Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Thursday, January 14, 2010

216 - Isteriku Menikahkanku

Isteriku Menikahkanku

Title:
Isteriku Menikahkanku

Author:
As-Sayyid bin Abdul Aziz As-Sa'dani

Publisher:
Darul Falah

Price:
RM15

Description:

Tiada kata yang lebih membakar telinga kaum wanita selain perkataan poligami atau Ta'addud. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang telah bersuami. Sehingga ada kelompok wanita yang membangkang bolehnya piligami dengan alasan tidak menghormati hak asasi manusia. Padahal, jika diteliti dengan sebaik-baiknya, dengan poligami yang dianjurkan agama Islam itu mereka telah menyelamatkan sesama wanita muslimah untuk dapat turut serta merasakan nikmatnya mengharungi bahtera rumah-tangga. Tidak sedikit wanita yang bersungguh-sungguh menentang poligami, walaupun mereka tahu akan risiko menjadi anak dara tua. Bagi mereka harga diri lebih utama daripada dimadu dan menjadi madu. Bahkan sebahagian wanita lebih memilih atau rela jika suaminya terjerumus ke lembah maksiat. Mereka yang menentang poligami membawakan pelbagai alasan. Sebahagian besar alasan yang mereka katakan hanyalah berdasarkan perasaan, bukan kajian secara Qur'ani dan Sunnah. Kenyataan yang kita lihat dalam kehidupan sehari-hari, jumlah wanita lebih banyak daripada lelaki. Tentunya akan banyak wanita yang tidak bersuami jika poligami tidak disyari'atkan Allah. Lalu bagaimana caranya mereka melampiaskan naluri seksualnya? Kemudian menyebarlah tradisi pacaran, wanita simpanan, dan sebagainya. Semua itu tidak pula dipermasalahkan, asalkan tidak bernikah untuk isteri kedua dan seterusnya, atau dimadu atau menjadi madu. Buku ini membedah permaslahan poligami secara ilmiyah. Berdasarkan hasil penelitian yang dapat dipertanggungjawabkan, bukan berdasarkan perasaan ataupun dugaan. Diharapkan setelah membaca buku ini kaum wanita dan kita semua kembali menyedari bahawa hukum Allah itu adil. Adakah kita meragukan keadilan Allah?

Weight:
100g

Total Pages:
173 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

215 - The Story of Hizbullah (Melihat Lebih Dekat Hizbullah Di Lebanon Dari Kaca Mata Islam)

The Story of Hizbullah
(Melihat Lebih Dekat Hizbullah Di Lebanon Dari Kaca Mata Islam)

Title:
The Story of Hizbullah
(Melihat Lebih Dekat Hizbullah Di Lebanon Dari KAca Mata Islam)

Author:
Ali ash-Shidiq

Publisher:
Pustaka Imam Abu Hanifah

Price:
RM18

Weight:
100g

Description:

Secara bahasa dan asasnya, perkataan (atau penamaan) Hizbullah adalah merupakan satu kata nama yang sangat mulia. Namun di sebalik kemuliaan dan keagungan namanya, di sana tersimpan sebuah misteri, apatah lagi di ketika itu dinisbatkan kepada sebuah kumpulan bersenjata yang kini semakin tumbuh subur di Lebanon.

Di ketika mata dunia tertumpu kepada perperangan yang dikobarkan dan di ketika kita menyaksikan betapa tragisnya nasib ribuan rakyat tidak berdosa di bumi Iraq dan Afghanistan, tiba-tiba halauan pandangan mata kita dipindahkan sebentar ke tanah Lebanon. Para media begitu sibuk membuat liputan berkenaan dengannya. Berkenaan berita: "Hizbullah telah berperang dan berjaya menewaskan Tentera Israel!"

Benarkah ini????!

Dan dengan tersebarnya berita-berita tersebut juga, ramainya umat Islam tampil memberi sokongan, pujian, dan sorakkan sehingga menjulang/menyanjung tinggi kepada kumpulan yang menamakan dirinya sebagai Hizbullah tersebut.

