34 Benteng Penangkal Syaitan
Title:
34 Benteng Penangkal Syaitan
Author:
Abdul Hadi B. Hasan Wahbi
Publisher:
Pustaka Darul Ilmi
Price:
RM30
Weight:
350g
Description:
Pertempuran manusia dengan golongan Syaitan laknatullah tidak lagi berakhir. Semenjak genderang perang ditabuh di ketika Adam 'Alaihis Salam diciptakan sehinggalah ke saat ini, kita masih terus bertempur dengan penuh kedahsyatan. Serangan demi serangan dilancarkan oleh golongan Syaitan kepada manusia. Pelbagai senjata, muslihat, dan material digunakan. Dengan sebab serangan-serangan tersebutlah, maka golongan manusia akhirnya berpecah-belah dan terbahagi entah berapa kelompok. Ada yang tetap teguh di atas barisan bersama para tentera Allah, tidak mundur walau sedikit.
Namun, tidak kurang juga di antara manusia yang berpatah-arang, menyerah kalah sebelum masanya. Luntur semangat disebabkan kedahsyatan serangan. Sebahagiannya pula tumbang tidak mampu bangun dan sedar lagi. Dan terdapat juga yang belot dan memilih bergabung dengan golongan Syaitan. Maka, dari itu... Sudah tentu kita sebagai manusia yang waras lagi beriman, kita sentiasa mahu menjadi kelompok yang pertama. Iaitulah kelompok yang sentiasa bersama tentera Allah, yang tetap berdiri teguh dan berjuang serta berperang melawan bala tentera Syaitan.
Demi membela sebuah keimanan yang tulus di atas agama Tauhid. Dengan memohon pertolongan dari Allah Ta'ala, semoga barisan kita diperkuatkan. Kerana dengan pertolongan-Nya sahajalah kita akan terus mampu bertahan dan menang. Dan hanya dengan benteng-benteng yang kukuh dan kuatlah, insyaAllah kita akan mampu menahan dan melunturkan kedahsyatan serangan demi serangan Syaitan laknatullah... Maka, buku ini pun disusun supaya setiap dari kita mampu mengenali bahan-bahan yang tepat lagi mampan bagi membina susunan benteng yang sebenar.
Total Pages:
261
More Information/payment:Saudara Nawawi,
h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau
email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari
http://galeriniaga.blogspot.com/Payment: Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account
CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.