Jawab Tuntas Masalah Manhaj
Author:
Susunan Syaikh Jamal B. Furaihan
Publisher:
Pustaka al-Haura'
Price:
RM22
Weight:
250g
Description:
Pada zaman demi zaman, akan sentiasa muncul begitu banyak dan kepelbagaian masalah berkaitan dakwah, tarbiyah, dan segala persoalan yang berkaitan dengannya. Dari persoalan yang dianggap kecil sehinggalah kepada yang besar dan rumit. Juga yang pada pandangan mata kita mungkin nampak kecil, tetapi sebenarnya di sisi Allah sangat besar permasalahannya. Juga sehingga berlakunya penyelewengan fakta demi fakta sehingga ramainya masyarakat awam terkorban dan jauh dari ilmu yang benar. Dengan hadirnya buku ini, semoga dengan izin Allah dapat membantu dan membimbing kita sedikit sebanyak menyingkap dan merungkaikan sebahagian daripada kekusutan pelbagai permasalahan. Semoga syubhat-syubhat yang berlegar mengelabui pemikiran masyarakat mampu dipadamkan walaupun mungkin hanya sedikit. Buku ini membawakan kepada anda persoalan-persoalan dan jawaban berkaitan isu-isu manhaj yang sering menjadi pertikaian. Ia merupakan koleksi soal jawab dan fatwa oleh Syaikh Dr. Soleh B. Abdullah B. Fauzan al-Fauzan. Merupakan salah seorang ulama besar di Saudi Arabia dan merupakan anggota majlis fatwa di sana. Fatwa-fatwa beliau ini disusun semula dan dibukukan sehingga terhasilnya buku ini oleh salah seorang anak murid beliau, iaitu Syaikh Jamal B. Furaihan al-Haritsi. Beliau turut memberikan nota kaki (catatan penting) bagi kebanyakan fatwa yang dibawakan. Yang kemudiannya, himpunan dan catatan tersebut diberi semakan semula oleh Syaikh Dr. Soleh Fauzan sebelum buku ini beredar (disebarkan) kepada anda.
Di antara Fatwa-fatwa yang terdapat di dalam buku ini adalah:
1 - Nasihat kepada para penuntut ilmu.
2 - Maksud Fiqhul Waqi'.
3 - Dakwah dengan nasyid.
4 - Hukum berkelompok-kelompok.
5 - Bolehkah menyertai parti-parti politik.
6 - Manhaj dalam mengkritik.
7 - Bolehkah menggelarkan diri dengan nama salafy.
8 - Fatwa terhadap Dr. 'Aidh B. 'Abdullah al-Qarni.
9 - Manhaj menasihati pemerintah.
10 - Permasalahan kerangka pemikiran Pertubuhan Ikhwanul Muslimin dan tokoh-tokohnya.
11 - Kritikan Syaikh al-Utsaimin dan al-Albani terhadap kerangka pemikiran dan hasil tulisan Sayyid Qutub.
12 - Sekitar isu takfir (pengkafiran) oleh Sayyid Qutub kepada masyarakat awam.
13 - Hukum Solat di belakang Ahli Bid'ah.
14 - Celaan terhadap sikap fanatik mazhab.
15 - Fatwa terhadap Muhammad Surur Zainal 'Abidin.
16 - Hukum lakonan.
17 - Sekitar isu dakwah Muhammad B. 'Abdul Wahhab yang sering dipermasalahkan.
18 - Fatwa terhadap ahli Tafwidh.
19 - Adab menuntut ilmu.
20 - Perlunya mengingatkan ummat dari pemikiran dan kitab yang berbahaya.
21 - Kepentingan menuntut ilmu.
22 - Peringatan supaya menjauhi ahli Bid'ah.
23 - Fatwa terhadap Jamah Tabligh.
24 - Bahaya khawarij,
Dan banyak lagi yang lainnya...
270
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/
Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.