-Imam al-Bukhari rahmahullah, atau nama sebenarnya Muhammad B. Ismail al-Bukhari. Seorang ulama, pakar, penghimpun (atau pengumpul), hebat dalam menjelaskan butiran (atau spesifikasi) hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Kitab hadis beliau yang dikenali dengan nama Shahih al-Bukhari merupakan master piece yang tidak ternilai harganya. Sebuah kitab paling sahih di dalam bidangnya selepas al-Qur'an.
Piawaian beliau yang cukup ketat dan penuh ketelitian menjadi nilai yang cukup tinggi dalam membawa dan menjelaskan pelbagai persoalan agama melalui hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam.
Maka buku yang berada di hadapan anda ini adalah salah satu karya ilmiyah yang menyentuh salah satu juzuk khusus dari kitab al-Imam al-Bukhari dan Shahih al-Bukhari. Iaitu berkaitan fiqh solat imam al-Bukhari. Buku ini memaparkan biografi al-Imam al-Bukhari, pengembaraan beliau dalam mempelajari dan mengumpul hadis, methode beliau dalam berfatwa dan menyusun hadis, pegangan beliau dalam agama, pendirian beliau dalam qiyas dan fatwa-fatwa para sahabat Rasulullah.
Solat dan masjid menjadi fokus utama dalam buku ini mengingatkan solat merupakan rukun Islam dan pembeza di antara seorang muslim dengan kafir, manakala masjid merupakan tempat yang berhubung erat dengan pelbagai aktiviti ibadah solat. Perbahasan dibentangkan bermula dari aspek-aspek umum sehinggalah kepada perincian yang amat mendalam.
Asal buku ini adalah hasil karya thesis yang ditujukan kepada Fakulti Syari'ah, Universiti Ummul Qura (Saudi Arabia) bagi tujuan meraih master dalam bidang fiqh dan ushul fiqh. Judul asal (secara terjemahannya) adalah, "Fiqh Imam al-Bukhari Tentang solat, al-Jami' ash-Shahih; Sebuah Kajian Komprehensif."
Secara umumnya, buku ini mengupas dan menjelaskan hubungan judul-judul bab dalam Shahih al-Bukhari dan kaitannya dengan hadis-hadis yang diletakkan di dalamnya oleh al-Imam al-Bukhari. Kemudian penulis membawa dan memperkuatkan kesimpulannya dengan perkataan para ulama lainnya terutamanya dari kalangan imam mazhab seperti Malik, asy-Syafi'i, Ahmad, dan Abu Hanifah. Penulis juga turut mengupas perbezaan pendapat di kalangan ulama yang berlaku (sekiranya ada) dalam satu-satu permasalahan pemahaman hadis yang dibawa oleh al-Bukhari. Selain itu, penulis juga berusaha keras dalam menggali rahsia dan kaedah-kaedah fiqh serta ushul fiqh yang digunakan oleh al-Imam al-Bukhari dalam meletakkan satu-satu bab dalam kitab Shahihnya.
Secara umumnya, buku ini amat bermanfaat bagi para pembaca, pengkaji, mahupun penuntut ilmu dalam mengenali manhaj imam al-Bukhari secara umum mahupun khusus, methode beliau dalam hadis dan kitab Shahihnya, methode beliau dalam penggalian hukum-hukum fiqh, manhaj beliau dalam meletakkan judul-judul bab dalam Shahihnya, prinsip beliau dalam memulakan sesuatu bab dalam Shahihnya, Syarat pensahihan hadis oleh al-Bukhari, mazhab beliau dalam persoalan solat, mazhab beliau dalam fiqh serta ushul fiqh, serta hubungannya dengan mazhab-mazhab fiqh terkenal lainnya.
Total Pages:
896 m/s.
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/
Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.