Kerana itulah, buku ini antaranya kami terbitkan bagi membuka mata anda melihat hakikat sebenar siapa itu Hizbullah! Ia bukan hanya di Lebanon, tetapi telah juga tersebar ke semananjung 'Arab lainnya. Siapakah mereka sebenarnya? Adakah anda telah mengenalinya? Apakah hubungan mereka dengan kumpulan Syi'ah si pembunuh dan merupakan musuh Ahlus Sunnah di Iran dan Iraq? Sudahkah anda mengenali perangkap serta muslihat mereka kepada umat Islam di seluruh dunia? Sudahkah anda mengenali sepak terajang mereka terhadap dunia Islam? Silakanlah buka dan baca buku ini dari lembaran demi lembarannya... Saksikanlah, adakah wajar kita meletakkan kekaguman kepada Kumpulan Hizbullah tersebut?

Total Pages:
144

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, January 13, 2010

214 - Doa Dengan Asma'ul Husna

Doa Dengan Asma'ul Husna

Title:
Doa Dengan Asma'ul Husna

Author:
Kompilasi Tiga Ulama

Publisher:
Pustaka Ibnu 'Umar

Price:
RM16

Description:

Salah satu konsep Tauhid yang perlu difahami dan amat penting sekali untuk memahaminya adalah bab Asma' wa as-Shifat. Iaitu berkaitan perngetahuan tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah. Daripadanya kita akan memahami bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala memiliki nama-nama yang baik/indah yang bersesuaian dengan Keagungan sifat-sifat-Nya sebagaimana yang Dia jelaskan di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah. Firman Allah (Maksudnya): "Hanya milik Allah asma'ul Husna, maka lakukanlah permohonan (berdoa) kepada-Nya dengan menyebut asma'ul Husna tersebut." (Surah al-A'raaf, 7: 180). Dan sebenarnya, berdoa dengan asma'ul Husna itu akan menjadikan kita lebih khusyu' dan yakin. Melaluinya, kita akan dapat meningkatkan keyakinan hati kita terhadap salah satu konsep ketauhidan. Maka, dengan itulah, buku kecil ini tampil ke hadapan anda membawakan tatacara dan contoh-contoh doa dengan asma'ul Husna yang tsabit dan sahih dari al-Qur'an serta as-Sunnah.

Weight:
100g

Total Pages:
153 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

213 - Koreksi Tafsir Fi Zhilalil Qur'an

Koreksi Tafsir Fi Zhilalil Qur'an

Title:
Koreksi Tafsir Fi Zhilalil Qur'an

Author:
Syaikh 'Abdullah B. Muhammad ad-Duwais

Publisher:
Darul Qolam

Price:
RM57

Description:

Tafsir Fi Zhilalil Qur'an ditulis oleh Sayyid Quthb. Ia adalah sebuah tafsir yang masyhur dan sangat dikenali. Banyak digunakan dan tersebar di kalangan umat Islam dari serata dunia. Namun sayangnya, kitab ini setelah diteliti dan dinilai oleh para ulama, ia jelas mengandungi pelbagai penyimpangan dan kekeliruan dari sudut 'Aqidah, Akhlak, Fiqh, hadis, dan beberapa lagi yang lain. Maka buku ini pun terbit di antara beberapa buku-buku yang lain yang tampil menjelaskan dan melakukan pembetulan ke atas penyimpangan kandungan Fi Zhilalil Qur'an. Judul asli ('Arab) buku ini adalah al-Mauriduzh Zhallal Fittanbihi 'Ala Akhthaa izh-Zhilal. Ia disusun oleh Ahli hadis dari Hijjaz, iaitu Syaikh 'Abdullah B. Muhammad ad-Duwais rahimahullah. Secara umumnya buku ini dapat ditujukan kepada para pengkaji, peneliti, para pelajar, para peminat kitab-kitab tafsir, dan para pembaca fi Zhilalil Qur'an secara khusus.

