Ringkasan Kitab al-Umm
Imam asy-Syafi'i (Abu Abdullah Muhammd bin Idris)
Publisher:
Pustaka Azzam
Price:
RM220
Weight:
3.6Kg
Description:
Muhammad bin Idris Asy-Syafi'i atau yang lebih dikenali dengan nama Imam asy-Syafi'i adalah tokoh besar yang tidak asing lagi namanya di kalangan umat islam. Kepakaran beliau di dalam pelbagai cabang ilmu Islam tidak diragukan oleh para ulama. Beliaulah yang meletakkan dasar ilmu hadis dan ushul fiqih melalui karya monumentalnya, ar-Risalah. Di pelbagai belahan dunia Islam, khususnya di Asia Tenggara, termasuk Indonesia [dan Malaysia], mazhab Syafi'i menjadi pegangan utama umat Islam. Ertinya di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan yang berkaitan dengan persoalan ibadah dan mu'amalah mereka akan memilih dan mengamalkan (mengutamakan) pendapat-pendapat yang berkembang dalam mazhab Syafi'i.
Akan tetapi di antara yang sangat disayangkan adalah: masih ada, bahkan tidak sedikit di antara umat islam yang mendakwa dirinya pengikut mazhzab imam Syafi'i bahkan yang fanatik di antara mereka ternyata sebenarnya tidak mengenali siapa sebenarnya Imam Syafi'i. Jangankan ditanya tentang karya-karya ilmiah, aqidah, manhaj, atau pandangan Iman Syafi'i terhadap pentingnya berpegang teguh kepada al-Qur'an dan as-Sunnah, masa dan tempat al-Imam dilahirkan pun banyak yang tidak tahu. Jangan hairan sekiranya ada yang menyangka Imam Syafi'i adalah orang Asia Tenggara sehingga fiqh-nya dianggap khusus untuk orang Asia Tenggara.
Ringkasan KITAB AL-UMM ini adalah terjemahan dari kitab Mukhtashar Kitab Al-Umm fiil Fiqhi, yang merupakan ringkasan kitab al-Umm yang disertakan dengan catatan kaki dari peneliti atau pentahqiqnya (penyemak). Ia memuatkan perkataan dan fatwa-fatwa Imam asy-Syafi'i dalam pelbagai perkara terutamanya skop fiqih. Penyusun semula kitab ini, setelah secara ringkas menyebutkan berkaitan biografi Imam asy-Syafi'i, pada jilid 1 kitab terjemahan ini membentangkan perbahasan masalah-masalah fiqh yang disusun secara berurutan seperti berikut:
Perbahasan di dalam buku ini banyak dilakukan dengan pola dialogis (soal-jawab) yang menunjukkan bahawa Imam asy-Syafi'i seorang pendebat yang hebat. Sesiapa yang membacanya nescaya dia akan menyaksikan kekuatan hujjah imam asy-Syafi'i dan ketajaman hujjah berdasarkan al-kitab dan as-Sunnah. Tambahan catatan kaki, menyempurnakan kehadiran kitab ini.
Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala merahmati penulis, peringkas dan peneliti dan menjadikannya sebagai amal yang mulia, yang dapat memperbesar timbangan kebaikan kita semua.
3 Jilid
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/
Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.