Darul Haq
Harga:
Berat:
200g
Keterangan Buku:
Telah ditetapkan dalam syari'at Islam bahawa perbuatan (ibadah) apa pun yang dilakukan oleh manusia perlu memenuhi dua syarat supaya diterima di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala, kedua syarat tersebut adalah:
Pertama, perbuatan itu dilakukan dengan ikhlas hanya mengharap Wajah Allah Subhanahu Wa Ta'ala, tidak kerana sum'ah (meraih populariti), riya' (mahu dilihat orang lain) apatah lagi kerana mengharap harta dunia.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
"Sesiapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Rabbnya." (Surah al-Kahfi, 18: 110)
Kedua, perbuatan tersebut mestilah sesuai dengan Sunnah Nabi Shalallahu 'alaihi wa sallam.
Di antara persoalan yang sukar difahami oleh sebahagian orang sama ada orang-orang dahulu mahupun sekarang adalah sekitar isu tawassul. Oleh sebab itulah banyak di antara mereka yang tergelincir ke dalam pelbagai jenis tawassul yang dilarang dan bid'ah yang menyelisihi prinsip-prinsip dasar Islam dan petunjuk Nabi. Di mana perbuatan mereka itu menghilangkan syarat yang kedua dari syarat diterimanya amal ibadah.
Para ulama Ahlus Sunnah wal Jama'ah telah sepakat berkenaan disyariat-kannya tawassul. Mereka dalam soal ini, berdalil dengan ayat-ayat Al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih.
Dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menyebutkan kata al-Wasilah secara khusus pada dua tempat dalam kitab-Nya yang mulia.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):
"Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Rabb mereka, siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah).” (Surah al-Isra, 15: 57)
Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berfirman (maksudnya):
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya." (Surah al-Maidah, 5: 35)
Adapun dari hadis, Imam al-Bukhari telah meriwayatkan dalam kitab Shahih-nya daripada Jabir radhiyallahu 'anhu. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
“Sesiapa yang berdoa ketika ia mendengar panggilan azan (dengan doa), "Ya Allah, pemilik seruan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan, berilah kepada Muhammad wasilah (kedudukan yang tinggi), dan bangkitkanlah dia ya Allah, di tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan," maka ia berhak mendapat syafa'at-ku pada Hari Kiamat." (Hadis Riwaya al-Bukhari, no. 614)
Dan dalam Shahih Muslim daripada 'Abdullah B. Amr B. al-Ash Radhiyallahu 'anhu. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
"Apabila kalian mendengar muadzin menyeru (melaungkan azan) maka ikutilah seperti apa yang diucapkan, kemudian berselawatlah kalian ke atas-ku, kerana sesiapa yang berselawat ke atasku satu selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali, lalu mohon-lah kepada Allah wasilah untukku, kerana wasilah itu adalah suatu darjat di Syurga yang tidak diperuntukkan kecuali untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah, dan aku berharap bahawa hamba itu adalah aku, dan sesiapa memohonkan wasilah untukku nescaya ia berhak mendapatkan syafa'at." (Hadis Riwayat Muslim, no. 384)
Wasilah untuk Rasulullah itu adalah darjat yang tinggi lagi mulia. Dan tidaklah ada perselisihan di antara para ulama tentang disyariatkannya tawassul, akan tetapi perselisihan yang terjadi adalah dalam tata cara bertawassul. Dan banyak orang pada zaman sekarang ini yang menyimpang dalam perkara tata cara-nya, di mana mereka tergelincir dalam tawassul-tawassul yang bid'ah, bahkan syirik, kerana antaranya mereka berdalil dengan hadis-hadis yang lemah dan palsu lalu mereka berpegang kepadanya. Bahkan mereka menakwilkan (serta memutar-belitkan) ayat-ayat Allah dan hadis-hadis yang sahih yang diriwayatkan tentang tawassul dengan takwil-takwil yang batil dan bertentangan dengan prinsip-prinsip agama Islam.
Atas sebab begitu pentingnya permasalahan tawassul ini dan banyaknya orang yang tergelincir dalam persoalan tawassul yang terlarang, khususnya di negeri-negeri yang banyak terdapat orang-orang sufi, para pengikut tarekat, pengamal tasauf, orang-orang yang meminta ke kuburan wali, dan tempat-tempat yang dikeramatkan, maka inilah buku yang harus dibaca. Buku ini membahaskan secara tuntas pelbagai permasalah yang berhubung dengan konsep tawassul antara yang benar dengan yang menyimpang.
Perbahasan buku ini terbahagi menjadi empat pasal utama:
Pasal pertama, tentang tawassul yang di-Syari'atkan dan yang dilarang (diharamkan). Dijelaskan juga pembahagian-pembahagian dari bentuk-bentuk setiap dari kedua bentuk tawassul tersebut.
Pasal kedua, penjelasan sekitar hakikat tawassul dengan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, hukumnya, dan pembahagian-pembahagiannya.
Pasal ketiga, pencerahan sekitar bentuk-bentuk syubhat yang lazim di-pegang oleh ahli-ahli bid'ah dalam membolehkan tawassul dengan kedudukan dan diri manusia.
Pasal keempat, pencerahan berkaitan beberapa hadis, riwayat, dan kisah-kisah yang lemah dan palsu tentang tawassul, yang sering dijadikan hujah oleh orang-orang yang melakukan perbuatan yang bertentangan dengan al-Qur'an dan as-Sunnah.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise); kemudian sms/email-kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.