Weight:
800g

Total Pages:
459 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Monday, January 11, 2010

212 - Fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah

Fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah
Dalam Politik dan Pemerintahan

Title:
Fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah
(Dari buku asal: Majmu' al-Fatawa)

Author:
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H)

Publisher:
Pustaka Sahifa

Price:
RM72

Description:

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) adalah seorang tokoh ulama yang begitu besar nama dan keilmuannya di dalam dunia Islam. Begitu banyak perkataan para ulama lainnya sama ada yang sezaman dengan beliau atau selepasnya yang memuji dan mengagumi keilmuan yang ada pada diri Ibnu Taimiyah. Sumbangannya dalam bidang agama sangat tinggi merangkumi persoalan aqidah, manhaj, hadis dan fiqh. Berikut disertakan beberapa perkataan para ulama berkaitan diri beliau:

Menurut aku, beliau rahimahullah adalah seorang lelaki yang semua jenis disiplin ilmu terhampar di hadapannya; dia mampu mengambil dan meninggalkan apa yang diinginkannya. (al-Qadhi al-Imam Ibnu Daqiq al-'Id).

Apabila beliau rahimahullah ditanya dalam suatu disiplin ilmu, maka orang yang menyaksikan dan mendengar jawaban beliau akan mengira bahawa beliau hanya menguasai disiplin ilmu itu saja, dan menghukumi bahawa tidak seorang pun yang pengetahuannya luas seperti itu. (Imam Kamaluddin az-Zamlakani).

Imam Adz-Dzahabi menceritakan bahawa Syaikh Ibnu Daqiq al-Id pernah berkata kepada Syaikhul Islam rahimahullah di ketika beliau menghadiri majlisnya (majlis ilmu), "Aku tidak pernah menyangka bahawa Allah 'Azza wa Jalla masih menciptakan manusia seperti Anda ini." (Imam Ibnu Muflih).

Aku tidak pernah melihat seseorang seperti beliau, dan aku juga tidak pernah melihat orang yang lebih 'alim dari beliau tentang Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, dan tidak ada yang lebih teguh berpegang kepada keduanya dari beliau. (al-Hafizh Abu al-Hajjaj al-Mizzi).

Demi Allah, demi Allah, dan demi Allah, belum pernah ada di bawah kolong langit ini orang seperti Syaikh kalian, Ibnu Taimiyah rahimahullah; dari segi ilmu, amal, keperibadian, akhlak, keteguhan di dalam mengikuti Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, kedermawanan, dan kesungguhan di dalam membela kebenaran… Kami tidak pernah melihat orang di zaman kita ini yang dari ucapan dan amal perbuatannya terpancar peribadi kenabian Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam dan Sunnah-sunnah beliau kecuali pada orang ini. Hati yang sihat akan mempersaksikan bahawa inilah contoh manusia yang benar-benar mengikuti Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang hakiki. (Imam Imaduddin al-Wasithi).

Dan Majmu' al-Fatawa adalah salah satu bukti lautan ilmu yang terhampar di hati Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Sebahagian juzuk yang kami ambil (atau keluarkan) lalu kami terjemahkan dan terbitkan ini memuatkan pelbagai koleksi fatwa ilmiah beliau di dalam persoalan politik, pemberontakan, golongan yang menyimpang dari kebenaran, mahkamah, dan sebagainya. Ia amat mawar menjadi rujukan semua pihak. Juzuk ini Membahaskan sekitar persoalan:

1 - Khilafah Islamiyah
2 - Memerangi Pemberontak
3 - Hukum Murtad
4 - Pentadbiran sesebuah Negara
5 - Sumpah dan Nadzar
6 - Makanan Halal dan Haram.

