Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Thursday, June 26, 2008

91 – Kitab al-Ibanah ‘an Ushul ad-Diyanah

al-Ibanah 'an Ushul ad-Diyanah


Title:
al-Ibanah, Buku Putih al-Imam al-Asy’ari
Judul asli: al-Ibanah ‘an Ushul ad-Diyanah

Author:
al-Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (Wafat: 324H)

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM30

Description:

Kitab al-Ibanah adalah sebuah kitab yang berisi penjelasan aqidah Salaf yang dipegang oleh para ulama Ahlul Hadis yang ditulis oleh al-Imam Abul Hasan al-Asy’ari setelah beliau bertaubat dari pemikiran Mu’tazilah dan Kullabiyah yang telah beliau anuti selama empat puluh tahun.

Selepas peristiwa yang mengejutkan di masjid Jami’ kota Bashrah, ketika beliau melepaskan jubahnya lalu berkata:

“Aku melepaskan seluruh aqidah yang aku yakini dahulu seperti aku melepaskan jubahku ini!”

Beliau terus giat aktif menulis bantahan terhadap pemikiran dan aqidah kaum muktazilah yang pernah beliau anuti sebelumnya. Salah satu di antara karya beliau tersebut adalah kitab yang dihadirkan ke hadapan anda yang bernama al-Ibanah ‘An Ushul ad-Diyaanah. Penisbahan buku ini kepada beliau juga telah menimbulkan/melahirkan kontroversi. Sebahagian kelompok yang jahil dan dikuasai oleh rasa fanatik buta menolak penisbatan buku ini ke atas nama beliau.

Tetapi, mengingkari penisbahan buku ini kepada beliau sama seperti mengingkari keberadaan matahari di siang yang terang benderang tanpa dapat ditutupi awan! Para ulama dari empat Mazhab seperti Farhuun al-Maaliki, Abul Falah Abdul hayy B. al-‘Imaad al-Hanbali, Abul Qasim Abdul Malik B. Isa B. Darbaas asy-Syafi’i dan lain-lain sepakat menyatakan bahawa buku ini adalah hasil tulisan beliau, begitu juga buku-buku lain yang ditulis setelah beliau kembali kepada aqidah Ahlus Sunnah yang sebenar selepas meninggalkan aqidah menyimpang kaum muktazilah.

Antara kitab-kitab beliau yang lain adalah seperti al-Maqaalat al-Islaamiyyin, al-Luma’, Tafsir al-Mukhtazin, dan al-Fushul fir Radd ‘Alaa al-Mulhidin wal al-Khaarijin Minal Millah. Buku ini membuktikan kepada kita semua bahawa kebenaran taubat Imam Abu Hasan al-Asy’ari dari pemikiran Muktazilah dan bukti bahawa beliau adalah seorang yang mengikuti jejak ahlus sunnah di atas manhaj para pendahulu kita, para Salafus Soleh. Sekaligus buku ini menjawab pendustaan para pendukung aqidah al-Asya'irah zaman ini yang mengaku sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Kerana itulah mereka begitu marah sekali dengan kewujudan buku ini ditengah-tengah amsyarakat sejak dahulu hingga kini sehingga pelbagai cubaan dan usaha mereka lakukan untuk mendustakan kewujudannya.

Weight:
300g

Total Pages:
242 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari:
http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

90 – Hanya Islam Bukan Wahhabi

Hanya Islam Bukan Wahhabi


Title:
Hanya Islam Bukan Wahhabi
Judul Asli: Islamiyah La Wahhabiyah

Author:
Syaikh Dr. Sa'id B. 'Ali B. Wahf al-Qahthani

Publisher:
Darul Falah

Price:
RM64

Weight:
850g

Description:

