Judul: Silsilah Hadits Dha’if dan Maudhu’ | Judul Asal (‘Arab): Silsilah Al-Ahaadits Adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah wa Atsaruhas Sayyi’ah | Penulis: Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) | Penerbit: Gema Insani | Penterjemah: A. M. Basalamah | Berat: 3.4kg | Muka Surat: Telah terbit 4 jilid yang awal (mengandungi perbahasan 2000 hadis). (Hard cover)
________________________________
Di antara fitnah besar yang pernah menimpa umat Islam pada abad pertama hijriyah adalah menyebarnya hadis-hadis dha’if dan maudhu’ (palsu) di kalangan umat Islam. Perkara ini juga turut menimpa para ulama melainkan sebilangan pakar dari kalangan muhaqqiq dan nuqad yang teliti dalam menilai sesuatu hadis yang sampai kepada mereka.
Di antara ulama pakar tersebut adalah seperti Al-Imam Ahmad, Al-Bukhari, Ibnu Ma’in, Abu Hatim Ar-Raziy, Abu Zur’ah, dan selainnya.
Banyak sebab hadis-hadis seperti ini tersebar, dan hal ini boleh dilihat pada buku-buku khusus yang membahaskan tentang sejarah dan asal-usulnya.
Tersebarnya hadis-hadis seperti ini di pelbagai wilayah Islam telah menumbuhkan kesan negatif dan fitnah yang besar pada aqidah dan kefahaman umat Islam pada agamanya. Di antaranya adalah fitnah perpecahan, peperangan, pertelingkahan, sampailah kepada sikap meremehkan dan meninggalkan hadis-hadis Nabi yang sahih kerana lahirnya sikap kecewa terhadap agama.
Maka para ulama pun berusaha menangani fenomena ini antaranya dengan membuat kitab-kitab khusus tentang para rijal (biografi rawi) yang boleh diambil atau ditolak hadisnya, kitab-kitab ‘ilal dan seumpamanya. Selain itu mereka juga berusaha mengasingkan hadis-hadis bermasalah ini ke dalam buku-buku khusus yang memuatkan hanya hadis-hadis yang dha’if atau maudhu’. Dan kitab seumpama ini adalah seperti kitab Adh-Dhu’afaa’ oleh Al-‘Uqaili, Al-Maudhu’aat fil Hadiits Al-Marfu’aat susunan Ibnul Jauzi, Adh-Dhu’afaa’ wal Matrukin oleh Ibnul Jauzi, Tartib Al-Maudhu’aat susunan Adz-Dzahabi, dan termasuk di dalamnya adalah karya Syaikh Al-Albani ini.
Kitab Syaikh Al-Albani
Kitab ini adalah antara kitab masyhur yang menjadi rujukan para ulama kontemporari dalam menjelaskan hakikat sebenar dan menyemak status hadis-hadis yang cacat, dha’if, maudhu’, mungkar, dan seumpamanya.
Edisi bahasa ‘Arabnya telah dicetak dan diterbitkan oleh Daar Al-Ma’arif (Riyadh) menjadi 14 jilid semuanya. Namun bagi edisi terjemahan ini, penerbit hanya berkenan menterjemahkan menjadi 4 jilid yang memuatkan perbahasan sebanyak 2000 hadis yang awal dari kitab aslinya. Kerja-kerja penterjemahan dan penerbitannya terhenti setakat ini tanpa diketahui sebabnya, wallaahu a’lam.
___________________________________
Kepada yang berminat, boleh hubungi kami di 012-6887715 (sms/whatsapp/call) untuk maklumat/pesanan.
Penghantaran secara pos juga boleh diuruskan.
Atau boleh juga kunjungi kedai buku kami di:
Atsar | Online Bookstore,
No. 23-1, Jalan Selasih J U12/J,
Taman Cahaya Alam Seksyen U12,
40170 Shah Alam, Selangor.
6 minit dari UiTM/Jakel Seksyen 7 Shah Alam.
Tel » +(60)12-688-7715
Map » http://bit.ly/29XLbJc
Channel » telegram.me/ilmusunnah
Website » www.atsar.ilmusunnah.com
Waze/google » Atsar Online Bookstore
Join Channel » http://bit.ly/2b8UTe3