Weight:
1.2kg

Total Pages:
398 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Wednesday, January 6, 2010

211 - Madu Hutan Royal Jelly Dari Hutan Riau (Indonesia)

Madu Hutan Royal Jelly Dari Hutan Riau (Indonesia)

Title:
Madu Hutan Royal Jelly

Author:
Lebah Madu spesis Apis dorsata

Publisher:
Pengumpul Madu Dari Indonesia (Sari Bunga Alam Lestari)

Price:
RM60 (Percuma gelas minuman kecil)

Description:

Merupakan madu asli hasil rembesan lebah jenis Apis dorsata. Sejenis lebah besar yang hidup liar dari hutan Riau, Indonesia. Madu terhasil daripada aktiviti lebah ini yang mengumpulkan pelbagai jenis nektar bunga hutan di persekitarannya. Mengandungi royal jelly, propolis, dan bee pollen. Ianya benar-benar asli (natural), dan berkhasiat. Anda boleh rasai sendiri rasanya yang begitu enak berbanding madu-madu lainnya.

Weight:
1kg (termasuk bekas)

Kandungan:
Anggaran 1 Liter.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

210 - Ensiklopedi Dzikir & Doa (al-Adzkar an-Nawawiyah)

Ensiklopedi Dzikir & Doa

Title:
Ensiklopedi Dzikir & Doa

Author:
Imam an-Nawawi
(Tahqiq: Syaikh Amir B. Ali Yasin)

Publisher:
Pustaka Sahifa

Price:
RM110

Description:

Di antara ibadah yang paling mudah dan besar pahalanya adalah berdzikir dengan dzikir-dzikir yang sahih berpandukan sunnah. Di dalam berdzikir mencari keredhaan Allah, marilah kita berusaha memperbanyakkan dzikir-dzikir kita dengan panduan lafaz-lafaz dzikir sebagaimana yang dibawakan/disusun oleh Imam an-Nawawi ini. Imam an-Nawawi telah berusaha menyusun sebuah buku yang diberi judul al-Adzkar (an-Nawawiyah) yang menghimpunkan pelbagai jenis lafaz-lafaz dzikir dan doa yang disunnahkan untuk diamalkan pada waktu dan masanya. Dan, inilah bukunya. Buku ini adalah di antara buku induk di dalam persoalan himpunan dzikir-dzikir yang matsur dengan himpunan tidak kurang dari 1324 dzikir dan doa. Buku ini sangat terkenal di dalam dunia Islam di dalam persoalan doa/dzikir. Ia kini ditampilkan dengan kandungan yang lebih mantap dan istimewa iaitu setelah diberi takhrij oleh Syaikh Amir B. Ali Yasin (Salah seorang anak murid Syaikh al-Albani rahimahullah). Setiap takhrij akan dibawakan himpunan perkataan para ulama Muhaqqiq seperti Abu Hatim, al-'Uqaili, al-Mundziri, al-Haitsami, Ibnu Hajar, Ibnu Abi Hatim, ad-Daraquthni, Ibnu 'Abdil Barr, Ibnu Taimiyyah, adz-Dzahabi, Ibnul Qayyim, Ibnu Rejab, dan ramai lagi dari kalangan ulama dulu dan kini.

Weight:
2kg

Total Pages:
831 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Monday, January 4, 2010

209 - Buku Resipi: Masakkan Borneo

Buku Masakkan: Masakkan Borneo

Title:
Buku Resipi: Masakkan Borneo

Author:
Kompilasi Resipi dari Majalah Terbitan Karangkraf

Publisher:
Buku Prima

Price:
RM7

Weight:
Kurang 100g

Description:
Kebanyakan tempat ataupun negeri mempunyai makanan-makanan yang popular dan menjadi sebutan. Buku ini menyediakan resipi-resipi tradisional yang dibawakan dari kepulauan Borneo. Selamat Mencuba!