Kitab ini merupakan sebuah hasil kajian dan pembentangan yang begitu istimewa oleh asy-Syaikh Prof. Dr. Nashir Abdul Karim al-‘Aql berkenaan terbinanya daulah Saudi Arabia dan hubungannya dengan bani Su’ud, Syaikh Muhammad Abdul Wahhab serta dakwah aqidah yang berlangsung di sana, sekaligus menjawab pelbagai tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan kepada negara Saudi Arabia yang di atas-namakan sebagai dinasti wahhabiyah. Buku setebal 552 muka surat ini mengupas kepelbagaian fakta-fakta sejarah yang banyak tidak diketahui oleh dunia Islam terhadap kehebatan dakwah aqidah yang diletuskan oleh Syaikh Muhammad Abdul Wahhab yang bermula dari wilayah Najad, Hijaz, sehinggalah kepada tertubuhnya kesatuan Saudi Arabia. Pada masa itu, masyarakat arab di sekitar Najad, Hijaz, Uyainah, dan wilayah-wilayah lain yang kini berada di bawah pentadbiran Saudi Arabia kesemuanya saling berpecah-belah dan tidak bersatu. Pelbagai ritual dan perbuatan syirik begitu subur berlaku seperti perbuatan menyembah kuburan, menyembah pokok, dan memuja sesuatu di samping Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Dengan buku ini, terjawablah siapa sebenarnya Syaikh Muhammad B Abdul Wahhab yang sering-kali didakwa dan dimomokkan ke dalam masyarakat sebagai pengasas gerakan Wahhabiyah. Yang mana sebenarnya, beliau adalah salah seorang ulama besar dan pejuang penegak bendera aqidah di tanah arab pada zaman ini. Sehingga dengan berkat perjuangan dakwah pemurnian aqidah, membersihkan kesyirikan, dan mengembalikan masyarakat kepada sunnah-sunnah Rasulullah yang sahih, akhirnya terbinalah negara 'Arab Saudi yang wujud pada hari ini. Beliau berjaya menyatukan wilayah-wilayah arab yang sebelumnya berpecah-belah dan saling berperang. Sungguh benar janji Allah bagi mereka yang beriman dengan iman yang sahih dan beramal dengan amal yang soleh, maka Allah akan meneguhkan kekuasaan mereka di muka bumi ini. Ini disebutkan oleh Allah Ta'ala dalam Surah an-Nuur, ayat 55.

Sanjungan kepada beliau juga turut dinukilkan dari pelbagai lapisan ulama ke dalam buku ini. Kepada anda yang masih meragui siapa sebenarnya beliau dan apa sebenarnya wahhabi, semoga dapat menjadikan buku ini sebagai salah satu rujukan yang tidak harus ditinggalkan.

Total Pages:
552 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari:
http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Tuesday, June 24, 2008

89 – Air Zam-Zam

Air Zam-Zam

Product Name/Type:
Air Zam-Zam

Price:
RM120 untuk 10Liter lebih (1 Tong)

Weight:
10Kg ++

Description:
Air Zam-zam asli. Membekalkan dan mengedarkan air zam-zam untuk mereka yang memerlukannya dengan kadar kos yang berpatutan. Kawasan yang dapat kami capai buat masa ini adalah di sekitar Shah Alam dan Klang.

More Information:
Hubungi Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email:
dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan.

Sunday, June 1, 2008

88 – Kitab Subulus Salam

Subulus Salam
Syarah Bulughul Maram


Title:
Subulus Salam
Syarah Bulughul Maram

Author:
Imam Muhammad B. Ismail al-amir ash-Shan'ani

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM260

Weight:
200g

Description:

Kitab Subulus Salam merupakan sebuah karya besar daripada imam ash-Shan’ani. Kitab ini merupakan syarah (penjelasan hadis) dari kitab Bulughul Maram karya Ibnu Hajar al-‘Asqalani yang mengumpulkan hadis-hadis berkaitan hukum-hakam (fiqh). Kitab Subulus Salam sangat masyhur di kalangan umat Islam daripada pelbagai mazhab dan golongan, kerana rangkuman kandungannya berkenaan hadis-hadis hukum-ahkam yang sangat-sangat diperlukan umat Islam untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan. Ia merupakan di antara salah satu khazanah fiqh Islam yang amat penting bukan sahaja kepada para pengkaji, tetapi juga kepada para penuntut ilmu dan golongan awam sama ada sebagai salah satu set buku/kitab yang dipelajari atau sebagai koleksi rujukan.

Di antara kelebihan kitab ini di samping membawakan kepada anda perbahasan yang baik, sistematik, gaya penulisannnya dan olahannya yang sempurna, ia turut dilengkapi dengan takhrij hadis berdasarkan takhrij yang dilakukan oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah. Ini bertujuan supaya kita tidak ragu-ragu lagi dengan status hadis-hadis yang dikemukakan oleh buku ini selain memudahkan rujukan atau semakkan.

Content by volume:

Volume 1 – Kitab Thaharah (bab air, bejana, kaedah menghilangkan najis, bab wudhu', bab mengusap khuf, adab buang air, hukum mandi, tayammum, haidh. Kitab Solah (waktu-waktu solat, azan, syarat-syarat solat, sutrah, bab masjid, sifat-sifat solat, pelbagai solat-solat sunnah, hukum musafir, solat Juma'at, dan bab pakaian). & Kitab Jenazah.

