Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, August 3, 2016

Kumpulan Shalat Sunnah dan Keutamaannya

Kumpulan Shalat Sunnah dan Keutamaannya


Judul: Kumpulan Shalat Sunnah dan Keutamaannya | Judul Asal (‘Arab): Shalatut Tathawwu’, Mafhum wa Fadhail wa Aqsam wa Anwa’ wa Adab fi Dhau Al-Kitab was Sunnah | Penulis: Syaikh Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani | Tahqiq/Takhrij: Syaikh Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani | Penerbit: Darul Haq | Penterjemah: Abu Umar Basyir | Berat: 287gram | Muka Surat: 241m/s., (Soft cover) | Ukuran: 21.1(Tinggi)x14.6(Lebar)x1.2(Tebal)cm |
____________________________

Buku ini membahas dan menjelaskan kepada anda kepelbagaian jenis solat-solat Sunnah anjuran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdasarkan hadis-hadis yang sahih.

Selama ini memang banyak kita temui buku-buku yang membentangkan kepelbagaian solat-solat sunnah beredar di pasaran.

Namun, setakat manakah kebenaran dan kesahihan fakta yang dibawakan?

Nah! Inilah permasalahan yang banyak melanda sebahagian besar buku-buku berkaitan solat-solat sunnah. Mereka membawakan sehingga kadang-kadang lebih 300 jenis solat-solat sunnah untuk diamalkan dengan pelbagai bentuk kaifiyat (tata cara) dan keutamaan.

Namun, sejauh manakah kebenarannya? Sedangkan dalam masa sama, mereka langsung tidak menjelaskan sebarang hadis yang menguatkan kesahihan solat sunnah yang mereka sebarkan tersebut. Ditambah pula dengan pelbagai tatacara-tatacara pelik tertentu yang menimbulkan pelbagai persoalan sama ada benar pernah dianjurkan oleh Rasulullah atau tidak? Ini seperti perlu dengan bacaan surah sekian, doa sekian, zikir sekian, fadhilat sekian, ganjaran sekian, janji-janji sekian, dan beberapa bentuk kaifiyat lainnya...

Maka, atas sebab itulah buku ini pun diterjemahkan dan dibawa masuk ke pasaran Malaysia untuk difahami bagi mereka yang masih memiliki jiwa ilmiyah lagi suka beramal dengan amal-amal yang sahih lagi meyakinkan.
________________________
Kepada yang berminat, boleh hubungi kami di 012-6887715 (sms/whatsapp/call) untuk maklumat/pesanan.

Penghantaran secara pos juga boleh diuruskan.

Atau boleh juga kunjungi kedai buku kami di:

Atsar | Online Bookstore,
No. 23-1, Jalan Selasih J U12/J,
Taman Cahaya Alam Seksyen U12,
40170 Shah Alam, Selangor.

6 minit dari UiTM/Jakel Seksyen 7 Shah Alam.

Tel » +(60)12-688-7715

Map » http://bit.ly/29XLbJc

Channel » telegram.me/ilmusunnah

Website » www.atsar.ilmusunnah.com

Waze/google» Atsar Online Bookstore