Total Pages:
64

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

208 - Buku Resipi: Masakkan Jawa

Buku Resipi: Masakkan Jawa

Title:
Buku Resipi: Masakkan Jawa

Author:
Kompilasi Resipi dari Majalah Terbitan Karangkraf

Publisher:
Buku Prima

Price:
RM7

Weight:
Kurang 100g

Description:

Masyarakat Jawa telah menjadi sebahagian daripada masyarakat Malaysia sejak lama dahulu. Walaupun berbeza bahasa, budaya dan makanan namun kita masih boleh memahami dan menerimanya. Buku ini berkongsi dengan anda resipi-resipi utama masakkan masyarakat Jawa. Di antara menu yang popular di dalam buku ini adalah seperti Ayam Masak Ungkep, Sambal Goreng, Pecal, Bergedel, Kerabu, Kencur ikan keli, serta pelbagai resipi ayam dan ikan. Selamat Mencuba!

Total Pages:
64

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Wednesday, December 30, 2009

207 - Fadhilah Selawat Kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Fadhilah Selawat Kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Title:
Fadhilah Selawat Kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Author:
Mubarak B. Mahfudh Bamuallim

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM20

Weight:
380g

Description:

Berselawat ke atas Nabi adalah salah satu ibadah yang disyari'atkan oleh Allah subhanahu wa Ta'ala melalui dalil al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi-Nya. Ini antaranya sebagaimana dalam salah satu firman-Nya:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab, 33: 56)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani rahimahullah mengatakan:

Makna selawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah pengagungan terhadap beliau. Maka, apabila kita mengucapkan:

“Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad”:

Maksudnya adalah agungkanlah beliau dan muliakanlah beliau di dunia dengan meninggikan namanya, memenangkan agamanya, dan mengekalkan syari’atnya. Muliakanlah beliau di akhirat dengan melipat-gandakan pahalanya, mengizinkannya untuk memberi syafa’at kepada umatnya, serta menampakkan fadhilatnya dengan memberikannya “al-Maqam al-Mahmud” (kedudukan dan tempat yang terpuji).

Dan atas sebab inilah, Allah berfirman (maksudnya):

“Berselawatlah kamu ke atasnya...” bermakna:

Mohonlah kepada Rabb kamu untuk mengagungkan dan memuliakan beliau. (Rujuk: Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 11/156)

Sebenarnya banyak sekali keutamaan dan fadhilat bagi sesiapa yang berselawat ke atas Nabi-Nya.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam berkata:

“Telah datang kepadaku (malaikat) dari Tuhan-ku, ia berkata:

“Sesiapa dari kalangan umatmu yang berselawat kepada engkau satu kali, nescaya Allah mencatat baginya sepuluh kebaikan, menghapuskan darinya sepuluh keburukkan (dosa), mengangkat baginya sepuluh darjat/kemuliaan, dan membalas kepadanya sebagaimana selawat tersebut.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 16352)

Cuma sayang, amalan ini banyak dilupakan oleh ramai orang pada hari ini. Manakala ada sebahagian lain, yang sungguh-sungguh dalam berselawat, tetapi mereka berlebih-lebihan pula dalam mengamalkannya. Bahkan ada yang berselawat tanpa ilmu sehingga amalan selawat itu menjadi semberono tidak keruan. Sehingga ada pula yang berselawat dengan selawat-selawat yang entah tidak diketahui dari mana datangnya sehingga awalnya ia menginginkan kebaikan, tetapi sebaliknya akhirnya menatijahkan kebid'ahan dan malah kesyirikan serta kesesatan.