Volume 2 – Kitab Zakat (zakat fitrah, sedekah, pembahagian zakat). Kitab Puasa, Kitab Haji, Kitab Jual Beli (persoalan khiyar, riba', pinjaman, perjanjian, hutang, ghasab, wakaf, hibah, syuf'ah, sewaan, belian, fara'aidh, wasiat, wadi'ah). Kitab Nikah (kafa'ah dan memilih, pergaulan suami isteri, maskahwin, walimah, pembahagian giliran isteri, khulu').

Volume 3 – Kitab Thalaq, Kitab Rujuk (ila', zhihar, kaffarat, li'an, iddah dan ihdad, penyusuan, nafkah, asuhan. Kitab Jenayah (dendan, menuntut darah dan sumpah, memerangi pemberontak, memerangi pelaku kejahatan, memburu orang murtad). Kitab hudud (hukuman pelaku zina, penuduh zina, hukum pencuri, hukum peminum arak). Kitab Jihad (bab jizyah, gencatan senjata, hukum pertandingan dan memanah). Kitab Sumpah & Nadzar. Kitab Qadha (bab syahadah, ad-Da'awi (ancaman), dan bayyinat (bukti)). Kitab al-Itq' (memerdekakan hamba, mudabbar, mukatab, dan ummu walad). Kitab al-Jami’ (bab etika, al-birru, shilah, zuhud, wara', peringatan terhadap akhlak tercela, anjuran berakhlak mulia, bab dzikir dan doa).

Total Pages:
3 Jilid Lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Friday, May 30, 2008

87 – Kitab Fathul Majid (Syarh Kitab Tauhid)

Kitab Fathul Majid (Syarh Kitab Tauhid)


Book Name:
Kitab Fathul Majid (Syarh Kitab Tauhid)

Author:
Sheikh Abdur Rahman bin Hasan al-Sheikh

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM80

Weight:
1300 gram

Description:

Tidak asing lagi kalimah Laa Ilaaha Illallah bagi kita selaku umat Islam. Namun, hakikatnya yang sewajarnya, tidaklah cukup hanya dengan lafaz sahaja. Harus difahami secara bersama akan kehendak rukun-rukunya.

Masih ramai yang tidak mengerti tuntutan kalimah tersebut. Yang mana akhirnya mengakibatkan syirik berlaku ke atas mereka dan terkena perangkap syaitan. Maka, kitab ini membahaskan persoalan syirik dengan begitu detail berserta dengan dalil-dalil yang cukup baik sebagai penjelasan buat kita semua. Ketahuilah bahawa dosa-dosa syirik adalah suatu bentuk kesalahan paling besar di sisi Allah dan tidak akan diampunkan oleh-Nya sekiranya tidak bertaubat sehingga matinya.

Ancaman Allah begitu besar sekali terhadap pelaku syirik. Maka, wajarlah kita menjauhinya dengan mengenali perangkap-perangkapnya dengan baik agar kita tidak terjebak ke dalamnya.

Total Pages:
800+ pages

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email:
dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran

86 – Tahzib Syarh Aqidah ath-Thahawiyah

Tahzib Syarh Aqidah ath-Thahawiyah



Book Name:
Tahzib Syarh Aqidah ath-Thahawiyah

Author:
Abdul Khir Hammad al-Ghunaimi

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM52 (untuk 2 jilid)

Weight:
800 gram

Description:

Sebuah Kitab yang membahaskan persoalan aqidah dengan bentuk yang lebih detail. Kitab ini asalnya adalah karangan al-Imam Abu Ja’afar ath-Thahawi. Ia merangkumi perbahasan yang antaranya perbahasan dasar-dasar tauhid, perbahasan iman, hari kebangkitan, kepercayaan kepada malaikat, rukun iman, persoalan melihat Allah di Syurga, azab kubur, ketaatan kepada pemerintah, nama & sifat-sifat Allah, qadha’ dan qadar, beriman kepada Nabi & rasul-Nya, mencintai para sahabat Nabi, persoalan kekhalifahan, tanda-tanda hari kiamat, Syafaat, al-Isra’ wal mi’raj, dan lain-lain.

Total Pages:
400 + 400 pages

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email:
dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Wednesday, May 28, 2008

85 – Kitab Syamail Muhammad Susunan at-Tirmidzi

Kitab Syamail Muhammad Susunan at-Tirmidzi


Name of Book:
Kitab Syamail Muhammad Susunan at-Tirmidzi

Author:
Al-Imam at-Tirmidzi

Publisher:
Pena Ilmu & Amal

Price:
RM80

Weight:
1.0 Kg

Description:

Bagaimanakah agaknya susuk tubuh dan personaliti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam? Sejarah tidak pernah menggambarkan beliau dalam sebarang bentuk visual pun. Umat Islam hanya dapat membayangkan susuk tubuh beliau melalui imaginasi, perasaan cinta, dan kerinduan yang amat sangat kepadanya.

