Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Saturday, August 27, 2011

453 - Temasya Ke Syurga

Tamasya Ke Surga
Terjemahan Kitab Hadi al-Arwaah ila Biladil Afraah


Title:
Tamasya Ke Surga
Judul Asal: Hadil Arwaah ila Biladil Afraah

Author:
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah

Publisher:
Darul Falah

Price:
RM60

Weight:
0.9kg

Description:

Buku Hadil Arwaah ila Biladil Afraah (Tamasya ke Surga) ini, adalah hamparan kasih-sayang Allah 'Azza wa Jalla yang tidak bertepi. Dengan keluasan rahmat-Nya, seorang hamba yang memiliki iman sekecil atom atau dosa berkarat dimasukkan ke syurga dan diberikan kekayaan sepuluh kali lipat raja-raja di dunia dengan syafa’at Ar-Rahman (yang maha Penyayang). Sebaliknya, sekalipun seseorang memiliki amal soleh sebanyak tujuh puluh nabi, tidak akan cukup baginya memasuki Syurga Ar-Rahman, jika hanya berbekalkan amalnya dan mencampakkan rahmat Allah. Sungguh kenikmatan-kenikmatan Syurga yang tidak sedikit pun terlintas dalam benak manusia dan tiada-tara bandingnya, tidak dapat dirasakan sekalipun dengan amalan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam.
Bagaimana dapat dibayangkan, rumah penghuni Syurga yang dibina Allah dengan Tangan-Nya sendiri berbentuk istana. Yang bahannya berupa batu-bata dari emas dan perak, yang atapnya 'Arasy ar-Rahman (Allah yang maha Penyayang), yang pepohonannya dari emas dan perak sebening kaca; yang buah-buahannya lebih lembut dari keju dan lebih manis dari madu; yang sungai-sungainya mengalirkan susu, madu dan arak yang tidak memabukkan; yang keindahan wajah penghuninya seperti rembulan dengan umur tiga puluh tiga tahun; yang kenderaannya kuda dan unta bersayap yang terbang menghantarkan ke mana sahaja mereka suka; yang isteri-isteri mereka bidadari yang disucikan dan cantik jelita; dan segala kenikmatan yang tidak terbayangkan. Apalagi bila Allah menyingkapkan tirai-Nya, dan terlihatlah Wajah-Nya Yang Maha Agung sebagai nikmat nombor satu yang mengatasi segala nikmat di Syurga.
Itulah sekelumit gambaran dari enam puluh sembilan bab perbahasan Syurga terlengkap karya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah. Buku ini memuatkan banyak sekali hadiss-hadiss yang marfu’ kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, atsar-atsar mauquf para sahabat, misteri-misteri yang ada dalam ayat-ayat al-Qur’an, kata-kata mutiara, penjelasan terhadap pelbagai masalah dan penguat terhadap prinsip-prinsip al-Asma’ dan al-Sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala. Jika pembaca membacanya, maka imannya meningkat dan Syurga terlihat dengan sejelas-jelasnya olehnya. Seakan-akan ia menyaksikan Syurga dengan mata kepalanya. Buku ini menghantarkan orang-orang yang memiliki keazaman tinggi terhadap taman-taman indah di Syurga dan sekaligus membimbing orang yang bersemangat tinggi ini kepada kehidupan baru di mahligai-mahligai megah di Syurga. Insya Allah, Andalah orangnya.
Secara umumnya, buku ini adalah sebuah buku yang menghimpunkan dalil-dalil baik dari al-Qur'an mahupun as-Sunnah dengan gambaran sebenar tentang betapa indahnya suasana di Syurga, antaranya dengan makanan dan minumannya, rumah-rumahnya, tanahnya, tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanamannya, istananya, mahligainya, sungai-sungai dan airnya, awam-awannya, hujannya, bidadarinya yang jelita, nyanyian bidadari, dan pelbagai lagi bentuk-bentuk nikmat yang tidak mampu digambarkan walaupun telah habis segala nikmat kita cuba bayangkan dengan sedaya-upaya.
Maka, hayatilah kehebatan, kemegahan, dan keindahan Syurga melalui buku ini berpandukan dalil-dalil nyata dari al-Qur'an dan as-Sunnah. Semoga kita sama-sama semakin ghairah sekaligus meningkatkan kerja-usaha kita untuk memasukinya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Total Pages:
534 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.