Inilah antara yang berlaku kepada pengamal-pengamal selawat dari kalangan tarekat, tasawuf dan sufi. Mereka mereka-reka cipta selawat gaya baru meninggalkan sunnah-sunnah selawat yang diajarkan oleh Nabi. Ini jugalah yang berlaku kepada para pengamal selawat-selawat dari bentuk-bentuk selawat gaya baru seperti selawat nariyah dan selawat syifa'. Malah ada pula yang berselawat tetapi tidak melatakkan amalan selawat itu pada tempatnya. Sehingga mereka mengkhusus-khususkan amalan selawat yang asalnya berbentuk umum pada tempat-tempat yang tidak pernah dikhususkan oleh sunnah. Seperti contohnya ketika hendak minum mereka berselawat 3 kali, ketika hendak makan ubat mereka berselawat, dan seumpaamnya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Maka dari itulah, buku ini pun disusun yang sebenarnya berusaha menjelaskan hakikat selawat yang sebenar sebagaimana yang ditunjukkan oleh Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, kemudian yang diamalkan oleh generasi terbaik dari kalangan sahabat-sahabat beliau ridhwanullah 'alaihim ajma'in. Maka, fahamilah hakikat selawat ke atas nabi dengan cara yang benar, maksudnya yang benar, dan keutamaan-keutamaannya yang sahih sebagaimana terdapat dalam hadis-hadis nabi yang banyak. Iaitu bukan yang diada-adakan oleh golongan tidak bertanggungjawab dari kalangan pemanipulasi agama akhir zaman demi keuntungan dunia yang sedikit dan pencari kesesatan.

Buku ini ditulis/disusun oleh Ustaz Mubarak Mahfudh Bamuallim. Ia membahaskan sekitar tajuk-tajuk utama seperti:

1 - Fadhilat-fadhilat selawat kepada Nabi.

2 - Perintah/anjuran/sunnah Berselawat.

3 - Makna/definisi selawat dan salam/taslim.

4 - Kerugian orang-orang yang tidak berselawat.

5 - Tatacara berselawat berpandukan hadis-hadis yang sahih.

6 - Intipati selawat.

7 - Selawat ketika bertasyahhud.

8 - Waktu-waktu dianjurkan berselawat.

9 - Manfaat/ganjaran apabila berselawat.

10 - Selawat-selawat yang bid'ah dan syirik.

11 - Hadis-hadis dha'if dalam persoalan selawat.

12 - Penjernihan hadis dan kepercayaan kepada Nur Muhammad.

Semuanya dibahaskan berpandukan dalil-dalil dari al-Qur'an dan as-Sunnah dan kefahaman para ulama Salaf. Insya-Allah.

Total Pages:
186

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

206 - Mendidik Anak Bersama Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Mendidik Anak Bersama Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Title:
Mendidik Anak Bersama Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Author:
Muhammad Suwaid

Publisher:
Pustaka Arafah

Price:
RM90 (Hard Cover)

Weight:
800g

Description:

Gejala moral dan akhlak anak-anak semakin meruncing pada zaman ini. Ramai ibu bapa yang semakin bimbang dan risau terhadap persoalan Aqidah, peribadatan, dan akhlak anak-anak. Dari satu sudut, dilihat kaedah pendidikan anak-anak sebenarnya memainkan peranan penting dalam persoalan ini. Pendidikan awal anak-anak oleh ibu bapa merupakan input awal bagi menghasilkan output terbaik pada kemudian hari. Dari sudut itulah, bagaimanakah sebenarnya kaedah/methode yang terbaik bagi tujuan mendidik anak-anak? Maka, buku ini tampil sebagai salah satu buku yang memberi garis panduan dalam persoalan mendidika anak berpandukan tatacara Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan para salaf. Buku ini mempersembahkan susunan perbahasan berpandukan dalil-dalil yang kukuh dari al-Qur'an mahu pun as-Sunnah. Disertakan dengan kefahaman para ulama generasi awal dari para sahabat tabi'in, dan seterusnya. Turut disertakan juga atsar-atsar (perkataan para sahabat/tabi'in) yang berkaitan dalam perkara ini. Demikianlah, anda lihat sendiri kandungannya dan hasilnya...