Maka, buku ini dipersembahkan kepada anda bagi tujuan mengubati kerinduan dan menjawab perasaan kecintaan ummat Islam masa ini terhadap beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam. Buku ini membantu kita untuk mengenal peribadi, makanan, pakaian, gaya, tingkah-laku, personaliti serta susuk tubuh badan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lebih istimewa, ianya disusun oleh salah seorang pakar hadis terkemuka, iaitu imam at-Tirmidzi, dengan memuatkan ratusan hadis yang khusus menggambarkan susuk tubuh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Pages:
470 m/s.

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/ .

Payment:

Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Tuesday, May 27, 2008

84 – ar-Risalah Karya Imam asy-Syafi'i

Kitab ar-Risalah Karya Imam asy-Syafi'i
(Buku Ilmu Ushul Fiqh Pertama di Dunia)


Name of Book:
ar-Risalah Karya Imam asy-Syafi'i
(Kitab Ilmu Ushul Fiqh Pertama di Dunia)

Author:
Al-Imam asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H)

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM66

Weight:
900 gram

Description:

Imam asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) merupakan seorang tokoh dan seorang imam yang amat masyhur namanya dalam dunia Islam, beliau juga merupakan tokoh yang hebat dan besar jasanya.

Beliau merupakan individu yang pertama memiliki gagasan dan idea cemerlang berkenaan kaedah penggalian hukum-hukum Islam, yang disusun dengan begitu sistematik ke dalam sebuah karyanya yang diberi judul ar-Risalah (yang bermaksud, sebuah pesanan).

Usaha pembukuan ini bertepatan dengan kepesatan perkembangan ilmu-ilmu pengetahuan dalam dunia Islam. Ianya berlangsung di sekitar era khalifah Harun al-Rasyid (145H-193H), dan kemuncaknya adalah di masa Khalifah al-Ma’mun (170-218H).

Dengan lahirnya kitab ini, fasa awal perkembangan ilmu ushul fiqh pun bermula. Kitab ini menjadi rujukan utama bagi ahli ushul di masa-masa seterusnya. Kitab ar-Risalah ini juga merangkumi gambaran metodhologi imam asy-Syafi’i dalam mencari, menyusun dan menggali/menggubal hukum-hakam Islam. Ianya sangat baik untuk dijadikan rujukan utama bagi mereka yang bergelar pengkaji, mahasiswa, pelajar, penggerak akademik, dan pemerhati. Ia juga turut menjadi rujukan para ulama dulu dan kini.

Kata Imam ‘Abdurrahman B. Mahdi rahimahullah tentang kitab ar-Risalah, “Ketika aku melihat kitab ar-Risalah karya asy-Syafi’i, aku tercegang kerana aku sedang melihat (susunan bahasa) seorang yang bijak, fasih, lagi penuh dengan nasihat sehingga aku memperbanyakkan doa untuknya.” (Mukaddimah kitab ar-Risalah tahqiq Syaikh Ahmad Syakir, m/s. 4)

Kata Syaikh Ahmad Syakir, “Seluruh kitab imam asy-Syafi’i adalah contoh sastera ‘Arab yang murni dan berada di puncak balaghah yang tertinggi. Beliau menulis berdasarkan naluri yang bersesuaian dengan fitrah, tidak dibuat-buat dan tidak dipaksa-paksa. Kitab-kitab beliau adalah penjelasan yang paling fasih yang pernah anda baca setelah al-Qur’an dan hadis, tidak dapat ditandingi oleh satu ucapan pun dan tidak terkalahkan oleh satu tulisan pun.” (Mukaddimah kitab ar-Risalah tahqiq Syaikh Ahmad Syakir, m/s. 14)

Badruddin az-Zarkasyi di dalam kitab al-Bahr al-Muhith fii Ushul menyatakan, “asy-Syafi’i adalah ulama pertama yang menyusun buku tentang ushul fiqh. Bagi bidang ushul fiqh ini, beliau menulis kitab ar-Risalah, Ahkam al-Qur’an, Ikhtilaf al-Hadits, Ibthal al-Istihsan, Jama’ al-‘Ilm, dan al-Qiyas. Melalui pelbagai pembahagian bab-bab perbahasan dalam kitab ini, beliau telah menjelaskan selok-belok penghujahan dengan hadis ahad, membentangkan syarat-syarat kesahihan hadis, keadilan para perawi hadis, penolakan khabar mursal dan munqathi’, serta perkara-perkara lain yang boleh diketahui dengan menyemak isi kandungannya.” ( Mukaddimah kitab ar-Risalah tahqiq Syaikh Ahmad Syakir, m/s. 13)

Pages:
604 m/s.

