Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Friday, September 11, 2009

155 - Hidup Sihat Dengan Habbatus Sauda'

Hidup Sihat Dengan Habbatus Sauda'


Title:
Hidup Sihat Dengan Habbatus Sauda'

Author:
Shubhi Sulaiman

Publisher:
al-Qowam

Price:
RM15

Weight:
100g

Description:

Di tengah-tengah menyebarnya kepelbagaian jenis penyakit, sebahagian kelompok manusia jenuh berusaha dan beguitu optimistik terhadap kehebatan ubat-ubatan kimia buatan. Sehingga muncullah pula pelbagai kesan sampingan. Kos ubat-ubatan kimia juga sangat tinggi.

Sehingga kemudiannya, timbullah pula sebuah usaha untuk menggali rahsia perubatan berasaskan herba lagi alami (natural). Pelbagai kajian dan penelitian dijalankan bagi menyingkap kandungan dan rahsia di sebalik pelbagai tanaman herba. Salah satu jenis herba yang berjaya disingkap rahsia kehebatan dan keberkesanannya adalah Habbatus Sauda' atau jintan/bijian hitam. Nama saintifiknya disebut sebagai Nigella sativa. Tanaman ini telah digunakan sebagai bahan perubatan sejak zaman peradaban Mesir kuno. Pada masa Islam, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pula telah memberikan pengiktirafan bahawa Habbatus Sauda' ini adalah merupakan ubat bagi pelbagai jenis penyakit. Setelah 14 abad lamanya, barulah penelitian-penelitian moden menemukan dan membuktikan adanya khasiat kesembuhan di dalam biji-bijian Habbatus Sauda'. Maka, terbuktilah mukjizat kesembuhan yang diperkatakan dan dicadangkan oleh baginda Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Untuk menyelaminya dengan lebih lanjut berkenaan dengannya, anda boleh menelitinya sendiri melalui buku ini.

Total Pages:
118

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.