Total Pages:
410

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

205 - Sunnah-sunnah Yang Dilupakan

Sunnah-sunnah Yang Dilupakan

Title:
Sunnah-sunnah Yang Dilupakan
Judul Asli ('Arab): al-Washiyyatu bi Ba'dhis Sunnan Syibhil Mansiyyath

Author:
Haifa' Binti 'Abdullah ar-Rasyid

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM34

Weight:
400g

Description:

Buku ini membahaskan sebahagian dari sekian banyak sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang telah ditinggalkan oleh majoriti umat Islam, atau sebahagian dari mereka, atau sebahagian lain yang mula melupakan/meninggalkannya. Penulis buku ini, cuba mengumpulkan dan menghimpunkan sebahagian (beberapa) amalan-amalan sunnah dengan berpandukan dalil-dalil serta keutamaannya. Ini adalah sebagai nasihat dan motivasi kepada masyarakat umat Islam supaya kembali menghidupkan sunnah-sunnah tersebut. Buku ini sangat membantu kita secara umumnya di dalam usaha untuk mempraktikkan saranan-saranan Rasulullah... Dari sebuah hadis (maksudnya): Sesiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, sehingga manusia mengamalkannya, maka dia akan mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang-orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi). Di antara yang dibahaskan adalah: 1 - Sunnah-sunnah dalam bersuci seperti istinsyaq dan berkumur-kumur. 2 - Sunnah-sunnah dalam mandi junub. 3 - Sunnah-sunnah dalam Siwak, Adzan, Solat, seperti meletakkan sutrah dan merapatkan saf dalam berjama'ah. 4 - Berdoa di dalam/selepas solat. 5 - Sunnah di dalam solah Nafilah. 6 - Sunnah dalam musafir. 7 - Sunnah ketika haru Juma'at. 8 - Sunnah ketika membaca al-Qur'an. 9 - Sunnah di ketika haji/umrah. 10 - Sunnah dalam persoalan memberi/menjawab salam danmeminta izin. 11 - Sunnah dalam tidur/bangun tidur. 12 - Sunnah dalam perhubungan/mu'amalah/adab. 13 - dan banyak lagi yang lainnya.

Total Pages:
377

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

204 - Adabul Mufrad (Kumpulan Hadis-hadis Akhlak)

Adabul Mufrad (Kumpulan Hadis-hadis Akhlak)

Title:
Adabul Mufrad (Kumpulan Hadis-hadis Akhlak)

Author:
- Imam al-Bukhari -
Takhrij hadis disediakan oleh Farid 'abdul Aziz al-Jundi dari penilaian ulama hadis silam dan masa kini di bahagian footnote (nota kaki) setiap hadis.

Publisher:
Pustaka al-Kautsar

Price:
RM54

Weight:
500g

Description:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam diutus Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada seluruh umat manusia untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Kehadirannya di tengah-tengah mereka sentiasa membawa contoh yang terbaik untuk diteladani. Dari diri Rasulullah: Bangun dan tidurnya, diam dan perbualannya, serta senyum dan marahnya, semua itu tersirat pelajaran yang sangat mendalam yang berbau wangian kemuliaan.

Buku ini merupakan himpunan dari ribuan hadis-hadis berkaitan akhlak yang disusun oleh penulisnya (Imam al-Bukhari). Di antara keistimewaan buku ini adalah status hadis-hadisnya yang telah dijelaskan darjat kesahihannya.

Total Pages:
410

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Monday, December 28, 2009

203 - Fatwa Panduan Solat

Fatwa Panduan Solat

Title:
Fatwa Panduan Solat
(3 Ulama Saudi Arabia)

Author:
Selenggaraan Ust. Abu Ruwais asy-Syubrawi

Publisher:
Karya Bestari

Price:
RM18

Weight:
500g

Description:

SOLAT adalah ibadah dan tiang agama paling penting. Meninggalkan solat seolah-olah seorang Muslim itu meninggalkan agamanya. Muslim sejati wajib menghampirkan diri kepada TUHANnya. Ini kerana, saat paling hampir seorang hamba dengan TUHANnya adalah ketika solat. Oleh itu, Muslim sejati wajib mengetahui hukum-hakam berkaitan ibadah paling istimewa ini agar dapat melakukannya dengan sempurna ketika berada di hadapan TUHANnya. Sabda Nabi s.a.w:

“Solatlah kamu sepertimana kamu telah melihat aku mengerjakan solat.” – Hadis riwayat al-Bukhari dan Ahmad.Selain itu, solat yang tidak sempurna rukun dan syaratnya mungkin tidak diterima atau hanya mendapat beberapa bahagian pahala mengikut perkiraan ALLAH. Ini bermakna, kita tidak boleh melakukannya menurut kehendak nafsu semata-mata tanpa ilmu yang sahih dan tepat berkaitan solat. Pada hari ini, kebanyakan umat Islam banyak melakukan kesilapan dalam solat disebabkan kejahilan. Namun, sebahagian mereka masih lagi ego dan memandang remeh perkara ini. Akhirnya, solat itu sendiri tidak mampu mengubah mereka menjadi Muslim sejati. Paling merugikan sekiranya solat itu langsung tidak dinilai oleh ALLAH.Semoga buku ‘Fatwa Panduan Solat’ yang dilengkapi dalil daripada al-Quran, hadis dan pendapat ulama terkemuka ini mampu menyelesaikan segala persoalan dan memberi manfaat kepada seluruh umat Islam.

Total Pages:
410

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

202 - Tanya Jawab Masalah Nikah Dari A Sampai Z

Tanya Jawab Masalah Nikah Dari A Sampai Z

Title:
Tanya Jawab Masalah Nikah Dari A Sampai Z

Author:
Syaikh Musthafa al-'Adawi

Publisher:
Media Hidayah

Price:
RM23

Weight:
300g

Description:

Buku ini adalah terjamahan dari Kitab asal berjudul Ahkamun Nikah wa az-Zifaf. Karya Abu 'Abdillah Mushthofa B. al-'Adawi. Buku ini membahaskan persoalan nikah dan pelbagai masalah yang berkaitan dengannya dalam bentuk soal jawab. Antara yang dibahaskan adalah Tentang:

1 - Siapa Mahram, 2 - Anjuran dan hukum Nikah, 3 - Pernikahan dengan Ahli Kitab, 4 - Poligami, 5 - Nikah Mut'ah, 6 - Persoalan gadis dan janda, 7 - Persoalan calun suami/isteri, 8 - Lamaran, 9 - Menolak pinangan, 10 - Perantara/Orang tengah, 11 - Melihat wanita, 12 - Maskahwin, 13 - Pemberian nafkah, 14 - Khutbah nikah, 15 - Walimah, 16 - Doa untuk mempelai, 17 - Jimak dan persetubuhan, 18 - Hadiah perkahwinan, 19 - Pelbagai persoalan suami/isteri, 20 - Pertelingkahan rumahtangga, 21 - Bersia-siar bersama pasangan (suami/isteri). dan banyak lagi yang lain.

Total Pages:
368

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

201 - Bagaimana Para Salaf Mencari Nafkah

Bagaimana Para Salaf Mencari Nafkah

Title:
Bagaimana Para Salaf Mencari Nafkah

Author:
'Abdul Malik al-Qosim

Publisher:
al-Qowam

Price:
RM8

Weight:
kurang 100g

Description:

Setiap muslim bertanggungjawab terhadap keluarganya, wajib bekerja untuk menafkahi dirinya sendiri dan orang-orang yang berada di dalam jagaannya. Dan Islam sangat mengambil berat persoalan ini, dengan sebab itulah ia meletakkannya sebagai salah satu bentuk amal soleh. Buku ini membawakan konsep Islam di dalam usaha mencari nafkah tersebut. Melalui contoh dan tauladan dari para salaf yang bersumberkan al-Qur'an dan as-Sunnah. Dengan harapan supaya kita mampu menilai dan menganalisa kehidupan generasi awal berbanding diri kita. Adakah kita cara yang kita tempuhi di dalam usaha pencarian nafkah menepati kehendak Islam atau sebaliknya. Bagaimanakah kedudukan di antara nafkah, keperluan, pekerjaan, mengejar kekayaan, dan kemewahan? InsyaAllah, buku ini mampu memberi jawabannya.

Total Pages:
230