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

83 – Manhaj Aqidah Imam asy-Syafi’i

Manhaj Aqidah Imam asy-Syafi’i



Lihat Sinopsis atau Pesan kitab ini secara online di website kami, http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=62

Atau sms/whatsapp ke: 0126887715.

82 – Sirah Ibnu Hisyam

Sirah Nabawiyah (Ibnu Hisham)
Judul Asli: Sirah an-Nabawiyah li Ibni Hisham


Name of Book:
Sirah Nabawiyah (Sirah Ibnu Hisham)
Judul Asli: Sirah an-Nabawiyah li Ibni Hisham

Author:
Ibnu Hisham

Publisher:

Darul Falah

Price:
RM120 for complete set (2 Jilid)

Weight:
2Kg

Description:

Sirah Nabawiyah adalah kajian penting dan relevan sepanjang masa bagi umat Islam. Di dalamnya tergambar asas-asas penerapan Islam dari awal sehingga akhir oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Sirah Ibnu Hisyam ini merekodkan riwayat-riwayat dari tokoh-tokoh ahli sejarah kurun ke dua dan ketiga hijrah. Bahkan, Sirah Ibnu Hisyam adalah di antara kitab-kitab sirah yang menjadi rujukan utama kepada kitab-kitab Sirah generasi terkemudian dan kontemporari. Sebahagian tokoh/ulama menyatakan bahawa Sirah Ibnu Hisyam adalah kitab yang mengambil semula idea-idea Ibnu Ishaq, sebagai salah seorang tokoh ahli sejarah yang lain. Apa pun, kitab Sirah Ibnu Hisyam ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri bagi mereka yang mengetahui dan banyak mengkaji persoalan selok-belok sirah Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Dan ia adalah di antara kitab Sirah yang telah sedia dikenali dalam dunia pengrekodan kisah-kisah perjalanan Nabi kita, Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Pages:
2 Jilid

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email:
dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

81 – Beda Salafi & Hizbi (Menjawab Syubhat Buku “Beda Salaf Dengan Salafi”)

Beda Salafi & Hizbi (Menjawab Syubhat Buku “Beda Salaf Dengan Salafi”)


Name of Book:
Beda Salafi & Hizbi (Menjawab Syubhat Buku “Beda Salaf Dengan Salafi”)

- Disertakan dngan fatwa-fatwa kibar ulama zaman ini.

Author:
Abdul Qodir Abu Fa’izah al-Atsari

Publisher:
Too Bagus Publishing

Price:
RM25

Weight:
400 gram

Description:

Pergolakan di antara pembela kebenaran dengan kebatilan akan sentiasa berlangsung sehingga ke akhir zaman. Para pembela kebenaran harus memiliki kesabaran yang tinggi dan ilmu yang kuat serta fakta-fakta yang akurat. Ini kerana serangan musuh adalah sentiasa bertali arus melontarkan pelbagai syubhat dan kebatilan.

Begitu banyak sekali syubhat dan kebohongan yang dilemparkan kepada dakwah dan perjuangan menegakkan manhaj yang benar berasas-kan manhaj salafus soleh. Ia berlaku atas pelbagai sebab yang antaranya berpunca dari ketidak mahuan menerima kebenaran dan hilangnya nilai-nilai amanah serta keikhlasan dalam beragama. Ditambah pula dengan perasaan taksub yang jauh tersasar dari kebenaran dan haq.

Jika sebelum ini kita pernah digemparkan dengan buku berjudul, “Dakwah Salafiyah Dakwah Bijak”, “Aku Melawan Teroris”, dan “Diapa Teroris Siapa Khawarij”, kini buku “Beda Salaf Dengan Salafi” pula mengambil tempat untuk menyerang dan menyebarkan syubhat-syubhat penyelewengan.

Maka, dengan adanya buku berjudul “Beda Salafi & Hizbi”, maka kami menjawab segala tuduhan dan syubhat tersebut dengan sikap yang amanah dan ilmiyah demi sebuah kebenaran. InsyaAllah.

Pages:
173pages

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 019-3081940 atau email:
dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

80 – Do’a & Wirid Mengubati Guna-guna dan Sihir Menurut al-Qur'an & Sunnah

Do’a & Wirid Mengubati Guna-guna dan Sihir Menurut al-Qur'an & Sunnah


Name of Book:
Do’a & Wirid Berserta Kaedah Merawat Sihir Menurut al-Qur’an & as-Sunnah

Author:
Ustaz Yazid bin 'Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi’i

Price:
RM36

Weight:
800 gram

Description:

Dzikir adalah suatu amalan ibadah yang amat dituntut di dalam Islam. Buku ini membawakan kepada anda pelbagai jenis zikir dan doa berdasarkan sumber-sumber sahih dari al-Qur’an dan as-Sunnah. Ia merangkumi doa-doa seharian seperti doa masuk tandas yang sahih, doa makan yang sahih, doa hendak tidur yang sahih, doa menziarahi orang sakit, doa diberi kebaikan/rezeki, doa musafir, doa untuk ibu bapa, doa ketika ditimpa kesusahan, doa berkaitan jenazah, doa berlindung dari keburukan, doa berlindung dari dianiaya, doa mohon keimanan yang teguh, doa merawat kesedihan, doa berlindung dari kesyirikan, doa berlindung dari hutang, doa dari diganggu oleh syaitan, doa ketika bertemu penguasa, doa-doa perkahwinan, dan banyak lagi sehinggalah kepada zikir-zikir hendak merawati pesakit yang terkena gangguan jin atau syaitan (doa-doa ruqyah). Ia juga turut dilengkapi dengan panduan mengubati sihir. InsyaAllah, doa-doa di dalam buku ini telah disaring dengan baik bagi memastikan kesahihannya dengan bersandarkan kepada doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah dan telah tercatat di dalam banyak kitab-kitab hadis yang telah disahihkan oleh para ulama hadis secara umumnya.

Dengan buku ini juga, serba sedikit diterangkan dan dijelaskan hakikat persoalan doa/zikir, adab-adab berdoa/berzikir, dan kaedah serta tuntutan-tuntutan dalam berdoa. Buku doa ini sebenarnya menjadi alternatif kepada pengamal doa di luar sana. Yang kebanyakannya secara umum banyak beramal dengan doa-doa yang tidak sahih, dhoif, mungkar, palsu atau sebahagiannya ada yang direka-reka lalu dikatakan/disandarkan kepada Rasulullah. Namun, hakikatnya tidak tsabit dan tidak sahih daripada Rasulullah. Kerana doa yang sahih daripada Rasulullah itu adalah doa yang telah diriwayatkan melalui kitab-kitab hadis para ulama hadis dengan darjat hadis yang telah dinyatakan sahih oleh para ulama hadis. Dan doa yang sahih daripada Rasulullah itu memiliki kelebihan atau fadhilatnya yang khusus yang diketahui melalui riwayat-riwayat yang sahih. Berbeza dengan doa-doa dan zikir-zikir yang direka-reka atau tidak tsabit daripada Rasulullah, maka ianya tiada jaminan untuk fadhilat dan kelebihan tertentu.

Maka, dengan itu, buku ini adalah amat penting bagi sesiapa sahaja yang amat mementingkan kesahihan beramal secara umum, dan khususnya kepada mereka mahu mengamalkan doa-doa serta zikir-zikir yang sahih daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Setiap doa/zikir yang dibawakan melalui buku ini akan disertakan dengan rujukan hadis dan status kesahihan hadis dengan jelas dan mudah difahami. Sekaligus memberi keyakinan kepada kita semua untuk mengamalkannya atau sebagai rujukan.

Pages:
434 m/s.

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, no. tel, & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Friday, May 16, 2008

79 – Sifat Solat Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam (Judul Asli: Ashlu Sifati Sholatin Nabi)

Sifat Solat Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam
(Judul Asli: Ashlu Sifati Sholatin Nabi)


Nama Buku:
Sifat Solat Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam
(Judul Asli: Ashlu Sifati Sholatin Nabi)

Penulis:
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Terbitan:
Griya Ilmu

Harga:
RM140 (satu set)
Percuma rak/kotak

Berat:
2.0Kg

Berkaitan Buku:

Kitab solat berdasarkan hadis-hadis sahih yang dibukukan dan dibahaskan oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani ini adalah merupakan sebuah kitab yang sangat baik dan ilmiyah buat para pembaca, pengkaji, dan pendidik yang mementingkan kualiti solat yang sebenar. Penulis, Syaikh al-Albani adalah merupakan seorang ulama Hadis yang hebat dan terkenal pada era ini membawakan anda kepada suatu perbahasan tentang solat dalam bentuk yang lebih segar dan ilmiyah.

Ia digarap dengan perbahasan hadis dan fiqh yang cukup mengkagumkan. Ia membawakan bentuk perbahasan dalam bentuk penjelasan, pencerahan, dan bantahan kepada pendapat-pendapat yang meragukan.

Kepada anda yang amat mementingkan kitab-kitab ilmiyah, maka inilah salah satu kitabnya yang sewajarnya tidak patut anda lepaskan untuk memilikinya. Kitab ini mempersembahan kupasan praktikal tatacara solat dengan begitu detail, iaitu dari persoalan menghadap kiblat, takbir, takbiratul ihram, sehinggalah kepada salam. Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani menulis kitab ini adalah dalam rangka mengajak kita semua melaksanakan praktikal solat dengan berpandukan tatacara solat yang sahih tsabit sebagaimana apa yang dijelaskan oleh hadis-hadis sahih. Sekiranya sebelum ini kita tidak pernah mendengar dari mana datangnya bersolat mesti dimulakan dengan takbir, bersolat mesti dengan berdiri (qiyam), mesti dengan sujud, mesti dengan ruku' dan seterusnya, maka buku inilah jawabannya. Dan semua praktikal tersebut dijelaskan dengan terperinci bahawasanya ia adalah dari tunjuk ajar Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Di mana Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam pernah bersabda, "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat." Dari itu, tidak dapat tidak, untuk melihat tatacara solat nabi yang sebenar, adalah dengan mengembalikannya kepada hadis-hadis nabi yang sahih itu sendiri. Hadis-hadis nabi-lah yang telah merakamkan sunnah-sunnah praktikal solat secara terprinci.

Buku ini membentangkan setiap perincian praktikal solat berdasarkan hadis-hadis yang lengkap dengan perbahasan status hadis. Buku ini menjadi sebagai sebuah hasil tulisan yang cukup ilmiyah apabila setiap hadis yang diutarakan disertakan dengan perbahasan sanad dan status hadis dengan begitu mendalam lagi terperinci akan kesahihannya atau kelemahannya. Yang mana dengan setiap perincian tersebut menguatkan apa yang dibentangkan dan mengelakkan keragu-raguan.

Kepada sesiapa yang mahukan kepada sebuah perbahasan praktikal solat yang segar secara terus sahih daripada sumbernya (iaitu dalil-dalil berupa hadis-hadis nabi), maka inilah bukunya. Ia merungkai segala persolan kenapa praktikal sesebuah perlaksanaan solat itu demikian, mesti bermula dengan menghadap kiblat, niat, takbir, qiyam, meletakkan tangan di dada (atau bersedekap), tatacara turun sujud, tatacara berdiri, tatacara i'tidal yang betul, tuma'ninah, ruku', duduk antara dua sujud, sujud, ada tahiyat, sehinggalah kepada salam.

Selain itu, buku ini juga boleh diperolehi dalam edisi revisi yang telah diringkaskan perbahasan sanad-sanad hadisnya dengan mengemukakan hadis-hadis sahaja sebagai hujjah bersertakan rujukannya secara ringkas (tanpa perbahasan status hadis yang panjang berjela-jela). Ia boleh dilihat di sini: Sifat Solat Nabi Edisi Revisi (Klik).

Jumlah Muka Surat:
509 + 524 + 292 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email:
dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Pembayaran:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email-kan nama, alamat, dan no. tel anda untuk penghantaran.

78 – Hukum & Tatacara Mengurus Jenazah (Judul Asli: Ahkamul Jana’iz)

Hukum & Tatacara Mengurus Jenazah (Judul Asli: Ahkamul Jana’iz)


Nama Buku:
Hukum & Tatacara Mengurus Jenazah (Judul Asli: Ahkamul Jana’iz)

Penulis:
Asy-Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani

Terbitan:
Pustaka Imam asy-Syafi’i

Harga:
RM89

Berat:
1000 gram

Berkaitan Buku:

Di antara hak seorang Muslim yang sedang sakit atas saudaranya adalah dikunjungi dengan diberikan khabar yang baik yang menggembirakan. Jika keadaannya semakin tenat, kelompok orang yangd atang menjenguknya diharapkan semoga dapat memberikan beberapa nasihat yang baik, motivasi, dan membawa si pesakit kepada taubat dan kalimah yang haq. Membantu beliau untuk melunaskan hutang, membuatkan wasiat dan sentiasa berlaku lemah lembut, agar tidak menjadikannya ketakutan akibat jangkaan ajalnya yang menghampiri.

Orang yang sedang sakit atau nazak, perlulah segera berusaha untuk keluar dari segala kesalahan, keburukan, dan segera memohon ampun serta taubat. Apabila nazak si pesakit semakin teruk, si pengunjung harus berusaha untuk menuntunnya (memberi tunjuk ajar) dan memimpinnya supaya melafazkan kalimah syahadah.

Jika sudah meninggal, hendaklah matanya dipejamkan, sendi-sendinya dilemaskan, dan dipercepatkan pengurusan jenazahnya.

Anatar kandungan berharga buku ini adalah membahaskan dan memberi panduan yang cukup lengkap berkaitan adab-adab dalam penyelenggaraan orang yang sedang sakit, nazak, dan selepas seseorang itu meninggal dunia. Bermula dari dengan memberi nasihat semasa ia sakit, memotivasikannya, sehinggalah kepada persoalan selepas kematiannya iaitu dengan menguruskan jenazahnya. Iaitu dengan memandikan, mengkafan, mensolatkannya, dan mengebumikannya. Buku ini juga turut membahasakan berkenaan beberapa persoalan-persoalan bid’ah di dalam soal pengurusan jenazah dan kematian secara ilmiyah.

Jumlah Muka Surat:
548 m/s.

Hubungi:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email:
dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Pembayaran:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan alamat penuh anda untuk penghantaran.

77 – Talbis Iblis

Perangkap Setan
(Judul Asli: Talbis Iblis)



Nama Buku:
Perangkap Syaitan

(Judul Asli: Talbis Iblis)

Penulis:
Al-Hafiz al-Imam Jamaluddin Abul Faraj Abdur Rahman Ibnul Jauzy al-Baghdadi (Ibnul Jauzi)

Terbitan:
Pustaka al-Kautsar

Harga:
RM33

Berat:
500gram

Berkaitan Buku:

Judul asli kitab (arab) adalah Talbis Iblis yang mana merupakan sebuah kitab peninggalan semenjak abad ke-5 Hijriyah, yang boleh diibaratkan sebagai mutiara warisan yang sangat tinggi harganya. Ia ditulis oleh seorang ulama yang hebat yang sedia dikenali dengan nama Ibnu Jauzi.

Kitab ini juga cukup terkenal di kalangan pengkaji, pelajar, juga para ulama zaman ini. Antara kehebatan dan kandungan kitab ini yang menjadikan ianya begitu bernilai adalah sentuhannya yang cukup-cukup keras dan ilmiyah dalam memberi perhatiannya terhadap kaum-kaum yang menyelisihi jalan yang benar. Ia menyentuh sekitar persoalan jalan-jalan syaitan atau iblis yang sentiasa tidak jemu-jemu untuk meracuni dan menyesatkan manusia. Ia menyelinap ke dalam merosakkan diri seseorang dari pelbagai jalan sama ada melalui jalan maksiat, ibadah, dan sebagainya.

Jadi, dengan kitab ini ia menjelaskan pelbagai jenis perangkap-perangkap syaitan yang sedia terpasang bagi memerangkap manusia dalam pelbagai situasi dan keadaan. Dengan buku ini kita berupaya mengenal pasti perangkap-perangkap tersebut berserta dengan contoh-contoh dan bukti dari kelompok-kelompok di zaman penulis yang telah teperangkap dengan jerat tersebut. Antara kelompok umat Islam yang telah tersesat di zamannya dan menjadi topik perbahasan di dalam buku ini adalah seperti kelompok sufi, khawarij, perangkap terhadap ahli ibadah, ahli ulama, syi’ah, rafidhah, wehdatul wujud, bathiniyah, yahudi, nasara, dan sebagainya. Ia diperbahasakan satu persatu.

Semoga dengan buku ini yang telah diterjemahkan, menjadi lebih bermanfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Jumlah Muka Surat:
346 m/s.

Hubungi:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Pembayaran:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Thursday, April 24, 2008

76 – Memohon Keampunan

Memohon Keampunan


Nama Buku:
Memohon Keampunan

Penulis:
Sheikh Muhsein al-‘Abbad

Terbitan:
Karya Bestari

Harga:
RM4

Berat:
100gram

Berkaitan Buku:

Setiap hamba pasti melakukan dosa. Dan setiap dosa itu pasti diampunkan oleh Allah jika didahului dengan taubat nasuha. Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya yang berdosa. Rasulullah s.a.w. telah menggariskan cara terbaik dalam memohon keampunan. Dengan itu, setiap hamba-Nya yang menggunakan cara ini pasti diampuni. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Jumlah Muka Surat:
57 m/s.

Hubungi:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 019-3081940 atau email:
dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Pembayaran:

Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan alamat penuh anda untuk penghantaran.